Thursday, 29 March 2012

Surprised candle light dinner!

This week, aku memang busy sangat sebab terlibat dengan kursus Mindset Change Programme (MICEP) atau kami dikalangan guru-guru ni lebih mudah untuk sebut kursus ni sebagai kursus pengaktifan sel-sel neuron. Tak perlulah describe macam mana proses pengaktifan tu berlaku sebab kepala aku masih terasa berat and sakit lagi sekarang ni. Mungkin tengah adapt dengan jutaan neuron yang telah aktif ini :).

And atas alasan terlalu sibuk and penat itulah house chores memang tak berusik langsung oleh aku. Balik sahaja rumah, usai mandi dan solat terus rasa nak baring lagi-lagi hari pertama dan kedua kursus. Kepala terasa pening. Memang tak ada mood nak buat apa-apa kerja pun. Dalam hal ni, paling kesian kat Edy lah. Edy yang menyudahkan segala house chores termasuklah memasak untuk kami. Seriously memang rasa serba salah sangat bila ingat balik tentang 2 hari itu walaupun Edy selalu kata, "Suami isteri kenalah bekerjasama". Tapi aku tak boleh. Selagi ada kudrat, aku cuba nak buat semua. Tapi atas kedinginan sikap aku kerana terasa sakit kepala hari itu, tanpa bercakap banyak Edy segera ambil alih segala tugas. Aku pun tak sempat nak spend quality time dengan Edy. Yelah, siapa lagi aku nak layan kalau bukan suami sendiri memandangkan kami belum dikurniakan pengganti Najla kan.

So, on the third day kursus, aku decide untuk buat candle light dinner untuk Edy. Nak surprisekan dia merangkap tanda mohon maaf juga. Mula-mula nak tiru resepi-resepi dari blog Kak Yana sebab Kak Yana ni pada aku memang contoh isteri yang mithalilah. Banyak betul resepi yang dia selalu buat. Nad puji-puji ni bagi upah sikit ye :).

But at last, atas cadangan membe aku, Lim, aku try untuk pertama kalinya prepare chicken chop. Untuk orang yang tak terror masak macam aku ni sebenarnya agak susah ok. Tapi aku beriltizam tinggi untu prepare sendiri. By hook or by crook, candle light dinner tu mesti dibuat juga. So, balik je dari kursus semalam, aku bergegas cari semua bahan di Mydin. 

So aku skip sahajalah ye all the preparations. Insya-Allah akan aku share resepi simple-mimple ni next entry. Lets go through the set up of our special romantic candle light dinner on that night :).

Presenting
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaaaa! Special tak?

I just prepared chicken chop, mashed potato, mixed vegetable, fries and mushroom soup.
Beverage : Apple juice.

Macam mana pula reaksi Edy?


Nama pun suprise kan? So, Edy memang tak tahu dari awal aku nak buat apa. Sampai nak dinner pun Edy masih lagi tak tahu. Masa ni Edy just gelak-gelak je ingatkan aku  nak present ayam goreng dengan ikan goreng versi selalu. Haha.



Bila dah buka je penutup mata, Edy terkedu. Serius dia hampir tak percaya aku prepare semua tu dalam aku cuba sorok-sorok kat dapur and tak bagi dia tengok apa aku buat. Edy senyum sampai sudah. I love that smile so much @->---


Alhamdulillah, masakan aku malam tu menjadi. Dari start cari barang hinggalah menyudahkan semuanya, aku tak henti-henti berdoa agar Allah SWT permudahkan segalanya dan menjadikan malam itu sangat bererti bagi kami. Banyak yang kami bualkan dalam keadaan yang sangat relaks tanpa bebanan apa-apa pun di kepala. Just two of us. No about workload dan sebagainya.  Aku akui, aku masih lagi belajar untuk jadi isteri yang terbaik untuk Edy. Aku selalu berdoa agar aku dapat menjadi isteri Edy sehingga ke syurga. Dan aku masih lagi belajar dan berusaha untuk ke arah itu. Dan aku juga tidak berhenti berdoa, agar senyuman manis dari Edy itu akan melebar saat aku disahkan hamil adik Najla nanti. Amin Ya Rabbal A'lamin :)


I really hope this moment will come again soon. [Tear]


"I love you husband till the end of my life.

And ibu miss you so much Najla. Too much. From deep of my heart."


I'LL LOVE TWO OF YOU FOREVER :")

Sunday, 25 March 2012

My sixth honeymoon with Edy :)

Dah lambat sebenarnya aku nak update pasal honeymoon kami yang ke-6 ni. Semuanya gara-gara aku sangat sibuk dengan tuntutan tugas di sekolah. Hujung minggu sahajalah aku punya masa untuk update entry baru. Cerita ini sudah seminggu berlalu. Tapi aku tetap nak jadikan ia sebagai suatu kenangan terindah dalam blog ini.

Sebelum cuti sekolah yang lepas, aku dan Edy plan nak bercuti ke Pulau Redang. Tapi kerana budget yang suam-suam kuku, kami bertukar plan untuk pergi ke tempat yang dekat-dekat sahaja. Unfortunately, masing-masing ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan. So, plan bercuti terpaksa ditangguhkan.

Tapi segalanya berubah jadi plan bercuti yang agak tidak dirancang bila hari Jumaat, 16/3/2012, Edy ajak aku untuk ikut hantar borang tender di Mersing. After several days kitorang asyik menghadap kerja sahaja, seriously memang kitorang desperate sangat nak restkan badan dan kepala. So, kitorang plan nak stay satu malam kat sana. Tak kisahlah stay kat hotel atau chalet, yang penting kami memang nak rest. Lagilah aku ni memang beach lover,  so peluang macam ni memang tak boleh dilepaskan.

Sesampainya kami di Mersing, Edy terus call kawan baik dia yang kami gelar Pak Din atau loghat Mersingnya 'Pok Ding'. Edy minta Pak Din tengok-tengokkan tiket feri ke Pulau Tioman. Aku terkejut dengan permintaan Edy itu. Seriously memang aku tak tahu langsung Edy plan nak pergi Tioman. Aku quit surprised sebab aku pack baju tah hape-hape. Baju yang aku bawa agak kurang sesuai nak buat aktiviti di pulau. "Betul ke kita nak gi Tioman?", tanya aku nakkan kepastian. Edy kata nak kena tengok tiket dulu available atau tak.

Mungkin memang dah tertulis rezeki kami, ada tiket feri dan chalet yang masih kosong. Kami beli tiket feri pukul 4.30 petang. Masa tu baru pukul 2.30. Ada lagi 2 jam. Kami bergegas untuk hantar borang tender, makan, solat, dan cari topi. Ye, topi sangat penting sebab takkanlah aku nak berjalan kat tepi pantai pakai payung kan. So aku beli topi siap-siap kat Mersing, satu untuk aku dan satu untuk Edy. Dua topi ni aku beli dengan harga RM12 sahaja. Murah kan? Sebab kalau aku pergi gatal beli kat pulau tu, mahu satu topi sahaja sudah RM12. Hihi. Part-part budget ni aku memang nombor 1. Plan kena baik punya walaupun last minute.

Perjalanan dari Mersing ke Pulau Tioman memakan masa 1 jam setengah hingga 2 jam. Bergantung pada tempat mana yang dipilih untuk stay. Ada 3 tempat utama pelancongan iaitu Kampung Genting, Tekek dan  Salang. Jika ke Tioman untuk pertama kalinya berhoneymoon, aku suggest korang pergi Salang kerana orang bilang di sana sangat cantik. Memang sesuai sangatlah untuk dijadikan tempat bermadu asmara. Kami memilih untuk ke kampung Genting. Sesampai sahaja di jeti Kampung Genting, aku terkagum. Terpana dengan ciptaan Allah yang sungguh indah ini. Subhanallah, sangat cantik! 













Disebabkan percutian ini agak mengejut, kami decide untuk stay di chalet yang sederhana sahaja. Chalet ini terletak di Idaman Beach Holiday, Kampung Genting, lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari jeti Kampung Genting. Satu bilik kami sewa dengan harga RM120 (harga cuti sekolah). Biasanya hari biasa cuma RM80 sahaja. Biliknya sederhana, ada aircond dan cukup selesa untuk merehatkan badan. Tapi kalau first time datang untuk honeymoon, aku tak suggest korang ke tempat ni ye. Better cari chalet atau hotel yang cantik sikit (budget pun lebih lah sikit). Hihi.








Deretan chalet di sini terletak berhadapan pantai. Dari dalam bilik, boleh dengar dengan jelas bunyi ombak memukul pantai, burung-burung berkicauan, dan kanak-kanak ketawa girang. Sangat mendamaikan. Chalet di sini tak ada tv. Tapi rasanya memang tak perlu ada tv kot sebab keinginan untuk menikmati ciptaan Allah yang terindah ini sangat membuak-buak. Hari pertama kami habiskan dengan berjalan-jalan di sekitar kampung dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Genting. Serius, diorang sangat baik. Aku suka environment macam ni. Best!
Hari  kedua, selepas bersarapan, kami terus prepare untuk aktiviti snorkeling dan berjalan-jalan sekeliling pulau. Sewa bot dan peralatan snorkeling untuk seorang ialah RM40. Satu bot lebih kurang 7-9 orang. Sebelum bertolak, kami spend masa di tepi pantai dahulu dengan merakamkan beberapa gambar sebagai kenangan.













Perjalanan ke Pulau Rengis mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kami melalui persisiran pantai Genting dan Tekek. Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat cruise, sekolah, dan tempat-tempat penginapan yang menarik.






Pulau Rengis juga dikenali sebagai Coral Island, salah satu taman laut yang terpelihara di Pulau Tioman. Pulau ini juga menjadi tumpuan utama pelancong untuk melakukan aktiviti snorkeling.





Mula-mula memang rasa takut juga nak snorkeling. Macam-macam dalam bayangan kepala aku. Antaranya, "ada jerung tak?", "kalau jerung tiba-tiba tersalah jalan ke sini macam mana?". Haha! Serius, aku memang takut sangat. Lagi lah pulak malam sebelum tu aku nampak seorang pelancog dapat pancing anak ikan yu. Kalau anak ada, mestilah maknye ada kan? Hihi.

Lepas dipujuk Edy, aku nekad juga turun. Nak adapt dengan google dan alat pernafasan tu memang susah. Berapa kali tah aku tertelan air laut. After several times do practise, barulah aku boleh adapt.




Memang tak rugi buat aktiviti ni. Speechless! Aku tak tahu nak describe macam mana kecantikan alam laut ni. Kami memang tak ada camera yang canggih-manggih nak ambil gambar dalam air ni. Terasa rugi juga bila tak dapat nak capture keindahan alam ciptaan Allah itu.



Source: Google


Aku dapat lihat dengan jelas dari atas permukaan air beratus-beratus ikan yang berwarna-warni berenang berkumpulan, coral yang sangat banyak dan cantik, starfish yang bertaburan dan juga landak laut. Paling aku takuti ialah bila nampak landak laut. Walaupun landak tu di dasar, and aku yang ber'life jacket' ni memang confirm takkan ke bawah, tapi tak tahulah nak describe macam mana perasaan tu. Lagi bila nampak mata dia (aku rasa tu bukan mata betul kot), confirm aku akan patah balik.


Source : Google


Sedang aku khayal dengan keindahan flora dan fauna laut itu, tiba-tiba sekumpulan ikan yang aku anggar dalam lingkungan 20 ekor menyerbu muka aku. Macam pirana menyerang pulak! Aku gelabah, tak boleh kawal diri, tertelan air, dan nyaris lemas. Terkapai-kapai untuk beberapa saat. Aku cuba jerit panggil Edy tapi air laut yang menderu masuk ke tekak dan hidung buat aku tenggelam timbul. Syukurlah ada life jacket. Aku berjaya membalancekan badan semula dan berenang ke pangkin. Rupanya Edy nampak kejadian tu. Tergelak dia tengok ikan-ikan tu serbu aku macam tu. Rasa terkejut dan trauma juga dengan kejadian hampir lemas itu. Sangat menyeksakan sebenarnya bila berada dalam keadaan hampir lemas. Agaknya ikan-ikan tu tahu aku asyik fikir bukan-bukan je sedari awal. Tu yang aku kena 'ajar' dengan ikan-ikan tu. Hihi.


Lepas 1 jam bersnorkeling, kami ke Taman Laut pula. Di sini air laut tak sejernih Pulau Rengis. Ikan-ikan pula besar-besar belaka. Landak laut dan coral pun ada tapi tak banyak. Para pelancong cuba menarik perhatian ikan-ikan di sini dengan memberi makan roti yang dijual dengan harga RM2 sebungkus. Aku takut sikit kat sini sebab bila ikan-ikan tu tak dapat makan roti, kaki pun dia gigit. Tapi tak sakitlah. Geli-geli je.








Selepas beri ikan makan roti, kami melawat sekitar Taman Laut ni.





















Habis 1 jam lebih di Taman Laut, kami ke pekan Tekek. Di sini ada sebuah kedai bebas cukai. Tapi barang di sini taklah banyak sangat. Jauh beza jika nak dibandingkan dengan Langkawi atau Rantau Panjang. Rokok memang sangat murah di sini. Jenama Winston dekat situ cuma RM5 sekotak. Yang lain pada aku biasa dan ada yang lebih mahal sebenarnya. Tak ada apa sangat pun aku beli dari sini. Kami cuma berjalan-jalan di sekitar pekan ini. Aku dan Edy bantu untuk mendukung anak-anak dari dua buah keluarga yang sebot dengan kami. Oleh kerana kami perlu berjalan kaki di sini dan mereka semua tidak berselipar dengan keadaan jalan yang sangat panas, kami volunteer untuk membawa anak-anak mereka.






















Habis sahaja aktiviti melawat pulau sekitar Tioman, kami terus pulang ke Kampung Genting. Aku dan Edy terus bergegas lunch dan membersihkan diri. Kami bersiap-siap untuk pulang. Walaupun kami tahu masa yang ideal untuk beristirahat di Pulau Tioman sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam, tapi kami mengambil keputusan untuk pulang juga pada hari itu atas tuntutan tugas yang menanti.


Ok, cukup sampai sini cerita honeymoon kami. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kami plan untuk berhoneymoon lagi di pulau lain di Malaysia. Insya-Allah :)

Ada beza ke rate bil api air di bandaraya dan pinggir bandar?

Tempat aku tinggal sekarang ni sudah bertaraf bandar. Tapi sebab aku nak compare dengan bandaraya JB, so aku just state sebagai pinggir bandar sahajalah.
Ni cuma pengalaman kami membayar bil selama lebih kurang 2 tahun. Aku tak tahu kadar bil di bandaraya dengan bandar ni ada beza atau tak. Tapi dari segi nilai duit untuk bayar bil dengan penggunaan rasanya ada beza.
Kalau dulu kat JB, aku stay dengan housemate aku. Suami aku kadang-kadang je datang. Bil api air bulanan untuk rumah sewa kami masa tu lebih kurang RM130++. Masa tu aku tak pakai astro atau wifi dan sebagainya. Cuma ada broadband Celcom yang tiap-tiap bulan kena bayar RM68. So total semua lebih kurang RM200. Housemate aku cuma sewa bilik. Jadi sewa bil api air aku ambil dari dia cuma RM50 sahaja. Selebihnya aku yang bayar. Rasa macam agak mahal la juga kan RM150 untuk bil api air dan broadband setiap bulan.
Then, bila dah pindah Kulai, dah masuk bulan ketiga, setakat ni bil bulanan kami bayar lebih kurang RM200++. Tapi, nilai ini untuk bayaran bil api, bil air, bil telefon, internet, dan astro.
Rumah sewa kami sekarang dihuni aku, suami, dan adik lelaki aku. Dalam kebanyakkan waktu juga, anak-anak buah aku akan datang tido rumah sewa kami berhari-hari. Penggunaan air dan elektrik aku rasa memang maksimum di sini berbanding di JB dulu. Tapi aku rasa, bil-bil kami sekarang dengan tambahan telefon rumah, internet, dan astro jauh lebih murah berbanding di JB, kot. Mungkin bezanya pada bil api dan air. Kalau di JB, bil air sebulan RM30, bil api paling rendah sebulan dalam RM80 dan paling tinggi lebih kurang RM100.
Dibandingkan dengan di Kulai, bil air sebulan tak sampai RM10 dan bil elektrik tak sampai RM40. Mungkinkah meter rumah sewa kami di JB itu sudah dimamah usia dan menyebabkan bil kami lebih mahal berbanding di sini? Aku dah pernah juga tanya jiran-jiran di JB. Rata-rata memang rate bil api air dalam lingkungan tu. Atau adakah meter air dan elektrik kami dipintas/dicuri? Wallahua'lam.
So, ada beza ke kadar bayaran bil api air di bandar dan pinggir bandar? Mungkin nak kena refer SAJ atau TNB ni untuk lebih kepastian :)
Apa-apa pun, aku bahagia dapat pulang ke kampung halaman sendiri. Biarlah tak ada apa sangat pun di sini, tapi aku gembira. Syukur Alhamdulillah :)

Sent from my iPhone

Thursday, 15 March 2012

Karipap Roti Sardin

Ish, macam pelik je nama resepi ni. Pelik-pelik tapi sedap tau Karipap Roti Sardin ni. Simple. Boleh buat dengan anak-anak di rumah. Aku belajar 2 tahun lepas dari satu ruangan resepi dalam akhbar Harian Metro. Tapi nama resepi ni yang asal aku tak ingat. So, hentam sahajalah.

Saiz hidangan : 6 orang

Bahan-bahan:

1 bungkus kecil Roti Gardenia
1 tin besar Sardin
Bawang merah & bawang putih (dipotong dadu)
3 hiris halia
Garam
Sesudu tepung gandum yang dibancuh dengan sesudu air.

Cara-cara:

A. Inti karipap roti

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Jika ingin pedas, tambahkan cili padi. Letakkan secubit garam untuk menambah perisa.
2. Masukkan 1 tin besar ikan sardin (hanya masukkan ikan sahaja, sos dibuang).
3. Hancurkan ikan sardin bersama bahan yang ditumis. Gaul hingga sebati.
4. Selepas inti siap, buang 3 hiris halia dari bahan masakan (untuk elakkan rasa pelik sewaktu inti dimakan nanti).

Inti sardin yang telah siap.



B. Kulit Karipap roti

1. Roti digelek dan bahagian tepi roti dipotong seperti di bawah.


2. Isikan 1 sudu inti sardin ke dalam roti. Gulung dan lekatkan bahagian hujung roti yang digulung menggunakan tepung yang dibancuh dengan air tadi.




3. Dua bahagian tepi roti yang terbuka hanya dikatup dengan menggunakan garfu sahaja (tak lekat guna bancuhan air tepung pun tak apa).


 


4. Pastikan minyak betul-betul telah panas sebelum menggoreng. Masukkan karipap roti ke dalam minyak, setelah kulit roti berubah warna kuning keemasan, terus angkat (tak perlu goreng lama seperti karipap biasa kerana kulit roti tipis dan sudah sedia dimasak).


 
Siap untuk digoreng.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tadaaaa. Siap untuk dihidangkan :)

p/s : Yang tak berapa kuning keemasan tu maksudnya dah tergoreng lama. Hihi.

Senang je kan?

Wednesday, 14 March 2012

Wordless Wednesday

My MIL kata muka anak Mawi dan Ekin tu iras arwah Najla.

Anak Mawi & Ekin (Cahaya Malaika)


Arwah Najla


Mungkin inilah salah satu cara Allah SWT ingin mengubat kerinduan hati kami.

Al-Fatihah

p/s: Dah lama nak publish entry ni tapi masih belum kuat nak tatap lama wajah arwah Najla.

Monday, 12 March 2012

Bolognese Spaghetti Ready in 15 minutes

Nak cuba buat Bolognese Spaghetti sendiri?

Resepi ni aku belajar dari kawan baik aku, Nur Hidayah. Sejak belajar 2 tahun dulu, resepi ni dah jadi western favourite food untuk keluarga kami. Baik suami, adik dan anak-anak buah aku semua suka makan Bolognese Spaghetti ni. Simple. Boleh siap dalam masa 15 minit sahaja.


Bahan-bahan yang diperlukan:



1) Bawang besar yang telah dipotong dadu
(nak tambah halia, bawang putih, atau lada benggala pun boleh)


2) Spaghetti sauce


3) Daging kisar

4) Spaghetti (sebaik-baiknya jenama San Remo)


5) Brokoli (untuk penggemar sayur)


6) Parmesan cheese



Cara-cara:


1) Masak bahan 1 hingga 3. Pastikan daging kisar empuk. Tak perlu letak garam atau gula. Tambah sedikit sahaja air. Setelah daging empuk, masukkan brokoli dan matikan api.

2) Sementara tu, spaghetti direbus. Letakkan sedikit minyak dalam air rebusan itu untuk elakkan spaghetti melekat antara satu sama lain. Setelah masak, air rebusan ditos.

3) Sedia untuk dihidangkan. Taburkan sedikit cheese untuk kelazatan maksima.




SIMPLE AND READY IN JUST 15 MINUTES :)

p/s: walau rupa dia tak macam yang kat atas tu, tapi sedap dia hingga menjilat pinggan woo :)

Rindu

Ya Allah, hadirkanlah anak-anak penyeri rumah tangga kami. Kami teramat rindu pada bidadari kami. Kurniakanlah zuriat kepada kami dan janganlah Kau biarkan kami sendirian tanpa zuriat. Sesungguhnya Kau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin.

Sent from my email

Sunday, 11 March 2012

Cuti Yang Indah

Assalam! Selamat Hari Ahad! Syukur Alhamdulillah kita masih lagi mampu bernafas dihujung minggu ini untuk meneruskan tugas sebagai khalifah-Nya. Hujung minggu yang sangat dinanti oleh seorang guru seperti aku selepas beberapa minggu sudah aku tidak dapat berhujung minggu kerana tuntutan tugas di sekolah.

Seminggu kebelakangan ini juga aku banyak menghabiskan separuh waktu di sekolah untuk menyudahkan segala kerja sebelum cuti sekolah bermula. Cukup penat hingga baju-baju yang sudah dicuci masih ada selonggok yang belum dilipat (sebenarnya penuh sekatil. Hihi).

Tunggakan kerja yang perlu disudahkan cuti ini masih berbaki tiga lagi; key in markah kelas untuk SAP, key in markah Sains untuk 4 kelas secara online untuk SAPS, dan Kajian Tindakan. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu aku dalam menyelesaikan semua tugasan ini. Inilah amanah seorang guru yang bukan sahaja mendidik dan mengajar pelajar, tapi juga kerja-kerja lain yang akan mempermudahkan urusan dengan ibu bapa nanti. Aku redha jika inilah sebahagian daripada rutin hidup aku untuk mendapat rezeki yang halal dan ingin melunaskannya kerana Allah semata-mata.

Walau kerja masih menimbun, aktiviti riadah tetap tak dilupakan. Kami masih dengan aktiviti berbasikal yang sudah menjadi suatu hobi pula.

Suami, Naqib (seat depan), & Nabil (seat belakang)


Me :)


Time cycling, aku wajib akan kenakan seluar jeans dan kasut :)


Dan aku tidak akan lupa untuk bawa pump tayar bersama-sama untuk elakkan perkara yang tak diingini. Pump jenama Gainway ni aku beli dengan harga RM10 sahaja. Kecil dan senang dibawa. Bubuh dalam bakul je.


Impak hobi kami yang suka berbasikal ni menyebabkan suami aku belikan dua buah lagi basikal untuk anak-anak buah aku. Satu baru, satu second hand. Basikal yang baru sebagai hadiah kepada Iman sebab berjaya tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan, dan yang second hand sebagai perangsang untuk Fahmi supaya tidak rasa dipinggirkan dan diharap agar dapat memberi moral untuk capai result terbaik dalam UPSR nanti. Tapi yang second hand tu suami beli RM65 je, basikal jenama Colnago yang sudah agak lama dan sudah berkarat. Kelebihan anak-anak buah aku ni ialah diorang punya kemahiran merepair basikal. Jom layan gambar-gambar ni.

Lepas licinkan body guna kertas pasir, barulah spray.


Adjust rantai dan tayar.


Hijau striking! Suka hati kamulah Fahmi :)

Cuma sayangnya, rupa bentuk basikal Colnago yang asal tak sempat nak capture. Kalau tengok yang asal, rasa macam tak sanggup nak beli. Tauke kedai cina tu pun salute kat anak-anak buah aku bila tengok basikal buruk tu dah cantik macam ni.

Ok sekarang kita layan gambar abang-abang kecik ni pulak.

Naqib pun tak nak mengalah :D


Nabil pula sibuk main bola :)


Ok, habis sudah cerita kami. Selamat berhujung minggu ye semua!

p/s: Alhamdulillah, aku sudah berjaya turunkan berat badan sebanyak 4 kg. Ada 6 kg lagi nak diturunkan. Semoga Allah permudahkan usaha ini. Amin :)

Click! Click! Click!