Tuesday, 9 October 2012

26? Never!

Situasi 1

A: Akak, berapa umur akak?

Aku: Sebelum tu, A bagi tahu dulu umur A.

A: 25 tahun.

Aku: Hah, memang patutlah A panggil I akak (masih tak nak bagi tahu umur).

A: Tapi berapa umur akak?

Aku: (Malu-malu) Tua setahun je dari A.

A: Owh, tapi akak tak nampak macam 26 tahun la.

Aku: Haah, akak macam dah 30 kan.

A: Haah. (Dengan telus dan jujur)

Aku: (Sengih)

A: Akak nampak matang. Baguslah. Tak macam sesetengah yang umur 26 tahun tapi keanak-anakan.

Aku: Mungkin adik-beradik akak mostly dah tua. So, akak dah biasa bergaul dengan orang lebih tua dari kecil. Bayangkanlah abang sulung akak sebaya mak mertua. That's why la akak nampak matang (tua sebenarnya).

A: (Angguk faham).

Aku: (Senyum).



Situasi 2

Pem. am: Nurun, nama Nurun dah dikeluarkan tau. (dari senarai yang kena pergi perhimpunan guru muda Sabtu ni.)

Aku: (Blur sekejap sebab tak tahu pun terpilih kena pergi). Kenapa kak nama I dikeluarkan? Sebab I dah tua ke?

Pem. am: (Tergelak). Bukanlah. PPD nak 2 orang je. So, sekolah hantar cikgu baru.

Aku: (Sengih sambil gelak sama-sama dengan akak tu. Cikgu baru mestilah lagi nampak muda, kan?)



Situasi 3

Aku: Akak dari sekolah mana?

Miss N: Akak???! Aku 31 okey. Ko? (Macam bengang)

Aku: (Suara macam dengar tak dengar). 26....

Miss N: (Terbeliak). Akak dari Sekolah Z (suara serba salah).

Aku: Senyum (malu!!!!!).



Situasi 4

Akak J: Nadia, u umur berapa?

Aku: (Sambil buat peace). 26... (sambil senyum nampak gigi).

Akak Y: (Terdengar dan menyampuk). Hah??? 26?!!

Aku: Hihi.. Tulah, semua tak percaya saya ni masih muda remaja (sengih macam kerang busuk).

Akak J, Y, dan akak-akak lain yang ada dekat situ: (Tenung muka aku lama-lama sambil buat muka tak percaya).

Aku: (Senyum besar nampak gigi atas bawah).



Situasi 5

Murid: Cikgu, umur cikgu berapa?

Aku: 42... (acuh tak acuh).

Murid-murid: Eh, eh. Tapi cikgu nampak mudalah! Kitorang ingat umur cikgu baru 36...

Aku: Hahahahaha!




P/S: Ada tips nak bagi aku nampak muda tak? :D

7 comments:

  1. Ummi, ummi 26 tahun ye? Fa 27..kira Fa ni pangkat kakak la ye? hikhikhik..tapi perangai pun cam telettubbies lagi +_+

    Ala, be yourself je Ummi.. tak payah ambil hati sangat dgn cakap2 orang tu.

    Btw, kalau nak awet muda, kena la selalu senyum dan ceria. :)

    ReplyDelete
  2. Ye akak Fa.. Tapi sebab Fa ni comel dan kiut miut macam Faiq, tak sampai hati nak panggil akak. Ummi yang nampak lagi tua dari Fa. Untungla Fa boleh jadi teletubbies. Ummi klu mcm teletubbies, gamaknya buat org muntah geli ingatkan makcik mana lah budget muda lagi. Hihi...

    ReplyDelete
  3. saya agak ummi ni lebih kurang saya je..
    xkira la tua atau muda..sb saya ni mmg selalunya pasan muda..
    so..gak2 umur saya berpe ye...:D:D

    tp dr gaya penulisan...mmg ummi nampak matang orgnya..
    dh tentu2 profession cikgu:)
    kakak saya saya juge mcm ummi...gaya bahasa...penulisan.
    pemikiran..xjauh beza sb dia cikgu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut anak mag yang dah 6 tahun, rasanya mag macam lagi tua dari saya (Betul x?). Hehe..

      Tula, saya nak kena pasan muda juga. Sambil2 tu, ceria and happy selalu. Risau juga nanti dah 40 orang panggil nenek. Haha.

      Penulisan saya matang tapi tak bernas kot mag ^_^

      Delete
  4. Kita sebaya lah...boleh pulak panggil akak sebelum ni,hehe..sori tau..matang betul nadia ni..malu rasa,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa sheila. I dah biasa. Hehe. Nampaknya saya kena consume collagen continuosly pas ni. Bagi kulit mukaku tegang dan mulus. Hehe

      Delete
  5. hihihi comellll........yang terbaik

    ReplyDelete

Click! Click! Click!