Thursday, 20 September 2012

Kenapa aku still happy time menses?

Assalammualaikum w.b.t

Actually aku tak ada idea nak tulis entry apa. Tapi sebab member baik aku dunia akhirat, Peanut mesej tanya bila aku nak update blog, so aku cuba jugalah karang entry baru. Sorry Peanut, aku tak boleh nak call out. Dah kena block. Thats why aku tak reply mesej kau. Hihi. 

Dah lama juga ada idea nak tulis pasal entry macam tajuk di atas. Tapi tak menyempat. So, aku postlah hari ni <-- Aik, tadi kata tak ada idea?

Ok, kenapa ye aku masih ada moral value yang tinggi and mampu tersenyum dan ucap alhamdulillah bila menses? Korang pun tahu kan aku memang tengah berusaha gila nak pregnant semula. Siapa yang tak nak anak kan? Then, kenapa aku masih tersengih bila bendera jepun berkibar?

Sebabnya, aku dan Edy dah deal satu perjanjian. Setiap kali period aku datang, Edy kena belanja aku makan yogurt kat Tutti Frutti. Hoyeee!!! 



Aku dapat idea ni bila suami salah seorang kawan aku celebrate good news yang dia preggy di Tutti Frutti. So, why not me? Kenapa mesti tunggu good news, kan? Period tu juga berita baik untuk kita as a women. Tu menunjukkan kita masih lagi sihat dengan kedatangan menses setiap bulan. Kalau tak datang but tak preggy lebih merisaukan. Betul tak?

So, aku cuma boleh makan kat Tutti Frutti sebulan sekali iaitu time aku menses. Mungkin tu salah satu cara nak buat aku happy juga. Lagipun, this one kan frozen yogurt. So, memang sihatlah untuk usus kita kan. Jangan takut untuk makan bagi yang berdiet. Yogurt = Healthy. 

But, if aku dah pregnant, bila nak makan kat Tutti Frutti? Haa, tu kena deal lain pulak. Mungkin sebulan 4 kali makan kat Tutti Frutti. Sanggupkah Encik Edy? :p

Lately ni, aku sampai dah tak ingat bila LMP aku. Tup tup je, dah tettttt. May be sebab aku busy jugak, kot. Haha, korang mestilah menyampah dengar alasan aku yang asyik busy memanjang. Tapi memang tulah hakikatnya. Sekolah baru aku ni banyak gila kerja. Sampaikan aku tak sedar, diam tak diam dah nak masuk 10 bulan aku kat sini. Haruuuuu...

So, kenalah ada terapi sekali sekala. Lagi-lagi aku dah mula rasa tempias soalan-soalan puaka. Haha. Aku tak nak fikir. Yang penting, aku dengan Edy bahagia :)

Ok, tak ada idea dah. Selamat sore... 
 


Wednesday, 12 September 2012

Rezeki Buah Zuriat

Alhamdulillah. Tak sangka akhirnya aku dapat juga minum air buah zuriat ni. Nilah satu-satunya ikhtiar yang aku tak pernah terfikir pun nak buat sebelum ni dalam berTTC. Walaupun dah beberapa kali baca blog TTCian lain cerita tentang buah zuriat, tapi tah kenapa, buah zuriat tak pernah ada dalam list 'ikhtiar' aku. Mungkin sebab memikirkan tentang betapa susahnya nak 'kerjakan' buah zuriat ni buat aku tak terfikir nak cuba, kot.

And korang mestilah pelik kalau aku tak beli buah zuriat masa pergi umrah dulu kan. Dah tentu-tentulah buat zuriat ni berlambak-lambak dijual kat sana dengan harga sekitar 5 Riyal hinggan 10 Riyal sebiji. Aku ada terbaca, kalau beli borong, boleh jatuh 25 sen sebiji. Wallahua'lam. Tapi kenapa aku tak beli?

Ceritanya macam ni. Sejujurnya selama hampir 2 minggu aku di Madinah dan Mekah, aku tak pernah terfikir nak cari buah zuriat. Mungkin kerana jemputan yang tidak diduga, so aku tak plan langsung nak membeli apa bila dah tiba di tanah suci nanti. Masa tu, perasaan aku memang bercampur-baur ditambah perasaan nak berjauhan dengan Edy lagi selama 2 minggu. Haih, memang susah nak describe. Senang kata, plan nak membeli-belah memang tak ada langsung, lagilah kalau nak cari buah zuriat ni, memang tak terfikirlah.

Dipendekkan cerita, malam terakhir sebelum kami berangkat pulang ke tanah air, tah macam mana, kami terjumpa satu kedai Melayu di sekitar kedai bersebelahan hotel kami. Penjual tu orang Kelantan. Semua barang dia jual murah pada kami. Kalau tasbih kayu koka biasanya 30 Riyal, dia jual 10 Riyal je. Dia kata orang arab memang suka jual kayu koka mahal sebab orang kita ni taksub sangat dengan kelebihan kayu koka walhal harganya taklah semahal mana.

Sambil tengok-tengok barang kat kedai dia, aku ternampaklah buah zuriat ni. Dengan tak malunya aku teruslah tanya, sebiji buah zuriat ni dia jual berapa. Dia jawab soalan aku dengan soalan, "Nak buat mende?" Aku jawab kononnya nak bagi kakak aku yang dah lama kahwin tak ada anak, padahal waktu tu aku terfikir juga nak beli untuk aku. Then penjual tu jawab, "Kenapa tak doa depan Kaabah je? Percaya sangat dengan buah zuriat".

Danggggg!

Ok, sejujurnya masa tu aku terkedu. Kitorang datang kedai tu berlima. Semua terdiam dengar jawapan penjual tu. Aku balik bilik tanpa membeli buah zuriat sebab aku tengok gaya penjual tu memang tak nak jual kat aku. Aku muhasabah diri dan beristighfar. Adakah ini satu peringatan Allah SWT agar aku tak terlalu taksub dengan kelebihan buah zuriat? Esoknya, sebelum buat tawaf wada' (tawaf selamat tinggal), aku pergi lagi ke kedai melayu tu. Tapi malangnya masih belum dibuka. Memang bukan rezeki aku nak beli buah zuriat ni masa tu. Bila difikir-fikir balik, betul juga kata penjual tu. Kenapa tak doa depan Kaabah je. Dah tentu-tentu doa lebih makbul di sana. Subhanallah. Mengenangkan peristiwa itu, aku jadi malu dengan Allah. Adakah aku telah taksub sebelum ini kepada sesuatu berbanding keyakinan pada kekuatan doa? Allah Maha Mendengar. Bukan Dia tak nak bagi rezeki anak tu sekarang, tapi mesti ada hikmah-Nya yang tersembunyi. Dia lebih tahu bila waktu terbaik untuk aku peroleh kurniaan itu. Dalam berusaha, aku kenalah 100% letakkan seluruh keyakinan kepada Allah SWT selepas berikhtiar <-- Muhasabah!

Ok, so apa kes aku dah terminum air buah zuriat ni?

Tulah yang orang kata rezeki walaupun aku kena beli. Sebenarnya ada seorang kawan aku tanya tentang buah zuriat ni. So aku pun promotelah dia supaya beli kat hamilcomel. Promote punya promote, bila aku tengok harga buah zuriat yang hamilcomel jual agak murah, RM20 untuk sepasang (dua biji) including postage. So, untuk memudahkan cara dan cerita, aku pun tolong belikan untuk kawan aku ni. Alang-alang membeli, aku pun order juga untuk diri sendiri. Memang tak ada masalah beli dengan hamilcomel. Sebelum ni pun aku dah pernah beli Ovulation Kit. Hari ni order, esok sampai. Puas hati.

So, aku nak share sikit pengalaman aku dan Edy dengan buah zuriat ni. Sharing is caring :)

1. Gambar di bawah ni saiz buah zuriat yang aku dapat. Rasanya memang nilah standard saiz dia kot. Tangan tu ialah tangan Edy tau.

Buah zuriat.

Buah zuriat dari posisi lain pulak.

2. Peralatan yang diperlukan untuk mengopek dan membelah:

Parang, suratkhabar, dan papan pemotong.

3. Cara-cara mengopek buah zuriat:

Buah zuriat kena dikupas dulu. Macam nak kupas kelapa tu.

Dalam kulit tu ada biji buah zuriat. Nampak tak?

Buah zuriat. Dari kiri: Sebelum dibelah, lapisan pertama dan biji buah zuriat.


Macam nilah rupa biji buah zuriat. Biji ni keras sangat.


Nak belah biji buah zuriat ni sangatlah mencabar. Kena guna hammer baru boleh.

Macam nilah rupanya bila dah dibelah.

Setelah dibelah menjadi lebih kecil (Ni tangan aku tau)

Rebus hinga air bertukar warna menjadi warna teh.

Macam nilah lebih kurang warna air lepas direbus. Air rebusan jangan dibuang.
Tambah air dan ulangi merebus sehingga air rebusan sudah tidak berwarna lagi,
barulah ditukar buah zuriat yang baru. Amalkan setiap hari. Insya-Allah.
Tadaaaa... Siap untuk dihidang!


Macam mana rasa dia? Depend kot pada jenis buah zuriat. Kebetulan pula aku dapat yang berbau harum. Macam bau koko. Air dia sedap. Macam rasa kurma + kismis tapi tawarlah. Hari ni hari kedua kami minum air buah zuriat. Sambil minum, doa Nabi Zakaria tidak dilupakan;

Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (surah ali-imran, ayat 200)

Korang nak cuba? Boleh. Tapi ingat, ini adalah salah satu ikhtiar dan bukan kerana buah zuriat ini korang mengandung atau pun tidak. Yakinlah pada doa. Hayati doa yang dipinta. Kalau susah untuk membaca doa dalam bahasa arab, bacalah doa dalam bahasa yang difahami supaya apa yang kita minta itu benar-benar dari hati dan bukan sekadar hafalan semata-mata. Selain kita berusaha keras dengan segala ikhtiar ini, berusaha keraslah juga dalam mendekatkan diri kita pada Allah SWT. Patuh kepada segala perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya, rajin bersedekah, berpuasa, solat dhuha, solat tahajud, hayati  al-Qur'an, taat dan hormat pada suami, sayangi keluarga suami, jaga hubungan kita dengan manusia, dan sentiasa berfikiran positif. Insya-Allah, usaha kita akan diperkenan-Nya dan tentulah kemanisan akan lebih terasa jika apa yang kita buat semuanya adalah kerana Allah SWT <-- Muhasabah diri sendiri.

Semoga apa yang kita usahakan selama ini akan beroleh kurniaan dari-Nya. Bersabarlah juga jika apa yang kita inginkan belum dikabulkan kerana yakinlah Allah SWT ingin berikan yang terbaik buat kita semua. Insya-Allah.


Friday, 7 September 2012

Aku tak pernah lupa... (Umrah Part 3)

Aku tak pernah lupa,
Saat pertama kali bas kami melangkaui batu sempadan tanah halal dan haram. Aku sangat lena dalam mimpi sedari perhentian 2 jam tadi. Aku bingung. Tiba-tiba, dada berombak. Aku rasa berdebar. Sudah sampaikah di Makkah al-Mukarramah? Aku bingung melihat begitu banyak construction. Aku canggung melihat begitu banyak bangunan lama? Begitu berbeza Kota Mekah dan Madinah. Benarkah aku sudah tiba di kota kecintaan Rasulullah SAW ini?
Aku tak pernah lupa,
Malam pertama aku menunaikan umrah wajib. Perjalanan yang begitu panjang dari Madinah buat aku benar-benar rasa letih. Namun keterujaan untuk memasuki Masjidil Haram dan melihat kiblat utama umat Islam meluputkan seketika segala penat lelah itu. Setelah memunggah segala luggage naik ke hotel dan mengalas perut, kami berkumpul semula di hadapan hotel. Kami berjalan berkumpulan diiringi mutawif hinggalah tiba di pintu marwah. Malam yang selalunya sejuk terasa begitu bahang. Aku diam. Tak berani untuk mengeluh walau sekadar berkata 'panas'. Teringat pesanan Kak Mahari agar menjaga kata. Jutaan manusia mulai kelihatan. Aku tambah gentar. Apakah Allah menerima aku yang hina ini?
Aku tak pernah lupa,
Kali pertama aku dapat melihat kaabah. Sejak di Madinah aku sudah mula membayangkan bagaimana besarnya saiz kaabah ini. Aku seperti dalam percaya dan tidak. Cuma kenapa tiada sebarang air mata yang mengalir? Apakah aku benar-benar hina hingga tidak merasa sedih seperti jemaah lain saat terpandang kaabah. Aku menjadi semakin takut. Takut pada Allah SWT. Apakah ini sebahagian balasan atas dosa-dosa aku? Aku tertunduk malu. Aku terasa benar-benar hina di hadapan Allah. Aku merasa malu kerana setelah begitu banyak dosa yang aku lakukan, Allah masih menjemput aku menjadi tetamu-Nya.
Aku tak pernah lupa,
Saat dahi bersentuh lantai Masjidil Haram bila kali pertama aku melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid. Tah bagaimana perasaan aku waktu itu. Mungkin terlalu bersyukur. Waktu itu sudah hampir 12 malam. Kami masih dalam ihram. Umrah perlu dilaksanakan. Aku tidak pernah lepas dari Kak Mahari dan Kak Una. Segalanya berlaku begitu pantas dari saat aku mula tawaf, bersae'i dan bertahallul. Aku tidak banyak bercakap sepanjang melaksanakn umrah yang pertama ini. Barangkali terlalu penat juga.
Aku tak pernah lupa,

Kali pertama aku berpeluang menunaikan solat subuh di dataran Kaabah. Aku tak tahu tempat itu menjadi rebutan semua jemaah. Mungkin sudah tertulis rezeki kami untuk bersolat berhadapan Kaabah, memandang Kaabah. Aku tidak tahu rupanya itulah kali pertama dan terakhir dalam tempoh umrah, aku berpeluang untuk menuanaikan solat fardu di dataran. Syukurlah aku berpeluang juga merasai saat itu. Walaupun aku dapat melihat jelas betapa kasarnya jemaah dari negara lain cuba berebut tempat itu hingga berlaku pergaduhan, aku masih bersyukur kerana barisan saf kami masih lagi aman hingga ke salam terakhir.
Solat subuh di dataran
Aku tak pernah lupa,
Bagaimana rasanya menghirup udara pagi di Makkah. Perasaan dan ketenangan itu buat aku rasa seperti tidak mahu pulang lagi ke Malaysia. Aku suka kehidupan di Makkah yang serba sederhana. Aku gembira dapat berjalan berulang-alik dari hotel yang cuma taraf budget itu ke Masjidil Haram saban waktu fardu. Aku gembira berjalan-jalan sekitar kedai yang menjual cenderamata walaupun aku tidak banyak membeli. Aku bahagia bila dapat makan roti Arab dan laban. Aku teruja bila dapat makan aiskrim berharga 2 Riyal dan kebab berharga 5 Riyal. Aku tersenyum bila dapat minum jus buah yang berharga 5 Riyal. Aku ingat pesan Kak Mahari supaya banyak minum air dan jus buah kerana badan kita terlalu kering dan untuk 'membuang' kadang-kadang sampai sembelit. Tapi, kenangan yang paling indah tentulah kemanisan beribadah di Masjidil Haram. Tiada kata dan harta di dunia yang dapat mengganti semua kemanisan itu.
Bersama Kak Mahari & Jus Buah
Aku tak pernah lupa,

Bila setiap kali aku resah, rasa kehilangan, terjebak dalam masalah, aku terus mengangkat tangan dan berdoa. Teringat bila aku melaksanakan umrah untuk arwah abah, aku terlepas dari Kak Una. Aku masih tak biasa lagi dengan Kota Mekah dan hiruk pikuk jutaan manusia di Masjidil Haram. Aku duduk di tangga berhampiran lampu hijau yang menjadi penanda aras Hajarul Aswad. Aku berdoa minta diketemukan semula dengan Kak Una. Secara logiknya, macam mustahil untuk berjumpa semula ditambah dengan Kak Una yang tak ada akses handphone waktu itu. Selepas kebergantungan sepenuhnya aku pada Allah Taala, dalam beberapa saat selepas itu, tiba-tiba Kak Una muncul dari celah-celah ribuan manusia yang sedang bertawaf. Subhanallah! Aku seperti mahu menangis. Benarlah, bila kita berdoa dengan begitu yakin, Allah akan segera memakbulkan doa kita apatah lagi di Tanah Haram. Kali kedua aku berdoa sebegitu bila aku, Kak Una, dan Kak Enon dari tiga tempat yang berlainan telah berjanji pada pagi sebelumnya untuk berjumpa di Bukit Marwah. Cuma aku seorang yang ada akses handphone kerana aku punya simcard Arab Saudi dan dua orang lagi tidak ada. Seperti yang dijanjikan, pada waktu kami patut habis menunaikan umrah sunat, masing-masing tak berjumpa dengan satu sama lain. Masjidil Haram tu bukannya kecil ditambah dengan jutaan jemaah. Kalau nak amati satu-persatu jemaah yang bertelekung putih, boleh berpinar mata. Jadi apa yang kami buat, ketiga-tiga diantara kami berdoa dan bertawakal. Selang beberapa minit, Kak Enon mucul dari pintu marwah. Tak lama selepas tu, Kak Una pula timbul dari celah-celah jutaan manusia yang sedang bersae'i. Bila kami tanya satu sama lain, memang benar ketiga-tiga dari kami berdoa yang sama. Kami terduduk, kagum dengan kebesaran Allah. Kadangkala bila difikir dengan kemudahan yang sentiasa bersama kita, kita tak pernah bersyukur dan sabar bila diuji dengan kelewatan dan masa. Tapi di sana, segala-galanya cukup berbeza hanya denga sekadar berdoa.


Kak Enon a.k.a mak angkat kami
Aku tak pernah lupa,

Betapa hebatnya kuasa doa bila Allah mendengar doa aku saat aku terkunci dalam tandas wanita yang besarnya hampir menyamai sepertiga padang bola sepak. Waktu itu kurang 30 minit masuk waktu zuhur. Sejak dari pagi aku sudah di Masjidil Haram, sendiri. Kemudian aku rasa ingin membuang air kecil. Ditambah dengan wudhuk aku yang sudah terbatal. Aku separa berlari ke tandas wanita berhampiran pintu marwah. Waktu tu, aku tak terfikir langsung kalau ada sebahagian bilik tandas (di dalamnya ada puluhan tandas-tandas kecil) ditutup setelah dibersihkan. Aku terus ke bilik yang ditutup itu. Memang tak ada orang langsung. Selalunya, susah nak jumpa tandas yang kosong walau ada beratus tandas di sana. Waktu aku sedang di dalam tandas, aku ada dengar panggilan dalam Bahasa Arab. Tapi aku tak faham. Tiba-tiba aku dengar pintu besar ditutup dan dikunci. Aku segera sudahkan dan cuba buka pintu besi yang besar itu. Kunci! Aku cuba ke pintu lain. Semua berkunci. Aku cuba ketuk-ketuk pintu itu dari dalam sambil menjerit dengan harapan ada jemaah atau cleaner di luar sana yang dengar, tapi hampa. Aku tengok jam, kurang 15 minit lagi masuk waktu zuhur. Aku berdoa dan bertawakal kepada Allah agar aku dapat keluar dari kawasan itu untuk menunaikan solat zuhur berjemaah. Aku cuba juga memeriksa satu-persatu pintu tandas. Tiba-tiba, pintu kelima yang aku cuba buka, tidak berkunci. Masya-Allah! Allah Maha Mendengar. Aku segera keluar. Waktu aku sedang berjalan keluar, aku terdengar seorang cleaner Indonesia yang sedang membersih bercakap sendiri, "Kenapa pintu yang satu ini tidak dikunci?"


Dalam Masjidil Haram
Aku tak pernah lupa,
Kenangan umrah Si Bidadari Syurga yang aku tunaikan. Aku buat untuk puteri tercinta, Najla Batrisya. Tak silap aku itu adalah hari kelima aku melaksanakan umrah. Syukur Kak Mahari sentiasa memberi sokongan untuk aku terus melaksanakan umrah sunat. Biasanya umrah-umrah sunat ini kami berniat ihram di Tana'im kecuali jika dibawa rombongan ke Ja'ranah dan Hudaibiyah. Tempoh satu umrah yang aku laksanakan lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam.


Kak Una di Masjid Tana'im

Di Masjid Ja'ranah


Masjid Hudaibiyah

Pada hari kelima ini, aku bersiap awal untuk berniat ihram. Aku memilih baju yang paling cantik. Tah kenapa hari tu aku begitu gembira untuk menghadiahkan pahala umrah ini pada Najla. Aku tahu Najla memang akan masuk syurga. Tapi aku tetap ingin menumpahkan rasa kasih dan sayang buat Najla dari dunia lagi. Bukti betapa aku teramat cinta dan sayang padanya. Aku ingat lagi betapa sayunya aku sewaktu bersae'i. Aku teringat peristiwa Siti Hajar yang berlari dari Safa ke Marwah untuk mecari air buat Nabi Ismail a.s yang masih bayi dan sedang kelaparan. Siti Hajar terus berlari dari dua bukit itu dengan harapan dapat bertemu dengan para pedagang yang mungkin lalu di lembah tandus itu. Allah Maha Besar. Seraya dengan Nabi Ismail a.s menghentak-hentak kaki ke bumi sambil menangis, maka keluarkan air dari lembah tandus itu. Siti Hajar terus mengepung air itu dengan kedua tangannya sambil berkata "Zammi, Zammi" yang bermaksud 'berkumpullah'. Sejak dari itu, lembah tandus itu akhirnya berkembang menjadi sebuah kota iaitu Kota Mekah di mana umat Islam dari seluruh dunia datang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Bukit Safa


Bukit Marwah (pandangan dari groundfloor)
Mengenangkan peristiwa Siti Hajar, aku teringat akan kasih dan sayang aku pada Najla walaupun Najla sudah tiada di sisi. Aku ingin menjadi seperti Siti Hajar yang taat kepada suaminya, Nabi Ibrahim a.s untuk ditinggalkan di lembah tandus itu atas perintah Allah SWT bersama-sama anakandanya Ismail a.s. Aku dapat merasai betapa kasih dan sayangnya Siti Hajar pada Nabi Ismail a.s. Teringat saat Najla menghidap pneumonia dan berhenti bernafas. Waktu tu aku di atas katil sedang memangku Najla untuk disusui. Sedar tiba-tiba muka Najla membiru dan tidak bernafas, aku melompat dari katil yang agak tinggi dan terus berlari ke arah nurse. Aku terlupa keadaan diri sendiri yang masih sakit dan berpantang. Aku tak peduli rasa sakit jahitan episiotomi ketika melompat dan berlari. Aku tidak endahkan semua itu kerana begitu kasih pada Najla. Mengenangkan semua itu, aku bersyukur kerana dapat memberikan kasih sayang itu melalui umrah atas nama Najla Batrisya.


Sae'i
Aku tak pernah lupa,

Saat mendaki Jabal Rahmah di padang Arafah. Tempat pertemuan nabi adam a.s dan hawa yang terpisah setelah diturunkan dari syurga. Begitu banyak perkara khurafat yang dapat dilihat di atas sana. Seorang ustaz dari Indonesia yang mengikuti rombongan kami pada hari itu seringkali mengingatkan agar kami tidak terpengaruh dengan amalan sesetengah jemaah yang berdoa menghadap tiang dan tidak menghadap kiblat, menulis nama di atas batu dengan harapan dapat datang semula ke tanah suci dan sebagainya.

Di atas Jabal Rahmah, Arafah


Di kaki Jabal Rahmah


Pesanan Rasulullah SAW
Aku tak pernah lupa,

Segala kenangan manis di kota suci Mekah. Hingga ke saat aku menaip entry ini aku masih lagi terasa sebak dan rindu akan Kota Mekah. Aku berasa aman dan tenang di sana. Aku ingin memijakkan kaki lagi ke Masjidil Haram. Kalau boleh, aku ingin tinggal terus di sana dan merebut ganjaran 100 000 pahala yang Allah SWT janjikan itu. Doa aku, agar Allah SWT akan menjemput aku lagi menjadi tetamu-Nya pada tahun-tahun akan datang dan Insya-Allah pemergian aku yang seterusnya adalah bersama Edy dan anak-anak kami.


Di ladang unta sebelum menunaikan umrah buat Najla


Kak Mahari, aku dan Kak Una

Semoga kita akan dijemput lagi.

Aku tak pernah lupa... Insya-Allah...

Click! Click! Click!