Thursday, 17 May 2012

Ovulation Test Strip (Part 2)

Sebelum ni aku pernah cerita tentang OPK yang aku beli dari blog hamilcomel di sini. Then aku start berOPK secara serius mulai CD 7 hingga CD13 untuk cycle yang baru ini. Aku attach gambar OPKs aku di bawah ni.



Ovulation Test Strip


As a conclusion, dari gambar di atas, OPK untuk CD7-CD9 was negative. CD 10 hingga CD 12 insya-Allah positive. Kalau ikut gambar atas tu, on CD13 aku tulis positive sebab sebelum capture, nampak dua-dua line sama terang. Tapi bila tengok dari gambar, rasanya it was negative. Tapi aku consider positive je supaya aku dapat memanjangkan jangkaan waktu aku berovulasi. Kalau ikut dari BBT's chart yang aku buat, jangka waktu aku ovulate lebih kurang dari CD10 hinggalah CD15. Kalau ikut OPK, dikira positif bila dua line yang appear sama terang atau pun Test Line lebih terang berbanding Control Line. Bila salah satu line faint, dikira negatif. Dari 8 cycle days yang aku test OPK, nampak dengan jelas masa CD 12, Test Line lebih terang berbanding Control Line. Kemungkinan besar masa ini telah berlaku peningkatan hormon LH dan ovum sudah bersedia untuk dilepaskan dari follicle (Hormon LH adalah penting untuk pematangan follicle dalam menghasilkan ovum). Jika dikira bermula CD12, insya-Allah jangkaan aku telah ovulate di antara CD 13 dan 14 (biasanya ovulation berlaku within 24-48 hours, tetapi jangkaan ini mungkin berbeza mengikut individu).



Source : Google



Actually topik menstrual cycle ni memang dah jadi favorite aku sejak zaman matrik dan U lagi. Aku suka buat essay untuk topik ni. Aku rasa memahami kitar haid dan hormon dalam badan wanita ni sangat indah. Sangat teruja untuk seorang pelajar seperti aku dahulu yang kononnya bercita-cita nak jadi Pakar Puan. Tapi mungkin rezeki aku lebih kepada pendidik, aku redha. Aku sangat bahagia dengan tugas pendidik seperti sekarang. Walau cabaran datang melintang, tapi aku tetap bersyukur dan gembira. Ops, macam dah lari dari tajuk je ni. Sory ye :).

Di bawah ni adalah carta BBT aku sehingga CD 18. Garis merah menunjukkan tempoh aku berovulasi.

 BBT's Chart

Bila berlaku ovulasi, suhu akan jatuh secara drastik atau berturut dalam tempoh 2-3 hari. Dari BBT's chart di atas, berlaku penurunan suhu dari CD 12-14. Untuk memastikan ovulation telah berlaku, suhu akan naik sekurang-kurangnya 0.25 degree celcius dan akan terus meningkat untuk tempoh 2-3 hari. Jadi, dari BBT's chart ini, berlaku peningkatan suhu dari CD 15-17. Peningkatan suhu adalah seiring dengan peningkatan hormon progestrone (rujuk gambar di bawah). Hormon progestrone diperlukan dalam proses penebalan dinding endometrium yang akan bersedia untuk proses penempelan jika persenyawaan berlaku.

Source : Google
Carta BBT aku mungkin tidak dapat memberikan tempoh ovulasi yang lebih tepat kerana kurangnya maklumat seperti cairan mukus yang keluar dari serviks yang tidak direkodkan. Pada pendapat aku, kemungkinan ovulasi telah berlaku sebelum CD 15 lagi sebab melalui carta BBT (melalui pengalaman berBBT sebelum ini), kita tak akan dapat tahu waktu berovulasi dengan tepat hanya melalui satu carta BBT sahaja kerana carta BBT hanya menunjukkan ovulasi telah berlaku melalui peningkatan drastik suhu badan. Jadi amat penting jika seseorang yang ingin mengenal tempoh kesuburan melakukan pengenalpastian suhu badan melalui carta BBT ini untuk beberapa cycle.

Apa kaitan OPK dan BBT?

OPK akan menunjukkan result positif jika berlaku peningkatan hormon LH. Hormon LH diperlukan untuk follicle growth. Bila follicle matang (hormon LH berada pada paras tertinggi), telur/ovum akan dilepaskan ke tiub fallopio. Jadi, melalui OPK, kita dapat jangkakan bila ovulasi akan berlaku. Jadi keywordnya di sini adalah sebelum : OPK dan selepas: BBT. So, amat penting jika kita dapat menggunakan keduanya agar tidak terlepas saat ovulasi.

Untuk yang kali pertama mencuba dan berjaya conceive, Alhamdulillah dan tahniah. Jika ada yang belum berjaya conceive, sangat penting untuk memahami tempoh kesuburan melalui OPK dan BBT's chart ini. Barangkali bukan dengn hanya satu cycle, tapi mungkin akan mengambil masa hingga 2-3 cycle.

Ok, rasanya sampai sini sahaja perkongsian ilmu yang sedikit cuma. Terima kasih daun keladi diucakan kepada rakan-rakan RH yang tidak pernah jemu untuk membantu orang-orang baru seperti aku. Thanks again. Semoga Allah SWT memperkenankan usaha kita untuk beroleh zuriat yang dinanti.

"Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami sendirian tanpa zuriat. Sesungguhnya Kau Yang Maha Mewarisi"


Amin.



13 comments:

  1. walaupon saya x pernah ber BBT...tapi saya suka baca..insyallah nanti nak berBBT

    ReplyDelete
  2. Mag, why not start sekarang? Walaupun mag on chlomid, tapi boleh cuba. Saya dah addicted dengan BBT ni. Seronok lagi-lagi ada ramai kawan yg buat sama. Jom mag :)

    ReplyDelete
  3. mesntrual topic buat elly pening..tambah pulak BBT, OPK..semua pon pening; tulun tulun!

    tapi, jelas sekali u sangat amatur dlm bab ni..hehheee

    ReplyDelete
  4. Ma elly, buat dulu. Kita sama-sama belajar. Saya pun masih amatur lagi, belum expert. Ma elly daftar kat fertility friend, kemudian rujuk pada entry saya berkenaan BBT. Apa yang saya mampu tolong, insyaAllah saya tolong.

    ReplyDelete
  5. slm dik..Tumpang tanya.. Kalau bersama cth hr ke 28,if cycle 30 days.. Then lpas 2 hr period..ade x potensi boleh pregnant.. :-) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kalau ikut fakta sains, agak mustahil kak sebab biasanya ovulation dah berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum tu. Jadi pada hari ke-28, pengovulan tak berlaku and fasa ni kita sebut fasa luteal di mana uterus akan mula contract untuk period if persenyawaan atau penempelan tak berlaku.

      Tapi, sebagai hamba Allah yang beriman pada qada' dan qadar, semua ni sudah tentu dalam lingkungan kuasaNya. Ovulation (hari subur) barangkali boleh terjadi lebih lewat dari sepatutnya. Jika akak sudah melepasi cycle day ke-30 dan masih tidak didatangi haid, sebaiknya akak tunggu lagi seminggu dua untuk membuat ujian kehamilan.

      Saya harap penjelasan saya dapat menjawab soalan akak :)

      Delete
  6. salam sis...ada add FB x????sy byk bnda nk tya sis....

    ReplyDelete
  7. haliza othman4/1/13 11:23 pm

    salam sis...add FB pls...

    ReplyDelete
  8. Haliza, saya dah deactivate fb. Boleh email saya
    nadia_rotu@yahoo.com. Ada whatsapp? Nnt saya bg no saya dalam email :)

    ReplyDelete
  9. hai sis! salam kenal :)

    ReplyDelete

Click! Click! Click!