Sunday, 11 December 2011

Gamit Kalbu

Terjumpa ex-schoolmate kat kenduri kahwin kawan. Tiba-tiba nampak baby girl comel and putih gebu. Sebaya arwah Najla. Tengok riak comel dia, aku dengan Edy tiba-tiba jadi kelu dan sebak. Nasi minyak cuba dikunyah tapi tak dapat nak hayati sepenuhnya sebab ingatan kami pada arwah Najla datang bertalu-talu. "Allah Maha Adil kan. Dia ambil Najla. Lepas tu dia lepaskan kerinduan kita pada baby lain yang iras Najla", kata Edy tiba-tiba. Kemudian kami minta izin untuk capture gambar baby tu.


Comel kan?

Thanks to Mr. Kamal Ulum and wife, Puan Nadiah (Nadia juga. Hihi)

Thursday, 8 December 2011

J Card's Day

Selama aku duduk kat JB, ni lah first time rasanya aku bershopping time J Card's Day. Rasa macam tak nak pegi lagi dah time-time camni. Aku rasa aku bukanlah jenis orang yang boleh 'merempuh' orang yang gila ramai camni. Aku memang tak pandai nak jalan sambil cakap "Excuse me","Tumpang lalu","Saya nak lalu boleh?". Aku akan jadi tugu sementara nak tunggu orang-orang tu bagi jalan kat aku. Edy pula just drop aku then terus rush ke meeting. Rasa mencabar jugak kena jalan-jalan dalam lautan manusia yang ramai ni sorang-sorang.

Masuk-masuk je, aku dah tak nampak jalan. Yang aku nampak lautan manusia dengan trolley yang penuh dengan segala barang. Ditambah dengan cuti sekolah, rata-rata bawak anak nak cari baju dan kasut sekolah baru. Niat aku datang sale ni sebab nak beli barang-barang dapur untuk rumah baru nanti. "Aku kena cari trolley ni. Nak beli banyak". Tolong!!! Trolley dah tak ada. Lepas tu nak bawak trolley naik tingkat lain kena naik lif. Ramainya orang nak bawak trolley masuk lif yang cuma dua tu je! #Dah mula rasa give up and nak balik terus.

Naik escalator ke tingkat dua. Sale baju, sale beg, sale make up, semua sale! Pejam mata. Terus fokus pada matlamat utama. Naik ke tingkat tiga. "Harga runtuh! harga runtuh! Sapa cepat dia dapat! 70%! 70%!". Pastu meluru orang pegi berebut bolster, comforter, blanket, pillow. Kaki aku ni rasa gatal juga nak pegi ke situ. Sabar. Sabar. Ingat matlamat utama semula. Periuk, kuali, rak pinggan.

Tak dapat trolley, dapat bakul pun jadilah. Bila dah bubuh semua yang nak beli, tak muatlah pulak. Mana nak letak kuali, nak letak periuk, pastu rak pinggan pulak. Susahnya! Mula give up. Letak semua balik. Berjalan keluar . Pusing kedai lain. Masuk sini tak kena, masuk sana tak kena. Teringat periuk kuali yang nak beli. Patah balik semula ke Jusco. Kali ni nekad. Jangan balik dengan tangan kosong. Nanti Edy marah.

Kembali menggunakan bakul sebagai alternative terakhir. Mula-mula dapat ambik kuali, bolster, dengan dulang dua je. Tak cukup tangan nak ambik periuk dengan rak pinggan. Bayar barang-barang ni dulu. Lepas tu baru fikir balik macam mana nak beli periuk dengan rak pinggan. Dah siap bayar, aku termenung kat luar. Doa dalam hati, "Ya Allah, temukan aku dengan trolley jika itu yang terbaik untuk aku".

Aku jalan turun ke tingkat dua. Then, tiba-tiba jumpa trolley. Subhanallah. Aku tengok kiri, tengok kanan. Agak-agak satu minit macam tak ada orang punya je, aku pun terus sorong. Syukur Alhamdulillah.

Kesimpulannya, bila dapat trolley ni maka berjayalah misi aku nak beli barang-barang yang lain tu.

(Entry ini ditaip dan dipos di luar Jusco sementara tunggu Edy datang jemput aku).

Tuesday, 6 December 2011

Blog Syok Sendiri

Semalam Edy tanya aku, "Blog dah ada pembaca?". Aku jawab, "Belum...". Gaya macam orang frust balik interview tak dapat keje je. Macam mana nak ada pembaca kalau aku belum buka untuk readers lagi. Cett, macamlah ramai yang nak baca. Hee.

Aku masih nak sesuaikan lagi dengan blog baru ni. Masih nak berlatih menulis. Masih nak bertatih buat ayat-ayat power untuk orang baca. Haha. 

Entah dah berapa kali aku edit entries sebelum ni. Aku masih lagi belajar nak tulis entry yang matang, bernas, dan tak meleret-leret, lepas tu tak delah cerita tu terlompat sana sini. Aku baca balik pun tak faham.

Then, aku still berlatih nak control emosi bila tulis entry. Sebab ada part-part yang emosi tak boleh dikawal  and rasa nak terluah semula. Makanya, carca merbalah entry aku jadinya. Bila emosi dah stabil, then baca balik apa yang teremosi tu, rasa macam tak patut betul. Lepas tu mulalah nak edit semula. Sebab tu blog ni masih belum dibuka secara rasmi lagi. Hee.

Contoh-contoh ayat 'teremosi' lebih macam kat bawah ni.

Bila aku marah, rasa macam nak tulis semua, nak sindir semua orang yang buat aku marah and sakit hati. Semua nak karang masuk dalam blog.

Contoh: "....macam sesetengah orang yang tak pernah fikir perasaan aku sedangkan aku selalu nak kena fikir perasaan dia... Dia ingat aku ni ****  dia ke?!!!"

Bila aku sedih pulak, ayat meleret-leret, mendayu-dayu, macam nak drag semua orang yang baca supaya turut sedih, lepas tu banyaklah muka smiley :"( sedih aku tu. 


 Contoh: "....hidup saya punah :"( Saya rasa saya hilang segalanya. Saya terlalu sedih. Kenapa semua ni berlaku??? :"""""(


Bila aku happy, ayat tu happy gila!!!! Tanda seru punya banyak nak tunjukkan betapa excitednya aku waktu tu.

Contoh: ".....Wah, tak sangkanya aku!!!!!! Ya Allah, aku bersyukur sangat!!!!!!!! Memang inilah yang kami nantikan selama ini!!!!!!!!!!

#Semua contoh ayat di atas hanyalah contoh, tidak berkaitan dengan mana-mana entry aku pun.

Kadang-kadang, aku rasa ayat aku skema sangat. Bila baca, macam baca cerpen tak menjadi pun ada. Kenapalah aku tak boleh buat ayat best macam orang lain? Sempoi dan simple tapi best untuk dibaca, tersentuh hati dan dapat rasa apa yang penulis blog tu tulis. Mungkin aku memang tak ada bakat menulis. Ada ke orang nak baca blog aku ni nanti? Bila 'private' and 'confidential' macam ni, dah macam personal diary pulak. Aku karang panjang-panjang, pastu aku baca sorang-sorang, pastu edit, publish, edit, publish. Sampai aku rasa macam nak delete je blog ni. Hua hua hua.

Semalam cik 'P' datang lagi. Aku memang dah expect dia nak datang sebab memang dah sampai cycle days yang ke 28 pun. Cycle days aku lepas bersalin Najla sekarang dah normal semula macam sebelum kahwin, 28 days. Kalau sebelum ni masa lepas kahwin, 25 days. Kami memang always ready to conceive. Cuma mungkin belum rezeki lagi. Lagi pulak aku ada masalah candida. So ingat nak treat and cure dulu. Tak nak perkara lama berulang. Biar baby dalam kandungan nanti dapat membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah. Rasa nak apply balik semua kaedah yang aku pernah cuba before dapat Najla sebelum ni. Dapat cepat pun bagus sebab aku dapat rasa kesedihan Edy tiap kali cik 'P' datang. Walaupun dia kata 'Tak apa. Kan Allah tahu yang terbaik untuk kita. Yang penting ibu sihat...", tapi aku tetap sedih bila tengok riak muka Edy yang sangat mengharap kehadiran permata dalam hidup kami selepas perginya arwah Najla. Aku pun sangat rindukan kehadiran anak-anak kami. Semalam boleh bermimpi arwah Najla. Dah lama sangat tak mimpi. Rasa comel sangat Najla dalam mimpi tu. Puas dapat main dan gomol dia. Terasa rindu sangat.

Aku berharap permata itu segera hadir menjadi penyejuk mata kami suami isteri. Amin.

Monday, 5 December 2011

Berhenti Dedah Aib Orang

Peringatan Untuk Diri Sendiri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Seseorang mungkin bercakap mengenai apa yang Allah SWT suka, tanpa memberikan sebarang kepentingannya lalu dia diangkat statusnya oleh Yang Maha Pencipta. Seseorang mungkin berkata sesuatu yang amat dibenci oleh Allah SWT, tanpa mengaitkannya dengan sebarang kepentingan mengenainya, maka dia akan diluncurkan terus ke neraka." [Hadith Riwayat Bukhari & Muslim]

"Seseorang yang suka melakukan perbuatan mencerca tidak akan masuk syurga." [Hadith Riwayat Bukhari]

Aku terpanggil untuk tulis tentang ni lepas baca satu blog yang seorang kawan aku suggestkan. Entahlah. Mungkin aku belum cukup terbuka nak baca jenis blog macam tu. Mungkin aku masih kolot. Mungkin aku takut untuk tahu akan sesuatu kebenaran.

Untuk pembaca blog macam aku, aku punyai pilhan, sama ada terus membaca dan menjadi seorang yang sangat open minded, atau tinggalkan sahaja kemudian blog walking ke tempat lain.

Aku cuma singgah dan hati aku tak boleh nak terus lama di situ. Niat penulisnya pasti baik untuk menyedarkan si pelaku. Namun, aib orang itu tetap perlu dijaga. Tidak perlu dedah aib yang berlebihan. Cukuplah sekadar guna pengganti nama, dan tiada siapa pun yang akan tahu siapa si pelaku. Bila kita menjaga aib orang, Insya-Allah aib kita akan sentiasa dipeliharaNya. Contohilah perjuangan Rasulullah SAW untuk menegakkan agama Islam dengan cara yang disyariatkan.

Medan blog ini lebih indah jika setiap penulisan mempengaruhi orang lain untuk berbuat baik.

Thursday, 1 December 2011

Musibah Yang Berganti Nikmat

Saya selalu ingat pada maksud Surah Al-Syarh atau sebahagian ulama menyebut surah ini sebagai Surah Al-Insyirah dan Surah Alam Nashrah. Surah ini hanya mengandungi 8 ayat. Teristimewanya surah ini adalah kerana Allah SWT telah menjanjikan kebahagiaan dan kemudahan kepada setiap hamba-Nya yang dihimpit kesusahan.

"1. Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?.
 2. Dan kami telah menurunkan beban daripadamu.
 3. Yang memberatkan tanggunganmu.
 4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
 5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
 6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
 7. Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan),
tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
8. Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
[Al-Syarh : 1-8]

Cuba lihat pada ayat 5 dan 6. "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Dua kali Allah SWT telah mengulangi janjinya. Janji bahawa selepas sesuatu kesulitan itu pasti ada kemudahan. Lihat sahaja dahulu perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi kesulitan untuk menyebarkan syiar Islam.  Baginda diherdik, dimaki, dicaci, dan ajaran yang disampaikan baginda tidak diterima. Masya-Allah. Namun, berkat kesabaran baginda membuahkan hasil apabila semakin ramai umat yang memeluk agama Islam dan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW hingga ke hari ini.


Aku sedar, aku bukanlah semaksum dan sesempurna peribadi Rasulullah SAW. Bukan mudah sebenarnya untuk menghayati erti  'sabar', 'redha', dan 'syukur' apabila dugaan yang tak pernah dipinta datang tanpa henti. Apatah lagi hikmah yang dinanti tak kunjung tiba. Namun, cuba fikirkan kedatangan ujian ini dari sudut positif. Kita memang tidak pernah tahu hikmah di sebalik setiap ujian  yang telah direncanakan-Nya. Bukan mudah untuk menerima sesuatu kehilangan. Tidak kiralah kehilangan harta benda, pekerjaan, anak-anak, atau orang yang dicintai. Tapi percayalah, kemanisan hikmah itu pasti akan terasa apabila kita bersabar, redha, dan bersyukur dengan setiap dugaan yang hadir. Kerana segala yang ditentukan-Nya adalah terbaik untuk kita.


Sewaktu aku dalam trauma kehilangan Najla, aku menjadi hampir tidak waras. Walaupun tahu hukum hakam agama, aku seolah tidak redha walaupun berkali-kali aku sebut perkataan "aku redha dengan pemergiannya...". Tapi hakikatnya aku sendiri tidak pernah faham apa maksud 'redha' itu. Namun aku bersyukur, sokongan padu yang diberikan ahli keluarga dan rakan-rakan supaya aku bersabar dan terima dengan redha takdir ini tidak pernah putus. Adik-beradik  tidak pernah berhenti menghubungi sewaktu aku berpantang di Muar. Kawan-kawan pula tidak pernah jemu menghantar sms, email, private message di facebook, malah sanggup melayan lama aku di telefon. Semuanya kerana mereka tidak mahu biar aku sendiri.


Dalam waktu itu, aku bersyukur kerana ramai menguatkan aku tanpa mempersoalkan takdir Allah yang telah berlaku. Namun adakalanya, iman aku digoyahkan oleh sebilangan kecil daripada mereka yang mempersoalkan takdir apabila mempersoalkan kematian Najla kerana sebab itu, kerana sebab ini, dan pelbagai persoalan yang membuatkan aku hampir gila memikirkannya. Aku hampir tidak redha, menyalahkan diri aku hari-hari, dan paling gila aku akan meraung dan terasa ingin memutar waktu itu agar aku dapat memperbetulkan keadaan semula. Namun syukurlah mereka ini hanyalah kelompok yang sangat-sangat kecil. Dan niat mereka mempersoalkan itu semua bukanlah kerana mereka ingin buat aku gila, tetapi kerana mereka sangat-sangat sayang akan aku. Mereka amat terasa akan kehilangan Najla. Mereka sangat-sangat sedih melihat aku sendiri. Niat mereka baik, cuma penyampaian itu kadangkalanya perlu diteliti supaya tidak disampaikan pada orang yang salah. Jika aku tidak kuat, entah apa yang aku lakukan agaknya kerana terlalu memikirkan kata-kata mereka itu. Mereka cuma insan biasa seperti aku yang penuh khilaf. Kerana aku juga pada saat itu hampir setiap hari sahaja mengeluh dan merintih, "Kenapa aku Ya Allah? Kenapa aku yang diuji sebegini?!! Kenapa aku?!!!".


Masya-Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan segala kekhilafan aku selama ini. Aku tidak sengaja menuturkan semua itu dalam ilmu dan amalku yang tidak pernah cukup.


Dan alhamdulillah, hidayah itu hadir perlahan-lahan menitip jiwa aku. Permulaannya apabila aku mula berminat untuk membaca novel-novel dan buku-buku motivasi berunsur Islam. Itu pun setelah disyorkan berkali-kali oleh seorang sahabat. Nyata sahaja hati ini terbuka  untuk membaca kesemua buku itu sewaktu diuji hebat olehNya. Nah, jelas sekali manusia hanya akan dekat dengan PenciptaNya apabila diuji bukan?


Buku pertama yang aku miliki ialah Novel Stanza Cinta. Perisian  dan penceritaan oleh penulisnya,  Nurull Halawati, amat menenangkan jiwa. Novel ini juga telah diterbitkan dalam bentuk drama di TV3. Pada aku, perisian dalam novel ini jauh lebih baik berbanding drama Stanza Cinta itu. Novel ini juga telah membuka minat aku untuk membaca lebih banyak buku-buku seperti ini. Kerana aku  sangat ketandusan ilmu. Dan jiwa aku kosong. Maka, aku perlu isi segala kekosongan itu dengan segala kekuatan yang aku cedok dari semangat  dan pengalaman penulis-penulis seperti ini.




Selepas membaca sebuah novel, beralih pula kepada 2-3 novel, dan akhirnya aku telah punya hobi baru untuk membaca buku-buku berbentuk motivasi pula. Malah kini sudah punyai puluhan buku sebagai koleksi peribadi. Sebelum ini, memang tidak pernah terlintas untuk membaca buku-buku seperti itu apatah lagi untuk menjadikannya sebagai koleksi. Buku-buku yang dihadiahkan percuma juga biasanya hanya terperuk di rak. Dan aku selalunya tiada rasa bersalah walau sedikit pun bila tidak membaca buku-buku itu. Bila seorang sahabat menghulurkan beberapa buah buku, aku hanya akan menyelak beberapa helai muka, kemudian baca sekilas lalu, dan memulangkannya semula. Memang aku tiada hobi membaca. Aku hanya suka menonton filem. Namun, segalanya berubah dalam pencarian sebuah ketenangan. Dalam waktu aku 'bercuti panjang', aku gunakan kesempatan itu untuk membaca pelbagai jenis buku. Dan hobi  baru ini banyak memberi kesan positif dalam hidup aku. Insya-Allah, aku akan cuba kekalkan minat yang baik ini sampai bila-bila. Aku ingin anak-anakku juga punyai minat membaca seperti aku dewasa nanti.


Daripada pelbagai buku itu, buku yang paling memberi kesan dan mengubah hampir separuh dari hidup aku ialah buku Bila Allah Menduga Kita tulisan Syed Alwi Alatas.




Buku ini memberi impak yang cukup besar dalam hidup aku dan Edy. Dan buku ini  telah menjadi buku kesayangan aku. Wajiblah pada sesiapa yang sedang diuji untuk memiliki buku ini. Pasti akan merasa puas dan memiliki sebuah ketenangan selepas membacanya. Buku ini juga aku hadiahkan kepada 2 orang teman karib kerana kebetulan mereka juga sedang dilanda musibah yang latar ceritanya berbeza dari aku. Malangnya, buku ini sangat cepat habis di pasaran. Aku sampai terpaksa mencari di beberapa kedai buku yang berlainan. Impian untuk memiliki buku ini lebih dari satu sebagai hadiah istimewa kepada teman rapat tidak kesampaian kerana selalu sahaja penjual kedai buku memberitahu 'already sold out'.

Selepas membaca buku-buku ini, alhamdulillah sedikit sebanyak telah mengubah cara pemikiran aku yang agak konservatif sebelum ini. Dan waktu itu, barulah kelihatan segala hikmah dan kebaikan di sebalik semua dugaan ini. Dan aku sedar setiap ujian itu hadir sebagai kifarah atas dosa-dosa yang dilakukan.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Aku ingin berkongsi beberapa nikmat yang hadir dalam hidup aku dan Edy selepas pemergian arwah Najla. Sekadar membuktikan bahawa janji Allah itu adalah benar.

Hikmah pertama yang aku nampak, aku punyai lebih banyak masa bersama Edy. Jarak yang telah memisahkan kami sebelum ini telah merapatkan kami semula dan aku lebih belajar untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk Edy. Setelah dua tahun berkahwin, kami masih lagi merasa nikmat pengantin baru itu. Kami bebas ke mana sahaja berdua, dan mengenali hati budi masing-masing dengan  lebih tulus. Kami belajar menerima segala takdir dengan redha, dan berkongsi setiap susah dan senang bersama-sama.

Allah Maha Pengasih. Dia berikan pula nikmat kedua dalam kami sedang merasai nikmat pertama. Permohonan aku untuk bertukar tempat mengajar dari Johor Bahru ke Kulai telah berjaya. Syukur yang tidak terhingga kerana sebelum ini permohonan untuk aku bertukar daerah saban kali tidak berjaya. Dan kini, Dia berikan kegembiraan yang sangat dinanti-nanti itu. Sebelum keputusan secara rasmi dikeluarkan pada 10 November 2011 yang lalu, bermacam rintangan terpaksa aku lalui sewaktu melakukan permohonan tukar. Masalah online, borang tidak dapat disahkan, pembatalan permohonan sehingga tiga kali, dan bermacam-macam lagi. Malah, sebelum keputusan rasmi dikeluarkan, seorang rakan telah membantu untuk memeriksa keputusan tukar secara tidak rasmi. Mendukacitakan saat itu, aku dimaklumkan bahawa permohonan aku tidak berjaya. Tentu berita itu sangat mengecewakan kerana aku dan Edy sangat berharap untuk mulakan hidup baru di tempat baru.  Namun, kami selalu berdoa agar Allah kurniakan tempat yang terbaik untuk kami. Aku  rasionalkan semula fikiran dan terima dengan hati yang terbuka kerana aku yakin segala yang ditetapkanNya adalah terbaik untuk aku dan Edy. Dan jika ketetapanku di JB, aku redha. Tentulah sangat mengejutkan bila mana aku dapat tahu permohonan aku telah berjaya. Subhanallah. Terasa kemanisannya saat itu. Kesedihan bertukar kegembiraan. Paling gembira tentulah Edy dan ahli keluarga aku.

Dalam aku merai kesyukuran dengan pertukaran aku itu, dugaan muncul pula. Hidup ini tidak lengkap rasanya jika tidak diuji bukan. Ujian seterusnya tiba bila aku dan Edy perlu mencari rumah untuk disewa. Dua minggu lamanya aku dan Edy meronda sekitar Kulai untuk mencari rumah yang selesa dengan kadar yang berpatutan. Mencari rumah sewa di Kulai bukan suatu kerja mudah seperti mencari rumah sewa di JB. Kalau di JB dulu, aku hanya meronda 2 hari, kemudian membuat pencarian di mudah.my dan menghubungi nombor-nombor tertentu. Tup tup, rumah itu sudah boleh diduduki. Di Kulai, lain keadaannya. Aku cuba juga mencari secara online, tapi tidak temui banyak, malah yang ada pun sudah diduduki orang. Mencari rumah kosong pula, tiada nombor untuk dihubungi. Bila ditanya pada jiran-jiran, tuan rumah tidak dikenali. Aku dan Edy cukup penat. Hampir putus asa. Siang malam kami mencari. Terasa jemu. Terasa penat mulut untuk bertanya sana sini. Tapi kami tidak putus-putus berdoa semoga Allah berikan rumah yang terbaik untuk kami.

Selepas minggu kedua pencarian, kami dimaklumkan oleh seorang kawan Edy, ada sebuah rumah untuk disewa dengan kadar RM450 di salah sebuah taman di Kulai. Aku dan Edy segera ke rumah itu. Rumahnya  sederhana, punyai 3 billik, dan kelihatan masih baru. Cantik walaupun sedikit kecil. Parkirnya boleh memuatkan dua kereta walaupun agak sempit aku kira. Aku dah penat mencari sebelum ini. Jadi kami buat keputusan segera untuk dapatkan rumah itu sebelum orang lain menyewanya. Deposit disediakan dan temujanji dengan tuan rumah dibuat. Kami berjanji untuk bertemu esok harinya. Bila family aku dapat tahu, diorang tak setuju dengan kadar sewa rumah tu. Diorang kata, rate sewa rumah kat Kulai untuk 3 bilik sepatutnya paling mahal pun dalam RM350, dan kat taman tu pun memang rata-rata sewanya hanya pada kadar itu. Paling mahal pun dalam RM400 sahaja. Hati aku dan Edy mula rasa macam kurang senang bila dengar tentang rate sewa rumah ni. Bila fikirkan kondisi rumah itu, memang rasanya tak nak fikir panjang dah walaupun orang kata mahal. Memang nak grab je. Lagipun sewa rumah di JB lebih mahal. So, aku tak rasa perbezaan sangat. Tapi, aku ikutkan juga kehendak family aku supaya buat tawar-menawar dengan tuan rumah. Jadi, malam itu, Edy cuba mesej tuan rumah untuk minta dikurangkan harga sewa. Kalau dapat kurang RM50 pun sudah dikira syukur. Tuan rumah tidak membalas. Kami membuat andaian bahawa tuan rumah tidak setuju. Aku dan Edy nekad juga untuk terus menyewa rumah itu. Pukul 5 petang esoknya, seperti yang dijanjikan, aku dan Edy sudah bersiap untuk berjumpa tuan rumah. Mengejutkan, bila kami hubungi untuk berjumpa, tuan rumah bilang, rumah itu sudah disewakan kepada orang lain. Orang itu sudah membayar deposit pun. Kami terkejut, kerana tuan rumah itu sudah berjanji. Terbit juga rasa kesal dengan sikap tuan rumah itu. Caranya begitu angkuh. Tapi aku dan Edy percaya pasti Allah mahu beri kami rumah sewa yang lebih baik. Pasti ada hikmahNya yang tersembunyi.

Minggu berikutnya, aku dihubungi abang aku. Memaklumkan ada sebuah rumah di sebuah taman baru untuk disewa. Rumahnya 4 bilik, dan harga sewanya lebih murah, iaitu RM400. Aku dan Edy melawat rumah itu. Persekitarannya sangat selesa, rumah yang lebih besar, parkir dan halaman yang lebih luas, kawasan perumahan baru, penduduknya tidaklah sepadat kawasan rumah sewa yang kami tidak dapat miliki sebelum ini, dan kawasan ini lebih dekat dengan jalan utama dan kedai-kedai. Yang paling best ialah rumah ni dekat dengan rumah kakak aku. Alhamdulillah! Inilah hikmahNya yang tersembunyi sebelum ini. Rupanya Dia mahu beri rumah sewa yang lebih baik dan terjamin kepada kami. Jika kami tidak sabar, tentu sahaja kami hanya dapat rumah yang lebih kecil dengan harga sewa yang lebih mahal. Aku dan Edy memang mencari rumah yang lebih selesa untuk keluarga kami selalu singgah dan tidur di situ. Kot kot  lah nanti nak ziarah waktu aku berpantang anak-anak yang lain pula ke. Insya-Allah.

Dan seperti yang aku bilang sebelum ini, dugaan itu tidak pernah berhenti. Dalam aku sedang bergembira kerana telah mendapat rumah sewa yang baik, aku diuji lagi. Kali ni ujian itu datang dari Mrs Someone. Mrs Someone ni bukanlah teman akrab aku. Tapi aku pernah menghulurkan bantuan berbentuk sokongan dan nasihat sewaktu rumahtangganya dilanda badai, sewaktu hidupnya pincang. Dipendekkan cerita, pertolongan tulus itu akhirnya dibalas dengan pelbagai muslihat dan tipu daya yang akhirnya memburukkan nama aku. Terkilan juga rasa hati. Namun, aku yakin, Allah pasti akan tunjukkan hikmah di sebalik semua ini. Lega juga bila aku membaca entry Hannah Johary tentang Cara Untuk Menghadapi Kata-Kata Orang. Kadangkala, hanya disebabkan sikap segelintir manusia seperti ini, membuatkan orang lain berasa serik untuk membantu. Aku juga merasa perkara yang sama. Dan ini memberi pengajaran kepada aku supaya lebih berhati-hati dengan semua orang apatah lagi dengan mereka yang tidak begitu kita 'kenali'. Bukan semuanya seperti ini, namun perlulah lebih berwaspada selepas ini agar kita tidak dibaling tahi pula selepas memberi emas kepada orang lain.

Dan nyata kegembiraan lain segera hadir sewaktu aku sedang gundah gulana. Pemenang Contest Mudah Aishah diumumkan. Dan mengejutkan sekali bila aku tahu pemenang itu adalah aku. Aku ke ni?! Dua tiga kali aku scroll ke atas ke bawah untuk baca siapa pemenang dan entry pemenang. Macam tak percaya aku lah orangnya. Mungkin pada orang lain, contest ini hanyalah sebuah contest biasa, malah tiada siapa pun tahu ganjaran apa yang akan diberikan. Tapi pada aku, contest ini lebih kepada contest penghargaan kepada seorang sahabat. Aku masuk dengan hati yang tulus kerana menghargai penulisnya yang telah memberi kata-kata semangat pada aku sewaktu aku hilang arah bila Najla telah tiada. Bila menjadi pemenang pilihan hati Aishah, aku sedar bahawa, hilangnya seorang kawan yang tidak menghargai bantuan kita selama ini, Allah hadiahkan kawan lain yang lebih menghargai siapa aku. :).

Syukur pada-Mu Ya Allah kerana tidak pernah jemu untuk menyayangi aku walau aku sedar aku penuh khilaf. Setiap kali aku merasa duka, hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan dan mengadu akan segala hal. Kau Yang Maha Mendengar, memakbulkan setiap permintaan walaupun adakalanya lambat untuk aku terima. Kerana aku yakin, itulah yang terbaik untukku.


"Ya Allah, kami sangat rindu akan anak-anak kami. Kurniakanlah mereka kepada  kami untuk kami didik dan bimbing menjadi anak yang soleh dan solehah. Janganlah Engkau biarkan kami seorang diri, dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."


Aku akan tetap setia dan sabar menanti pengganti Najla dari-Mu. Amin.

Tuesday, 8 November 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?


Disebabkan blog aku ni masih berstatus 'rahsia', jadi aku kirimkan email pada Aishah untuk join contest ini. Bukan kerana ingin merebut ganjaran yang akan diberikan. Tapi kerana aku sangat menghargai penulisan Aishah. Aku yakin, sesiapa pun yang pertama kali membaca blog ini, pasti akan berasa addict untuk terus membaca. Sebab? Penulisan dan idea-idea bernas yang diutarakan oleh penulisnya sentiasa 'menyentuh' hati. Aku tak tahulah kenapa bila baca saje setiap entry Aishah, akan buat aku rasa macam Aishah tengah bercerita depan aku. Kalau ceritanya lucu, aku akan ketawa. Paling kurang pun mesti tersenyum. Bila ceritanya sedih, mesti aku akan rasa juga kesedihan yang dilalui Aishah. Memang akan rasa sayu macam aku pula yang berada di tempat Aishah saat itu.

Berikut adalah kiriman email dari aku selaku penyertaan dalam contest yang dianjurkan Aishah ini.

"Saya mula kenal dengan blog myaishah.blogspot.com ni lebih kurang seminggu selepas anak saya meninggal dunia. Tak silap saya,  waktu tu, orang lain sibuk buat persiapan Aidilfitri, saya pula sibuk meng'google'ing tentang 'Bayi Meninggal Dunia'. Masa tu saya cuba cari kisah dan pengalaman orang lain yang pernah lalui saat kehilangan bayi mereka. Pencarian ini amat penting bagi saya kerana saya sedaya yang boleh cuba mencari sumber kekuatan dari pengalaman hidup orang lain sewaktu saya begitu trauma untuk hadapi pemergian arwah Najla.

Entry pertama saya jumpa dalam blog Aishah ialah Bayi Meninggal Dalam Kandungan.

Entry tu sekadar ceritakan bagaimana kejadian bayi meninggal dunia boleh berlaku sewaktu masih  dalam kandungan. Saya mulanya berfikir Aishah sekadar berkongsi tentang keadaan ini di blog Aishah. Bila saya scroll ke bawah dan tengok pada side bar sebelah kanan, saya ternampak Daisypath Bidadari Cinta di Syurga, 9 Oktober 2009 - Nur Anis Nashrah.

Saya tak puas hati. Saya cuba baca dan habiskan kesemua entry yang berlaku sekitar tahun 2009. Dari saat Nashrah berhenti bergerak, Aishah berpantang tanpa Nashrah, pengalaman Aishah untuk hadapi saat-saat untuk keluarkan Nashrah. Saya baca berulang kali. Saya add blog Aishah dalam list bookmark saya. Berhari-hari saya cuba khatamkan blog Aishah. Terlompat sana sini entry yang saya baca. Saya betul-betul nak tahu apa yang berlaku pada Nashrah. Saya ceritakan semua cerita Aishah pada suami saya, Edy, dan beberapa kawan baik saya. Dalam pada tu, tanpa sedar, semangat Aishah seolah ditiup ke dalam diri saya. Walaupun saya tak pernah jumpa dan kenal Aishah, tapi bila baca cerita Aishah, saya rasa Aishah begitu dekat dengan saya. Tapi sebelum tu saya nak minta maaf dengan Aishah kerana sepatutnya saya panggil Aishah sebagai Kak Aishah, kerana Aishah lebih tua setahun dari saya. Tapi dah terbahasakan Aishah dari mula, macam janggal pula nak ubah balik. Minta maaf ye Kak Aishah :)

Alhamdulillah, takdir yang telah menemukan saya dengan blog Aishah telah memperlihatkan saya tentang jalan yang masih terbentang luas di hadapan saya. Dua bulan cuti, saya cuba gunakan sepenuhnya untuk pulihkan emosi saya. Walaupun saya boleh tergelak ketawa saat berjumpa dengan orang lain, tapi jauh di sudut hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya jadikan blog Aishah sebagai rujukan. Dari situ juga, saya dapat kekuatan untuk berkongsi kisah hidup saya dengan Aishah. Percaya atau tak, lepas saya email Aishah tempoh hari, saya  semacam beroleh sejuta kekuatan. Apatah lagi bila mendapat sokongan dari rakan-rakan Aishah. Alhamdulillah. Saya cuba merancang kehidupan yang lebih baik. Saya cuba menghiburkan hati seperti mana Aishah pernah berusaha untuk mengubat lara Aishah. Macam Jiwa dan Lara pulak.

Saya juga cuba menghargai nikmat yang masih ada di sekeliling saya. Suami, ahli keluarga, teman rapat, adalah nikmat yang masih ada untuk saya hargai. Terima kasih Aishah. Blog Aishah secara tidak langsung telah memotivasikan saya dengan pelbagai cerita lucu, suka, duka, dan idea-idea yang bernas.

Saya dah pun mula bertugas. Walaupun kita cuma depan mata je, tapi jujur saya akui, saya begitu 'malu-malu kucing' nak jumpa dengan Aishah. Bertentang mata dengan Aishah mungkin boleh menyebabkan saya gugup, tiada sepatah perkataan pun yang mungkin keluar. Erk, tak tahulah ye kenapa perasaan saya semacam ini sekali. Mungkin memang sifat diri saya bila berjumpa pertama kali dengan seseorang, akan menjadikan saya terdiam seribu bahasa dan membatu walhal itu bukanlah diri saya yang sebenar. Heee..

Pernah sekali saya taip mesej untuk dikirim pada Aishah. Kononnya saya nak tanya, kalau-kalau Aishah mengidam ingin makan apa-apa, saya nak tolong cari and hantar ke office Aishah. Tapi, saya cancel dan delete mesej saya itu. Sebab saya terasa macam beria-ia sangat je nak belikan Aishah makanan. Kot-kotlah yang Aishah idam-idamkan tak dapat saya nak tunaikan, lagilah saya malu nanti. Itulah niat murni saya yang kemudian saya batalkan Aishah. Maaf sekali lagi ye Kak Aishah ;))

Berbalik semula pada blog Aishah, saya suka dan setia membaca blog ini kerana himpunan kisah-kisah yang begitu telus dari hati. Dari situ, saya mula membaca blog kawan-kawan Aishah  juga. Blog Hannah Johary merangkap kawan baik Aishah, blog mamaelly yang juga pernah kehilangan kembar sulungnya, dan banyak lagi blog rakan-rakan Aishah yang tak mampu saya nak senaraikan di sini. Saya sangat suka cerita-cerita tentang keibu bapaan. Kerana saya sangat ingin menjadi seorang ibu kepada anak-anak kami. Doakan saya dapat pengganti seperti Aishah ye. Insya-Allah saya akan cuba untuk menjaga amanah yang diberikan Allah sebaiknya.

Bercerita tentang Nashrah, saya teringat pada surah Alam Nashrah, di mana Allah SWT telah berfirman:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan." [Alam Nashrah : 5-6]

Ya, inilah janji Allah. Dua kali Allah mengulang ayat ini. Bila terbacakan ayat ini, saya teringat pada Nashrah. Dan saya juga yakin Allah akan menggantikan sesuatu yang baik untuk saya sebagai pengganti Najla nanti. Sebagaimana Allah telah memberi ganti kepada Aishah. Amin.

Ok Aishah. Itu sahaja sebab musabab kenapa saya suka blog Aishah. Dah lama nak email tapi belum berkesempatan. Alhamdulillah, terlaksana sudah hari ini.

Jaga diri Aishah ;) "


Sapalah yang bakal mencuri hati Aishah nanti ye? Aku tak berharap untuk menang kerana penyertaan dari orang lain tak kurang hebatnya.  Dapat join ni pun sudah satu kemenangan buat aku sebenarnya. Heee..

Friday, 4 November 2011

Wad Paedatrik

Dalam perjalanan pulang ke Muar, kami melalui Hospital Sultanah Aminah (HSA). Tiba-tiba tanpa sengaja, terpacul keluar dari mulut aku,

"Najla, ingat tak tempat ni? Tempat terakhir kita bersama. Ibu sayang Najla sangat-sangat. Ibu takkan lupakan Najla."

Lepas tu segala kenangan di wad paedatrik datang bertalu-talu. Bukan setakat kenangan Najla, tapi aku dan Edy tak boleh nak lupakan beberapa kenangan dengan babies yang ada kat situ. Ada beberapa bayi yang aku tak bole nak lupakan cerita mereka.

Tempoh 22 hari di HSA memberikan aku pengalaman berharga. Pengalaman yang perlu aku tulis, perlu aku cerita, supaya setiap ibu atau bakal ibu yang membaca akan lebih menghargai kelahiran anak mereka. Oleh kerana setiap bayi ini hanya ditag dengan nama ibu mereka di baby cot masing-masing, jadi keupayan aku untuk mengingat nama-nama itu adalah zero. So, aku terpaksa menggunakan nama gantian di sini.

1. Bayi A

Ini bayi pertama yang aku kenal di wad paedatrik A3. Aku dah berkenalan pun dengan ibu dia. Tapi sekadar perkenalan tanpa nama. Sewaktu Najla dalam incubator, setiap kali aku melawat Najla, mesti aku akan terpandang bayi ini kerana kedudukan baby cot dia yang sebaris dengan Najla. Apa yang membuat pandangan mata kami bertumpu pada bayi A berbanding bayi lain adalah disebabkan bayi A bernafas menggunakan tong oksigen yang besar dan diletak dalam sebuah bilik khas.

Daripada pengamatan aku, bayi ini bernafas menggunakan bantuan oksigen tersebut sepenuhnya. Menurut perbualan kami dengan ibu bapa bayi tersebut, lebih kurang seminggu selepas bayi A dilahirkan, tiba-tiba bayi A kejang, membiru, dan tidak boleh bernafas. Menurut doktor, bayi A tiada keupayaan lagi untuk bernafas tanpa bantuan oksigen. Dan untuk menampung hidup bayi A, bantuan oksigen diperlukan sepanjang hayatnya!

Setiap hari, ibu bapa bayi A akan bergilir menjaganya sepanjang hari. Ibu bayi A tidur di wad ibu dan anak di wad A2. Manakala bapa bayi A tidur di surau HSA. Kedua mereka adalah Kelantanese. Keluarga yang jauh juga sanggup hadir untuk melihat keadaan cucu tersayang. Datuk bayi A, berkopiah putih, berjanggut ala Nik Aziz, dan neneknya yang bertudung labuh, meruntun hati aku bila melihat mereka begitu tabah dalam menghadapi keadaan cucu sulung mereka sebegitu rupa. Kesedihan yang jelas terpancar di muka cuba disembunyikan sedalam-dalamnya. Hanya sokongan yang tidak berbelah bahagi dapat diberi untuk anak dan menantu agar terus tabah, tanpa keluh kesah menjaga bayi A dengan sepenuh kasih sayang.

Minggu kedua, waktu aku dan Najla tinggal bersama di wad A2, aku dapat mengenali ibu bayi A dengan lebih dekat. Nyata dia seorang yang sangat ceria. Dia juga turut mencium dan membelai Najla. Dia seorang yang lucu juga. Menghiburkan kebanyakan ibu-ibu di wad A2. Aku sangat sukakan perwatakan ibu ini.

Seminggu kemudian, sewaktu Najla menghidapi pneumonia dan dimasukkan semula ke A3, dalam keadaan aku yang sedang teresak-esak menangis itu, aku sempat mencari ibu bayi A. Biasanya, waktu-waktu begini, akan kelihatan ibu tersebut menyusukan bayi A. Tapi kelibat dia tak kelihatan pagi itu. Aku bertanya pada seorang kakak yang sudah sebulan tinggal di hospital dengan anaknya yang down syndrome. Menurut kakak itu, bayi A sudah pulang. Aku yang teruja memintas kata-kata yang tidak sempat dihabiskan itu dengan berkata, "Wah, dah balik? Bestnya!". Kemudian kakak itu menyambung kata-katanya dengan tenang, "Doktor cakap dengan dia, buat apa nak siksa anak dia lama-lama lagi. Anak dia memang tak boleh hidup tanpa bantuan oksigen. Berapa lama lagi dia sanggup nak biarkan anak dia tersiksa macam tu. Jadi doktor suruh dia balik. Doktor kata, lepaskanlah je dia pergi.." . Aku gumam. Lepaskan dia pergi? Ibu mana yang sanggup lihat anak dia mati hidup-hidup depan mata kepala sendiri? Ibu mana yang sanggup?! 

Aku tak boleh terima. Aku terus sambung bertanya, "Habis tu kak?". Kemudian, kakak itu menyambung, "Dia tak balik lagi. Dia rasa doktor macam kejam bila cakap macam tu. Dia tunggu lagi 2-3 hari. Bila doktor tanya, kenapa awak tak balik lagi? Dia nangis teresak-esak. Kemudian bulatkan hati bawa anak dia pulang dan nantikan masa untuk anak dia pergi". Air mata aku meleleh. Terus aku teringat wajah bayi A, ibu dan ayahnya, datuk dan neneknya. Aku betul-betul sebak. Ya Allah, kuatkan hati ibu bapa bayi A.

..........

Lamunan aku terhenti dengan kata-kata Edy, "Allah dah tulis takdir bayi A sebegitu". Aku tak tahu kisah selanjutnya tentang bayi A selepas dibawa pulang. Apa masih hidup lagikah bayi A? Edy menyambung, "Bayangkan, hidup bayi A sepanjang hayat dengan bantuan oksigen. Selain kos yang besar, dan ketidakmampuan untuk membeli tong gas yang mencecah puluhan ribu ringgit untuk sebuah itu, jika bayi A dibiarkan terus menerus dalam keadaan macam tu, pasti bayi A akan lebih tersiksa. Hidup dan emosinya kelak sebagai kanak-kanak, remaja, dan seorang dewasa pasti akan terjejas dalam keadaannya sebegitu rupa. Jadi, lebih baik bayi A direlakan pemergiannya. Kerana sudah tentu bayi A dalam jagaan yang baik oleh Allah SWT. Allah sudah mengira setiap pengorbanan ibu bapa bayi A sepanjang sebulan lebih mereka menjaganya. Sudah tentu ibu bapa bayi A lebih teruji dengan dugaan sebegitu rupa. Allah Maha Mengetahui".

2. Bayi B dan bayi C

Kedua-dua bayi ini aku kenal sewaktu di wad A2. Bayi B berkepala besar, manakala bayi C rambutnya gugur setiap hari. Aku ni ada hobi tak senonoh sikit. Aku selalu curi-curi baca rekod bayi-bayi kat situ. Segala istilah perubatan yang aku tak tahu, aku cepat-cepat google guna iPhone. Aku betul-betul tak ingat penyakit kedua-dua bayi tersebut. Apa yang aku faham, kedua-duanya ada masalah dari segi otak. Kecacatan kekal. Tapi tiada masalah serius yang lain.

Kenapa aku ingin berkongsi cerita tentang bayi B dan C ni adalah kerana kedua-duanya bakal dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka ini anak hasil perkahwinan yang sah, tetapi ibu bapa mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa anak mereka cacat. Selepas dikendong selama sembilan bulan, selepas melahirkan, selepas melihat keadaan bayi tersebut, terus mereka bilang pada pihak hospital, mereka tak nak anak tersebut. Yang lucunya, ibu bayi C sempat berkira-kira dalam 2-3 hari sama ada nak bawa pulang atau tidak. Hari ni call kata nak bawa balik, hari esok bilang nanti mahu difikir semula, lusa pulak kata dah confirm tak nak ambik. Apa punya mak lah!

Daripada perbualan nurse-nurse di situ, memang tak disangka ada ibu yang sekejam itu. Orang zaman sekarang, susah payah nak anak. Mak diorang pulak sedap-sedap je bundle kan anak dia kat JKM. Malu katanya kalau orang tahu. Tunggulah kat akhirat nanti. Sebab korang tak jaga amanah yang diberi! Elok-elok boleh dapat pahala free jaga anak macam tu, free-free dapat dosa sepanjang hayat. Kalau alasan kewangan, tak mampu nak biaya rawatan dan jagaan seumur hidup, aku boleh terima. Ini hanya kerana malu! Hm. Tak tahu dah ibu berhati apa mereka ni. Cuma syukurnya, mereka tak campak bayi mereka kat longkang. Mungkin sebab anak halal. Biasanya, hanya bayi luar nikah diperlaku sebegitu.

3. Bayi D

Bayi D aku kenal masa Najla kena pneumonia. Bed Najla sebelah baby cot bayi D. Bayi D dah tinggal kat wad A3 dalam sebulan lebih. Menurut ibu bayi D, bayi D tak boleh menangis, kerana bila menangis, jantung bayi D akan menjadi lemah. Bayi D ada masalah jantung. Tak sure masalah sebenarnya apa. Bernafas berbantukan oksigen tapi tak seteruk bayi A.

Aku sempat berbual dengan ibu bayi D di bilik menyusu. Menurutnya, doktor bagi tahu, bayi D berkeadaan sebegitu kerana asap rokok. Aku tanya, suami hisap rokok depan dia ke masa mengandung? Dia bilang, tidak. Tetapi, dia menjadi mangsa sebagai second hand smoker di kedai makan tempat dia bekerja.

Kedai-kedai makan yang tidak ditulis 'Dilarang Merokok', kita boleh lihat, tanpa segan silu, kebanyakan perokok menutup sajian mereka dengan 'pemanis mulut' kegemaran mereka itu. Itulah yang berlaku juga di kedai makan tempat ibu bayi D bekerja sebagai pembantu. Ibu bayi D terpaksa berhadapan situasi itu selama 9 bulan! Tidak dikira tempoh sebelum dia mengandung. Bukan seorang perokok, tetapi berpuluh-puluh perokok. Kesudahannya, bayi D terpaksa menanggung akibatnya. Kasihan sungguh bila melihat seorang bayi yang sempurna sifatnya, cukup beratnya, tetapi jantungnya tidak sempurna kerana dosa yang dia tidak pernah lakukan tetapi sedari melihat dunia, bayi D mengalami rasa sakit yang tidak terperi hanya kerana menanggung akibat daripada perokok.

Bayi D dijangka akan menjalani pembedahan jantung di IJN bila bayi D telah mencapai berat 4 kg. Kos pembedahan mencecah 40k. Tapi umum maklum, separuh daripada pembiayaaakan pembedahan akan dibiayai kerajaan. Jadi ibu bapa bayi D akan berikhtiar mencari baki 20k untuk bayi yang amat dicintai. Sudahlah mereka bukan orang senang. Nak beli rokok sekotak pun tak mampu. Inikan pula perlu mencari 20k dalam masa singkat. Sudah sebulan, berat bayi D bukan makin bertambah, malah semakin susut pula hingga 2 kg dari 3 kg. Pesanan doktor, "Berdoalah semoga anak awak sempat jalani pembedahan itu."

Ibu mana yang tidak menangis mendengar pesanan keramat seperti itu. Siang malam tanpa mengenal penat, ibu bayi D akan menyusukan bayi D agar berat bertambah. Manakala bapa bayi D bekerja siang malam, pagi petang, mencari duit tambahan, untuk kos pembiayaan jantung bayi sulung mereka. Ya Allah, semoga jalan untuk mereka dipermudahkan jika itu yang terbaik dari-Mu.

..........

Wad terakhir aku bersama Najla di HSA ialah NICU A4. Bayi-bayi di sini jumlahnya lebih kurang 20 orang, termasuk Najla ketika itu. Kerana ini wad kritikal, jumlah bayi-bayi di sini memang jauh lebih sedikit berbanding wad A3 di mana jumlah bayi di sana mencecah ratusan hingga terpaksa dikawal ketat keluar masuk ibu bapa di A3.

Wad ini juga merupakan tempat terakhir aku bersama Najla. Subhanallah. Tak dapat nak digambarkan perasaan itu. 6 hari di A4 membuatkan aku begitu trauma sehingga sekarang. Di situ, tiada langsung kedengaran suara bayi menangis. Wad itu sepi. Tanpa suara. Kerana bayi-bayi di situ hampir kesemuanya menggunakan ventilator. Ventilator ini menutup peti suara. Kita boleh lihat riak wajah bayi itu sedang menangis. Tanpa ventilator, pasti kuat sekali tangisan itu akan kedengaran.

Nurse-nurse dan doktor-doktor di situ pun sungguh luar biasa kebaikan mereka. Mungkin kerana chances setiap bayi di situ untuk hidup hanyalah 50-50, dan boleh dikatakan setiap hari, aku dapat melihat jenazah bayi diusung keluar dari A4, jadi mereka sangat mengutamakan perasaan ibu bapa bayi-bayi di sini. Apa sahaja pertanyaan ibu bapa akan dijawab sedetail yang boleh. Semangat dari mereka tak pernah putus untuk ibu bapa di situ. Kerana mereka percaya, jika ibu bapa yang hadir gembira, anak mereka juga akan turut gembira malah bertambah baik lagi keadaannya.

Aku tak tahu nak cerita apa tentang bayi-bayi di sini. Sebab aku masih tak boleh nak lupakan bunyi mesin yang bertalu-talu dan wayar-wayar yang berselirat di setiap tubuh kecil di situ. Kondisi bayi-bayi di sini kebanyakannya sangat kritikal. Ada yang pulih dan diturunkan semula ke wad A3. Ada yang terpaksa tinggal di situ berbulan-bulan lamanya. Ada yang berakhir dengan kematian. Seperti Najla.

Semoga bayi-bayi lain yang masih lagi berada di wad A4 akan lekas sembuh dan dapat menjadi penyejuk mata untuk ibu bapa mereka nanti. Semoga kelak mereka dapat hidup bersama dan menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa mereka. Amin.

Thursday, 3 November 2011

30 Minggu

Sudah berkali-kali aku cuba untuk berkongsi kisah kelahiran pramatang Najla. Sesuatu yang sangat indah untuk dijadikan kenangan aku dan Edy. Cuma aku belum cukup kuat sebelum ni. Hari ni, genap 3 bulan kelahiran Najla. Dan lebih kurang 2 bulan sudah sejak Najla meninggalkan kami. Aku juga sudah mula bertugas selepas bercuti 'sakan' 3 bulan. Alhamdulillah, keadaan emosi aku bertambah baik. Jujur aku katakan, pemergian Najla satu rahmat bagi kami. Kami berasa tenang dan lebih dekat pada-Nya. Jika ujian ini diberikan sebagai kifarah, aku redha dan merasa syukur. Kehilangan Najla telah mengajar aku apa makna sabar, redha, dan syukur kepada-Nya. Alhamdulillah. Tiada kata indah untuk menggambarkan betapa kami amat bersyukur dengan kehadiran Najla. Insya-Allah semoga perkongsian ini amat bermakna untuk semua orang.

23 Julai 2011

9 malam - Aku dan kawan sekolah memenuhi undangan perkahwinan kakak pelajar kami di Hotel Mutiara. Seperti biasa, Edy ada tanggungjawab di Muar dalam urusan kerja.

Majlis baru 10 minit bermula, tiba-tiba perut aku rasa sakit. Kerana ini kandungan sulung, sudah tentu pengalaman merasa saat contract tidak ada. Perut aku kejang, pinggang sakit. Aku tak pasti adakah itu yang dipanggil Braxton Hicks. Selama satu jam aku menahan sakit. Dalam pada tu, sempat lagi aku men'google'ing tanda-tanda contraction. Dari pemahaman aku, memang aku sedang mengalami kontraksi.

10.30 malam - Kami mohon pulang awal sebelum usai majlis. Rasa sakit semakin menjadi-jadi. Apa yang aku buat, pegang perut dan dalam masa sama urut-urut pinggang. Jika pergi sebelumnya aku yang memandu, baliknya kawan aku pula yang ambil alih. Kawan aku terpaksa hantar aku ke rumah sahaja kerana dia ada urusan lain malam tu.

11.00 malam - Housemate aku hantar aku ke hospital. Apa yang aku sempat capai cuma buku merah. Melucukan, aku ke hospital dengan muka yang bermake up dan tudung yang berlilit-lilit. Kononnya sebab ke majlis kahwin la kan. Sesampai je kat wad bersalin, aku tak boleh nak cakap apa kat pak guard. Cuma aku tunjukkan perut aku dengan muka yang berkerut. Fahamlah agaknya aku dah sakit nak bersalin. Kemudian ditahan dan disoalnya housemate aku. Ikutkan, hanya suami sahaja yang dibenarkan, atau pun, ibu bapa jika suami tidak dapat hadir. Aku terus meluru ke lif dalam keadaan yang masih sakit. Dah malas aku nak ulang ayat, "Suami saya tak ada, kawan saya teman". Dihalangnya pula housemate aku tu sampai berlaku scene kejar-mengejar. Aku terus tarik housemate aku masuk lif, dan pak guard yang kejar kami tu jerit, "Cik, cuma suami je yang boleh masuk!", sambil pintu lif tertutup aku sempat cakap, "Suami saya tak adalah!". Huh, tak pasal-pasal dah termarah guard tu. Aku faham tugas mereka, dah tentu sekali mereka tak mahu dipersoal atau diambil tindakan atas keizinan mereka untuk sembarangan orang masuk. Tapi keadaan waktu tu berbeza. Terdesak. Aku tekan butang 2 ke wad saringan. Mujur sebelum ni, masa kakak aku bersalin, aku ada ke situ. Jadi, tahulah aku mana nak dituju.

Selepas cakap serba ringkas dengan nurse kat kaunter, aku diarah masuk ke dalam. Kemudian diarah baring. Pakaian aku masa tu memang agak menyusahkan. Masa nak menyelak, nurse kat wad tu nasihatkan dengan lembut, "Lain kali, kalau rasa sakit, datang hospital, pakai kain batik ye..", aku terkulat-kulat senyum. Terasa malu sangat. Tak apalah, bukan sengaja pun. Kemudian seorang doktor Melayu kecil molek, bercermin mata mulakanlah tugas soal-menyoal. Aku lalok-lalok jawab sebab sakit dan mengantuk sama masa sesi soal jawab tu. Dah habis bersoal jawab, doktor kecik molek tu pun masukkan speculum ke dalam vagina. Sambil tu sempat aku tengok kad nama doktor tu. Nama aku tak ingat tapi aku nampak jelas tahun lahir doktor ni pada pangkal IC '87', maknanya dia baru 24 tahun. Rasanya tengah housemanship training kot. Doktor kata ada vagina candidiasis. Aku pernah kena masa kandungan 2 bulan. Serviks masih belum terbuka. Sedar tak sedar, dah pukul 1 pagi. Aku ditahan wad. Memang aku stay wad sehelai sepinggang. Aku suruh housemate aku balik dulu dan kebetulan Edy dalam perjalanan dari Muar ke JB. Naik wad bersalin, gaya aku tak macam orang nak bersalin pun. Nurse-nurse kat kaunter tak hiraukan aku pun sampailah aku duduk, letak segala fail dari wad saringan n cakap,"Saya nak masuk wad." Terjegil mata nurse-nurse kat situ. Cara aku tu memang macam nak check in hotel. Lucu bila kenang balik. Dibacanya rekod aku secara ringkas. "Suami mana?", "Suami saya on the way", "Datang sendiri ke?", "Tak, datang dengan kawan tapi saya dah suruh dia balik." Tersenyum je nurse-nurse kat situ. "Bawak baju tak?", "Saya tak bawak apa-apa. Duit pun tak bawak." Tergelak diorang dengar jawapan aku. Muka aku pun selamba je. Lepas tu, aku diberi baju pink, jug air, dan cawan. Lepas salin-salin semua, aku terus tido. Nyenyak! Aku terjaga esoknya pukul 11 pagi. Masya-Allah! Terlepas subuh. Waktu doktor and nurse check sebelum tu, aku mamai. Tapi yang pasti, keadaan aku ok. Tak ada apa-apa. And petang tu aku discharge. Alhamdulillah.

30 Julai 2011

Sabtu yang dinanti semua orang. Dan cuti sekolah juga sempena menyambut kedatangan Awal Ramadhan.
Seminggu persekolahan yang memenatkan sebab aku terlibat dengan pengambilan gambar sekolah.

8.00 pagi - aku rasa ada letusan kecil, kemudian rasa basah. Aku panggil Edy. Aku bagi tahu Edy mungkin air ketuban pecah. Edy ambil tisu, aku cuba lap, warnanya keruh. Aku cuba tenang tapi Edy dah gelabah masa tu. Aku yakin mesti aku kena warded lagi. Aku kemaskan segala keperluan. Beg baby pun aku bawa. Aku ke klinik Chia dulu. Doktor check, scan, and kata pergi hospital cepat. Aku sempat tanya hospital mana yang doktor suggest, "You pegi HSA. Sana banyak equipment untuk baby prem. Kalau you pegi private, mesti habis puluh ribu." Aku angguk-angguk dengar penjelasan Dr. Lim. Kalau boleh memang aku nak yang terbaik. Apatah lagi ini bayi sulung. Tapi manalah nak cari duit puluh ribu tu. Tak sanggup rasanya nak susahkan hati Edy.

9.30 pagi - Macam sebelum ni, aku ke wad saringan. Sesi bersoal jawab agak pendek sebab dah ada rekod sebelum tu. Seorang doktor perempuan Cina, kecil molek, bercermin mata, berambut pendek, yang layan aku masa tu. Macam biasa, mesti aku tengok kad nama dulu. Tahun kelahiran '85'. Maksudnya usia 26 tahun. Mungkin dah jadi MO. Atau akan menamatkan latihan sebagai HO. Tak senonoh kan tabiat aku ni.

Kali ni pakaian aku memang sesuai untuk masuk situ. Aku tak berkain batik, sebaliknya aku pakai kain bergetah. Lebih selesa dan flexible. Seorang nurse masuk, check jantung baby sambil tanya aku, "Pad penuh tak?". Aku jawab, "Saya tak pakai pad", lepas tu aku pun kenalah marah dengan nurse tu, "Habis selama ni kalau period tak pakai pad ke?!". Mula-mula hati rasa menyeringai jugak. Sempat aku tengok name tag dia. Tapi aku positifkan semula fikiran. Ok, sepatutnya dalam hal sebegini kena pakai pad. Aku bukan sengaja tak pakai, tapi sebab dah 30 minggu tak period menyebabkan tiada stok pad kat rumah. Tak apa, nurse marah untuk kebaikan. Sebab apa, kuantiti darah atau air ketuban yang keluar sangat penting untuk jangkaan doktor tentang kondisi ibu. Dekat dinding wad saringan pun ditampal satu nota tentang bagaimana menganggar jumlah darah atau air ketuban yang keluar.

Doktor Cina tadi pun check perut, masukkan speculum, check bukaan serviks. Kerana ini kali kedua, aku lebih tenang. Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan baik dan tak rasa sakit pun. Confirm, memang air ketuban yang keluar. Dan doktor detect masih lagi ada infeksi vagina candidiasis. Mungkin kerana infection nil lah menjadi penyebab kebocoran amniotic sac aku ni. Aku terus dimasukkan ke wad bersalin.

31 Julai 2011

4.00 pagi - Pagi pertama, nurse ambil darah. Aku je, akak sebelah aku tak kena pun. Dalam mamai-mamai, aku perasan nurse tu tak boleh nak ambil darah aku. Sampai berangkat-angkat kaki nak cari salur darah. Aku cakap, "Tak apa, saya tahan. Cuba lagi", wah, betapa sabarnya aku waktu tu. Dah lah semalam kat wad saringan pun macam tu. Aku menyengih sambil beristigfar menahan sakit. JM tu putus asa sambil kata, "Minta maaf banyak-banyak kak", aku senyum je. Aku tak marah sebab aku yakin mungkin dia masih baru. Kalau tidak diberi peluang sebegini, pasti tiada pengalaman. Seorang staff nurse masuk. Tak sampai satu minit, done! Alhamdulillah. Sambung tidur.

6.30 pagi - Pemeriksaam rutin, check blood pressure, jantung baby, makan ubat. Lepas tu, aku terus bangun untuk solat subuh, sebelum tu ke bilik air dahulu. Darah?! Ye, ada darah. Anggaran satu pad. Aku terus jumpa doktor. Kerana hari itu hari Ahad, doktor yang bertugas hanya doktor on call. Itu pun hanya HO. Aku bagi tahu, ada darah, dan perut mengeras. Doktor, sister, nurse, tengok darah yang keluar tu and kata, "Dah show dah ni". Aku balik ke bilik semula, baring, seorang nurse yang agak veteran teman aku, sambil pegang perut aku. Mild contraction. Sambil tu aku sempat google maksud 'show' tu. Oh, tanda-tanda nak bersalin. Lepas tu aku mandi, dan qada' subuh kerana terlewat.

2.00 petang - MO dan HO round untuk check ibu-ibu. Aku selalu akan dengar dengan teliti setiap perbincangan mereka. Bila ditanya, ada darah atau air keluar lagi, aku menggeleng. Lepas tu MO arahkan aku disuntik ubat matangkan paru-paru baby. Aku menangis. Sebak. Tak tahu kenapa. Mujur family aku dah datang melawat sebelum tu. Rasa lega sikit. Aku kemudian diarah minum air gula. Dulu aku pernah muntah. So, kena minum lagi. Tapi kali ni, aku tahankan juga. Demi bayi tercinta. Tak lama, keputusan diperolehi. Bebas kencing manis. Alhamdulillah.

4.00 petang - Aku tengah khusyuk tonton tv dengan akak sebelah katil. Akak ni dah seminggu dekat wad ni. Rupanya masih tak bersalin sebab akak ni ada masalah jantung, jadi perlu keputusan oleh pakar jantung dan tidak boleh di'induce' atau di'operate'. Bukaan serviks mesti sepenuhnya berlaku sendiri. Sebab tu, lama kena menunggu.

Nurse datang, bawa peralatan menyuntik. "Puan, saya nak suntik kejap ye". Lepas tanya kat mana nak suntik, aku terus baring mengiring sebab suntikan akan dibuat di punggung. Aku alihkan bantal merah kecil yang aku bawa dari rumah. Kemudian diberi semula oleh nurse tu, "Peluk bantal ni puan. Tahan sikit ye. Baca selawat. Ubat ni sakit", aku terdiam dan akur. Aku tak tahu nak bayangkan perasaan tu. Aku peluk bantal kuat-kuat sambil gigit baju. Terasa suntikan jarum. Terasa tusukan jarum tu menular ke seluruh pinggang dan badan. Air mata keluar. Ya Allah! Sakitnya! Aku tanya nurse, "Dah ke?", "Dah lama sudah puan". Ya Allah, aku ingat jarum tu masih ada lagi. Sebab sakit yang aku rasa macam jarum halus masuk ke salur darah. Badan aku mengerekot tahan sakit. Aku menangis. "Saya minta maaf puan. Puan, tak apa berkorban rasa sakit demi anak kita", aku sebak dengar ayat terakhir tu. Aku cuba kuat. Aku capai air zam zam. Berdoa, minum, dan sapu sikit kat bahagian kena suntik tu. Alhamdulillah, beransur lega.

1 Ogos 2011 / 1 Ramadhan

4.00 pagi - Ambik darah lagi! Sambil mamai tu, aku mengeluh, "Ambil darah lagi??". Staff nurse tu senyum je sambil kata, "Sikit je saya nak ambik. Tak apa, saya buat tak sakit ye. Doktor tak puas hati dengan keputusan darah semalam", aku diam je. Ok, betul memang tak sakit dan laju je darah aku keluar. Baru nak sambung tido, datang nurse kedua, "Puan, saya nak suntik ubat matangkan paru-paru baby. Ni suntikan kedua dan terakhir", aku angguk dan minta izin nak minum air zamzam. Aku peluk bantal. Sakit. Aku cepat-cepat buat macam semalam guna air zamzam. Lega. Nurse kata, "Tak sakit? Apa petuanya?", "Saya minum air zamzam", jawab aku. "Oh, kalau macam tu, saya nak bagi tahu patient lainlah petua ni", aku tersenyum. Prihatin sungguh staff nurse di sini. Sambung tidur.

Hari tu, tak ada darah atau air yang keluar. Aku cuma tak boleh miss makan antibiotic. Alhamdulillah, puasa pertama yang damai. Aku dapat berpuasa dan berbuka bersama Edy di wad. Kata nurse, kalau darah atau air dah berhenti, mungkin dah boleh keluar. Seronoknya hati aku masa tu. Berkobar rasa untuk tunggu esok. Alhamdulillah, dapat juga aku buat terawih malam tu di hospital.

2 Ogos / 2 Ramadhan

2.00 pagi - Aku terjaga. Perut mengeras.

2.30 pagi - Nurse buat pemeriksaan rutin. Aku bagi tahu perut mengeras. Rasanya dah setengah jam sekali mengeras. Mild contraction.

4.00 pagi - Ambik darah lagi!!!! Aku tanya nurse, kali ni memang rasa tak puas hati, kenapa hari-hari nak ambik, akak sebelah tak kena pun. Nurse tu senyum je. Rasanya tak sampai 2 minit dah siap lepas aku dipujuk dengan ayat, "Sikit je". Huh. Rasa macam nak lari dah dari hospital.

Usai solat subuh, aku rasa lenguh-lenguh dekat bahu dan leher. Rasa sakit. Hari tu, aku tak bermaya. Tapi masih lagi berpuasa. Kakak aku dah pesan tak payah puasa, tapi aku degil. Masih nak berpuasa. Aku minta Edy urut badan, leher, bahu bila dia datang melawat.

4.00 petang - Doktor pakar, Dr. Faizal, Dr. Kartik dan dua orang doktor HO, round pesakit. Dr. Faizal tak puas hati dengan keputusan analisis darah aku. Apa yang aku dengar, Dr. Faizal kata kondisi baby dalam keadaan bahaya sebab dari sample darah menunjukkan jangkitan kuman semakin meningkat. Seorang HO diarah untuk buat VE (bukaan serviks) pada aku. Aku pergi ke bilik khas, doktor India berambut kerinting ala maggie tu terus buat VE. Kali ni aku tak sempat nak tengok kad nama dia. Sebab aku dah berdebar. "Oh My God! 4 cm already!", teriak doktor tu. Keadaan jadi kelam kabut. Semua nurse, dan sister yang menjaga aku sebelum ni, masuk bilik dan tanya, "Dah berapa?", aku tunjuk dengan jari angka empat. Terjegil mata diorang. Doktor India tadi terus maklumkan pada Dr. Faizal. Aku diarah turun ke labour room waktu tu jugak! Tempahan bilik di labour room segera dibuat. Aku terkedu. Dah nak bersalin? Aku menangis, tak tahu apa ada dalam fikiran. Aku kusut. Aku nak ambil handphone untuk maklumkan Edy tapi dihalang nurse. Aku terus diarah duduk di wheel chair. Aku minta tolong sister ambil handphone. Alhamdulillah Edy sampai tepat pada waktunya. Edy terkejut tengok keadaan aku dan keadaan yang sedikit kelam kabut tu. Aku dan Edy berpelukan. Aku bagi tahu, masanya dah tiba. Kami sama-sama menangis. Nurse, sister, peluk aku erat-erat minta aku bersabar. Aku bertambah sebak. Pelukan hangat mereka mengingtkan aku kepada arwah mak aku. Tiba-tiba teringin untuk awah mak berada di sisi waktu ini. Aku nak di'drip', tapi sempat aku minta izin untuk makan dulu. Sambil menangis, aku cuba habiskan makan. Lepas di'drip', aku minta ke tandas. Dalam tandas, aku cuba buang air tapi air mata aku yang tak henti-henti keluar laju. Aku teresak-esak. Nurse ketuk pintu tandas, suruh aku keluar sebab takut aku terbersalin dalam tandas. Laju aku dikejarkan ke labour room. Edy masih lagi terkejut. Sampai Edy yang banyak bercakap selalunya, tak berkata apa pun petang tu.

Dalam labour room, sewaktu menuju ke bilik nombor 5, aku sempat tengok keadaan yang huru hara di situ. Aku dengar jeritan ibu-ibu, tangisan bayi, nurse-nurse dan doktor-doktor yang bergerak laju. Sangat sibuk! Besarnya tanggung jawab mereka dalam menyelamatkan dua nyawa.

Dah siap berbaring atas katil bersalin, aku dipasang CTG. Doktor pakar O&G, Dr. Ramadas, MO, HO, dan beberapa bidan, follow up pemeriksaan. Dr. Ramadas suruh hantar aku balik semula ke wad, seorang HO terangkan yang ini arahan Dr. Faizal. Setelah diterangkan bahawa aku dijangkiti kuman, Dr. Ramadas arahkan aku di'induced'. Aku dengar penerangan Dr. Ramadas sambil HO menulis laju segala keterangan selaju percakapan doktor India itu. "Puan, saya Dr. Ramadas, pakar O&G. Bla bla bla. Kandungan puan dalam bahaya kerana puan telah dijangkiti kuman jadi kita perlu selamatkan bayi segera. Bla bla bla. Risiko yang puan perlu tahu walaupun puan telah disuntik ubat matangkan paru-paru adalah kegagalan bayi untuk bernafas sendiri walaupun percentnya adalah kurang tapi saya tetap perlu terangkan. Bla bla bla". 'Bla bla bla' tu kerana aku tidak dapat tangkap apa yang dia cakap. Sangat laju! Seorang nurse sempat berbisik kat telinga aku, "Doktor ni memang macam ni. Kalau dia cakap, semua orang tak faham. Terpaksa nurse terangkan balik nanti", aku tersenyum kecil.

Bidan yang menjaga aku terus masukkan Pitocin, sejenis ubat induce yang disambung ke bahagian yang di'drip' tadi. Aku juga nak dipasang kateter untuk keluarkan air kencing. Kali pertama aku tolak dan buat secara 'natural', tapi kali kedua, permintaan aku ditolak. Terpaksa juga aku akur. Muka aku merah padam masa tu.

Nurse nak suntik aku dengan ubat tahan sakit. Aku ni semacam alah dah dengan jarum-jarum ni. Aku tolak sebab aku kata tak rasa sakit lagi. Berkerut nurse tu. Tapi dia akur.

Aku ditinggalkan dulu kerana keadaan ibu-ibu di bilik lain lebih genting. Tiba-tiba Edy masuk. Kami saling berpelukan dan menangis. Edy minta aku bertahan. Dan ayat yang betul-betul tak boleh aku lupakan, "Ayah nak hidup dengan ibu", aku cium tangan Edy berkali-kali, pohon segala dosa aku diampunkan. Kemudian Edy keluar.

Lama. Masih tiada apa-apa. Aku dah penat berbaring. Aku duduk. Sempat aku tengok graf jantung bayi pada CTG. Apa yang aku faham, strong contraction. Sebab 5 minit sekali. Tapi aku tak rasa sakit walaupun dan di'induced'. Aku baring, pusing kiri, pusing kanan, boring. Aku tanya HO yang keluar masuk, "Lama lagi ke doktor?", "Pukul 9 malam nanti kita buat VE sekali lagi".

9.00 malam - VE. Masih 4 cm. Apa yang aku dengar, doktor HO tu buat report, ibu alami strong contraction tapi tiada rasa sakit. Dua orang bidan masuk, pelik agaknya jumpa patient yang cool macam aku walau dah di'induced'. Selidik punya selidik, rupanya wayar tu bocor. Pitocin tu tak sampai kepada aku. Sesi tukar menukar wayar pun berlangsung. Ngilu rasanya bila ditekan-tekan drip aku. Tak sampai 10 minit rasanya, baru aku rasa sakit. Ya Allah, rupanya macam ni sakit contraction. Sakit perut macam senggugut tapi berkali-kali ganda sakitnya. Terasa lenguh kaki, pinggang. Selimut aku pun sampai terlorot. Aku cuba beristigfar. Ingat Allah. Rasa sakit tu datang setiap 5 minit. Aku jerit panggil nurse, aku minta pain killer. Pain killer ni takdelah kurang pun rasa sakit contract ni, tapi boleh buat kita  tertidur. Bila sakit datang semula, aku terbangun dan mengerekot lagi atas katil. Lepas tu tertidur semula. Aku rasa agaknya kalau masa wayar bocor tu aku dah disuntik pain killer, mesti aku dah tidur nyenyak, tak jaga-jaga sampai nurse pun mungkin tak perasan. Mungkin inilah hikmah-Nya aku tolak mula-mula supaya aku tak terus 'tertidur' dalam keadaan anak aku perlu disegerakan keluar. Bila rasa sakit datang, aku pusing ke kiri, ke kanan, kuis-kuis kaki kat hujung katil, selimut memang dah tak tahu kat mana. Sampai aku terlorot kat hujung katil yang memang condong tu. Berkali-kali. Puas nurse naikkan badan aku semula. Tapi jadi lagi. Sampaikan nurse tu macam dah fade up and bagi tahu aku, "Puan, kalau puan terus macam ni, nanti nak bersalin, anak puan termasuk dalam tong kuning ni". Heh. Aku bila dengar camtu, aku naikkan badan aku semula. Kesian pulak kat anak aku nanti kalau termasuk kat tong kuning yang memang betul-betul kat hujung katil tu.

3 Ogos / 3 Ramadhan

12.45 malam - Dah 3 haribulan. Tak terfikir sama ada anak aku akan keluar sama pangkal lahir dengan aku atau pun tak. Tarikh lahir aku 3 Jun 1986. Pangkal '3'. If bersalin sekarang, samalah pangkal nombor hari lahir kami. Edy masuk lagi. Aku pulak tengah tidur masa tu. Bila terjaga, aku minta Edy urut-urut badan aku tapi Edy refused takut kalau effect apa-apa nanti. Dalam pada tu, sakit contract datang lagi. Aku minta Edy keluar sebab aku jadi manja dan mulalah nak nangis bila Edy ada kat sebelah. Kebetulan HSA ni tak benarkan suami masuk, tapi rezeki Edy malam tu dapat masuk berkali-kali. Mungkin kerana nurse-nurse kasihan pada keadaan aku yang kena bersalin tiba-tiba. Masa sakit tu datang aku sempat kerling jam. Lagi 15 minit pukul 1 pagi. Bermaksud akan dilakukan VE sekali lagi. Aku doa sungguh-sungguh pada Allah supaya tepat pukul 1 aku boleh bersalin. Dah tak tahan dah rasa. Hilang sakit, aku terlena semula.

1.00 pagi - Pushhh! Air ketuban pecah dan memancut. Aku jerit panggil doktor. Doktor dan dua orang bidan lari ke bilik aku dan tanya kenapa. Masa tu posisi kaki aku dah dalam kedudukan nak bersalin. Automatik. Aku dengar salah seorang bidan tu jerit, "Dah full!". Aku sempat tengok glove doktor tu penuh dengan darah sebab tengah sambut baby kat sebelah. Tapi mungkin sebab bayi aku pramatang, jadi aku diberi keutamaan dan ibu di bilik sebelah ditinggalkan dahulu. Mungkin ada bidan yang menjaga.

"Dah tak tahan dah!", teriak aku. "Sabar puan, jangan teran dulu!", kata doktor Cina tersebut. Disebabkan persiapan tidak dibuat, aku sempat tengok doktor tu dengan selaju mungkin tukar glove dan letakkan kertas hijau di bawah. Itu sahaja yang sempat dibuat. Takdelah sempat nak tarik stand untuk kaki atau tangan. Memang dah tak sempat. Dalam sakit aku bertahan, sebab fikirkan keselamatan anak aku. 'Cupp', bunyi gunting. Tapi sakit contraction memang betul-betul buat kena gunting tak rasa sakit langsung. "Ok puan, teran!". Aku tak teran tapi menjerit. "Jangan menjerit puan, teran macam nak buang air besar", lembut seorang bidan beritahu aku. Ok, walaupun dah banyak kali baca cara-cara nak bersalin, tapi betul-betul terlupa nak praktikkan. Dua kali teran, aku dengar tangisan pertama anak aku. Aku selamat melahirkan seorang puteri tepat pukul 1.02 pagi.

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.

Doktor tu suakan anak aku sambil tanya, "Cepat cakap ini anak apa?". Disebabkan bayi pramatang, memang agak lain sikit. Aku cakap, "boy kot", "Cepat cakap ini baby apa?!", doktor tu tanya sekali lagi. "Kalau bukan boy, girl la kot", macam tu lah jawapan aku. Boleh ber'kot kot'. Lepas tu anak aku terus dibawa untuk dibersihkan.

Doktor Kartik masuk bilik aku dan kata, "Oklah. Walaupun anak you kecil, tapi suara dia boleh tahan. Kuat dia nangis", aku tersenyum je. Lega dengar ayat tu. Memang kuat anak aku nangis walaupun pramatang. Syukur. Aku penat, dan terlelap.

Sesi menjahit. Aku terjaga semula. Walaupun aku dah disuntik bius, tapi Masya-Allah, aku rasa macam dijahit hidup-hidup. Terangkat-angkat aku menahan sakit. Puas doktor yang menjahit tu cakap, "Puan, diam-diam puan. Jangan gerak-gerak". Aku masih lagi terangkat-angkat tapi tanpa suara. "Kenapa puan? Kan dah dibius. Masih sakit ke?", aku angguk-angguk je. Lepas tu boleh pulak nurse datang suruh aku sain borang kelahiran dalam keadaan aku tengah dijahit tu. Menggigil-gigil pegang pen. Sampai nak tembus kertas tu bila rasa sakit jarum tu tembus kulit.

Alhamdulillah, siap sudah sesi menjahit. Ingatkan tak kena gunting sebab bayi kecil. Kena juga rupanya.

Aku nak terlelap, tiba-tiba datang seorang nurse bawak anak aku yang siap dibalut. "Puan, kami nak bawak anak puan ke wad A3. Anak puan perlu dimasukkan ke incubator. Silakan puan cium anak puan". Aku kucup lembut anak aku yang tak sempat aku peluk. Sebak. Teringin nak peluk dan tatap wajah dia. Tapi aku nak dia segera dibawa ke incubator.

Tak lama, Edy masuk. Mata Edy merah. Kami berpelukan sambil menangis. Aku suruh Edy jumpa anak aku untuk diiqamatkan. Edy terus ke wad A3. Anak aku terlalu kecil, berat cuma 1.5 kg. Pertama kali Edy pegang, Edy terus menangis. Yelah, dengan tiba-tiba sahaja sudah bergelar ayah. Kata Edy, masa diiqamatkan, anak aku yang sebelum tu menangis terus senyap. Tenang. Mungkin kerana selama dia berada dalam perut aku dahulu, Edy selalu azankan. Pasti dia sangat mengenali suara itu. Sayu saat Edy bercerita. Berulang kali aku mendapat ucapan terima kasih dari Edy.

Syukur Ya Allah atas kurniaan-Mu ini. Aku bersyukur telah selamat melahirkan anak aku dan lengkaplah hidup kami suami isteri dengan kehadiran puteri tercinta. Alhamdulillah.

Najla Batrisya binti Mawardi. Cinta hati ayah dan ibu. Selamanya.

Wednesday, 2 November 2011

Puteri Yang Pergi Tiada Kembali

Aku kembali bertugas selepas 'beristirehat' lama dari cuti bersalin 3 bulan. Sehari sebelum mula bertugas, aku merayu-rayu pada Edy. Aku tidak mahu ke sekolah! Bukan kerana sudah terlalu asyik dengan bercuti, tetapi kerana aku trauma. Trauma dengan segala kenangan aku mengandungkan Najla di situ. Bukan mudah rasanya untuk berhadapan dengan keadaan ini. Tapi aku perlu gagahkan diri juga untuk ke sekolah. Sampai bila aku perlu macam ini.

Kedatangan aku pagi itu disambut pelukan hiba oleh kebanyakan rakan sekerja. Aku cuba sedaya habis memberikan senyuman dan tawa yang paling manis agar mereka tidak gelisah dengan keadaan aku. Aku cuba berlagak kuat dengan apa yang telah berlaku. Aku cuba melupakan segala episod sedih yang telah berlalu. Aku ingin mulakan hidup baru!

Setengah jam pertama, aku masih mampu bertahan. Aku tidak mahu kesedihan aku terlihat pada riak wajah yang sememangnya suram hari itu. Kelas pertama pagi itu seawal jam 7.30 pagi. Rasanya kurang bersedia untuk menghadapi kelas pertama selepas 3 bulan sudah tidak mengajar. Pelajar-pelajar sudah mula riuh bila nampak aku berjalan di tepi corridor untuk masuk ke kelas. "Cikgu Nadia is coming!", teriak mereka. Selalunya teriakan seperti itu sebelum ni adalah sebagai amaran kepada rakan-rakan mereka yang berkeliaran supaya duduk di tempat masing-masing. Tapi kali ini, nada itu sungguh berbeza.

Sepi. Itulah keadaannya bila aku mula melangkah masuk ke kelas. Terasa kagum sebab selama ini, aku perlu menjerit untuk mengarah mereka duduk. Maklumlah, sekolah pelajar lelaki. Tapi pagi tu, keadaan cukup berbeza. Ya, mereka memandang aku dengan penuh simpati. Seolah kelu untuk bertanya atau berkata apa-apa. Apatah lagi untuk tegar membuat bising.

"Good morning class...", perlahan keluar dari mulut aku.

"Good morning teacher...", sayup disambut oleh mereka.

"Ok, sebelum kita mulakan peperiksaan hari ni, saya nak minta tolong agar kamu luruskan meja masing-masing, kutip segala sampah sarap yang ada, kemudian kembali ke tempat duduk kamu", perlahan aku tutur pada mereka. Dalam masa 30 saat, mereka meluru mengutip sampah dan membuang ke dalam tong sampah, meluruskan meja, dan segera kembali ke tempat masing-masing. Aku terkagum. Kerana biasanya untuk lakukan semua itu sebelum ini mengambil masa berminit-minit. Tapi aku tahu, mereka sangat bersimpati pada aku hari itu. Mungkin juga terbit rasa bersalah atas sifat nakal mereka sebelum ini. Tapi aku tak pernah rasa marah pada mereka. Malah sangat merindui telatah mereka. Keadaan itu menyebabkan air mata aku bertakung tiba-tiba! Aduh, aku berharap sangat agar air mata ini tidak tumpah di hadapan pelajar-pelajar aku.

Alhamdulillah. Kelas pertama hanya mengambil masa 40 minit dan mujur minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir tahun. Aku keluar dan meluru ke tempat tersembunyi. Air mata tidak dapat ditahan. Ya, aku masih sedih! Aku masih rindu pada anak aku. Aku masih terlihat-lihat segala kenangan mengandungkan Najla di situ.

Dan tiba-tiba aku teringat pada Aishah yang berkerja di sekolah berhadapan dengan sekolah aku. Aku cuba menjadi kuat seperti Aishah. Meniru kematangan yang sentiasa tergambar dari cerita-cerita yang sentiasa meruntun jiwa. Dan kerana Aishah juga secara tidak langsung aku mula untuk minat berblogging semula. Aishah inspirasi yang terbaik untuk aku masa ini. Kerana rasa hati kami hampir sama walau latar cerita kami berbeza. Aku selalu merasakan aku adalah Aishah dan Aishah adalah aku.

Aku mula kenal dengan Aishah melalui blog Life Is Short, Make It Sweet! Kami tidak pernah bersua. Tapi aku rasa cukup dekat dengan Aishah. Selepas membaca cerita Aishah mengenai pengalaman pahitnya melalui saat-saat kehilangan puteri sulungnya, Nur Anis Nashrah, aku jadi begitu teruja untuk lebih mengenali siapa Aishah dan apa yang pernah berlaku dalam hidupnya suatu masa lalu. Dalam keadaan aku yang hampir terjelopok itu, aku sangat bersyukur dipertemukan dengan blog ini. Aku sedaya yang ada mengutip sebanyak mungkin kekuatan yang ada pada  diri Aishah. Sehingga akhirnya, aku bulatkan hati untuk berkongsi rasa. Aku tekadkan jiwa untuk mengirim email pada Aishah. Dan  Alhamdulillah selepas kiriman email itu, setelah mendapat feedback positif dari Aishah dan rakan-rakannya, aku telah temui jalan hidup baru yang begitu indah. Aku yakin, dugaan ini hadir dengan sejuta hikmah.

Kiriman email ini telah Aishah kongsikan dalam Kongsi Cerita #2. Aku copy semula email yang aku tuliskan kepada Aishah itu di sini.

" Assalammualaikum aishah..saya Nadia..saya ni bolelah dikatakan sbg silent reader aishah yg setia..tp baru shj lagi iaitu sejak putri pertama saya kembali ke rahmatullah pd 24 Ogos yg lalu iaitu pada hari ke-24 Ramadhan..Sejak itu bermulalah kisah duka yg teramat pilu dlm hidup saya..

Kisah saya dan pglman aishah kehilangan nashrah dahulu mungkin sedikit berbeza..Saya telah selamat melahirkan anak sulung yg dinanti selama setahun pada 3/8/2011,pd pukul 1.02pagi secara normal.Najla Batrisya nama diberi..Namun Najla dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pd 30 minggu kehamilan kerana preterm premature rupture of membranes atau pecah air ketuban pramatang dgn berat cuma 1.5kg..

Selama 5 hari Najla diletakkan dalam incubator dan disuntik antibiotik..Selama itu juga saya bekalkan Najla dgn EBM..Saya berulang-alik setiap hari ke hospital utk melihat Najla..Alhamdulillah pd hari ke-6,Najla sudah bole tinggal di luar incubator dan tidak disuntik antibiotik lagi..Namun,Najla masih perlu tinggal di wad A3 (di HSA) kerana berat yg tidak mncukupi..

Pada hari ke-7,saya dihubungi pihak hospital memaklumkan anak saya telah diturunkan ke wad A2 dan saya dipinta utk tggal bersama Najla utk belajar direct bf..Selalunya bayi2 yg tidak cukup bulan tidak kuat dan tidak mahir utk suck sewaktu bf..Jadi kehadiran saya di situ amat perlu untuk najla berlatih sebelum keluar hospital..Sejak itu,saya tinggal bersama Najla dan saya sgt gembira dpt bersama Najla setiap hari..Saya gembira dapat peluk dan cium dia tiap saat..Saya gembira melihat Najla yg begitu aktif..Saya gembira melihat kenaikan berat Najla setiap hari..Saya sangat gembira dan bahagia bersama Najla walaupun saya menguruskannya seorang diri dalam keadaan diri sendiri yg tidak berapa terjaga..Saya bahagia ketika itu aishah..Suami saya juga terlalu teruja dgn kehadiran najla yg dinanti2 selama ini..Tidak putus2 ucapan terima kasih yg keluar dari bibirnya kerana telah melahirkan zuriatnya..Segala persiapan dari kamar tidur,peralatan mandi,alat permainan,pakaian2 yg comel disediakan oleh suami sewaktu saya dan najla di hospital..Membayangkan segala persiapan itu,saya tidak berputus asa untuk membangunkan najla setiap 3 jam untuk memastikan berat najla sentiasa bertambah agar najla lekas keluar..Ahli keluarga dan rakan2 juga tidak sabar untuk berjumpa si kecil najla..Saya begitu teruja utk menyambut aidilfitri bersama najla dan suami..Najla begitu menghiburkan hati kami..Walaupun saya tidak cukup tidur menjaga najla di hospital,tapi perasaan saya cukup bahagia..Sangat bahagia sehingga masa yg berlalu tidak saya sedari..

Namun semua tu tiba2 berubah jd satu peristiwa yg sy tak boleh lupakan spi bila2.. Pada hari ke-18,muka Najla beberapa kali bertukar biru utk seketika..Susu yg diminum muntah beberapa kali..Saya rujuk pd MO yg ada dan doktor kata kmungkinan Najla tersedak susu..Namun semua tu jd lebih dr apa yg disangka.(Aishah,saya x mampu nk tulis balik apa yg berlaku pada hari tersebut..saya belum cukup kuat utk ingat balik..saya masih bersedih lagi dengan setiap kenangan yg saya lalui bersama Najla..saya masih lagi trauma).

Najla dimasukkan ke wad NICU A4 selama 6 hari kerana jangkitan kuman yg menyerang paru2 dan mengganggu sistem pernafasan Najla..pada hari ke-6,kesihatan Najla bertambah baik..mamun semua itu tidak lama..lebih kurang pukul 6.30petang,23/8/2011,najla lihat saya dan menangis sekuat hati..saya rasa tak sedap hati..saya nampak di kerongkong najla penuh susu..najla muntah lagi!Saya jerit panggil staff nurse,kemudian mereka lakukan rutin biasa utk menyedut keluar susu yang tersekat..Hati saya berdebar..Kuat dalam hati saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena..Selepas susu disedut keluar,saya tak tinggalkan najla..Saya tak sedap hati..Betul telahan saya..5minit selepas itu bacaan oksigen najla drop dari 96% ke 17%!Saya panik dan saya jerit sekali lagi panggil staff nurse..Keadaan jadi kelam kabut..Najla segera dibantu dengan ventilator..Mesin yang begitu canggih itu tidak dapat membantu pernafasan najla ketika itu..Saya faham melalui pemerhatian saya dari ruang cermin apabila beberapa staff nurse di situ memeriksa pernafasan najla menggunakan steteskop..Paru2 najla tidak expand!

2 orang HO datang,tapi mereka tiada kepakaran dgn keadaan najla..Seorang staff nurse bergegas menghubungi MO dan memaklumkan keadaan najla..Saya berdoa agar MO segera dtg..Saya tak nak kehilangan najla ketika itu..Lebih kurang pukul 7.45malam,MO datang diikuti doktor pakar..Saya dapat lihat doktor melakukan CPR dan bantuan utk jantung najla berdegup sebab saya dapat dgr dan lihat bacaan jantung najla di mesin, drop hingga bawah 20 dengan bunyi amaran yg begitu kuat..Ya Allah!Suami terus solat hajat..Saya hampir jatuh terkulai tapi saya tetap terus berdoa..Saya hubungi semua ahli keluarga dan rakan2..Saya juga turut segera publish di fb minta rakan2 fb doakan..Alhamdulillah mereka terus berdoa,ada yg berjemaah buat solat hajat,bacakan yassin,rakan2 di fb juga ada yg publish di wall masing2 minta mendoakan anak saya..Begitu ramai yg mendoakan kesejahteraan anak saya ketika Najla sedang kritikal.

Bantuan yg diberikan oleh doktor berlarutan sehingga 3 jam lamanya..hancur luluh hati saya bila melihat najla dicucuk-cucuk hingga lebam setiap penjuru tubuh kecil itu..Tilam najla penuh dgn darah kesan tusukan jarum untuk memasukkan pelbagai ubat dgn dos maksimum. Hinggakan suatu ketika yg amat kritikal,salur darah najla sukar untuk ditemui,doktor terpaksa mencari salur darah di kepala najla..Najla terus bertarung nyawa..Saya dan suami bertarung air mata dan tidak putus2 berdoa kepada-Nya..pukul 10.30 mlm,keadaan Najla kembali stabil dan najla begitu aktif..Aktif seperti hari2 sebelum dimasukkan ke ICU..Mata najla terbuka luas dan najla tersenyum bila saya berdiri di sisi..Najla terus melihat2 sekeliling dan memandang ke arah family saya yg hadir..Pertama kali najla memandang dgn wajah yg begitu menggembirakan dan melegakan hati semua org..Begitu comel dan wajah terakhir itu tidak mungkin akan dilupakan sampai bila2..

Saya terus merujuk kepada doktor pakar ttg keadaan najla. Menurut doktor,keadaan najla sangat2 tidak stabil kerana daripada sample darah yg diambil didapati terdapat kandungan garam yg sgt tinggi apabila antibiotic dimasukkan untuk melawan serangan kuman menyebabkan jantung najla terhenti dan najla berhenti bernafas..Keadaan najla sgt2 tidak diduga sebegitu rupa kerana najla dijangka akan sembuh dan keadaannya jauh lebih baik sebelum ini berbanding bayi2 lain yang sedang kritikal..Namun melihat keadaannya yg aktif kembali,doktor tetap suruh saya berdoa kerana bila2 masa shj apabila ubat2 yg dimasukkan telah habis digunakan,najla akan kembali tidak stabil..Sempat saya bisikkan pada najla sambil merenung matanya dalam2,"Najla,terima kasih sebab masih bersama ibu..Najla kena kuat ye sayang..Ibu akan kuat supaya Najla kuat..Nanti Najla dah sihat,Najla dah boleh minum susu ibu..".Najla tak berkelip dan tak henti memandang wajah saya..Sewaktu itu,ingin sahaja saya mengangkat dan memeluk najla..Namun dengan wayar dan tiub yang berselirat tidak memungkinkan saya utk melakukan semua itu..Air mata saya tahan sedalam2nya walaupun jauh di sudut hati,hati saya remuk melihat keadaan najla sebegitu rupa...

Saya mengambil keputusan utk tetap di situ bersama suami..Suami tidak berhenti berdoa dan solat hajat di luar wad bersebelahan dgn tingkap yg menempatkan najla..Kami suami isteri saling berpelukan,cuba menguatkan hati masing2..Saya tidak henti2 memohon maaf daripada suami atas dosa2 saya selama ini..Waktu itu,saya dapat rasakan cinta kami suami isteri begitu utuh..

Lebih kurang pukul 3 pagi..saya yg sedang berbaring atas riba suami di luar tingkap wad terdengar bunyi mesin oksigen najla..bunyi itu begitu kuat dan saya faham dgn maksud bunyi itu!Najla berhenti bernafas!Saya berlari masuk ke dalam wad,suami terus sujud memohon kepada Allah..Sekali lagi Najla cuba dibantu oleh beberapa staff nurse dan doktor..Pelbagai bantuan dibuat tapi akhirnya..Najla tidak memberi sebarang respons..Bacaan jantung dan oksigen najla tidak dapat dikesan..Doktor suruh saya memanggil suami,dan menyatakan keadaan najla sudah tiada harapan..Saya genggam tangan suami erat2..Air mata ditahan..Kami diizinkan utk memegang najla..Kornea mata najla menebal,najla kaku,dan matanya terbuka dan tidak boleh ditutup..

Saya dan suami masing2 memegang tangan najla kanan dan kiri..Kami bisikkan kalimah2 Allah dan shahadah..Tiba2 najla memegang erat tgn kami..Begitu erat seperti genggaman tgn org dewasa..Dan tiba2 juga bacaan oksigen najla meningkat kepada 100% dan bacaan jantung najla meningkat kepada 166..Saya tergamam..Doktor juga bingung..Saya dan suami diminta ketepi dan pemeriksaan dilakukan.."Dia masih ada lagi..",kata doktor..Namun saya tahu,najla masih ada kerana ingin menguatkan hati kami supaya redha dengan pemergiannya nnt..Saya tahu najla tidak mahu kami ralat dan ingin bersama kami utk suatu ketika yg lebih lama..Gerak hati saya begitu kuat sbg seorang ibu..Saya bisikkan pada suami,"kita jgn siksa dia lagi ye..".Suami yg begitu inginkan najla tertunduk,bibir diketap kuat,air mata yg ditahan2 tertumpah dan akhirnya akur bila saya berkata sedemikian..Saya tahu suami takut utk terima hakikat itu..Entah dari mana kekuatan dtg utk saya redha dgn apa shj ketentuan-Nya tika itu kerana saya yakin Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk kami bertiga..Sedari awal kami tidak berputus asa berdoa walaupun kdgkala saya sendiri hampir mengalah..Dan najla begitu jua..Tidak berputus asa bertarung nyawa utk memenuhi permintaan kami suami isteri utk hidup bersamanya..Najla begitu kuat.."Sekuat ibunya..",kata kakak saya.Saya tidak tahu dimana org lain melihat kekuatan saya selama ini apatah lg pada waktu segenting itu...

Pukul 5pagi saya mengambil keputusan utk memaklumkan pada semua ahli keluarga bahawa najla sdg nazak tapi dihalang oleh suami saya..Renungan yg sepenuhnya berharap agar keajaiban berlaku dari mata suami..Saya bisikkan padanya,"Kita berdoa dan berharap keajaiban-Nya ye..".Suami saya angguk..Kami terus berdoa namun hati saya tidak sedap dan terbayang betapa ralatnya ahli keluarga saya jika tidak dapat menghadap najla di saat2 itu..Pukul 5.30 pagi saya pujuk suami..Saya bgthunya,perlu utk maklumkan pd semua..Suami akur..Saya terus menghubungi ahli keluarga dan rakan2..Tidak sampai sejam,wad A4 tiba2 dikerumuni oleh rakan2 karib dan ahli keluarga yg ramai..Saya minta izin doktor utk ahli keluarga saya masuk secara bergilir ke ICU itu..Doktor mengangguk dan memenuhi impian saya walaupun peraturan seharusnya tidak membenarkan..Syukur mereka seolah memahami..Semua ahli keluarga yg hadir akhirnya buat pertama kali dan terakhir dapat memegang najla sejak 22hari yang lalu..Saya dapat lihat wajah2 yg begitu berduka dgn keadaan najla pd saat itu..Air mata saya seperti tidak mahu keluar lagi..Saya redha dan berserah pada-Nya..

Bacaan yassin dan kalimah2 Allah terus berkumandang di wad A4 pada subuh yg hening itu..Suasana jadi begitu sayu..Bayi-bayi lain seolah2 turut mengerti bahawa Najla akan pergi selamanya..Suasana jadi sunyi sepi..Yg kedengaran hanya esakan air mata kami,dan bunyi2 mesin diselang-seli dgn bacaan kalimah2 suci Allah..

Pukul 8pagi,doktor pakar hadir,pemeriksaan dilakukan dan memaklumkan kpd kami,najla sudah tiada harapan lagi..Doktor pakar menunaikan impian terakhir kami untuk memeluk dan memangku najla..Segala wayar dan tiub yg berselirat pada tubuh kecil najla dicabut..Akhirnya saya dan suami dpt memangku najla utk terakhir kalinya..Jari-jemari Najla masih kuat memegang jari saya..Doktor dan sister memeluk saya dari belakang..Berharap agar saya tabah menghadapi saat2 kehilangan itu..Saya peluk dan cium najla berkali2..adik beradik bergilir masuk mencium najla yg masih lagi bernyawa..saya jelas dpt melihat ahli keluarga yg lain sdg melihat saat2 hiba itu dari luar tingkap sambil meraup muka mengesat air mata dan berserah kepada-Nya..semua spt x sggup melihat saat2 terakhir si kecil itu bertarung nyawa..

Tepat pukul 8.20pagi,mata najla yg sejak tadi terbuka tertutup sendiri..Genggaman yg begitu kuat dilepaskan..Najla tersenyum..Saya terus memanggil doktor..Selepas diperiksa,doktor memandang saya dan menggelengkan kepala..Innalilahiwainnailaihirojiun..
Ya,Najla sudah tiada lagi..Saya serahkan Najla kepada mereka utk prosedur pembersihan.Saya dan suami berpelukan..Anak yg kami sayangi telah dijemput Illahi...

Prosedur memandikan dan mengkhafankan saya pinta pihak hospital uruskan..Saya sentiasa ada utk setiap prosedur itu..Tubuh kecil itu seperti bayi-bayi cukup bulan yg lain..Cukup besar..Wajahnya yg mulus dan tersenyum selepas nafas terakhir cukup menggamit hati semua yg melihat..Rakan2 turut hadir dan memeluk saya seeratnya..Puluhan mesej diterima sejurus beberapa minit najla meninggal..Begitu pantas berita pemergian najla diketahui semua..Saya tidak tahu untuk berkata apa..Tergamam..Namun masih boleh tersenyum pada semua yg hadir..Jenazah najla dikebumikan di Muar,kampung halaman suami saya..Perjalanan kami dipercepatkan dari Johor Bahru ke Muar utk urusan pengkebumian..Saya dan suami bergilir memegang jenazah najla..Suasana dlm kereta begitu sepi dan memilukan..

Setibanya di Muar,saya masih memeluk erat tubuh kaku najla..Semua seakan mengerti dan membiarkan saya beberapa ketika..Akhirnya saya dipujuk jua utk melepaskan najla agar tidak menyiksanya sedemikian rupa..

Aishah...Saya mengambil masa yg agak lama untuk menulis kisah ini..Berhari2 saya cuba untuk menghabiskan cerita najla ini..Selalunya terhenti bila saya tidak kuat utk mengingatnya kembali..Dan saya akn segera sambung bila teringatkan aishah..Saya bercerita ttg blog aishah pd suami,keluarga,dan rakan2 saya.Betapa saya ingin jd setabah aishah..Saya terasa ingin memeluk aishah dan menangis di bahu aishah kerana saya yakin aishah sgt mengerti apa yg saya rasa kini..

7tahun yg lalu saya kehilangan kedua ibu bapa saya..Beza tempoh kematian mereka hanyalah 49 hari bermula dgn pemergian abah tercinta dan diikuti mak tersayang..Saya baru menginjak 18 tahun tika itu..Personaliti saya berubah sejak itu.Saya jadi seorang yg sukar diduga..Hinggalah saya bertemu cinta hati saya iaitu suami saya dan kekuatan cinta kami menghadirkan najla,permata yg akan dikenang dan dirindui sampai bila2..Saya begitu trauma aishah..Hanya suami tempat saya mengadu air mata setiap hari..Kadangkala saya jadi hilang kewarasan bila terlalu rindukan najla..Dan suami akan memeluk saya sambil menangis dan berkata,"ayah xnak kehilangan ibu pulak..tolong ibu...". Saya sedar saya masih lagi ada suami yg begitu menyayangi saya sejak mula..Dan saya yakin,suami aishah pasti menutur perkara yg hampir sama sewaktu aishah sedih kehilangan nashrah dulu.."Ibu,ayah nak hidup bersama ibu..Ibu kena hidup utk ayah ye..",kata2 itu keluar dari mulut suami bila saya tiba2 perlu dihantar ke labour room setelah bukaan serviks 4cm dan saya sendiri terkejut dimaklumkan akan bersalin bila2 masa..Dan kata2 itu sedikit sebanyak menguatkan saya bila saya terlalu sedih utk hadapi kehilangan najla..

Maaf kerana saya menulis begitu panjang..Saya tiada masalah jika aishah ingin berkongsi cerita saya pd blogger yg lain..Saya pun mmg berhasrat utk hasil tulisan saya ini menjadi bacaan dan rujukan pada ibu2 di luar sana..Dahulunya saya juga ada blog seperti aishah..Tetapi penulisan saya telah terhenti dan saya telah padamkan blog saya..Begitu juga dgn fb..Saya ambil masa utk kembali semula kerana saya amat sedih melihat rakan2 seangkatan saya telah selamat atau menunggu hari utk melahirkan ank masing2..

Suka saya sekiranya rakan2 aishah yg membaca kisah saya nanti memberi sokongan kepada saya..Serta mendokan ketabahan hati saya dan suami..Sejak najla meninggal,sehingga ke hari ini saya masih lagi tidak berhenti menangis aishah..Rasanya tiada satu hari pun yg tiada air mata..Walaupun saya tetap ingat najla pasti menunggu saya dan suami di pintu syurga,hati saya tetap rindukannya..Jauh di lubuk hati tentang betapa saya amat2 terasa kehilangannya..Namun saya pasrah..Redha dgn ketentuan-Nya..Doakan saya aishah.. :"(

Maaf sekiranya penulisan saya yg begitu panjang mengambil masa aishah utk membacanya..Salam kasih dari saya, Nurun Nadia binti Masrom..

Al-Fatihah untuk Najla Batrisya binti Mawardi.."

Terima kasih Aishah kerana sudi melayani email saya. Walaupun kita tidak pernah kenal, apatah lagi bersua muka, tapi saya kira, kita cukup dekat di hati. Syukur ukhuwah ini dipertemukan selepas saya kehilangan Najla. Inilah hikmahNya yang tidak kita ketahui. Sesungguhnya, sesuatu yang telah diambil oleh Dia akan digantiNya dengan lebih banyak nikmat yang tak terperi. Yang penting, kita perlu sentiasa sabar, redha, dan syukur. Saya sentiasa berdoa dan yakin bahawa Allah akan memberi ganti yang lebih baik setelah pemergian Najla. Insya-Allah :) 

Click! Click! Click!