Tuesday, 4 June 2013

Short Talk

 
 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Dalam kelas terakhir saya sebelum study week, kami diminta untuk berucap (public speaking) tentang topik kepimpinan. Sejujurnya, saya membuat persiapan hanya lebih kurang 2 jam sebelum kelas bermula. Tapi sejak diberi tugas, saya sudah mendapat idea untuk menyampaikan topik kepimpinan yang sangat sebati dengan seseorang di hati saya. Di saat rakan-rakan kuliah lain bercakap tentang tokoh-tokoh dunia yang hebat, saya pula lebih senang memilih 'tokoh' ini kerana dialah yang telah banyak mengajar saya tentang erti hidup.
 
 
 

:)
 
Edy tak pernah tahu plan saya ini untuk memilih dia dalam pengucapan saya. Saya tunjukkan video ini selepas pulang dari kelas. Edy terkedu dan saya nampak dia terharu. Sangat terharu! Alhamdulillah, saya sudah berjaya surprisekan Edy!
 
 
Selepas saya bilang "dan disebelahnya adalah puteri tercinta yang telah kembali ke rahmatullah", saya nampak mata rakan-rakan saya seperti terkejut. Ya, mungkin saya tak pernah bercerita tentang itu. Dan saat itu juga, saya terasa sebak! Saya sangat sukar apabila ada yang memandang saya dengan penuh simpati. Dan untuk mengawal rasa sebak itu, saya ketawa. Kemudian mulalah saya tergagap. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga habiskan dalam masa 3 minit yang diberi walaupun agak gugup juga :)

Monday, 3 June 2013

2+7=? Alhamdulillah!

 
9? No.... Its 27! Yeah, saya sudah 27 tahun on 3rd June 2013! Alhamdulillah. 27 tahun lalu saya telah dilahirkan oleh arwah ibunda 3 hari sebelum aidilfitri di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, tempat yang sama saya pernah melahirkan Najla. Dan selepas dilahirkan, saya telah diwarded untuk 5 hari kerana terlebih hari dan terlebih berat!
 
 
Chubbynye saya!
 
Dan alhamdulillah pada hari ini, di hari jadi saya, saya telah berpuasa untuk arwah ibu saya yang telah melalui saat-saat getir melahirkan saya dahulu. Al-Fatihah untuk ibunda tercinta, almarhumah Rukimah binti Yusof.
 
Saya menyambut kelahiran saya sewaktu saya berbuka puasa bersama suami yang telah banyak bekorban dan menghabiskan saat-saat suka duka bersama saya selama ini. Alhamdulillah, Allah SWT masih meminjamkan saya usia ini disamping orang-orang yang mencintai dan menyayangi saya. Alhamdulillah!
 
 
Tq husband for this cake!
 
Candle Light Dinner?
 
I was too excited with the cake! Nilah yang saya makan dulu bila berbuka :)
 
Alhamdulillah!

Sunday, 2 June 2013

USS? Oh yeah!

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Entry ni diupdate pada 3 June 2013, but saya back-dated jadi 2 June. 3 June ada cerita lain. Jeng jeng jeng... So untuk tidak menghuru-harakan blog saya, saya split kan kedua-dua entry, sonang kojo den.
 
 
31st May 2013, saya dan sebahagian keluarga (sebahagian sebab all my family members consist of 30 person), lebih kurang 15 orang campur 3 orang ex-student kakak saya telah 'memenatkan kedua-dua belah kaki'  di Universal Studio Singapore. Actually, this was my second time pergi USS. Mula-mula tu saya tak plan nak pergi sebab fikirkan saya belum study apa pun untuk first paper exam saya, Research Method 8 June ni. Tapi, sebab family gathering kan, saya tak nak lepaskan peluang itu! Moga Allah mudahkan saya untuk study nanti. Amin.
 
 
So, saya cerita sikit. Kami pergi USS guna agent travel yang sama dengan yang saya pernah pergi dulu masa tahun 2011; Rajawali Travel. Cuma, this year, travel ni dah upgrade sikit diorang punya services. Kalau dulu, saya bayar RM192 just untuk bas pergi balik dan tiket masuk ke USS sahaja. This year, kami bayar RM190, bayaran untuk bas pergi balik, tiket masuk, dapat voucher 5 dollar untuk redeem souvenir atau apa-apa sahaja di semua outlet dalam USS, dapat voucher snack and lunch set di salah sebuah restoran di Madagascar which is saya rasa sangat-sangat berbaloi terutama lunch set tu yang saya anggarkan dalam 15 dollar untuk seorang. So, we all dah jimat duit sangat-sangat bila dapat lunch free.
 
 
2011 : I was pregnant Najla. Miss this moment much!
 
Saya agak tak terurus sangat sebab saya sibuk jadi 'pengurus' hari tu. Saya plan sehabis baik untuk masuk ke setiap satu tempat seawal boleh supaya family saya tak perlu beratur panjang dan tak terlalu penat. Ni semua saya belajar dari mistake masa first timer dulu. Sebab, walaupun diberi masa lebih kurang 10 jam, tapi sebenarnya 10 jam tu agak singkat kalau nak main semua and tak pandai plan masa. Saya rasa, saya dah berjaya untuk part ini. Alhamdulillah, pengalaman lalu telah menjadi guru yang baik!
Ok, jom layan gambar.
 
 
Globe ni sebelum masuk dalam USS
 
I was planning and discussing with anak-anak saudara tentang tempat yang patut
kami pergi dulu.
 
Ni ruang masuk utama USS lepas bahagian scan ticket. (Hollywood)
 
Boleh ambil gambar free je dengan topi-topi ni. (Hollywood)
 

Lepas keluar dari transformer. (Sci-City)
 
Cylon (Battlestar Galactica). Saya yang capture gambar ni. Anak-anak sedara dalam tu :)
 
Depan Revenge of The Mummy (Ancient Egypt)
 
Hero Utama Mummy Return (Ancient Egypt)
 
Again (Ancient Egypt)
 
Watak utama Shrek (Far Far Away)
 
My SIL and brother (Far Far Away)
 
Live 'water show' yang melibatkan death-defying stunts (WaterWorld)
 
Dengan pelakon-pelakon utama (WaterWorld)
 
Pintu masuk utama tempat lakonan tadi (WaterWorld)
 
Sesame Street (New York)
 
Persembahan yang sangat comel! "I like to move it move it" (Madagascar)


Important Tips

1. Pada sesiapa yang nak ke USS, saya nak bagi tips sikit. First, lepas masuk je USS, sila dapatkan map USS. Biasanya ada dekat depan pintu masuk. Map ni sangat penting untuk mark and plan tempat-tempat yang dah or nak pergi.


See. Lunyai saya kerjakan.
 

2. And, kalau boleh (untuk menjimatkan masa dan tidak terlalu lama menunggu), lepas sampai, kurangkan ambil gambar terlalu lama. Sebab dulu, saya ambil gambar terlalu lama. Sudahnya, saya tak sempat main semua and terlampau penat berjalan. Kalau nak ambil gambar boleh, tapi sebaiknya bergerak sambil bergambar dan tak terlalu fokus pada satu tempat sahaja. Lepas tu, bergerak ke kanan ke arah New York dan masuk dulu Lights, Camera, Action! Then, pergi ke arah Sci-Fi City dan masuk ke Transformer. Lepas Transformer, pergi ke The Lost World dulu. Dekat The Lost World, memang confirm basah. So, nak jimatkan duit dari beli rain coat USD 3 tu, bawalah rain coat sendiri. We all dah standby siap-siap dengan raincoat RM2. Lepas The Lost World, tengok jam. Kalau dah nak 12.30 pm, pergi tengok show di WaterWorld untuk lihat aksi-aksi stunt secara live. Show ni cuma ada pada pukul 12.30 pm, 3.00 pm dan 5.00 pm.  Lepas berpanas-panas, pergi ke Ancient Egypt pulak dan bersedialah untuk Revenge of The Mummy. Untuk masuk ke sini, tak boleh bawa beg. Siap-siaplah simpan beg di locker dengan harga USD4 untuk satu jam. Kenapa saya suruh pergi tempat-tempat ni dulu, sebab tempat-tempat nilah biasanya paling ramai orang beratur. Kalau pergi awal, tak perlu tunggu lama.

3. Lepas tu, bolehlah pergi ke Far Far Away tonton Shrek 4D, Madagascar pun ada live show juga, then bolehlah suka hati nak bergerak ke mana. Nak naik roller coaster banyak kali pun boleh. Masa ni, ambil gambar sebanyak mana yang korang suka pun boleh.

4. Tempat solat boleh cari di Sci-Fi City, dekat bangunan yang ada transformer.

5. Paling penting, pakailah pakaian yang paling selesa sebab cuaca Singapore sama je macam Malaysia, panas. Pilihlah kasut yang lasak dan tak mudah putus (dua orang dari goup kami putus selipar), dan kalau boleh bawaklah beg galas.

6. Nak bawa bekal makanan pun boleh, tiada siapa yang rampas. We all cuma makan makanan yang kitorang bawa dan lunch set free tu je. Jimat banyak tau.

7. Bawak payung yang boleh lipat sebab hari tu we all tak sangka hujan. And, we all kehujanan :)

8. And paling penting, standby satu botol mineral untuk kegunaan di toilet because we all muslim kenalah cuci, tak boleh lap-lap je. Don't expect dalam toilet kat USS ada getal atau pili ok :)


Ok, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Doakan saya berjaya dalam study saya. Gemuruh jiwaku!

Thursday, 16 May 2013

Terima kasih


Assalammualaikum w.b.t


Terima kasih. Itu sahaja yang saya mampu ucap. Terima kasih atas segala penghargaan dari semua anak murid tercinta. Saya tak minta semua itu. Saya cuma berharap kalian mendoakan saya. Namun, saya terima segala penghargaan yang diberikan. Saya masih banyak khilaf.  Saya mungkin tidak dapat meletakkan semua gambar pemberian anak-anak murid saya di sini. Tapi, ada satu 'pemberian' yang telah meruntun hati saya awal pagi ini.


Saya tak sedar air mata saya jatuh jua sewaktu membaca
setiap ayat dalam kad ini.

Kejutan yang saya terima daripada Edy juga buat saya menangis sekali lagi. Terima kasih. Saya masih terlalu banyak khilaf di waktu saya menerima semua ini. Saya sedar saya tidak layak. Saya malu. Semoga saya dapat menjadi pendidik yang sentiasa menyanyangi anak-anak murid saya setulusnya dan menjadi lebih sabar dan tabah dalam mengumpul pahala jariah saya di 'sana'. Saya masih banyak khilaf. 


Keletihan melakukan kebaikan akan hilang tetapi pahalanya kekal.

Keseronokan melakukan dosa akan hilang tetapi dosanya kekal.

Hanya mujahadah akan membuat keletihan melakukan kebaikan hilang.

Hanya taubat akan membuat dosa melakukan kejahatan hilang.

-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi -


Untuk guru-guru yang telah meredhakan ilmu mereka kepada saya dahulu hingga saya akhirnya menjadi seorang 'manusia' pada hari ini, saya tujukan lagu ini khas buat kalian. Hanya Allah SWT mampu membalas kebaikan dan kesabaran cikgu-cikgu dalam mendidik saya. Terutama buat Cikgu Zainol yang telah meletakkan saya dalam senarai pelajar 'A' (di saat saya tahu saya sudah tidak boleh melakukannya) dan mencungkil keyakinan saya (sedangkan saya rasa sudah tidak ada lagi keyakinan dalam diri), sehingga ke hari ini, jasa cikgu masih saya ceritakan kepada anak-anak murid saya di sini. Dan kerana itu, Allah SWT telah menemukan kita di tanah suci. Maha Besar Kuasa Allah Taala menemukan saya kembali dengan seorang guru yang telah  banyak mengajar saya tentang erti kasih sayang dan mendidik saya setulusnya :")




 Terima Kasih :")

Sunday, 12 May 2013

10th honeymoon

Assalammualaikum w.b.t

11 Mei 2013: Kami memilih untuk ke Tanjung Sutera Resort di Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, lebih kurang 81 km dari Kulai. Saya tahu tempat ni pun selepas penat fikir untuk bercuti di mana, dan terus google "Tempat percutian di Johor". Asalnya, saya dan Edy mahu ke Cameron Highlands, tapi atas faktor cuaca yang tak menentu, Edy tak mahu ambil risiko. Saya bingung juga tapi terasa sangat desperate nak bercuti memandangkan 2 minggu akan datang ini saya bakal sibuk; menanda kertas, assignment dan study week. Syukurlah Allah temukan kami dengan tempat ini. Terima kasih kepada blogger ibuayahdamia.blogspot.com sebab telah berjaya buatkan saya teruja nak ke sini.

Macam mana nak sampai sini?

Dari arah Kota Tinggi, tuju ke arah Mersing. Lebih kurang 15 km dari Kota Tinggi, ambil jalan ke Sedili Besar. Lepas tu, nanti akan nampak satu signboard kecil Tanjung Sutera Resort, belok kanan dan masuk ke arah ladang kelapa sawit. Terus dan akan jumpa simpang tiga. Di situ ada banyak signboard chalet, belok ke kanan dan terus sahaja tanpa ragu lebih kurang 3 km sehingga habis jalan ladang kelapa sawit dan masuk ke kawasan kampung. Terus sahaja sehinggalah akan nampak pintu masuk Tanjung Sutera Resort di sebelah kiri. Kawasan ni luas dan besar. Bukan sahaja menjadi tempat percutian, malah boleh dijadikan tempat berkursus dan kem bina insan untuk pelajar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami terus ke receptionist. Saya tak terus book bilik. Saya minta pendapat pekerja di situ dan round sekitar dulu. Selepas berpuas hati, akhirnya kami memilih Pondview Cottage. Banyak lagi pilihan bilik yang ada seperti standard room, hillview suite, seaview suite dan terdapat juga dorm dengan kapasiti 8-46 orang sebilik. Saya pilih Pondview Cottage kerana teruja sangat nak lihat bunga teratai mekar di subuh hari :)
 
 
 
 
 
 
Pondview Cottage berharga RM150 tak termasuk makan minum. Kali pertama sampai, kami cuba juga menu di situ, 2 orang makan, RM36. Tapi, tak cukup mengenyangkan saya. Jadi petang tu kami ke Jeti Sedili Besar, ada kedai Steamboat Sedili, makan chicken chop dan nasi ayam penyet. Dua orang, RM16. Rasanya?Speechless, sangat sedap dan mengenyangkan! Saya tak sangka warung sebegitu mampu hidang makanan bertaraf restoran.
 
 
 

Petang tu, saya temankan Edy memancing di jeti Sedili Besar. Jeti ni juga merupakan tempat pemancing-pemancing laut dalam berkumpul dan mendapatkan perkhidmatan bot besar. Edy cuma memancing di tepi jeti. Suasana di situ sangat tenang dengan angin kuat dan simbahan cahaya matahari yang mendamaikan. Saya ralit di situ untuk beberapa ketika.
 
 
 
 
 
 
 
Malam tu, kami hanya habiskan masa di bilik. Bingung juga saya sebab tiada tv. Untuk hilangkan rasa bosan saya, Edy ajak memancing di kolam hadapan. Dua kali dapat ikan, tapi kami lepaskan semula. Lepas tu, saya tak sedar saya terlena pukul berapa.

Setiap satu jam, saya asyik terjaga dan buka pintu bilik. Saya cuma nak lihat bagaimana bunga teratai mekar. Kadang-kadang, Edy kejutkan saya juga beritahu bunga teratai sudah kembang. Saya berlari keluar dan ambil gambar, saya tak ingat berapa kali saya buat macam tu. Hinggalah tiba waktu subuh, saya terjaga sebab terdengar bacaan al-quran dari masjid berhampiran. Waktu itu, barulah bunga teratai kembang sepenuhnya. Masa tu saya berlari keluar dengan bertelekung dan mencangkung di tepi kolam. Saya terlupa ada orang lain di resort itu. Saya tak dapat bayangkan kalau saya terserempak dengan orang lain. Saya bimbang bukan saya yang terkejut, tapi orang lain yang bertempiaran lari tengok makhluk putih di tepi kolam!
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami keluar bersarapan di luar, di kawasan kampung berhampiran jeti Sedili Besar. Kedai ni ada jual nasi minyak, nasi lemak, dan soto. Kami cuba nasi minyak dan soto nasi. Sedap! Saya siap bungkus nasi lemak ayam dan nasi minyak lagi. Semuanya berjumlah RM16. Untungnya duduk sini, sebab kaki makan macam saya memang suka makanan yang sedap, bersih dan murah.
 
Sebelum balik, saya dan Edy habiskan masa di swimming pool. Tapi tak lama dan tak puas sebab lepas tu dah ada orang lain datang. Saya cepat-cepat keluar dari pool tu.
 
 
 
 
 
 
Lepas serah kunci, saya ambil lagi beberapa gambar di situ. Tah kenapa, saya rasa sayu pula. Saya pandang ke arah laut, saya lihat simbahan cahaya matahari. Terik, tapi perasaan tu mendamaikan.

Alhamdulillah, saya lega sebab dapat keluar dari 'kepompong' kesibukan masa. Dua hari yang langsung saya tak fikir tentang kerja dan belajar. Adakalanya, memang saya perlukan masa sendiri, untuk hargai diri sendiri. Selepas ini, saya perlu fokus semula. Saya sudah bersedia untuk bersungguh dalam kerja dan pelajaran saya. Cuti semalam adalah hadiah terindah buat kami kerana diberi kelapangan masa dan kemudahan perjalanan. Alhamdulillah :)
 
 

Friday, 10 May 2013

Siapa kata mak-mak tak boleh main boling?


Assalammualaikum w.b.t

Ni entry pasal semalam. Actually, sekolah saya ada anjurkan pertandingan boling. Saya sertai bukan kerana apa, kerana saya naib pengerusi kelab guru di sekolah. Jadi atas rasa tanggungjawab, saya libatkan diri juga walaupun sebenarnya sebelum ni saya langsung tak berminat nak sertai. Saya sudah berkira-kira sama ada mahu sertai atau tidak bila memikirkan faktor masa dan tempat. Tapi kerana minat yang mendalam (kononnya) pada sukan boling, saya beri nama juga di saat-saat akhir.

Bayangkanlah pagi tu saya bekerja, petang ke kelas dan malam ada pertandingan pula. Saya memang rasa penat sangat. Tapi semua kerana tanggungjawab. Syukurlah Edy tak bekerja semalam. Jadi, dari pagi lagi Edy sudah hantar saya ke sekolah, ambil dan hantar pula ke kelas kemudian temankan saya ke pertandingan itu.

Saya tak memilih team untuk pertandingan. Saya pasrah je ditetapkan dengan mana-mana kumpulan. Then, setelah diadjust beberapa kali, akhirnya team saya terdiri daripada kumpulan mak-mak yang bawa stroller! The only one group yang ada anak-anak kecil jika dibandingkan dengan team lain yang single-single belaka. Memang unik! 


Penyokong cilik

Team kami

Saya dan baby Adha yang super cute!

Team wanita dan lelaki diasingkan. Yang lucunya, sepanjang pertandingan, kami bergilir-gilir jaga anak-anak kecil ini. Anak-anak dipass-pass mengikut giliran. Akhirnya, bukan semua orang pegang anak sendiri. Janji sempat, pass sahaja pada sesiapa yang free. Dalam masa tu, sempat lagi kawan-kawan saya gantikan pampers, lari sekejap untuk bf anak yang kecil, cibukkan si abang, bagi makan kat anak, dan sebagainya. Semuanya berjalan lancar termasuklah giliran melontar bola. Memang seronok dan kumpulan saya tiada masa rehat langsung sedari awal. Kagum saya lihat kawan-kawan saya ini yang bersukan dan menjaga anak tanpa mengeluh sedikit pun :).


Mama dan baby Batrisya

Baik kaum ibu atau bapa, semua main peranan bergilir jaga anak

Baby Tariq (3 months), still fully bf. Tu EBM ye

Baby Batrisya dan ayah Edy. Batrisya loves him most!

Ni turn pegang je baby sapa-sapa masa mak-mak diorang baling bola

Ayah baby Tariq beri sokongan

Ayah Edy main juga akhirnya

Baby Batrisya sangat suka Edy

Three of us *Berangan kejap*

Keputusan tak rasmi pertandingan, kumpulan kaum ibu dapat tempat pertama. Saya rasa nak tergelak pun ada. Sebab saya tak fokus langsung pada game seperti selalunya. Saya sangat seronok membantu kawan-kawan saya jaga anak-anak mereka. Saya rasa macam mustahil pula kumpulan kami boleh jadi juara. Tu tak termasuk anak-anak yang berusia 2-3 tahun tolong lontar bola. Tak tahulah kalau pengurus pertandingan salah kira. Pertandingan habis lebih kurang pukul 11 malam. Saya rasa nilah pertandingan paling seronok kerana kami tak masuk untuk bertanding tapi sekadar suka-suka. Tekanan tak terasa langsung. Mungkin juga kerana pertandingan ini ditaja sepenuhnya oleh kelab guru, jadi kami tak berasa ralat kalau-kalau bola 'berlari' di longkang :).

Sejak malam tadi, saya asyik tersenyum lebar. Saya mungkin agak pesimis, selalu terfikir macam mana aktiviti harian saya akan berubah nanti bila ada anak-anak kecil. Tapi saya tahu, kami boleh handle dengan baik nanti selepas melihat kawan-kawan saya seronok melibatkan anak-anak mereka tanpa rasa prejudis dengan statement "Aku dah anak, susahlah...". Insya-Allah, anak-anak kami nanti akan turut disertakan dengan segala hobi saya dan Edy. Insya-Allah.

Click! Click! Click!