Monday, 31 December 2012

Budget Trip to Bukit Tinggi

(Back-dated update)


Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah, telah selamat pergi dan kembali dari percutian ke Bukit Tinggi. Ramai jugalah tanya aku, Bukit Tinggi ni kat mana. Actually, sebelum aku google pasal Bukit Tinggi ni pun, aku tak tahu kat mana. Rupanya dekat Pahang, nearly to KL (about 30 minutes), kena exit Lebuhraya Karak. Known as Colmar Tropicale A French-Theme Resort Berjaya Hill. Satu-satunya Eropah yang ada di Malaysia.

Aku jumpa penginapan yang agak murah dan selesa untuk kami; Nora Lodge. Aku just google. Then, aku terus call Puan Nora. To be surprise, satu bilik just RM90. BUT, BUT, BUT bilik air and toilet dia kat luar ok. Mula-mula tu aku memang tak dapat imagine. Macam-macam soalan dalam kepala. Macam manalah rupa bilik air kat luar tu? Macam mana keadaannya bila nak mandi? Kami perlu share bilik air yang sama dengan orang lain yang menginap situ jugak ke? Tempatnya open tak? Selesa ke? Tak ada orang ngendap ke? Haha!

21 Disember 2012 : Bertolak dari Kulai lebih kurang pukul 10 pagi, just singgah dekat Machap untuk lunch dan R&R Genting Sempah untuk isi minyak. Kami sampai di Nora Lodge lebih kurang pukul 3 petang. Macam mana nak ke Nora Lodge?

Dari KL, ambil susur keluar ke Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort. Lepas Pondok Pengawal yang pertama, ada simpang 3, ambil sebelah kanan, jangan masuk kiri nanti tak jumpa pula Nora Lodge ni.
Naik lebih kurang 10-15 minit, dalam beberapa kilometer je dari bawah. Then, kena alert dengan signboard sebelah kanan jalan yang ada tulis ORCHARD LOT FOR SALE.  Sebelah signboard tu ada satu papan tanda kecil tulis DUSUN NORA.  Masuk ke jalan tu which just jalan tanah merah yang diturap dengan batu kerikil. Dalam tu nanti akan ada beberapa signboard kecil yang tulis DUSUN NORA. Just follow je signboard tu. Bawa slow je. Dalam beberapa kilometer nanti akan nampak ada dua tiga banglo besar. Terus lagi sampailah jumpa satu simpang Y (sebelah kiri ke atas, ada divider sikit dan sebelah kanan turun ke bawah), ambil yang sebelah kanan yang nampak curam tu. Kalau rasa gayat kat tempat tinggi, eloklah tak perlu drive ke sini sebab sepanjang jalan ke Dusun Nora memang akan lalu tebing yang curam, but seronok tau. Adventure! Lepas tu nanti, korang akan akan nampak satu kawasan berpagar, dan benda pertama yang korang nampak lepas pagar tu ialah reban ayam. Itulah Dusun Nora. Percayalah cakap aku, kalau korang ni pencinta alam, perasaan kali pertama sampai Dusun Nora ni memang amazing! Tak boleh describe dengan kata-kata.


Source: mohdnorheliza.blogspot.com

Bila park je kereta, ada seorang lelaki Indonesia yang kami panggil Wak sambut kami. Masa aku sampai, aku rasa macam nak pitam bila tengok tebing curam. Sampaikan aku terlupa nak hayati pemandangan yang cantik kat situ. Kemudian, aku terus ikut Wak untuk tengok bilik kami. Edy, adik aku, dan anak-anak buah aku pula dok ralit bergambar kat tepi-tepi tebing. Aku ni dok terjerit-jeritlah takut diorang terjatuh. Memang gaya mak-mak betul aku ni. Park kereta tadi kat bawah, then bilik kami tu kat atas bukit sikit. Masa aku naik tangga nak tengok bilik kitorang tu, barulah aku sedar betapa cantiknya pemandangan dekat situ. Then, bila sampai je kat bilik kami, aku terus terjerit syukur. Ya Allah, memang menepati citarasa aku. Aku terus terlupa rasa nak pitam tadi and terus jerit panggil diorang yang kat bawah supaya naik cepat. Pemandangan kat atas dengan bilik yang agak klasik memang sangat cantik. Bila semua dah sampai, semua macam tak sangka and terasa seperti mahu menagis tengok keindahan alam ciptaan Allah itu. Perasaan kami bukanlah dibuat-buat. Memang kami rasa benar-benar teruja. Dan sehingga saat aku karang entry ini pun, perasaan teruja itu masih membara lagi. Aku tak boleh nak lupakan macam mana muka adik aku dan anak-anak buah aku yang asyik cakap, "Eh, cantiknya!", "Ya Allah, cantiknya!", "Eh, tengok ni!", "Eh, tengok tu!". Semuanya serba ber'eh-eh', macam tak pernah jumpa seumur hidup.


Salleh
Edy
Lukisan Allah

Buah lemon

Lepas sakan bergambar, kami dijamu dengan minuman panas oleh Wak. Puan Nora belum tiba lagi masa ni. Kebetulan pula aku bawak satu beg stok makanan like mi segera, biskut, milo 3 in 1, nestum, teh tarik 3 in 1, roti, sardin and macam-macam lagi, jadi kami yang sememangnya lapar, makan semua tu sampai kekenyangan. Lepas makan, Wak jamu kami dengan durian Musang King. 4 biji cuma RM10 je. Kami habiskan 3 biji. Lepas tu, kami ralit main congkak dengan jengga sementara nak tunggu pukul 6 petang. Wak kata, lepas pukul 6 petang, masuk ke Colmar Tropicale tu free. Kalau sebelum kul 6 petang, kena bayar RM12 seorang.


Bilik pertama
Bilik ke-2
Toilet & bathroom
Jengga
Musang King
Yummy!

Kami just ke Colmar Tropicale yang ada hotel ala-ala Perancis tu. Nak ke Japanese Tea House masa tu dah lewat sangat dan dah nak tutup. Rate harga hotel kat sini bolehlah tahan. Untuk berhoneymoon seronoklah juga, dengan cuaca yang agak sejuk kat atas tu.




Colmar Tropicale

Again

Kakak, aku and wawa

Colmar Tropicale's Hotel

Turun dari Colmar Tropicale, kami pulang semula ke Dusun Nora. Lepas solat jamak qasar, kami siap sedia untuk berBBQ pula. Untuk set dan bahan BBQ, kami just order dengan Puan Nora. Kami ambil set yang paling ringkas; ayam, daging, ikan, jagung, dan hotdog. Puan Nora charge RM15 satu kepala. Banyak jugalah yang dibelikan Puan Nora untuk kami. Kami siap boleh jamu Wak dengan iserinya, Agus (si pekerja di situ juga), dan satu keluarga dari Terengganu yang baru tiba lewat petang tadi. Memang kekenyangan kami malam tu. Lepas puas makan, kami berkaraoke pulak. 1 jam RM15. Aku just dengar jelah adik aku dengan 2 anak buah aku tu menyanyi. Aku nak menyanyi takut dah rupa si katak memanggil hujan pula kan.




Lewat 11 malam, semua masuk tidur. Simpan tenaga untuk satu hari suntuk berjalan esok nanti.

Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga, gigi terketar-ketar, rasa sejuk yang mencengkam. Chalet yang kami sewa ini cumalah ada kipas angin duduk tu sahaja. Tapi cuaca dingin di Bukit Tinggi masya-Allah, seperti suhu 16 darjah celcius. Aku paksa diri untuk tidur. Nak ke bilik air takut pula sebab di luar. Dalam tak sedar, hari makin siang.

Kami bersarapan nasi goreng dan mi goreng sahaja. Dengan bayaran RM90 sebilik, don't expect korang nak dapat set buffet ye. Syukurlah sekadar dapat mengenyangkan perut yang lapar tu.

Kami bersiap-siap untuk ke Comar Tropicale sekali lagi. Kali ini, janji temu bersama kakak aku, Anim dari Pahang. Selepas melunaskan segala bayaran, kami terus meninggalkan Nora Lodge.

Sampai di atas, kami kena bayar RM12 seorang di pondok pengawal untuk dapat tiket masuk. Sekali lagi kami ke kawasan hotel ala perancis itu. Selepas lebih kurang 1/2 jam, kami menunggu shuttle untuk naik ke Japanese Tea House. Sebenarnya, kalau bukan peak hour, korang boleh drive sampai ke Japanese Tea House. Tapi, kalau parking kat atas tu dah penuh, guard tak akan bagi naik. So, kena naik shuttle juga. Shuttle ni sentiasa ada. Just tunggu, beratur dan naik.

Sampai di tempat turun shuttle di atas tu nanti, kenalah mendaki bukit dan tangga. Masa ni, bersusah payah jugaklah abang ipar aku, Abang Lan memikul stroller. Peluh-peluh jugaklah nak sampai ke Japanese Tea House tu. Aku memang berkobar-kobar nak sampai cepat. Sebab target aku, nak cuba pakaian tradisi Jepun, Kimono!

Sewa sehelai baju Kimono ialah RM20 seorang. Kebetulan masa tu agak ramai jugalah orang dengan jumlah baju yang limited, jadi kami diberi pakai cuma selama 20 minit. So, bersakanlah kami bergambar di sekitar kawasan Rumah Jepun tu. Pesanan aku, sila pakai kasut ye kalau nak bergambar kat luar, sebab kami dok ralit bergambar sampai lupa nak pakai kasut. Kawasan Rumah Jepun ni agak kotorlah juga tak terjaga. Berlumut bagai. Lepas bergambar tu, kaki aku gatal-gatal sangat. Confirm dah kena jangkitan kuman. Menggaru jelah aku waktu tu.






Lepas bergambar, kami turun ke satu kedai souvenir yang ada jual ice cream Tropicana, RM2 satu. Rata-rata pengunjung semua beli ice cream tu sebab tu jelah yang agak murah kat atas tu, kot. Tapi souvenir dia boleh tahanlah. Tak adalah mahal sangat. Aku beli dua tiga packet juga. Satu packet dalam tu ada 3 item, RM9.90. Ok, kot.

Turun dari Japanese Tea House, kami naik semula shuttle ke Colmar Tropicale. Kakak aku Anim ada bawa makanan; ikan patin masak lemak, ayam, ikan goreng, sayur dan macam-macam lagilah. So, kitorang drive kereta and cari kawasan yang agak lapang sikit. Lepas tu apalagi, bentang tikar dan picnic! Alhamdulillah :).







Last destination yang kitorang pergi kat Bukit Tinggi ialah Rabbit Park. Rabbit Park ni kalau nak pergi, kena keluar dari pondok pengawal Colmar Tropicale tu. Nak pergi naik shuttle boleh tapi nak tunggu shuttle semula, about 1 hour jugalah. Tak sesuai kot kalau bawa budak kecil nak tunggu selama itu. So, nasihat aku, habiskan dulu jalan-jalan kat Colmar Tropicale and Japanese Tea House, boleh juga kalau nak cuba flying fox tertinggi di Asia Tenggara dan aktiviti lain yang ada. Lepas dah puas jalan-jalan kat atas tu, barulah keluar dari Colmar Tropicale. Bukan apa, sekali masuk Colmar Tropicale tu kena bayar RM12 seorang. So, rugilah kot kalau tak jalan puas-puas atas sana.

Bayaran masuk ke Rabbit Park ialah RM3 seorang. Kat sini, bolehlah kalau nak pegang rusa dengan arnab. Aku mention pegang sebab memang boleh pegang tau. Nak peluk pun boleh kalau mahu. Nak tunggang keldai pun boleh juga tapi untuk kanak-kanak jelah. Kalau ornag tua, bolehlah cuba Horse Riding. Horse Riding bukan dekat dalam kawasan Rabbit Park ni, kena keluar sikit and drive lagi ke puncak, barulah jumpa kawasan Horse Riding. Bayaran aku tak tahu berapa sebab tak sempat nak pergi waktu tu. Kami keluar dari Rabbit Park lebih kurang pukul 6 petang dan terus bergerak pulang.





Macam tulah cerita pengalaman kami bercuti ke Bukit Tinggi untuk 2 hari 1 malam. Pengalaman bercuti di sini memang sangat menyeronokkan. Cubalah datang ke Bukit Tinggi untuk timba satu pengalaman lain yang berbeza di Malaysia :)

Sunday, 30 December 2012

Ujian banyak mengajar aku...

Untuk jadi lebih tabah? Aku tak pasti. Tapi jati diri aku dapat dibina dengan lebih baik melalui ujian yang bertalu datang.

Aku sukakan teguran walaupun selalunya menyakitkan. Aku selalu anggap segala hinaan, cacian, kebencian manusia satu teguran daripada Allah pada aku.

Aku teringat satu pepatah,

"Kita akan dilayan sebagaimana kita melayan"

dan

"Dunia luar akan melayan kita sebagaimana kita melayan diri kita sendiri..."

Dua pepatah ni cukup mendalam bagi aku. Dulu, sebelum aku berhijrah, setiap hari aku mudah rasa tertekan terutama dengan apa yang aku terima dari orang sekeliling. Setiap hari aku meluah rasa tak puas hati. Sekecil-kecil hal menjadi sebesar-besar masalah pada aku. Aku banyak berprasangka buruk. Setiap apa yang aku terima mesti diiringi fikiran yang negatif. Sudahnya, aku banyak bermasalah dengan pelbagai jenis manusia. Semua sikap negatif menjadikan aku seorang yang sombong, suka menunjuk-nunjuk, dan pemarah walaupun aku juga cuba membuat banyak kebaikan.

Aku teringat, setiap kali aku dan Edy berkelahi, mesti Edy akan bidas dengan mengungkit, "Patutlah u dengan kawan-kawan u semua bermasalah...!" Acapkali setiap yang menjadi beban kepala aku, aku akan luahkan pada Edy. Jarang sekali yang berbunyi positif, semuanya bunyi negatif sahaja. Jadi, bila aku dan Edy bertelagah atas hal kecil, Edy akan kaitkan sikap aku itu dengan masalah seharian aku.

Akhirnya, hidayah Allah itu datang dalam bentuk yang sangat tidak diduga iaitu ujian kehilangan Najla. Bukan aku tak pernah diuji sebelum tu. Terlalu banyak ujian yang pernah aku terima sebenarnya tetapi hati aku belum terbuka agaknya untuk terima hidayah Allah. Aku selalu menganggap ujian yang terpaksa aku terima merupakan satu kebencian manusia pada aku. Bukan hidayah.

Namun, selepas kehilangan Najla, aku macam baru tersedar. Rasa seperti baru terhantuk di dinding. Rasa macam otak aku ni mula nak 'rewind' segala masa silam yang pernah berlaku. Segala dosa yang pernah aku lakukan. Satu persatu. Aku yakin, Allah mengambil Najla atas satu sebab; Kafarah. Menangis air mata darah sekali pun takkan dapat mengembalikan Najla pada aku.

Ada yang mempertikaikan mengapa perlu aku mengambil cuti bersalin 3 bulan sedangkan aku tidak ada anak untuk dijaga waktu tu. Tapi aku rasa, aku tak pernah silap dalam membuat keputusan kerana tempoh 3 bulan itu telah banyak membuka lembaran baru buat aku. Aku mengambil keputusan untuk berhijrah. Biar pun tidak terlalu ketara, sekurang-kurangnya aku berdikit-dikit untuk melakukan penghijrahan juga.

Selepas hijrah, aku berusaha terapkan pemikiran yang positif dalam semua hal. Tipulah kalau aku berjaya dengan sekali percubaan. Banyak kali juga aku kecundang. Dan banyak kali juga aku menangis bila aku rasa betul-betul diuji tatkala ingin berhijrah. Namun, aku tak pernah putus asa. Aku lekas bangun bila sudah jatuh. Aku mengadu segala-galanya pada Allah Yang Esa. Aku luahkan segala-galanya dalam tangis dan sedu. Aku minta apa sahaja dari Dia. Aku minta Dia lepaskan aku dari segala epilog negatif.

Lepas mengadu segalanya yang merobek hati, aku jadi lega. Aku jadi seperti biasa. Aku jadi orang yang sentiasa kelihatan gembira. Hinggakan ramai yang selalu bilang, aku kelihatan selalu happy, macam tak pernah ada masalah. Alhamdulillah, aku dapat sembunyikan segala kesedihan aku dari rakan-rakan di sini. Aku cuba untuk jadi kuat dan disenangi ramai. Paling penting, sentiasa berfikiran positif. Bila dalaman aku positif, luaran pasti positif. Bila aku selalu mempamerkan sikap positif, aku akan menarik gelombang positif yang bukan sahaja menenangkan aku, tapi orang di sekeliling aku juga terutama Edy.

Satu perbezaan yang ketara lepas aku berhijrah, ialah pada Edy. Aku lihat Edy semakin senang. Senang dari segi nafsu makannya (lihatlah saiz Edy sekarang), senang dari segi jiwanya, dan pekerjaannya juga. Edy selalu bahagia bila di rumah bersama aku. Kalau dulu di JB, Edy semacam tak gembira mahu pulang. Lebih bahagia duduk di Muar berjauhan, sambil rindu-rinduan. Tapi sekarang, aku mahu pergi kerja sahaja, sudah dibilang rindu. Samalah juga keadaannya dengan aku. Mesti mahu lihat Edy selalu. Biarlah bercakaran, janji Edy di depan aku. Lepas berminit-minit, kami bergelak tawa semula. Dalam tak sedar, sudah setahun kami selesa begini.

Sudahkah aku berhenti menangis? Tipulah kalau aku bilang sudah. Setiap hari ada pasang surutnya. Adakalanya, aku akan lalui saat-saat down itu juga. Cuma, aku yang menentukan jalan mana yang aku perlu pilih; stress atau bahagia. Kalau di sekolah, bila aku terasa down dengan kerja atau dengan pelajar, aku akan cari masa untuk menyendirikan diri. Biasanya, di ruang solat. Macam mana emosi aku sekalipun, aku cuba mengelak bercerita dengan rakan sejawat. Bukan apa, kerana aku malu jika menangis di depan mereka. Aku berusaha mengadu pada Allah semata-mata. Aku minta Allah kuatkan hati aku. Aku rasa tenang di ruang solat itu. Selepas itu, barulah aku boleh bekerja semula dengan efisien. Kadang-kadang aku cuma perlukan 5 minit, kadang-kadang hingga 50 minit, bergantung pada kelapangan jadual mengajar aku. Paling penting, aku berusaha untuk tidak mencampur adukkan satu-satu hal dengan hal yang lain. Dan sebenarnya, aku masih lagi mencuba untuk kekalkan semua ini. Aku tak pasti sejauh mana aku akan istiqamah, dan aku berharap, Allah sentiasa mengingatkan aku dalam setiap perkara yang buat aku terlupa diri.

Aku terlalu banyak khilaf dan aku menceritakan segala kekhilafan ini bukanlah untuk mendedahkan aib diri , tapi sebagai pedoman untuk orang lain. Sekiranya kisah aku bakal dijadikan pengajaran, aku rela berkongsi.

"Orang yang benci orang, kerana dia benci diri sendiri...

Orang yang marah orang, kerana dia marah diri sendiri...

Dan hanya orang sayang diri sendiri boleh menyayangi orang lain..."

Prof Dr Muhaya.

Wassalam~


Sent from my iPhone

Wednesday, 26 December 2012

Baru!


Assalammualaikum w.b.t

Family aku baru balik bercuti dari Sarawak. So, aku dapatlah buah tangan dari kakak aku, Kak Leha since aku tak dapat ikut nak pergi Sarawak tu. Kakak aku belikan aku basikal dengan pasu. Memandangkan aku ni duduk rumah sewa je, aku memang tak ada tempat dah nak letak. Then, semalam nekad juga pergi Tesco dengan Edy semata-mata nak cari rak. Jumpalah rak ni dengan harga RM19.90 satu. Boleh tahan juga lah kan untuk letak kat rumah kecil kami ni. Malam tadi juga menggerudi dinding. Kui kui kui. Ampun tuan rumah :p


Cantik tak?

Monday, 17 December 2012

The Journey Of 3!


Back dated update :)


Assalammualaikum w.b.t


Happy 3rd annivesary Nadia & Edy!

~17th December 2009 - 17th December 2012~


Solemnization : 17th December 2009

Alhamdulillah, selepas 3 tahun ini, aku belajar banyak perkara. Paling penting, bagaimana aku belajar untuk jadi lebih tabah. Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui akan hikmah aku diuji. Bukan sahaja diuji dengan kehilangan Najla, malah sebelum itu lagi aku sudah diuji dengan banyak perkara. Segala ujian ini banyak mengajar aku dan telah banyak mengubah hidup aku kepada aku sekarang. 

To my lovely husband; Edy, terima kasih. Terima kasih yang teramat untuk semua perkara yang telah kita lalui bersama. Terima kasih kerana telah menjadi seorang suami yang sabar dengan kerenah isterimu yang adakalanya tidak diduga ini. Terima kasih kerana telah mengajar isterimu ini untuk menjadi lebih baik. Terima kasih kerana sentiasa menyokong isterimu ini dalam segala keadaan. Susah senang, adalah pilihan kita. Kita yang telah memilih jalan ini. Jalan untuk bersama. Bersama untuk menjadi pasangan yang akan bertemu semula di syurga. Insya-Allah :)

Friday, 14 December 2012

Da vogue delicious olala~


Assalammualaikum w.b.t

Tajuk tu nama resepi aku k. Aku tak tahu nak bagi nama resepi ni apa. So, aku pun hantam sajalah. Siapa yang tengah berdiet (macam aku), bolehlah cuba resepi ni.


Da vogue delicious olala~

Atas tu ada ikan salmon, cendawan, baby carrot, asparagus, sayur (apa ye nama sayur ni?), dan brown rice.

Ikan salmon tu aku just lumur dengan bawang putih dan halia yang diblend kering, lepas tu tambah garam, pepper sikit and sos perasa. Then, panggang.

Semua jenis sayur tu aku kukus je. Beras perang tu masak macam biasa. Kalau nak sedap tambah garam sikit. Tapi aku tak letak pun.

Cendawan tu aku tumis dulu dengan bawang besar dan bawang putih (chopped dulu), pastu aku letak satu scoop susu tepung, secawan susu cair and mozarella cheese. Tambah sikit garam buat perasa.

And then, hidang. Yummy!

Alhamdulillah rezeki Jumaat, masih lagi mampu untuk mendapat rezeki makanan dan masih ada keupayaan untuk makan. Sama-sama kita audit diri :)

Thursday, 13 December 2012

Kunang-kunang menangis

Semalam is not my day, kot. Tapi syukur alhamdulillah aku selamat and tak ada apa berlaku.

Apa yang berlaku?

After habis exam petang semalam, aku ke pharmacy cari susu since lately ni aku constipated yang agak teruk. Aku beli Nutren Fibre. Cuma yang aku kesalkan, susu ni produk Nestle which aku sememangnya cuba banned semua produk Israel, but I haven't choice since tak ada susu jenama lain yang boleh treat masalah aku ni.

Balik pharmacy, aku dengan senang hati beli pisang goreng, cendawan goreng, abc jagung, abc keladi, nasi ayam (tamaknya!), lepas tu terus ke rumah kakak aku. Memandangkan Edy tak ada, memang nilah rutin aku melepak-lepak sambil bermain dengan anak-anak sedara aku yang gemuk-gemuk tu. Sambil-sambil tu, melantak sekali :).

Then, dalam pukul 6 petang, aku pun bergerak balik. Dalam hati terdetik nak solat dulu rumah kakak aku tapi hati yang terikut kata syaitonirojim ni berdegil nak solat umah je. So, on the way balik tu, tak tahulah aku terover confident drive ke atau ni balasan aku tak solat dulu tadi. Masa dekat roundabout, aku dari side kiri suddenly rush ke kanan sebab nak u turn, then sebuah kereta wellfire (ke alphard ke aku pun tak perasan sebab aku ni tak kenal kereta) yang memang kat side kanan dan nak terus, terout of speed terus menghentam aku. Bangggg! Macam tulah lebih kurang bunyinye. Aku cuma jerit "Ya Allahhhhhhh!" sambil terus u turn. Aku cuba nak berhenti, tapi bila tengok kereta tu terus jalan, aku pun balik umah terus. Tak nak fikir dah! Lagi pun memang salah aku.

Sampai umah, tengok kereta ada scratch putih besar and lampu belakang cam terkeluar sikit. Mujurlah tak teruk dengan bunyi yang kuat tadi. Aku terus ambil wudhuk dan solat. Insaf. Tak ada apa nak dikesalkan tapi aku dapat good lesson lah hari tu. Solat dulu lain kali!

Sorrylah kalau korang cuba cari cerita pasal kunang-kunang dalam entry aku ni. Apa kaitan ek? Aku bayangkan aku ni kunang-kunang yang beri cahaya (kegembiraan) lepas tu accident and menangis (tapi aku tak menangis pun). Aku berangan aku ni kunang-kunang sebab last few days aku dapat tengok kunang-kunang (firefly ek?) kat kota tinggi. Nanti aku update eh dalam kunang-kunang menangis part 2. Haha!

Ok, wassalam.


Sent from my iPhone

Sunday, 9 December 2012

Apa aku dah buat?


Assalammualaikum w.b.t

Apa aku dah buat sepanjang cuti sekolah ni ye? Kalau Fa, keje tengok citer kartun dengan Faiq, Kak Yana berjalan-jalan, aku yang BAKAL ada anak berderet-deret ni buat apa?

First of all, aku bersyukur juga dapat jaga exam tahun ni. Sebenarnya setiap tahun. Kalau boleh, memang jaga examlah semua orang nak mengelak sama sekali. Tapi kenapa tahun ni aku bersyukur? Sebab, aku kan dah kat hometown aku, Kulaijaya. Edy pun dah banyak job kat selatan Johor. So, aku rasa tak ada masalah nak galas tugas ni. Percaya atau tak, aku happy jaga exam. Tahun ni jelah aku happy. Karang pengetua aku baca apa yang aku tulis ni, mahunyelah tiap-tiap tahun aku kena jaga exam. Aku rasa, masa aku lebih terisi sikit. Yelah, daripada tak buat apa besarkan badan yang memang dah besar ni, baik aku ada kerja, kan? Lagi pun, compare to life kat jb jadi invigilator memang sangat bosan. Dahlah Edy tak ada, family aku jauh, jalan jem. Argh... Memang tension, kot. Kat Kulai, bila bosan-bosan, aku pergilah rumah kakak aku. Banyak benda aku boleh buat kat sini tau. 

Selain tu, cuti ni aku gunakan sepenuhnya baca buku-buku motivasi especially buku tulisan Prof Dr Muhaya. To be honest, aku tak sempat nak baca bila kat rumah sebab sibuk dengan mengemas dan masak ala kadarnya. Lagi pula, Edy ada. Takkan aku nak biar dia terkontang-kanting bila aku syok baca buku sorang-sorang kan. Aku baca buku-buku ni time jaga exam. Actually, waktu invigilate tak boleh buat kerja lain termasuklah baca buku. Tapi sebab calon sekolah yang aku jaga untuk subjek tertentu tak ramai dan setiap bilik sekurang-kurangnya ada 2 pengawas (kadang-kadang lebih), aku ambil kesempatan tu baca buku, dengan izin ketua pengawas aku. Aku jadi invigilator untuk STPM. Mostly paper 3 hours. Bayangkanlah masa aku yang disia-siakan begitu sahaja kalau aku tak buat apa-apa. Dan alhamdulillah sepanjang aku menjaga, aku tak culas lagi dengan keralitan aku baca buku. Aku sangat tegas dengan candidates dan aku perhatikan diorang all the time walaupun aku sedang membaca. 


Sebahagian buku-buku kesayangan aku

Then, aku mula dengan hobby baru. Aku nak fizikal yang sihat, badan yang cergas, dan otak yang cerdas. Aku baru mula sebenarnya. Kalau dulu, aku suka berbasikal, then sekarang aku rasa macam berminat pula dengan aerobik. Sebenarnya aku plan nak pergi gym, tapi aku masih mencari waktu latihan yang tak mengganggu waktu solat dan semestinya pelatih di gym tu muslimah. Susah sikitlah nak jumpa kat tempat aku ni sebab bandar aku duduk ni ramai orang cina. Waktu latihan diorang  selalunya waktu maghrib. Macam tak berapa sesuailah kan. So, aku plan nak involve aerobik seminggu sekali kat Hutan Bandar Putra. Jadilah 1 jam seminggu  dari tak ada langsung. Aku turun 2 kg tau! Lepas turun, aku melantak, naik 3 kg! Haha!


Edy malu-malu mulanya beraerobik
Bawak anak-anak sambil tengok ikan kat Hutan Bandar Putra
Bagi ikan makan. Seronoknya!
Kak Leha, aku, & abang Shahperi (Pak Haji baru balik)
Kakak Wawa and adik, Emok. Both anak sedara aku.

Selain berhoneymoon, aku plan nak panjat gunung. Paling command Gunung Ledang. Tapi tak tahulah kalau aku panjat dalam mimpi je kan. Fitness aku tak berapa mantap lagi lah. Aku kena betul-betul fit baru boleh panjat kot. Baru jalan naik bukit pun dah mengah, ada hati nak memanjat gunung? Lagi pula tahun depan aku dah book nak pergi Sabah. Kononnya nak ke Kundasang, lepas tu panjat Kinabalu. Haha, tinggi tak cita-cita aku?

Oklah. Habis dah aku merepek. Tah apa tah aku karang malam ni.  Lately ni aku rasa aku lagi banyak mengarut kat blog ni. Oh ya, malam ni Edy tengok bola live kat Bukit Jalil. Aku tak ikut sebab dia pergi dengan abang ipar aku and kawan baik dia. Biarlah. Kesian Edy asyik terperuk dengan kerja yang tak pernah sudah tu. Sekali-sekala release dengan tengok bola, syok juga lah kan. Aku lagi rela duduk rumah tengok bola kat tv je. Yang penting, aku happy bila Edy happy.

Ok, gud nite and assalammualaikum :)

Tuesday, 4 December 2012

Shaklee dan Ovarian Cyst


Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya aku dah pernah consume Shaklee sebelum ni. Tapi aku ni jenis manusia yang pemalas dan tak reti nak makan vitamin ikut jadual. Ada lagi stock Shaklee yang setahun lepas. Memang teruk betul. Tapi lepas aku dah pernah ada cyst ni, aku terpaksa juga disiplinkan diri. Mula-mula tu pening and tak ingat juga nak makan yang mana dulu. Then, aku cari solution mudah.


My ubat :)

By day

Kotak ubat

Lepas guna kotak ubat ni, barulah aku betul-betul berdisiplin and makan ikut jadual. Aku beli kat MR DIY. Harga around RM 5 something.

Aku juga consume ESP. ESP ni pula kena bancuh. Sebenarnya ESP ni dah lama aku beli tapi aku malas nak minum. Sebab kena bancuh! Dulu masa preggy Najla pun, aku selalu terskip minum susu Anmum. Tapi sekarang, tidak lagi. Aku dah macam addict dengan ESP. Edy cukup jaga pemakanan ubat dan vitamin aku sekarang. Dia pun trauma juga, kot. Bila aku dah tak ingat nak minum ESP, Edy terus buat. Mujurlah Aishah bekalkan dengan shaker. Senang di'shake-shake' dan aku boleh terus bawa pergi sekolah. Edy biasa bancuh 2 sudu besar Milo dengan satu sudu besar ESP. Memang sedap! Dan boleh menghilangkan rasa lapar juga tau.

ESP with the shaker!


Add on, aku juga consume GLA, Vita-C (antioxidant) dan Vita-Lea. Paling best, GLA. Kalau korang biasa makan EPO, GLA ni lebih kurang sama functionnya. Dan aku rasa aku tak ada alahan dengan semua vitamin Shaklee ni. Alhamdulillah.





Source : Google


Selain Shaklee, aku juga amalkan Habbatus Sauda. Aku beli around RM30 sebotol. Selsema ke, batuk ke, lepas makan Habbatus Sauda ni rasa lega sikit. Kita cuma berikhtiar, selebihnya Allah yang tentukan, kan?


Ariffbillah Habbatus Sauda

Aku bukanlah pengedar Shaklee. Aku just nak share apa yang baik pernah aku amalkan. But lain orang lain penerimaan, kan. May be Shaklee sesuai untuk aku but tak sesuai untuk orang lain. To be honest, aku mula consume Shaklee regularly since aku ada cyst sebelum ni and seboleh-bolehnya, aku tak nak perkara yang sama berulang. And feedback yang aku dapat, aku rasa aku lebih sihat. Alhamdulillah.

Saturday, 1 December 2012

Kisah semalam...

Kami ke rumah Najla di Taman Desajaya, Johor Bahru. Ni bukan kubur Najla tau. Memang rumah Najla. Rumah yang kami beli dulu masa aku mengandungkan Najla. Kami ambil kunci dari penyewa lama since dia dah pun berpindah. So, aku plan nak cantik-cantikkan rumah Najla ni sebelum sewakan pada orang lain. Sejak beli, kami memang tak sempat duduk. Masa tu, aku sedih sangat and dalam masa yang sama dapat pindah ke Kulai. Nanti bila rumah Najla dah cantik, aku upload gambar ye.
Lepas bersolat Dzuhur di Masjid Taman Desajaya, kami ke Terminal Larkin survey buku-buku agama sebab hajat Edy nak berniaga sambilan. Lepas tu ternampak pula banner Ekspo Buku Islam 5 di Galleria Kotaraya. Solat asar di Masjid Terminal Larkin kemudian terus berdesup ke Kotaraya.

Memang best Ekspo ni. But, sayangnya tak ramai pengunjung. Tak tahu mana silapnya. Mungkin promosi yang kurang meluas. Mungin juga kerana Kotaraya direnovate sebelum ni sampaikan orang tak terfikir nak ke situ kot. Salah seorang pekerja penerbitan kat situ tanya aku, "Kak, orang Johor ni memang tak ramai ke? Akak tolonglah promote kat kawan-kawan akak?" Gulp, terkedu aku. Blur juga sebab aku pun dah lama tak ke JB berjalan-jalan. Kalau dulu masa mengajar di sini, yelah juga. Mungkin cuti sekolah, kot. Since bukanlah semua orang yang duduk JB ni asal JB kan. Tapi serius memang tak ramai. Aku kat situ sampailah waktu maghrib. Kami bersolat di Masjid Kotaraya lepas dengar ceramah Ustaz Kazim melalui tayangan slide di pentas. Bukanlah aku nak bangga, tapi aku paling suka pergi Terminal Larkin, Kotaraya, and Angsana sebab tempat solat dia sangat kondusif. Ada azan lagi. Tak perlulah nak naik sampai tingkat paling atas atau turun dekat tempat parking paling bawah semata-mata nak cari tempat solat. Tak perlu juga berebut-rebut atau bersempit-sempit.


Aku borong buku di As-Sohwah. Semua buku yang aku beli ialah buku-buku Prof. Dr. Muhaya, my favourite writer and idol. Buku-buku yang aku dah pernah ada pun aku beli lagi untuk jadikan cenderamata. Syukurlah As-Sohwah buat promotion habis-habisan. Memnag tak rugi.


Edy pun tak nak kalah juga beli buku sikit-sikit. Niatnya untuk letak di office baru di Kulai untuk buat jualan sampingan. Cari duit lebih.
Hari ni last Ekspo Buku Islam 5 ni. So kepada semua orang Johor yang berhampiran, datanglah sokong penjualan buku Islam ini. Bukan setakat buku Islam je, buku-buku lain like novel pun banyak. Datanglah ye ke Galleria Kotaraya, Johor Bahru :) 

Click! Click! Click!