Saturday, 26 May 2012

Panggilan Allah SWT

Assalamualaikum w.b.t

Entry ini mungkin untuk yang terakhir kali jika hari ini adalah hari terakhir aku ditakdirkan hidup di bumi Malaysia. Jika aku ditakdirkan mati di sana, aku berharap agar ibadat aku diterima Allah SWT dan biarlah pengakhiranku itu dalam khusnul khatimah. Insya-Allah.

Doakan kami selamat berangkat dan pulang. Maaf sekiranya 2 minggu ini aku tidak dapat mengupdate entry terbaru. Rakan-rakan blogger dan Ratu Hati, maaf kiranya banyak penulisan aku sebelum ini telah mengguris hati kalian. Tak pernah terlintas dalam hati untuk menyakiti mana-mana pihak. Doa kalian akan saya bawa ke sana. Insya-Allah.

Semoga ibadat umrah saya diterima Allah SWT. Amin.


Sent from my iPhone

Wednesday, 23 May 2012

Wordless Wednesday


Baju waktu aku bersalinkan Najla ;)

Tuesday, 22 May 2012

Atasi keputihan dengan pencuci semulajadi - petua orang-orang dulu.

Berkisar tentang keputihan, aku rasa setiap wanita perlu ambil serius dan tidak memandang remeh terutama dari segi penjagaan dan kebersihan sekitar vagina. Pelbagai cara, petua, jenis pencuci, dan pendapat dalam isu kebersihan vagina ini.

Pengalaman aku?

Seingat aku, zaman persekolahan dulu, aku tak ada masalah keputihan. Yang ada, cuma keputihan biasa. Jadi masa zaman sekolah, penjagaan bawahan tu hanyalah sekadar melalukan air sahaja. Aku pulak bukanlah anak orang-orang berada. Rasanya nak minta mak belikan intimate wash macam tak sampai hati. Bukan setakat intimate wash, facial wash pun kalau boleh aku guna je apa yang ada kat bilik air. Penjagaan diri aku dulu memang sangat-sangat tak seberapa. Muka berjerawat pun aku cuma sapu bedak sejuk dan bila sudah teruk, barulah aku dapatkan rawatan pakar kulit di Hospital Sultanah Aminah. Free, tak perlu bayar sesen pun kecuali duit pendaftaran RM1 sebab aku bawa surat sekolah.

Tapi, sejak mengandungkan Najla, keputihan aku jadi bukan biasa-biasa lagi since aku experienced vagina candidiasis. Vagina candidiasis ni actually disebabkan oleh kulat candida. Biasanya kulat candida akan mula membiak dalam vagina sewaktu vagina lembap selepas cervik mucus dirembeskan sewaktu hamil dan selepas waktu ovulasi. Rupa vagina candidiasis lebih kurang seperti susu basi dan kegatalannya, masya-Allah, memang susah nak kata. Kulit sekitar vagina akan jadi keras dan kasar bila infected by candida. Dulu masa 2 month pregnancy, bila doktor sahkan aku ada candida, aku tak anggap ia seserius mana. Memang tak terfikir langsung nak buat research tentang hal ni. Yang aku tahu, bila gatal, just sumbat ubat vaginal tablet Gyno-Trosyd (tioconazole) 100mg dalam vagina.


Vaginal tablet Gyno-Trosyd (tioconazole) 100mg
Yang panjang tu adalah alat untuk memasukkan tablet ke dalam vagina.


Tapi bila aku experienced premature labour, memang ada seribu kekesalan dalam hati sebab dulunya aku memandang remeh hal ini. Vagina candidiasis telah menyebabkan aku mengalami preterm premature rupture of membranes (PPROM) atau pecah air ketuban pramatang kerana pembiakan kulat candida yang tidak terkawal tanpa disedari. Kerana itu, aku telah bersalinkan Najla pada usia kandungan 30 minggu dengan berat cuma 1.5 kg.

Untuk mengatasi hal ini, selain menggunakan pil vagina itu, aku juga gunakan intimate wash walaupun tak disarankan oleh doktor. Antara jenama intimate wash yang aku pernah guna ialah Lactacyd, Lady Cheer dari HPA, dan Sebamed Feminine Intimate Wash. But most the time, aku guna Lactacyd. To be honest, masalah candida aku tak pernah selesai. Bila dah tak tahan sangat, aku sumbat je vaginal tablet tu sebelum tido. Memang terus hilang esok paginya. Tapi untuk bulan seterusnya tetap akan ada. And aku pun tak naklah terlalu bergantung dengan pil tu sangat sebab aku takut kesemula jadian antimicrob /antifungus pada vagina aku akan hilang.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini, seperti bulan-bulan sebelumnya, aku masih lagi berhadapan dengan masalah yang sama. Masa CD ke-18, lebih kurang 3 DPO (3 days past ovulation), aku alami lagi masalah ni. Cuma this time, discharge yang keluar tak seteruk rupa susu basi tu. Kawan baik aku, Intan, kebetulan pula beri aku satu beg plastik daun sireh. So tanpa berlengah, aku terus cuci beberapa helai daun sireh (dalam bilangan ganjil), bacakan selawat, dan kemudian rebus. Tujuan rebus ni sebenarnya untuk break down cell wall daun sireh tu supaya khasiatnya boleh mengalir keluar. Aku matikan api bila air mula mendidih dan tunggu sehingga suam. Kemudian, aku gunakan air rebusan tu untuk cuci vagina. Aku hanya cuci luaran sahaja. Ikut doktor gynae aku, Dr. Lim, jangan sesuka hati cuci dengan menggunakan jari ke bahagian dalam vagina. Ada dua sebab; Pertama, kulat candida akan tertolak ke atas dan dikhuatiri akan masuk ke uterus dan menyebabkan jangkitan. Kedua, kekerapan penggunaan intimate wash akan menyebabkan ketahanan semulajadi bakteria baik di vagina akan lemah.


Daun sireh (Source: Google)

As a result, lepas aku guna air rebusan daun sireh tu, alhamdulillah memang sangat melegakan. Rasa segar dan wangi dengan bau sireh. Kegatalan hilang dan keputihan berkurang. Menurut pengalaman kawan-kawan aku, mak-mak diorang selalu gunakan air sireh ni waktu confinement untuk cuci bahagian bawah tu. Aku memang tak pernah merasa semua tu sebab aku berpantang sendiri dan cuma bergantung dengan ubat kuning sahaja. Memang terasa rugi sebab tak ada experience macam tu. Insya-Allah lepas ni, untuk next birth, aku nak rasa pantang yang betul-betul termasuk minum air akar kayu sekali. Aku nak jaga badan dan berpantang 44 hari tanpi culas dengan anak-anak di sisi. Semoga Allah permudahkan niat dan usaha aku nanti. Amin.

So, aku nak cerita sikit tentang khasiat daun sireh ni atau nama saintifiknya, Piper Betle. Sebenarnya, dah banyak kajian yang dilakukan secara saintifik untuk mengetahui khasiat daun sireh ni. Kalau tak percaya, cuba taip 'Piper Betle' di Google dan resultnya sangat mengkagumkan. Aku terkagum bukan sebab banyaknya research tentang daun sireh ni, tapi sebab nenek moyang kita dah lama guna daun sireh dalam kehidupan seharian dan rawatan tradisional berdasarkan pengalaman sahaja.

Antara khasiat daun sireh (Piper Betle) ialah:

1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat Candida Albican yang menjadi penyebab keputihan.

2. Antiseptik untuk merawat kegatalan dan alergik pada kulit serta ruam.

3. Melancarkan perjalanan haid serta penyubur kandungan wanita.

Selain itu, berbagai penyakit dapat dirawat dengan memanfaatkan khasiat sireh (Piper Betle). Antaranya ialah sakit mata, bau mulut, kulit gatal, menghilangkan jerawat, pendarahan gusi, bronkitis, asma, batuk, sawan, luka, haid tidak lancar, sakit jantung, siflis, alergi, cirit-birit dan sakit gigi. Actually banyak lagi, tapi ni je yang aku larat listkan.

Ok, rasanya sampai sini sahaja cerita tentang keputihan dan khasiat  daun sireh sebagai pencuci vagina semulajadi. Diharapkan perkongsian ini akan bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Jangan rasa susah untuk apply tips orang lama ini. Selain mudah dan berkesan, ia juga menjimatkan. Selamat mencuba!

Thursday, 17 May 2012

Ovulation Test Strip (Part 2)

Sebelum ni aku pernah cerita tentang OPK yang aku beli dari blog hamilcomel di sini. Then aku start berOPK secara serius mulai CD 7 hingga CD13 untuk cycle yang baru ini. Aku attach gambar OPKs aku di bawah ni.



Ovulation Test Strip


As a conclusion, dari gambar di atas, OPK untuk CD7-CD9 was negative. CD 10 hingga CD 12 insya-Allah positive. Kalau ikut gambar atas tu, on CD13 aku tulis positive sebab sebelum capture, nampak dua-dua line sama terang. Tapi bila tengok dari gambar, rasanya it was negative. Tapi aku consider positive je supaya aku dapat memanjangkan jangkaan waktu aku berovulasi. Kalau ikut dari BBT's chart yang aku buat, jangka waktu aku ovulate lebih kurang dari CD10 hinggalah CD15. Kalau ikut OPK, dikira positif bila dua line yang appear sama terang atau pun Test Line lebih terang berbanding Control Line. Bila salah satu line faint, dikira negatif. Dari 8 cycle days yang aku test OPK, nampak dengan jelas masa CD 12, Test Line lebih terang berbanding Control Line. Kemungkinan besar masa ini telah berlaku peningkatan hormon LH dan ovum sudah bersedia untuk dilepaskan dari follicle (Hormon LH adalah penting untuk pematangan follicle dalam menghasilkan ovum). Jika dikira bermula CD12, insya-Allah jangkaan aku telah ovulate di antara CD 13 dan 14 (biasanya ovulation berlaku within 24-48 hours, tetapi jangkaan ini mungkin berbeza mengikut individu).



Source : Google



Actually topik menstrual cycle ni memang dah jadi favorite aku sejak zaman matrik dan U lagi. Aku suka buat essay untuk topik ni. Aku rasa memahami kitar haid dan hormon dalam badan wanita ni sangat indah. Sangat teruja untuk seorang pelajar seperti aku dahulu yang kononnya bercita-cita nak jadi Pakar Puan. Tapi mungkin rezeki aku lebih kepada pendidik, aku redha. Aku sangat bahagia dengan tugas pendidik seperti sekarang. Walau cabaran datang melintang, tapi aku tetap bersyukur dan gembira. Ops, macam dah lari dari tajuk je ni. Sory ye :).

Di bawah ni adalah carta BBT aku sehingga CD 18. Garis merah menunjukkan tempoh aku berovulasi.

 BBT's Chart

Bila berlaku ovulasi, suhu akan jatuh secara drastik atau berturut dalam tempoh 2-3 hari. Dari BBT's chart di atas, berlaku penurunan suhu dari CD 12-14. Untuk memastikan ovulation telah berlaku, suhu akan naik sekurang-kurangnya 0.25 degree celcius dan akan terus meningkat untuk tempoh 2-3 hari. Jadi, dari BBT's chart ini, berlaku peningkatan suhu dari CD 15-17. Peningkatan suhu adalah seiring dengan peningkatan hormon progestrone (rujuk gambar di bawah). Hormon progestrone diperlukan dalam proses penebalan dinding endometrium yang akan bersedia untuk proses penempelan jika persenyawaan berlaku.

Source : Google
Carta BBT aku mungkin tidak dapat memberikan tempoh ovulasi yang lebih tepat kerana kurangnya maklumat seperti cairan mukus yang keluar dari serviks yang tidak direkodkan. Pada pendapat aku, kemungkinan ovulasi telah berlaku sebelum CD 15 lagi sebab melalui carta BBT (melalui pengalaman berBBT sebelum ini), kita tak akan dapat tahu waktu berovulasi dengan tepat hanya melalui satu carta BBT sahaja kerana carta BBT hanya menunjukkan ovulasi telah berlaku melalui peningkatan drastik suhu badan. Jadi amat penting jika seseorang yang ingin mengenal tempoh kesuburan melakukan pengenalpastian suhu badan melalui carta BBT ini untuk beberapa cycle.

Apa kaitan OPK dan BBT?

OPK akan menunjukkan result positif jika berlaku peningkatan hormon LH. Hormon LH diperlukan untuk follicle growth. Bila follicle matang (hormon LH berada pada paras tertinggi), telur/ovum akan dilepaskan ke tiub fallopio. Jadi, melalui OPK, kita dapat jangkakan bila ovulasi akan berlaku. Jadi keywordnya di sini adalah sebelum : OPK dan selepas: BBT. So, amat penting jika kita dapat menggunakan keduanya agar tidak terlepas saat ovulasi.

Untuk yang kali pertama mencuba dan berjaya conceive, Alhamdulillah dan tahniah. Jika ada yang belum berjaya conceive, sangat penting untuk memahami tempoh kesuburan melalui OPK dan BBT's chart ini. Barangkali bukan dengn hanya satu cycle, tapi mungkin akan mengambil masa hingga 2-3 cycle.

Ok, rasanya sampai sini sahaja perkongsian ilmu yang sedikit cuma. Terima kasih daun keladi diucakan kepada rakan-rakan RH yang tidak pernah jemu untuk membantu orang-orang baru seperti aku. Thanks again. Semoga Allah SWT memperkenankan usaha kita untuk beroleh zuriat yang dinanti.

"Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami sendirian tanpa zuriat. Sesungguhnya Kau Yang Maha Mewarisi"


Amin.



Wednesday, 16 May 2012

Wordless Wednesday


My sis in law and me. Both of us are teachers :)

Happy Teacher's Day!

Tuesday, 15 May 2012

Edward Syndrome

Kisah ini sudah 5 hari berlalu. Tapi aku masih mengumpul kekuatan untuk menulis kisah duka yang menimpa rakan baik aku yang baru sahaja kehilangan puteri keduanya pada 6.35 petang, 11 Mei 2012. Bukanlah mudah untuk seorang ibu seperti aku yang pernah kehilangan seorang anak untuk terima berita sebegini. Aku akan jadi sebegitu trauma dan mula berasa sedih walau yang pergi itu bukanlah anak aku. Siapa sangka 9 bulan kehamilan rakan karib aku ini tanpa sebarang masalah rupanya mengkhabarkan berita yang amat menyedihkan.

 
Pagi Jumaat, 11 Mei 2012, 7.53 AM.

Aku terima SMS dari kawan baik aku, Dayah.

"Aslkm nad..balik bt gmbir x mgu ni? Bby k.mashita x bpe sihat.. Ari 2 dia bsalin kt hsptal melake. Bby ad edward syndrom.. Aku blik mgu ni. Igt nk g tgk k.mashita. Nk join x?"

Kak Mashita adalah kawan baik aku di sekolah lama. Masih teringat lagi 8 bulan lepas kami sama-sama menangisi pemergian Najla. Masa tu Kak Mashita baru sahaja disahkan mengandung anak kedua. Berita gembira itu tak dikhabarkan pada aku awalnya kerana bimbang aku bertambah murung. Namun instinct aku lebih kuat. Aku dapat meneka sebelum diberitahu lagi. Masih aku ingat lagi mesej yang aku kirim pada Kak Mashita sebulan selepas Najla meninggal dunia.




Masa tu aku benar-benar gembira. Sangat gembira apatah lagi jika andaian aku benar tentang jantina bayi yang sedang dikandung itu. Mungkin kerana terkesan dengan hilangnya seorang bayi perempuan, aku selalu beria-ia memikirkan tentang bayi perempuan orang lain. Bila sahaja mendengar rakan-rakan lain telah selamat melahirkan anak-anak mereka, pasti soalan pertama yang aku tanya adalah jantina bayi itu. Bila tahu sahaja bayi mereka adalah perempuan, aku akan menjadi orang yang paling gembira.

Namun kegembiraan aku mendengar berita Kak Mashita menyambut kelahiran ahli baru mereka tak lama. Plan asal memang nak menziarah baby baru Kak Mashita. Tapi semua tu terbantut bila aku menerima mesej dari Kak Mashita sendiri pada hari yang sama aku menerima mesej dari Dayah.




Aku sebak. Baru sahaja pagi tadi aku merancang untuk melihat bayi kecil itu. Aku sempat mencari apa itu Edward Syndrome sejurus selepas menerima mesej Dayah. Mulanya aku terfikir keadaan bayi Kak Mashita tidaklah seserius mana. Aku amat berharap jangka hayat bayi Kak Mashita lebih panjang dan keadaannya tidaklah seteruk dari apa yang aku baca. Tapi sangkaan aku jauh meleset bila Dayah beritahu keadaan sebenar bayi Kak Mashita yang rupanya sedang kritikal di NICU dan keadaannya saling tak tumpah dengan keadaan Najla dahulu yang berbantukan ventilator dan tiub menyusu. Sejak dari hari pertama lagi, bayi Kak Mashita telah diwarded gara-gara bayinya tidak menangis sejurus selepas dilahirkan. Dan setelah pemeriksaan rapi, barulah doktor mengesahkan bayi Kak Mashita penghidap Edward Syndrome. Sempat juga aku meng'google' gambar-gambar bayi yang menghidap Edward Syndrome. Tapi tak sanggup aku nak tengok lama. Terlalu sedih dan hiba.

Dan bila aku menerima mesej tentang pemergian bayi Kak Mashita, aku terus menangis. Menangis seperti mana aku pernah merasa saat sedih kehilangan Najla dahulu. Aku terus teringat saat ventilator dan segala wayar yang berselirat ditanggalkan dari tubuh kecil Najla. Aku masih terbayang bila sahaja tubuh kaku Najla terus dibersihkan dan dibaluti. Aku tak pernah lupa bila ahli keluarga dan rakan-rakan menyaksikan saat terakhir itu bersama-sama dengan penuh hiba. Aku sentiasa terkenang bila aku dan Edy berpelukan selepas Najla menghembuskan nafasnya yang terakhir di NICU. Ingatan itu datang bertalu-talu. Aku dapat rasakan kesedihan Kak Mashita saat itu! Aku terus SMS mak mertua aku tentang berita yang baru sahaja aku terima. Seperti saling merasai, mak mertua aku terus menghubungi. Aku meluah rasa hiba yang tak bertepi. Aku tersangat sedih. Aku memang ingin melawat Kak Mashita, tapi sejujurnya aku tak kuat. Aku bimbang kehadiran aku akan menambah lagi kesedihan Kak Mashita. Aku takut aku tak dapat memberi sokongan pada Kak Mashita nanti.

"Kak, jika satu hari nanti kau temui juga blog aku dan entry ini terutamanya, aku nak kau tahu, sampai ke saat ini, aku masih lagi terfikirkan keadaan kau dan arwah. Aku takut kehadiran aku hari itu akan buat kau bertambah sedih. Aku takut aku tak dapat nak sembunyikan perasaan sedih aku bila lihat jenazah arwah. Maafkan aku kak. Aku tahu kau orang yang kuat. Anak kau akan menjadi saham buat kau dan suami kat sana nanti. Mungkin sekarang dia sudah berbahagia di sana. Bermain bersama-sama bidadari syurga yang lain. Mungkin juga sudah bertemu dengan Najla."

Semoga Kak Mashita dan suami diberikan kekuatan untuk hadapi kehilangan ini. Al-Fatihah buat Nur Adriana Uzma. Semoga Allah SWT memberi ganti yang lebih baik buat mereka selepas ini. Amin.

Maklumat berkaitan Edward Syndrome boleh juga dirujuk di link ini.

Thursday, 3 May 2012

Ovulation Test Strip

Sesampai je di rumah tadi, dari luar pagar aku dah nampak depan pintu rumah ada satu sampul A4 Pos Ekspress. Tak tahulah siapa yang letak di situ. Mungkin adik aku tergesa nak keluar sampai tak sempat nak letak dalam rumah. Aku senyum sampai ke telinga. Aku dah agak apa isi dalam sampul tu. Memang sesuatu yang aku nantikan sangat-sangat.







Nilah OPK yang aku selalu sebut tu :)

Aku order 24 pieces. Haha. Melampau kan. Sebab murah. Semuanya baru RM47.50 including postage. Kalau beli kat Guardian dengan harga tu mahunya cuma dapat 5 OPK je. Berbaloi la kan. Hari ni baru CD4. Dah tak ada darah langsung. Spotting pun tak ada. Tak tahulah kalau kejap lagi ada balik. Tak sabar-sabar nak guna OPK ni sebenarnya walaupun actually ini bukanlah first time aku. Mungin sebelum ni aku tak betul-betul faham konsep penggunaan OPK dan BBT Chart. Tapi hopefully bulan ni aku boleh apply balik kefahaman aku yang sedikit cuma ni sebaiknya. Insya-Allah. Aku just  perlu ingat, bila OPK positive, so ovulation akan berlaku within 24-48 hours. Sebelum ni aku ingat, positif je OPK, so dah ovulate. Tu yang BD time tu sahaja. Lepas tu tak BD dah. Mungkin juga belum rezeki. Pasti ada hikmah-Nya :)

Then, BBT chart pula boleh jadi penunjuk hari apa aku ovulate based on increment of basal body temperature. So, boleh agaklah guna 2 method ni untuk detect hari apa yang sesuai untuk BD. Maklumlah lately ni, kami busy memanjang. So, kena plan betul-betul masa untuk BD yang tak distresskan dengan workload dan hal-hal lain. Insya-Allah.

Ok semua. Doakan semoga usaha kami berjaya bulan ini untuk peroleh zuriat terindah itu. Amin Ya Rabb :).

Glossary

BD : Baby Dancing
OPK : Ovulation Predictor's Kit
BBT : Basal Body Temperature
CD : Cycle Day

Tuesday, 1 May 2012

Hari Buruh Yang Best

Hari ni sangat best. Sebab? Tak payah pergi kerja. Haha! Rasa bahagia bila boleh baring-baring, bersenang-lenang pada hari Selasa ini :).

Semalam aku dah ke Klinik Gigi mencabut dua batang gigi geraham bongsu aku. Masya-Allah sakitnya. Tapi kerana gigi-gigi bongsu ni bakal merosakkan gigi-gigi yang lain dan juga asyik menghentam lidah dan dinding pipi aku, jadi kena jugalah buang walaupun aku tahu gigi-gigi itu masih kuat lagi. MC? Tak ambil pun sebab aku rasa aku sudah semakin ok. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan di sekolah. Kebelakangan ini kerap sangat aku keluar dari sekolah atas urusan berkursus dan sebagainya. Dan banyak jugalah syllabus aku yang sudah tertunggak untuk murid-murid kesayangan aku itu. Jadi rasa tak sampai hati nak tinggalkan mereka terkontang-kanting di kelas nanti. Peperiksaan pula semakin hampir. Semoga Allah SWT akan permudahkan urusan aku dan berikan kesihatan yang baik sepanjang aku menggalas amanah yang diberi ini. Insya-Allah.

Semalam adalah first day menses aku. Kenapa ye bila keluar sahaja spotting semalam aku terus senyum? Rasanya aku sudah belajar untuk redha dengan setiap ketentuan-Nya. Siapalah yang tidak mahu anak kan? Tapi, mungkin masanya bukan bulan lepas. Mungkin bulan ini? Siapa tahu susunan dan ketentuan-Nya kan? Insya-Allah.

Aku juga sudah mengorder OPK strip yang murah dari blog ini. Sudah dipos kepada aku semalam dan barangkali esok akan sampai. Insya-Allah aku akan meneruskan usaha berBBT dan berOPK bersama rakan-rakan RH yang lain. Aku juga sudah membeli Habbatus Sauda atas saranan Kak Yana. Dan Edy pula baru sahaja mengorder susu kambing dari seorang pembekal susu tadi. Insya-Allah kami cuba istiqamah dengan segala usaha ini. Insya-Allah kami akan beroleh juga anugerah terindah itu dari-Nya nanti. Amin.

Hari ni aku banyak habiskan masa-masa berdua dengan Edy. Banyak kesyukuran yang kami raikan bersama. Alhamdulillah rezeki Edy dalam pekerjaannya semakin mencurah-curah. Aku bersyukur melihat usaha Edy berhempas-pulas selama ini berhasil akhirnya. Sebagai seorang isteri yang banyak kurangnya, aku akan setia untuk menjadi orang kuat di belakang Edy selamanya. Aku ingin menyokong setiap apa yang Edy usahakan sehingga berjaya. Insya-Allah dengan rezeki itu juga, mudah-mudahan kami dapat kongsikan bersama-sama insan lain juga. Semoga usaha kami sentiasa dipermudahkan-Nya.

Ok. Terpaksa stop dulu sebab kesan ubat antibiotic yang baru sahaja aku makan sudah mula terasa. Aku sudah   mamai dan rasanya perlu baring untuk redakan bengkak gusi yang masih berbisa. Doakan kesembuhan segera aku ye semua.

Assalammualaikum w.b.t :).

Click! Click! Click!