Saturday, 30 June 2012

Kisah baby Faiq Aqwa yang kuat seperti ibunya :)

Assalammualaikum w.b.t


Selamat berhujung minggu semua. Sejak semalam aku sudah di Muar, menikmati hujung minggu tanpa aktiviti di sekolah bersama suami dan keluarga mertua. Terasa sangat tenang dan senang bila dapat berehat-rehat di rumah mertua tanpa memikirkan rumah sendiri yang baju sudah banyak berlonggok tidak dilipat dan kerja sekolah yang melambak-lambak. Nyamannya! <--- sambil kepala memikir tentang kerja.

Sepatutnya sekarang aku sedang menyiapkan sample soalan Chemistry untuk seminar Kem Kimia di Bandar Tenggara minggu hadapan. Tapi tah kenapa, aku seperti tiada mood untuk menyiapkan tugasan ini walhal sepatutnya due aku emailkan kepada ketua fasilitator kami adalah pada hari ini. Aku akui, gaji guru yang aku terima bukanlah sekadar mengajar di sekolah. Kami perlu akur dengan tugasan sampingan yang lain. Apatah lagi aku juga turut menerima bayaran tambahan untuk seminar itu nanti. Kadang-kadang rasa seperti aku tidak mampu untuk menggalas tugas ini dengan baik. Tapi dek kerana memikirkan pahala ilmu yang berpanjangan, aku nekad teruskan karier ini demi agama. Semoga Allah SWT sentiasa memberi aku kekuatan, kecerdikan, kesabaran dan yang paling penting KERAJINAN dalam aku melaksanakan semua tanggungjawab yang diberi. Insya-Allah :).

Berbalik kepada tajuk entry ini. Semalam aku terima email notification tentang comment dari Fa Falina dalam entry Wad Paedatrik. Aku cukup tertarik dengan penulisan Falina yang serba ringkas itu. Perbualan kami adalah berkisar tentang pengalaman kami punya bayi pramatang. Cuma bezanya, Falina diizinkan Allah SWT untuk terus menjaga dan bersama anak lelakinya yang pasti comel seperti ibunya, baby Faiq Aqwa. Berikut adalah comment dari Falina.


"Baby saya, alhamdulillah setakat ini masih diberikan Allah kesempatan untuk bersama saya. Baby saya lahir 32 minggu, 1.42kg. Komplikasi PPROM sama seperti apa yang ummi alami. Bahkan saya lebih diuji. PPROM sejak kandungan 16 minggu. Bayangkan bagaimana setiap hari amniotic fluid keluar sedikit demi sedikit. Melemahkan semangat saya untu meneruskan kandungan. Selama itu juga saya seperti mayat bernyawa. Langsung tak dapat bergerak kerana takut pergerakan tersebut menyebabkan amniotic fluid saya semakin kurang. Sampaikan buang air pun perlu menggunakan beg pan. Bayangkan. Setiap hari. Doc juga tidak mempunyai keyakinan terhadap kandungan ini. Tetapi kuasa Allah, kita tak tau perancanganNya.

Saya melahirkan melalui cara pembedahan. Saya langsung tidak dapat melihat, memegang anak saya. Tangisan bayi yang hanya saya dengar di sebalik tirai kain begitu lemah dan semacam tersedak-sedak untuk bernafas.Walaupun menerima suntikan Dexa (matangkan paru-paru) sebanyak 12 kali (3 courses), tak cukup untuk memamtangkan paru-paru anak saya. Anak saya diserang pneumonia dan seperti yang kita ketahui, kewujudan pneumonia dalam kalangan bayi pramatang memang sangat ditakuti. Begitu juga anak saya. Bergantung sepenuhnya dengan mesin ventilator yang diubah ke volume maksimum. Anak saya tak dapat bernafas sendiri di samping mempunyai pendarahan dalam otak dan anemia. Bayangkan perasaan saya sewaktu doktor mengulas kondisi anak saya. Saya seperti ummi, bukan senang untuk memperoleh seorang anak. Banyak juga cara yang saya praktikkan, dan apabila saya diberikan kesempatan untuk mengandung, inilah ujian yang saya harus tempuh. Dari saat mengandung, sehingga ke saat melahirkan, dan ke saat melihat si anak bertarung nyawa untuk terus hidup. saya cukup faham dengan apa yang ummi lalui.

Kini anak saya berada dalam jagaan saya, saya juga guru seperti anda. Saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji semata-mata untuk memastikan anak saya berada dalam keadaan yang baik. Anak saya perlu menghadiri satu siri appointment dengan doktor untuk melihat perkembangannya, susulan dari pendarahan otak yang pernah dialami olehnya. Alhamdulillah, pendarahan itu telah tiada, tapi meninggalkan kesan cyst dalam otak anak saya. Periventricular cyst. Sehingga kini saya sangat takut dengan pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Saya jadi seorang yang paranoid pada semua perkara yang berlaku pada anak saya. Pasti ada fikiran negatif yang singgah dalam minda saya. Saya rasa ummi faham apa yang saya rasa.

Orang sekeliling mengatakan saya kuat dan tabah, tapi hanya Allah yang tahu betapa lemahnya saya ketika itu dan sehingga kini saya masih lagi trauma. Trauma segala-galanya berkaitan dengan anak. Trauma mendengar bunyi ventilator, mesin CPAP, bunyi mesin pengesan oksigen spO2, trauma melihat inkubator, trauma melihat bayi pramatang dan bayi-bayi yang mempunyai masalah kesihatan yang lain.

Anyway, saya doakan ummi terus kuat dalam melayari hari-hari mendatang. Salam perkenalan dari saya :)".


Sejujurnya, selepas aku membaca comment Falina yang kedua ini, aku seperti tergamam. Aku mengambil masa yang agak lama sedikit untuk mereply. Sebab waktu tu, aku meletakkan diri aku sepenuhnya dalam pengalaman Falina. Aku membayangkan adakah aku cukup kuat jika diuji seawal itu? Adakah aku boleh hidup tanpa tekanan sedari kandungan yang masih muda iaitu 16 minggu. Bolehkah aku? Aku bercerita pada Edy, Sungguh-sungguh aku bercerita. Kemudian kami bersama terus mendoakan agar baby Faiq Aqwa terus membesar dengan sihat. Kami sangat gembira jika mendapat perkhabaran tentang bayi pramatang lain yang survive sehingga kini. Itu sahaja sudah memadai bagi kami untuk mengubat rindu pada Najla. Entah kenapa, tiba-tiba terbit rasa sayang yang tidak bertepi dalam hati aku pada baby Faiq walaupun aku tak pernah kenal sekalipun berjumpa dengannya. Aku sentiasa berharap Allah SWT lindungi baby Faiq dan berikan kesihatan yang sangat baik buatnya.

Aku faham perasaan Falina. Sejujurnya sebelum Najla dimasukkan ke NICU, bermacam-macam juga pemikiran negatif yang selalu datang. Aku seperti buntu dengan cara penjagaan sebenar bayi pramatang. Ditambah lagi dengan tekanan berpantang sendirian di hospital. Sejujurnya, aku masih trauma mengenangkan setiap saat terakhir bersama Najla. Acapkali aku menyalahkan diri aku sebagai seorang ibu yang tidak tahu menjaga anak. Tidur aku tak pernah lena. Sampaikan ada suatu ketika, aku seperti sudah penat dengan ketakutan diri aku sendiri. Aku seperti mahu berang dengan apa sahaja perkara yang boleh mengguris hati. Hinggalah pada suatu hari, aku mendapat hidayah dari-Nya. Aku tidak pasti bagaimana ia bermula. Namun aku bersyukur, Allah SWT telah membuka pintu hatiku seluas-luasnya untuk melihat hikmah di sebalik semua ini. Cumanya aku terkilan mengenangkan betapa aku sebenarnya tidak kuat ketika berhadapan dengan situasi genting bersama Najla. Tapi aku yakin Falina tidak seperti aku. Aku yakin Falina seorang ibu yang sangat kuat, sabar, dan sentiasa sanggup berkorban apa sahaja untuk baby Faiq agar baby Faiq terus sihat membesar. Aku yakin, Allah SWT pasti telah mengira segala jerih perih Falina selama ini. Aku yakin Allah SWT pasti akan memberikan kehidupan yang terbaik untuk baby Faiq. Falina dan suami pasti akan menjadi ibu bapa yang paling bahagia nanti. Insya-Allah :)

"Falina, awak telah memberi inspirasi kepada saya. Kekuatan dan ketabahan awak berhadapan dengan saat-saat kritikal Faiq sebelum ini buat saya rasa kagum. Bukan untuk menyanjung atau memuji, tapi saya nak awak tahu, segala usaha dan pengalaman awak ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang punya bayi pramatang seperti kita. Cuma bezanya, pengalaman saya sekadar memori dan pengalaman awak masih lagi menjadi hakikat sehingga kini. Umum tahu, penjagaan bayi pramatang jauh berbeza dengan bayi-bayi cukup bulan yang lain. Sampaikan selepas Najla meninggal, saya selalu berazam untuk kongsikan cara-cara yang betul menjaga bayi pramatang. Tapi, hasrat saya itu belum tercapai sehingga kini sebab saya rasa saya tidak layak memberi tips kerana anak saya sudah pun tiada. Jelaslah saya belum layak untuk menjaga Najla, kan? Mungkin semua ni akan menjadi pengalaman yang sangat berharga buat saya dan segala kesilapan sewaktu menjaga Najla dulu tidak sekali-kali akan saya ulang untuk adik-adik Najla nanti. Jadi, teruskan menulis jika Falina punyai kelapangan dan kekuatan sebab saya yakin ramai yang akan menyukai blog Lollypoppy Sugarplum milik Falina :)".

Kepada semua pembaca, marilah kita sama-sama mendoakan agar baby Faiq Aqwa bin Faizol terus sihat membesar serta bakal menjadi pemimpin yang baik kepada keluarga besar Falina nanti. Hanya Allah SWT sahaja yang akan membalas kebaikan kalian mendoakan baby Faiq. Doakan juga buat baby Aqeef Amsyar yang menghidap Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH)  yang bakal lahir tak lama lagi. Semoga bayi-bayi ini terus sihat membesar menjadi penyejuk mata buat ibu bapa mereka. Tidak lupa juga doa buat Niesa yang baru kehilangan baby Khaleedah. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan dan ketabahan untuk mereka. Amin.

Monday, 25 June 2012

Again... Chemical Pregnancy

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum ni aku pernah alami chemical pregnancy pada tahun 2010. Masa tu lebih kurang sebulan sebelum mengandungkan Najla. Boleh rujuk entry ini.

Then, sekembalinya sahaja dari umrah, I've tried with Edy once. But actually aku dah ovulate di Mekah pada 7 Jun 2012 base on egg white yang keluar. Time tu, lagi 2 hari baru aku sampai ke Malaysia. Secara logiknya ovum boleh survive within 24-48 hours right. Then, aku bertawakal pada Allah SWT. Aku berdoa agar aku sempat bersama Edy dalam waktu subur ini. Aku minta Allah SWT panjangkan waktu kesuburan ini. Masa tu aku dah tak bergantung pada OPK atau BBT. Memang tak sempat nak berBBT atau berOPK di sana. Jadi, kebergantungan aku hanyalah pada Allah SWT semata-mata.

Once my due period arrived on 19th June 2012, period aku tak datang. Aku cuba kira balik. Last mense aku pada 25 Mei 2012, and should be aku period pada 19 Jun kalau mengikut cycle day 26 hari. Dari pagi sampai ke malam aku tunggu, period tetap tak datang juga. Esoknya, aku beranikan diri berpuasa ganti. Kiranya aku dah missed period satu hari. Balik sekolah terus beli HPT. Sampai rumah around 3pm, aku terus test. Result? Second line appear tapi tersangat-sangatlah faint. Memang rasa kejap nampak, kejap tak. Aku simpan dulu and tak maklum lagi pada Edy. Aku terus menanti. Dalam menanti tu, aku terpaksa beri tahu Edy juga sebab Edy tertanya-tanya kenapa aku tak period lagi. Edy pun nampak second line tu tapi kami pernah experienced kejadian seperti ini, so keterujaan kami hanya 50%. Takut untuk mengharap tapi tak nak buruk sangka. Takut Allah marah dan tarik balik rezeki kami. So, aku dan Edy sentiasa positifkan fikiran dan mengandaikan pregnancy kali ini barangkali tak sama dengan pengalaman mengandungkan Najla dulu. Mungkin hormon hcg untuk pregnancy ini tak setinggi hormon hcg masa Najla dulu. Mungkin itu dan mungkin ini. Banyak perkataan 'mungkin' dalam fikiran aku. Jadi aku buat biasa sahaja dan menerima ketidak hadiran period ini sebagai satu berita gembira buat kami suami isteri.

On the third day aku missed period, Edy buat surprise. Tiba-tiba Edy balik rumah dengan kepala sudah botak bercukur. Edy kata dia pernah nazar, bila aku sudah mengandung semula, dia mahu botakkan kepala. Aku tak tahu nak kata apa. Tergamam. Tapi sejujurnya aku rasa sangat terharu. Aku tahu Edy seorang yang sangat sentimental dalam apa jua yang melibatkan kehidupan kami. He really meant it. Dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Aku tak boleh lupa macam mana air mata Edy tak henti mengalir waktu aku tiba-tiba perlu bersalin, sewaktu Najla berhenti menangis bila Edy membacakan iqamat, dan sewaktu Najla tenat. Wajah-wajah Edy yang sedang bersedih sentiasa menghantui aku sehingga sekarang. Dan kerana itu, aku tak berhenti berdoa pada Allah SWT supaya dapat memberi kebahagiaan ini kepada Edy, iaitu adik-adik Najla kepada kami. Edy seorang yang sangat kasihkan budak-budak. Tengok sahaja betapa sayangnya anak-anak buah kami pada Edy. Semua maklum dengan kasih sayang Edy yang sejujurnya itu. Edy berhak untuk mendapat kegembiraan ini. Aku tahu Edy layak untuk menjadi seorang bapa yang soleh dan penyayang.

On the 4th day aku missed period, tak silap aku waktu maghrib masa aku nak ambil wudhuk, ada brownish discharge. Aku tak ambil pusing tapi kebetulan rasa lower back pain yang semakin menjadi-jadi buat aku fikir kebarangkalian untuk period. Aku dah start rasa mild cramp and lower back pain 2 hari sebelum due period lagi. Then suddenly lebih kurang pukul 10 malam, fresh blood yang agak gelap keluar. Menderu juga. Cuma bezanya kali ini, aku tak rasa sakit macam kali pertama experienced chemical pregnancy dulu. Malam tu aku ok lagi. Dah boleh terima takdir Allah SWT. Tak hadir period sudah satu kesyukuran pada aku sebab aku yakin Allah SWT dah makbulkan doa aku, cuma masa untuk aku mengandungkan adik Najla mungkin bukan cycle ni. Tapi insya-Allah next cycle. Aku positifkan fikiran, barangkali hormon pregnancy dalam badan mahu kembali stabil, supaya lepas ni aku boleh mengandung dalam keadaan yang cukup sihat. Kebetulan malam tu Edy dah balik Muar. Aku tak maklumkan lagi tentang hal tu. Aku rasa serba salah. Waktu sedang berfikir-fikir tu, aku terus terlelap.

5.30 pagi keesokan paginya aku terjaga. Tah mimpi apa, tiba-tiba aku terasa sangatlah sedih. Aku terus call Edy. Dengar je suara Edy, terus aku menangis. Bila aku beritahu Edy, seperti biasa Edy akan minta aku redha. Edy selalu bilang jangan menangisi takdir ini. Sebab, dalam keadaan aku seperti itu, seolah-olah aku tak redha dengan ujian Allah. Edy nak aku kembali pada Allah dan terima dugaan ini dengan sabar. Bila sabar, Allah akan balas dengan nikmat. Jika tidak, pasti Allah akan berikan sebaliknya. Selepas puas menangis, aku kembali normal semula. Memang selalunya begitu. Bila aku bersedih atau stress, aku akan bercerita segala-galanya dengan Edy. Edy akan menasihati perkara yang sama. Kemudian aku akan bertaubat pada Allah dan kembali sepenuhnya pada Dia, mengadu segala-galanya kepada kekasih yang Satu. Insya-Allah segala masalah akan terurai satu-persatu.

Ok, itu sahaja pengalaman TTC kali ini. Cuma satu lagi kesyukuran yang aku rasa untuk cycle sebelum ini, aku bebas dari masalah keputihan yang melanda aku every cycle, iaitu vagina candidiasis. Mungkin inilah juga keberkesanan air zamzam yang aku minum setiap masa untuk setiap hari selama 2 minggu di tanah suci. Setiap kali minum air zamzam, pasti aku akan berdoa pada Allah agar masalah keputihan aku akan pulih, kerana kelebihan air zamzam ini, Allah SWT akan memberikan kesembuhan untuk apa sahaja yang didoa. Apa sahaja yang diniatkan insya-Allah akan dimakbulkan-Nya. Alhamdulillah, Allah SWT telah makbulkan doa aku.

Aku sentiasa meyakini rezeki Allah itu tak pernah berhenti untuk setiap hamba-Nya. Insya-Allah, kami akan beroleh juga zuriat yang soleh dan solehah. Insya-Allah, aku akan mengandung semula dalam masa terdekat ini. Semua ini hanyalah berada dalam kuasa Allah SWT. Yang penting, kami perlu terus berusaha dan berdoa. Insya-Allah.

Sunday, 24 June 2012

Jemputan Allah Yang Tidak Diduga (Umrah Part 1)

Assalammualaikum w.b.t


As I said before, Insya-Allah aku akan ceritakan di sini tentang pengalaman paling manis aku di dua tanah suci, Madinah al-Munawarrah dan Makkah al-Mukarramah sepanjang aku bepergian sebulan lalu. Kenangan yang sangat manis, yang sentiasa dirindui dan telah banyak memberi aku cahaya dan harapan baru dalam hidup ini :).


Kronologi


9 April 2012 : Aku SMS rakan sekerja sekolah lama, Kak Una tetang pakej umrah yang pernah dia pergi tahun lalu. Tiba-tiba tah apa angin aku terasa ingin pergi umrah. Plan nak pergi dengan Edy. Tapi pertanyaan tu tidak menjadi perbincangan serius buat aku dan Edy bila Edy punya masalah untuk tinggalkan pekerja-pekerja sepanjang tempoh 2 minggu nanti kerana tiada orang yang akan menggantinya.

10 April 2012: Pertanyaan semalam itu telah buat Kak Una berfikir-fikir seharian. Then tanpa aku duga, aku terima SMS dari Kak Una, "Assalam..nad jadi tak g umrah?heee..kalu nad nak g..k.una nak ikut...". Aku baru je decide tak pergi bila Edy tak dapat pergi. Terus aku tanya Edy, boleh ke aku pergi dengan Kak Una? Tanpa aku duga, Edy izinkan dan kalau boleh dia memang nak salah seorang dari kami pergi ke rumah Allah itu dalam masa terdekat ini. Tanpa ada sebarang simpanan, aku terus kata setuju. Aku tak pasti macam mana cepatnya keputusan itu dibuat walhal aku tak ada duit nak pergi pun. Tapi sudah dibilang ini jemputan Allah, pasti setiap jalan dipermudahkan-Nya. Alhamdulillah, aku mendapat tunggakan gaji tidak lama selepas itu. Tak putus-putus aku dan Edy berdoa agar setiap urusan untuk aku ke sana dipermudahkan-Nya jika itu yang terbaik buat aku.

19 Mei 2012: Secara rasminya aku maklumkan kepada ibu bapa mertuaku tentang pemergian aku nanti. Mak mertua aku tergamam. Terkejut barangkali. Sampai tak tido malam asyik fikirkan tentang aku. Rasa sedih mula timbul bila mak mertua aku bilang aku sudah terima jemputan dari Allah SWT.

23 Mei 2012: Aku SMS semua family members maklumkan aku akan menunaikan umrah on 26th. Sebenarnya ikut hati, aku nak text bila aku dah nak fly tapi Edy nasihatkan better aku maklumkan awal. Aku memang jenis berahsia. Banyak hal aku berahsia dari family dan kawan-kawan. Satu-satunya insan yang tahu tentang aku ialah Edy. He knows everything about me :). Oh, bercerita tentang text aku pada family aku tu, kakak-kakak aku lah orang yang paling sedih sekali bila tahu aku dah nak pergi. Aku asyik tertanya-tanya je, "Kenapa perlu sedih? Aku cuma pergi umrah, 2 minggu je." Soalan tu bertalu-talu datang. Tapi aku masih lagi tak faham. Kepala pula asyik sibuk fikirkan tentang kertas-kertas peperiksaan yang perlu disiapkan menanda sebelum aku berangkat.

26 Mei 2012: Aku masih lagi sibuk menanda saki-baki kertas soalan. Dari semalamnya rumah aku sudah mulai sibuk dengan kedatangan ahli keluarga. Hari ni pula family mertua aku datang berkunjung. Luggage bag masih tak berkemas lagi. Mak mertua aku sudah mula risau tengok aku yang masih belum mengemas. Sambil menanda, kadang-kadang aku berhenti rehat untuk makan dan mengemas.

Aku siap menanda lebih kurang pukul 3 petang. Barulah sesi memunggah segala barang dan pakaian ke dalam beg bermula. Aku seperti tidak merancang pakaian atau barang apa yang perlu dibawa. Sudahnya, segala barang aku sumbat. Bila ditimbang guna penimbang berat badan di rumah, belum apa-apa sudah 24 kg! Aku tak tahu nak keluarkan barang apa. Aku semacam blur. Siap mengemas lebih kurang 5 petang. Sempat lagi aku ke bank keluarkan duit dan terus buat tukaran di Money Changer. Aku tak tukar banyak. Cuma RM500 je. So dapatlah lebih kurang SR (Saudi Riyal) 595. Duit Malaysia yang selebihnya ditambah dengan duit yang family aku bagi aku buat standby sahaja. Kemudian aku ke kedai handphone, beli handphone jenama Samsung yang berharga RM60. Aku bimbang Iphone aku tak boleh guna di sana tambahan pula ruang simcard Iphone tak sama dengan handphone lain. Sekurang-kurangnya aku boleh beli simcard Arab Saudi dan pasangkan ia di telefon bimbit baru.

Around 7.45 pm aku, Edy, adik ipar aku dan anak dia sudah terpacak depan pejabat Nordin Travel. Oleh kerana aku akan naik flight Emirates dari airport Changi, so tempat berkumpul semua jemaah umrah ialah di hadapan pejabat agen tersebut. Sementara tunggu bas datang, kami sempat spend masa minum-minum di kedai makan sebelah. Tapi masa ni, aku dah tak lalu makan. Macam-macam perasaan. Takut pun ada. Aku cuma larat minum air je. Kebetulan pula bas lambat hari tu. Semua jemaah seramai 37 orang sudah mula merungut. Bukan apa, takut terlambat di imigresen dan terlepas flight. Aku semacam tak ada perasaan takut terlepas flight masa tu. Yang ada cuma perasaan cemas bercampur baur dengan perasaan sedih nak tinggalkan Edy. Aku memang minta Edy jangan rindukan aku nanti sebab chemistry kami tersangatlah kuat. Sejak menikah, aku dan Edy tak pernah berpisah sejauh dan selama ini. Aku minta Edy redha seredha-redhanya bila aku sudah di sana supaya urusan ibadat aku dipermudahkan. Lebih kurang 1 jam menunggu, akhirnya bas pun tiba. Bila sahaja adik ipar aku menangis sambil peluk aku, terus berjurailah air mata aku. Ditambah lagi bila melihat Edy. Aku tahu Edy sedaya yang ada menahan air mata. Puas aku peuk dan cium Edy. Aku terus melangkah naik ke bas. Kalau boleh aku tak nak toleh lagi sebab aku bimbang hati aku akan terasa berat nak tinggalkan Edy dan keluarga aku. Tapi aku kuatkan juga tatap wajah diorang dari atas bas. Lambaian tidak berhenti dan air mata terus berjujuran bila bas mula bergerak. Sebak! Kemudian mutawif kami, Haji Ibrahim memulakan bacaan doa perjalanan. Bas terus bergerak menuju ke Woodlands. Selesai sahaja urusan di imigresen, kami terus ke airport Changi. Tak silap aku masa tu hampir jam 12 malam.


27 Mei 2012: Lebih kurang pukul 1 pagi, kami masuk flight. Terasa kagum dengan kecanggihan flight Emirates. Atau dengan erti kata lainnya, aku berasa sangat jakun. Hihi.Tepat pukul 2 pagi, kami berlepas dari Singapura.





Lebih kurang 6 jam tempoh perjalanan, aku menghabiskan masa dengan ketiduran. Kami kemudiannya transit di Dubai. Aku jadi pening sebab bila tiba di Dubai, waktu di sana pukul 3 pagi. Perbezaan masa Malaysia dan Dubai yang lewat lebih kurang 4-5 jam menjadikan kami bertolak lewat pagi dan tiba juga lewat pagi di sana. Unik kan. Kami transit lebih kurang 3 jam. Sebahagian jemaah menunaikan solat subuh di airport Dubai sementara tunggu flight seterusnya. Aku pula tengah mense waktu tu. Jadi aku dan Kak Una yang kebetulan cuti sama berehat-rehat sahaja sekitar airport. Seperti yang dijangka, Iphone aku tak boleh nak diguna. Aku cuba berkali-kali untuk buat call roaming tapi tetap tak berhasil. Syukur ada free wifi. Jadi aku ambil kesempatan itu untuk update status terbaru di Ratu Hati dan email Edy. Terasa rugi juga waktu tu tak guna whatsapp sebab aku tak pernah guna pun. Ingatan aku pada Edy sudah datang bertalu-talu. Ah, rindunya!


 

Pukul 6 pagi, kami berangkat dari Dubai ke Jeddah. Masa perjalanan lebih kurang 2 jam. Sesampai sahaja di airport Jeddah, ada dua bas sudah menanti. Jemaah umrah menaiki satu bas, dan penumpang lain termasuk yang bukan Islam menaiki satu lagi bas. Bas kami menuju ke lapangan terbang haji. Di sini, kami memunggah beg bagasi, melepasi kaunter imigresen yang mana pegawai-pegawai arabnya  sangatlah strict, dan akhir sekali menunggu bas untuk ke Madinah. Di sini juga aku beli kad prepaid dari salah seorang cleaner dengan harga SR50. Aku memang dah desperate sangat nak call Edy. Silapnya aku tak menawar langsung. Sebab aku masih tak biasa lagi. Ada jemaah lain yang bayar dengan wang Malaysia, RM40. Memang lebih murah sebenarnya bila guna duit kita. Tapi aku tak berasa ralat sangat sebab kuantiti prepaidnya memang SR50. Aku terus call Edy. Teruja sangat Edy bila tahu nombor yang memanggil itu ialah aku. Aku terus SMS dengan Edy selepas itu. Terubat rasa rindu yang sehari itu :).






Di airport haji Jeddah, ada satu perkara yang perlu aku sharekan bersama. Kami telah dinasihatkan oleh mutawif aku, jangan terima sebarang pertolong dari orang Arab di sana kerana pertolongan mereka semua ada 'makna'. Contohnya, bila sahaja sudah memunggah beg, kita perlukan troli untuk bawa beg-beg tu ke bas. Pasti ada sahaja orang Arab yang berpura-pura baik dan ingin menolong untuk membawa beg-beg itu. Sudahnya sesiapa yang terima pelawaan itu, akan dipaksa bayar jika inginkan beg-beg tu semula. Aku ternampak juga jemaah Malaysia dari agen Tabung Haji yang tertipu dengan penolak troli itu. Pakcik dan makcik yang tertipu tu dipaksa bayar SR30 jika inginkan beg-beg mereka. Kejam kan? Aku yang memang aware dengan semua tu cukup berhati-hati sedari awal. Biarlah susah sikit janji duit tak melayang.

Bila sahaja bas kami tiba, kami terus memasukkan beg-beg ke dalam ruang simpanan beg. Jemaah cuba membantu antara satu sama lain. Perjalanan ke Madinah diteruskan. Tempoh perjalanan mengambil masa 6 jam. Makanan dalam packet diedarkan. Rata-rata jemaah terus melelapkan mata kerana masih lagi jet lag.

Ok, sampai sini dahulu. Insya-Allah aku akan sambung cerita dan pengalaman paling manis  di Kota Madinah dalam entry seterusnya. Nak rest dulu cari idea nak tulis apa ye.

Assalammualaikum w.b.t :)

Friday, 15 June 2012

Congenital Diaphragmatic Hernia (Bidadari Syurga Khaleedah)

Sudah lama aku tak dapat nak mengupdate cerita terbaru di blog kesayangan ini. Terutamanya cerita-cerita menarik dan pengalaman yang sangat indah bagi aku di dua tanah suci, Madinah al-Munawarrah dan Makkah al-Mukarramah. Sesampai je di airport Changi pada pukul 3 petang, 9 Jun 2012 yang lepas, aku sudah mulai bingung dengan perubahan masa dan cuaca. Kepala sudah rasa pening dan badan sudah mulai melekit. Masa tu memang rasa tak sabar-sabar nak sampai rumah di Kulai dan terus landing je. Tup-tup bila sampai rumah, family dah ramai especially mak mertua aku yang tunggu sedari tengahari lagi. Maka, tak ada istilah rehat untuk aku sampailah hari Ahad esoknya kerana ahli keluarga yang tak pernah surut datang menyambut kepulangan aku yang aku rahsiakan pemergian ke sana sebelum ini. Walau penat, aku rasa sangat gembira dan terharu dengan sambutan itu. Insya-Allah akan aku ceritakan kronologi jemputan Allah yang tidak disangka ini pada entry-entry akan datang.

Mulai Isnin, 11 Jun 2012, aku sudah mula ke sekolah, tiada istilah cuti kerana memikirkan tanggungjawab sebagai pendidik untuk murid-murid tercinta. Kesibukan sesi persekolahan baru ditambah dengan subjek baru yang perlu aku ajar, Chemistry buat hidup aku jadi agak kelam-kabut. Blog dan forum Ratu Hati macam tak sempat nak dijenguk. Suhu BBT pun nyaris-nyaris terlupa bila setiap pagi aku terlompat dari katil kerana bangun lambat. Sehinggalah pada 13 Jun 2012, aku terima notification dalam e-mail mengenai satu comment yang ditinggalkan dalam entry Wad Paedatrik. Satu comment itu telah menjadi beberapa siri comment yang buat hati aku tersentuh untuk beberapa hari ini. Aku terpanggil untuk sharekan cerita mengenai seorang sahabat yang belum pernah aku jumpa tapi aku rasa cukup dekat di hati kerana kisah kami yang hampir sama walau latar cerita kami berbeza.

Berikut adalah kisah seorang ibu yang sangat tabah yang aku panggil sebagai Niesa. Cerita ini telah aku copy dari forum Ratu Hati dalam thread Kelab Ibu IUD (Baby Dies After 18 Weeks Pregnancy).

"AsSalam mommies2 semua.niesa user baru di RH ingin berkongsi pengalaman melahirkan baby girl,Khaleedah pd 16/5/2012.kes niesa bukan IUD tapi niesa baca dr thread ni ade juga yg mengalami kes seperti niesa n harap mommies2 semua sudi mendengar luahan rasa.biarlah niesa cerita dr awal history pregnancy niesa ye.

niesa kahwin on 8/8/08.few months aftr married,ade timbul semcm rashes di bhgn betis.pergi doc,doc ckp jangkitan kulat.semcm rashes tu muncul dlm 2-3 kali sebulan diikuti joint pain n kaki membengkak.niesa diam ajelah sebb doc pun ckp jangkitan kulat.july 09 niesa pregnant 6 weeks tapi miscarriage.buat d&c di puteri specialist,jb.masa tu sedih sebab baru igt nak hadiahkn hubby good news for 1st anniversarry.january 2010,niesa sakit perut yg amat sgt.rs mcm nak pecah perut ni.cpt2 hubby antr gie klinik.doc wat test niesa pregnant.niesa terkejut sebab baru abis period.tapi doc ckp mcm lain je,better awk gie hospital.sakit perut awk ni mcm ectopic pregnancy.hati ni gembira bila dengar pregnant tapi risau sgt bila doc kate kandungan luar rahim.esok pagi2 gie jumpa doc yg sama wat d&c niesa di puteri specialist.die scan x nmpk ape2 dlm rahim.niesa dah takut sgt.die suh wat blood test n balik.klau ade ape2 die call.lps lunch niesa balik rumah.lps maghrib dpt call dr doc suh dtg admit ke hospital.die confirm niesa ectopic pregnancy.sedihnye dgr doc bg bad news.mlm selasa tu jugak admit hospital.masuk wad org bersalin tgk masing2 dgn baby.sayu je hati ni.khamis ptg doc wat laparoscopy surgery.friday pagi doc wat vsit die inform die terpaksa potong tube sebelah kanan sebab condition tube dah teruk sgt n perut niesa dah penuh darah.menangis2 niesa bila doc beritau mcm tu.Hubby dtg amik nak discharge pun terkejut dgt berita tu.tapi doc tu selamba je ckp ade lagi satu tube.mesti blh pregnant lagi.ujian ALLAH,niesa susah nak lekat.dah ni tinggal satu tube aje.2,3 hari menangis aje kenangkn nasib bdn.alhamdulillah,ramai kwn2 suntik kata2 positif n x kurang juga bg pandangan negatif spt lps ni lg susah lah nak pregnant.terfikir gak klau lah lg satu tube ni rosak jugak.

few months after,semcm rashes tu timbul balik n semakin teruk.hubby trus bw niesa jumpa dermatologist kat puteri specialist.doc nmpk aje,doc tye,"has anyone told u,u had vasculitis?".terpinga2 x tau ape doc ckp.doc tye family ade yg sakit sle x?pernh dgr psl sle x?mase tu prnh dgr sle tp x tau sakit ape.doc ape skin sample skit nak wat skin biopsy utk confirmkan diagnos die.die suruh google psl vasculitis.a week after,doc confirm niesa ade vasculitis.satu kategori dgn sle tapi niesa nye condition still mild.die refer to rheumatologist di HSA.Ya ALLAH,bertimpa2 ujian Kau turunkn pdku.

september 2011,niesa+hubby gie jumpa obgyn di johor specialist nak wat fertility treatment atas nasihat sorg kwn.doc advise wat scan fallopian tube utk make sure left tube ok,xde infection.mase tu last menses cycle 30/8/11.early oct,period x dtg.niesa wat home UPT.result +ve.alhamdulillah.sujud syukur n doa kandungan ok n pjg umur.Hubby balik keje letak UPT kat sink toilet.bila die kuar toilet,tye die,"Nampak tak?".die tye ape maksud 2 line?bile inform ,"Sayang pregnant."Happy sgt tgk muka die.later jumpa doc kat jsh n die kate nasib baik x trus wat tube scan.so,die kate kene monitor betul2 keadaan niesa sbb ade autoimmune disease.niesa wat check up kat gov n private.dkt gov 2 doc,obgyn dan rheumatologist.

naik cuti CNY,niesa gie chk up obgyn di hsi,johor.doc yg chk detect sumthing pd baby.die kata perut baby awk mcm tebal lah.tapi takpe.nanti kita wat detail scan.niesa dah mengalir air mata.die bg next app another 2 weeks.niesa x blh tunggu.13/2/2012,niesa jumpa obgyn di jsh.minta pendapat die.die khabarkan berita buruk.ade 2 kemungkinan.1st,paru2 masuk air,2nd usus termasuk dlm dada.he mention situation yg 2nd serius.baby kene operate after deliver.doc bg 2 option for referral.1st,head of gynae di hsa.tapi sgt susah nak jumpa.maybe amik masa 3-4 minggu.2nd,doc di singapore tp costly.mase tu niesa n hubby x pikir psl duit dah.kami nak baby selamat aje.so,we chose to go to see doc in singapore.16/2/2012,kandungan 23 weeks.niesa+hubby gie singapore jumpa doc utk fetal anomaly scan.doc confirm baby ade birth defect.congenital diaphragmatic hernia.very rare case.nisbah 1:4000.baby yg ade defect ni,risiko pd paru2 x develop.Chance survival 50-50.hancur luluh,remuk hati niesa+hubby.doc beritau klau deliver,baby ok,stabil baru blh wat repair.klau x,condition teruk sgt,right after birth pun baby blh meninggal dunia.bila doc ckp mcm tu,niesa x terkata ape dah.x berhenti-henti menangis for the whole week.duk rumah,menangis aje keja terigtkn nasib bdn n baby.Hubby pun sama sedih+mengalir aje air mata.niesa jumpa balik obgyn di jsh n die tgk report yg doc spore buat.die kate die nak refer kes niesa ke HSA sbb ni bukan expertise die.die usahakn utk niesa jumpa dr j.ravi di hsa.alhamdulillah,ALLAH maha kuasa,Dia permudahkan jln n peluang kami.dpt niesa jumpa dr ravi.dr ravi bagitau niesa worst case scenario.die pujuk niesa beritau good things happens.starting from there,n di bantu nasihat dr seorg doc wanita yg baik di tmn perling,jb niesa+hubby tanamkan sikap positif.yakin baby kami akan survive.setiap org ke mekah kami kirimkan doa kami agar bayi kami sihat,selamat dan pjg umur.niesa jg pemakanan.buat solat hajat.x putus2 berdoa agar bayi kami pjg umur.chk up di hsa niesa pergi seminggu skali.alhamdulillah,bos dan rakan2 di ofis semua memahami.

masuk bulan ke-7,position baby breech.doc kate ade masa lg baby utk pusing.niesa diberi suntikan utk mematangkan paru2 baby.chkup dr 28 ke 36 weeks,position baby masih breech.doc schedule c-sect on 38 weeks utk kuarkn baby.edd niesa on 6/6/12.38 weeks on 23/5/12.doc bagi date admit ward on 20/5/12.rabu,16/5/2012,2.40 pagi.niesa rs nak buang air kecil.masa tu dah duk rumah ayah sbb hubby keje 3.30 pagi.hubby mlm sebelumnya tidur rumah sendiri.niesa bangun aje dr katil,terus air keluar.igtkn dah terkencing.tapi bila air tak henti2 keluar,niesa dah agak ni mesti air ketuban dah pecah.bukak lampu,air dah penuh atas lantai.x henti2 keluar.cpt2 niesa call hubby sebab tau die belum kuar gie keje.after call hubby,niesa ketuk bilik kakak niesa,panggil die.die tgk n bau air tu,die kate ni air ketuban.kau dah nak bersalin dah nih.air berenti jap,niesa thn trus gie toilet.smpai toilet kuar lagi x henti2.tapi xde darah.niesa mandi,beg hospital dah standby,kakak n abg ipar antar gie hsa.hubby dah tunggu kat sana.sepjg perjlnan x putus2 doa pd Allah selamatkn baby n niesa.pjgkn umur kami.smpai hsa dlm 3.15am hubby dah tunggu.sebelum masuk bilik saringan niesa minta maaf pd hubby.suh die wat solat hajat agar semua selamat.pesan pd die klau ape2 jd pd niesa,jg anak baik2.masuk bilik saringan doc chk bukaan dah 3 cm.semua prepare wat emergency c-sect.niesa ditolak ke OT.dibius separuh bdn.dlm fikiran niesa ms tu cuma fikirkan baby aje.doc beritau baby dah kuar,tapi x nangis lagi sebab tali pusat dah terbelit 2 kali kat leher.so,paed mo tgh bag bantuan oksigen.niesa inform doc tu yg baby ade CDH.doc boleh reply balik,"Oh,saya tak sempat baca buku merah awk".geram sgt bila die bg jwpn mcm tu.kes dah lah kritikal.after few minutes baru dgr tangisan baby.lemah sgt tangisan baby.niesa senyum,ucap syukur alhamdulillah pd Yang Esa.mengalir air mata dengar tangisan anak sendiri.niesa selamat lahirkn baby girl pd 16/5/2012 waktu 5.58am seberat 2.6kg.after jahitan,dorg trus tolak niesa kuar OT.x blh tgk baby.tp dah tau baby dah dibawa ke NICU.after few hours dkt ruang luar OT utk panaskan bdn,niesa ditolak ke Labour Room ICU sbb niesa kehilangan darah n dorg tahan di ICU utk observation.few minutes dlm ICU,hubby pun masuk tgk niesa.niesa suh die tye nurse psl baby.nurse inform baby di wad A4,NICU.niesa suh hubby gie tgk baby dulu.bila hubby dtg balik,muka dia sedih sgt.niesa diam,air mata dah mengalir.niesa ckp dgn hubby,"It's ok.tell me."hubby ckp doc paed inform baby sgt kritikal.just hope for the best n miracle.Ya ALLAH.niesa berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan utk mengharungi ujian ALLAH.hubby describe rupa baby.kami menangis-nangis.later dpt call dr NICU minta hubby ke sana.hubby trus rushing ke wad A4.sekembali hubby,rupa die mcm org tak terurus,dgn airmata x henti2 mengalir.die inform niesa yg doc ckp baby xde harapan.so,doc paed minta klau ibu nak tgk,segerakanlah.sister di ICU tarik langsir bg kami suami isteri private moment.ade sorg sister dtg nasihatkn kami n beri kata2 semangat.siap peluk niesa.niesa masa tu hanya igt ALLAH n x henti2 zikir utk kekuatan diri menghadapi realiti anak kami akan pergi.walaupun baru 4 jam lps operation,niesa kuatkan semangat utk bangun n pergi tgk baby.klau ikutkn doc x bagi.niesa ckp niesa ok utk pergi tgk baby.sister tolak wheelchair niesa gi NICU.

Sampai di NICU,doc paed bagi permission pd sister utk tolak niesa masuk dgn wheelchair sbb takut jatuh.at the moment niesa nmpak baby niesa,i fell in love.she was so beautiful n fragile.tube disalurkn ke mulut bagi bantuan pernafasan.niesa nmpk baby struggle utk bernafas.niesa ckp pd baby,"baby,mama dtg ni sayang.it's ok klau baby penat,baby rest k.ALLAH dah perkenankan doa kita utk berjumpa."niesa menangis tgk keadaan baby mcm tu.x sanggup rsnya tgk baby berjuang utk hidup dlm kesakitan.niesa dan suami berdoa agar baby kami dikurangkan kesakitannya dan dipjgkn umur.tinggi harapan kami agar baby dipjgkn umur oleh ALLAH.the rest of the day niesa spent time resting kat ICU.ptg dlm kul 4 baru masuk wad biasa.Hubby sentiasa update baby's progress.at one time doc mention baby stabil.niesa n hubby bersyukur sgt pd ALLAH.ptg Hubby tolak niesa ke NICU utk tgk baby semula.that time kami tgk bacaan oksigen n heart rate ok tapi bila ditanyakn pd nurse,die kate x ok.nurse x bagi kami usik kaki,tangan baby takut bila baby respon heart rate nye akn naik.ape yg kami blh buat hanya memandang anak kami dan memanjatkn doa agar dipermudahkan semuanya oleh ALLAH SWT.Family members n friends ade dtg melawat n tgk baby dari cermin luar NICU.niesa minta semua org berdoa agar baby selamat n pjg umur.itulah kali terakhir niesa tgk baby sebelum ALLAH mengambilnya.sebelum maghrib hubby balik rumah,mandi dan bersiap2.hubby pun x sedap hati nak balik rumah lama2 tinggalkan niesa n baby.mlm hubby kembali semula ke hospital trus tgk baby.dlm kul 10 mlm hubby dtg wad.hubby inform dia redha kalau ALLAH nak baby semula.dia berdoa klau ALLAH nak amik nyawa baby,segerakanlah kerana die x sanggup tgk baby trus dlm kesakitan.hubby minta niesa pun redha lepaskn baby sebab doc dah inform baby sgt kritikal.niesa menangis2 beritau hubby sampai hati hubby doa mcm tu.hubby pujuk niesa.redha n pasrah atas ape jua yg akan terjadi.10.29 mlm.hubby receive call dari NICU minta segera dtg.baby sgt tenat.menggeletar tubuh ni menahan kesedihan dan ketakutan kehilangan anak.hubby tolak wheelchair selaju yg mungkin.Maha Suci ALLAH.smpai saja kami di NICU,baby dah tak bernyawa.doc n sister sedang mencabut segala alat bantuan n tube dr baby.anak kami,arwah Khaleedah pergi menghadap Ilahi pada 16 May 2012 waktu 10.30 mlm.kami terlambat 3 minit.ALLAH Maha Kuasa.Dia x mahu kami melihat arwah Khaleedah di saat Izrail mencabut nyawanya.kami diberi masa utk bersama arwah Khaleedah.memegang dan memeluknya.niesa belek arwah.dari atas sampi bwh.dari rambut hingga ke kuku kaki.x putus2 ciuman diberi.sister di NICU memberi kata2 semangat.selepas tenang barulah kami keluar n hubby call family untuk inform.family dtg n dibenarkn masuk ke NICU utk melihat jenazah.mlm itu jenazah dibawa ke rumah mayat utk diuruskn oleh pihak hospital.kembali ke wad,mmg x blh tido.sayu n sedih dgr tangisan baby.rasa x percaya arwah Khaleedah telah pergi meninggalkn kami.niesa x berkesempatan nak memegang arwah di saat arwah masih bernyawa.pagi khamis,17 may 2012,arwah Khaleedah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh bersebelahan pusara nendanya.majlis tahlil diadakan pd petangnya.

Hari ini,genap 16 hari arwah Khaleedah pergi meninggalkan kami.niesa dan hubby masih lagi menyesuaikan diri atas kehilangan anak pertama kami.walaupun akan smpai masa utk kami 'tutup buku' dan meneruskan kehidupan kami,kami akan tetap menyayangi dan merindui arwah Khaleedah.niesa percaya dan yakin dgn janji ALLAH ada hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan ALLAH kepada kami.

Baby Khaleedah,mama dan papa sgt merindui mu sayang.semoga mama dan papa mendapat syafaat dari doa Khaleedah agar kita dipertemukan di pintu syurga sayang."

Masih menangis bila dibaca kali ke-2. Sejujurnya aku rasa ingin memeluk Niesa. Sekurang-kurangnya aku dapat pinjamkan bahu aku sekejap untuk Niesa menangis. Tapi aku tahu aku tak mampu. Aku tak sekuat Niesa. Cerita Niesa ini pun aku kongsikan di sini kerana aku rasa dugaan yang Niesa lalui sangat-sangat hebat berbanding kami yang lain. Dugaan yang tak pernah berhenti. Namun aku sedar, cinta Allah SWT pada Niesa dan suami sangat besar kerana Dia sentiasa kirimkan tanda cinta dan rindu itu melalui ujian satu persatu. Kerana Dia lebih tahu siapa hamba-Nya yang mampu menggalas setiap ujian yang diberikan.

"Niesa, saya yakin awak seorang ibu yang kuat dan tabah. Allah SWT telah memilih awak untuk lalui semua ujian ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan kami di Ratu Hati. Saya yakin, ganjaran yang Allah SWT janjikan untuk awak dan suami sangat besar selepas ini. Semoga Allah SWT memberi awak kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang tanpa arwah Khaleedah. Insya-Allah, arwah Khaleedah sudah berbahagia di sana menanti hari untuk kita semua dihimpunkan. Mudah-mudahan awak dan suami akan bersatu dengan Khaleedah di syurga. Amin."

~Al-Fatihah untuk adik Khaleedah~


*****

P/S: Untuk rakan-rakan yang tidak tahu tentang Congenital Diaphragmatic Hernia, saya ada copykan sedikit note di bawah ini. Credit to blog Aqeef Amsyar Asrol CDH Story.



Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) adalah suatu keadaan di mana lubang pada diafragma membolehkan organ-organ abdomen untuk bergerak ke dalam dada dan menyekat pembangunan paru-paru. Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) ialah suatu kecacatan kelahiran yang berlaku pada kira-kira satu dalam setiap 2500-5000 kelahiran hidup. Ia dicirikan oleh perkembangan pada awal-awal kehamilan iaitu lubang pada diafragma, otot pernafasan yang memisahkan dada dari abdomen. Lubang akan berlaku paling biasa di sebelah kiri. Akibat dari itu, usus dan organ-organ lain dalam abdomen boleh bergerak ke dalam dada dan menekan paru-paru yang sedang membentuk. Ini menghalang paru-paru daripada membesar dan berkembang secara normal dan boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke paru-paru dan mengakibatkan permasalahan pernafasan selepas kelahiran.


Click! Click! Click!