Saturday, 21 July 2012

Workaholic

Tajuk memberangsangkan?

Si cemerkap ini sudah menjadi workaholic akhir-akhir ini? Boleh percaya ke? Aku pun tak pasti kenapalah aku jadi gila kerja 2-3 minggu ni. Atau pun mungkin sebab aku nak kena kejar balik semua kerja-kerja yang dah tertangguh? Kalau kerana itu memang aku setujulah sangat sebab aku memang suka bertangguh-tangguh buat kerja sampailah tiba-tiba baru aku perasan due date dah dekat. So akibatnya, setiap hari aku tak cukup tido nak kejar dateline! <-- Ambik ko Jah!

Aku dah tak tahu macam mana nak arrange schedule aku. Memang sangat-sangat tak terurus. Ni belum ada anak lagi. Nanti bila dah ada anak, boleh ke aku jadi SuperMak? atau jadi Incredible Hulk? Haha! Tak dapat bayangkan. Tapi jenis aku, bila kena pikul tanggungjawab yang wajib, aku boleh jadi lebih terurus. Sekarang ni tak berapa nak terurus kononnya sebab belum ada anak, so tak apalah tangguh kerja sekali-sekala. Qada' dulu mana-mana tidur yang tak cukup. Nanti bila dah ada anak, nak sikat rambut pun dah tak sempat. So sekarang, sempat-sempatkanlah apa yang patut. Alasan!

Lagi satu yang menjadi kegilaan aku sekarang ialah bila aku dipertanggungjawabkan untuk siapkan blog sekolah sebab kena join Smart School Blog Competition. Korang cubalah tengok blog aku ni, agak-agak berapa bintang korang nak bagi? Ke tak de bintang? Memang sah-sahlah nak join contest ni macam satu benda yang tak logik pada aku sebab actually aku buta blog. Blog yang ada sekarang ni pun aku cuma tahu create new post, edit layout, edit picture header, and tambah gadget sikit-sikit. Yang  lain memang hampeh. 

Tapi dek kerana aku ni seorang penjawat awam yang patuh kepada segala arahan, so aku terima juga tugas tu walaupun aku tahu aku tak delah layak sangat nak buat blog untuk sekolah. Aku cuba juga berkolaborasi dengan cikgu IT sekolah aku. Tapi disebabkan due date penghantaran URL dah semakin hampir (hari ni), so aku pun tak naklah menyusahkan orang lain minta tolong ajar itu ini. Padan muka aku. Sapa suruh bertangguh kerja. 

So, aku cuba juga dengan otak 4 kerat belajar sendiri dari You Tube, and tutorial blogger lain. Part ni memanglah sangat menguji kesabaran dan kecerdikan aku. Lagi-lagi bila vlogger tu lebih banyak membebel daripada ajar apa yang aku nak cari. Sampai kadang-kadang tu aku jerit kat You Tube tu dengan harapan vlogger tu tersedak, "Woi cepatlah tunjuk, cakap banyak pulak!" :D

Seriously aku rasa macam nak muntah belajar cara buat drop down menu, edit picture header guna photoshop, upload gambar guna photobucket, buat link tu, buat link ini. Sampaikan aku terlupa nak mandi semalam sebab sibuk menghadap laptop 24 jam. Mujur sempat buatkan sahur untuk Edy and adik aku. Lepas pastikan diorang sahur, aku terus tidur. Adik aku pelik tengok aku tak sahur. Lepas tu selamba je cakap, "Yelah, orang perempuan mana pernah puasa penuh." Aku jawab balik, "Eh adalah. Orang perempuan mengandung!"

Kul 6 lebih aku terjaga semula. Disebabkan aku tak boleh solat, terus menghadap laptop lagi sampai terlupa nak gosok gigi. (Haha). Aku dah mula nak give up sebab banyak lagi criteria yang diorang nak aku belum buat. Rasa macam nak tarik diri dah. Aku memang tawakal. Sempat lagi makan kuew teaw yang aku buat pagi tadi. (Eh, ko dah gosok gigi belum?). Mak oiii, pedasnye!!! Tengah-tengah datang idea mencurah-curah, sakit perutlah pulak. Lepas pelbagai ujian yang mendatang, akhirnya blog sekolah yang sangat-sangat tak seberapa ni berjaya juga disiapkan dan disubmit kepada pihak penganjur. Nak tengok hasilnya? But, please jangan compare blog ni dengan blog sekolah lain ye. Sebab hasilnya memang tak seberapa. Ampun Puan Pengetua!

Sila klik link ini.

Mungkin pada blogger otai, nak buat blog macam ini kacang goreng je. Tapi untuk amatur macam aku yang masih lagi merangkak-rangkak ni, bila dah siap blog ni satu kebanggaan jugalah sebab nak terkeluar juga biji mata aku buat blog ni sampai pagi. Sampai eye bag aku ni sekali tengok dah macam panda dah. Haha!

Wacaaaa!!!!!

Oklah. Nak restkan mata. Insya-Allah nanti aku update lagi cerita-cerita terbaru. Banyak sebenarnya yang aku nak cerita tentang peristiwa setahun lalu. Macam tak percaya dah setahun dah...

Akhir kata, salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini dihayati dan dipertingkatkan keimanan kepada-Nya. Insya-Allah.

4 comments:

  1. Waaa. Ummi dah cuti yerkkk awal2 puasa ni. hehehe..Memang ummi, kalau dah ada anak, solat pun kadang-kadang terlambat. Macam Fa, aduh masa tu la pulak dia nak nangis....+_+

    Ok sangat la blog Ummi buat! Kalau nak harapkan Fa, lagi la..customize Header pun xreti. TU blog pakai tulis title xde gambar. hehehehe~

    Good luck in the contest! :) Selamat Menyambut Ramadhan. :)

    ReplyDelete
  2. Ingatkan saya dapat puasa penuh bulan ni Fa tapi belum rezeki lagi nampaknya. Cik P pun ting tong dah ni. Hihi.

    Malu je blog tu Fa. Tq ye Fa sudi beri kata-kata semangat. Hihi

    ReplyDelete
  3. Takpe-takpe darl..asal usaha tu ade...Bervlog ni even yang dah lama pun masih terkial sana sinun nak update post.huhuhu..

    Oh, lin nak ucapkan selamat menyambut ramdhan yer ..Moga doa mendapat chaya mata di bulan yang mulia ni DIA perkenankan..

    Meh lin jangkitkan.hehehe..Mana tahu lekat kan?muah..Stay strong ok?

    ReplyDelete
  4. Tq dear. Wah, mehla laga baby bump tu. Biar I jangkit cepat sakit. Tq untuk doa u. Amin2 ya rabb. Mudah2an termakbul doa kami untuk peroleh cahaya mata di bulan Ramadhan ni. Aminnnnnn

    ReplyDelete

Click! Click! Click!