Monday, 5 March 2012

Orang jahat liat mati?

Pernah tak terlintas atau terdengar ayat macam ni;

"Hishhhh! Bawak motor macam orang gila! Cilok sana, cilok sini, pastu bawak motor macam-macam gaya. Kenapalah diorang ni tak mati-mati? Orang yang tak bersalah yang dilanggarnya juga yang mati. Diorang ni patah riuk macam mana pun tak mati-mati jugak. Tak takut mati ke?!"
Aku tak tujukan ayat di atas pada mana-mana golongan. Tapi nilah ayat yang selalu terlintas dalam kepala atau terdengar dari mulut orang lain bila ada segelintir yang menggila time menunggang motor.

Tapi betul ke orang jahat liat mati? Wallahua'lam.

Cuma, bila kita ditemukan dengan orang jahat, kejahatan yang sehari itu kita rasa begitu lama. Dan bila kita ditemukan dengan orang baik, kebaikan yang sebulan rasa tidak cukup untuk diraih dan rasa sekejap je masa berlalu dengan kebaikan itu. Mungkin ini agaknya yang buat kita rasa, orang jahat lambat/liat mati kerana kejahatan yang sehari dilakukan buat kita rasa jemu dan terasa lama sangat masa berlalu.

Aku ingin singkap sedikit pengalaman hidup yang lalu. Tidak terlalu detail tapi berkait dengan tajuk ini. Sewaktu aku pernah berada dalam lingkungan 'tidak baik', aku selalu rasa, masa yang berlalu agak lama. Nak tunggu hari ke hari rasa macam berbulan lamanya. Bila satu hari belalu tanpa dapat buat apa-apa, rasa buntu, bosan, tak sabar nak tunggu hari esok and memang terasa masa tu lambat sangat berlalu. Begitu lambat!

Kemudian, aku melalui fasa perubahan, cuba dekatkan diri serapatnya dengan Allah, cuba perbaiki mana yang cela dalam diri ini, dan sedaya yang ada mencari ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Aku sedar aku masih jahil dan fakir lagi dalam apa yang aku cari. Tapi aku selalu berdoa agar aku dapat bermujahadah dan istiqamah dalam jalan yang dipilih ini. Dan berbeza dengan sebelum ini, masa yang dilalui kini terasa begitu cepat. Sebulan yang berlalu rasa macam baru seminggu. Malah, orang lain yang menghadap aku juga rasa perkara yang sama. Kalau dulu, mereka nak menghadap aku sehari pun terasa lama malah mungkin merasa bosan dan menyampah. Tapi Alhamdulillah kini, sebulan terasa macam seminggu. Betapa 'jahatnya' aku sebelum ini sehingga banyak masa yang dipersiakan dan sebab itulah aku selalu rasa masa berlalu begitu lambat! Biarlah kejahatan itu menjadi kerahsiaan antara aku dan Allah SWT kerana itu masa lalu yang aku tak mahu pandang lagi.

Berbalik pada tajuk 'Orang Jahat Liat Mati?', aku rasa bukan mereka semua ditakdirkan mati lambat, tetapi kerana kita sudah jemu dan bosan dengan kejahatan yang dilakukan. Jika diberi sehari pun terasa begitu siksa kita nak menghadap orang sebegini apatah lagi seminggu atau sebulan apatah lagi setahun!

Tetapi bila kita ditemukan dengan insan yang baik, kebaikan yang dia lakukan tak puas untuk kita rasa. Macam cepat sangat masa berlalu. Bila orang baik sebegini tiada, terasa kehilangannya. Masa perkenalan yang lama terasa begitu pendek kerana kebaikan buat kita rasa tak jemu-jemu.

Jadi, persoalannya bukan pada cepat atau lambat ajal itu tiba kerana itu hanya berada dalam pengetahuan Allah SWT. Persoalannya ialah sanggupkah kita untuk menghadap kejahatan ini sepanjang masa? Usahkan sepanjang masa, seminit pun tak sanggup rasanya kerana kejahatan buat manusia jemu! Jadi, sebab tulah kita selalu rasa orang jahat liat mati. Betul kan?

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Click! Click! Click!