Wednesday, 31 October 2012

When the smile goes by...

 
Assalammualaikum w.b.t
 

28 Oktober 2012 - Tarikh yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku ke Klinik Elizabeth, di Bukit Gambir untuk buat simple check up. Just nak tahu, apa punca perut aku rasa semacam lately ni.

Aku tak ingat aku patient yang ke berapa. Tapi aku tak tunggu lama. Lepas nama aku dipanggil, aku dan Edy terus masuk. Lepas brief condition aku and period aku yang tak regular sejak 5 bulan lepas, Dr Teoh (aku tak sure nama dia apa) suruh aku baring, untuk discan. Kebetulan masa tu, Dr Teoh ada panggilan. Jadi tinggal aku dan Edy sahaja di situ. Waktu sedang berbaring, Edy macam biasa ambil gambar aku. Al-maklumlah teringat kenangan dengan Najla dulu. Aku pun layankanlah dengan buat macam-macam posing. Kitorang gelak-gelak macam klinik tu kitorang yang punya. Moment yang cukup indah buat kami masa tu.

Beberapa minit kemudian, Dr Teoh datang semula. Aku cuba serius dan fokus pada screen. Dr Teoh tanya aku bahagian mana yang aku rasa sakit, aku tunjuk abdomen sebelah kiri. Dr Teoh scan kiri kemudian ke kanan.

"Ok kita tengok, rahim you cantik. No pregnancy. Tak ada masalah.."

Memang itu dalam expectation sebab aku tengah period. Aku pandang Edy. Edy senyum-senyum. Berangan, kot.

"Ok, you tengok sebelah kiri, nampak ni apa?"

Aku blur. "Tah, tu apa doktor?"  

"Ok, ini ovari you. Nampak tak ada bulat besar ni? Ini ovarian cyst. Sudah 6 cm ye.."
 
 
Left Ovarian Cyst

Aku pura-pura tak dengar. Harap sangat apa yang aku dengar tadi salah. Cyst? Aku tahu itu bukan petanda baik. Aku tanya lagi untuk confirmation. Dr Teoh dengan tenang beri jawapan sama. Aku pandang Edy. Muka Edy berubah. Sangat berubah. Muka yang sama aku tengok masa Edy terima berita aku kena bersalin dulu!

Aku bangun dari katil. Aku rasa lemah sangat. Langkah aku longlai. Aku rasa nak putar balik masa dan tak nak tahu tentang berita tu. Edy terus senyap. Tak ada sepatah kata pun yang keluar. Dr Teoh cuba explain tentang ovarian cyst. Aku tak habis-habis tanya tentang punca. Aku semacam tak boleh terima hakikat. Aku rasa sebak. Dr Teoh minta aku jangan panik sebab berita baiknya, cyst aku cuma air, bukan daging. Cuma berita buruknya, saiznya terlalu cepat membesar. Dr Teoh beri harapan supaya aku percaya cyst ni akan hilang sendiri nanti. Cuma, jangan terlambat. Dr Teoh minta aku rujuk ke pakar 2-3 bulan lagi. 2-3 bulan?! Aku rasa untuk tunggu hingga ke tempoh itu sangat lama. Cyst aku sekarang sudah pun 6 cm!

Keluar je dari bilik doktor, kebetulan kami terjumpa dengan jiran Edy. Macam biasa, senyuman kami lemparkan. Aku tak pernah lupa kata-kata jiran Edy yang sangat menyentuh hati kami, "Senyum-senyum je. Alhamdulillah, dah ada lah tu.." Kebetulan pada tangan aku ada kertas scan yang Dr Teoh print tadi. Aku cepat-cepat masukkan dalam handbag. Aku senyum tawar.

Masuk je dalam kereta, aku beritahu Edy, aku nak nangis. Aku menangis semahu-mahunya. Sejujurnya aku takut dengan berita yang baru aku terima. Edy cuba pujuk. Aku rasa pujukan Edy hari itu belum cukup melegakan. Aku cari iphone dan google tentang symptoms ovarian cyst. Hampir kesemua simptom itu aku dah alami lewat ini. Ya Allah, kenapa aku tak pernah terfikir aku ada masalah ni since period aku mula tak teratur. Aku selalu terfikir ini cumalah masalah dalam perut. Tak pernah terdetik langsung dalam fikiran, ada kaitan dengan reproductive system aku. Macam-macam bayangan negatif datang menerpa. Aku nangis semahu-mahunya. Tapi yang lucunya, aku sempat ambil gambar aku waktu menangis tu. Haih la...

Aku cuba tahan dan simpan kesedihan ni jauh dalam hati. Tapi bila balik dan tengok mak sudah menunggu, air mata aku terus laju. Memang hati tisu!

Mak pegang kepala terkejut dengar berita itu. Aku rasa lapar walaupun tengah sedih. Aku makan pucuk betik kegemaran dengan sambal mangga. Air mata terus mengalir sama dengan tangan yang menyuap nasi. Mak dan Edy terus membisu. Lepas cuci pinggan, aku ke bilik sambung menangis.

Dalam masa yang sama, aku terus call agent insurans, Kak Leha dan Angah. Lepas habis bercakap dengan diorang, aku menangis lagi. Aku memang orang yang tak kuat. Waktu tu, aku rasa terlalu rindu pada arwah mak. Aku macam nak cakap pada arwah mak, aku rasa dah tak tertanggung lagi dengan semua ini. Aku nak tanya mak, dulu masa mak mengandungkan aku, hidup mak penuh dengan ujian ke sehingga aku juga diuji sebegini? Tapi mak dah tak ada. Cuma dengan Edy aku meluah sehabis rasa. Edy datang memujuk dan minta aku redha. Tapi aku macam hilang akal. Macam-macam aku mengomel hingga aku luah rasa takut tak dapat mengandungkan anak Edy. Edy minta aku istighfar, ingat ini ujian dari Allah, takdir-Nya. Edy tak nak aku terus hanyut. Edy bilang, anak itu adalah satu rezeki. Rezeki yang adakalanya dari darah daging sendiri atau mungkin dari orang lain. Edy tegar untuk ambil anak angkat asalkan aku sihat, selamat, dan bahagia dengan dia. Dengarkan kata-kata Edy buat tangisan aku lagi kuat. Aku terus menangis sampai tertidur.

Dalam waktu aku tertidur, rupanya Edy pun sebak. Edy cuba sembunyikan perasaan dia dalam-dalam sejak dari klinik. Tapi tak tertahan agaknya bila tengok aku dan tertutup mata; tertidur. Aku terjaga. Edy membelakangkan aku. Aku tanya dari belakang, dia takut aku mati ke?Jawapan dari Edy waktu tu sangat menyentuh hati. Bila terima reaksi Edy, aku rasa betul-betul lega. Aku tahu kami masih ada hubungan yang kuat untuk aku teruskan kehidupan dan tak mengalah dulu. Aku tak tahu berapa jam aku dan Edy melayan perasaan. Perasaan yang sama sewaktu kami perlu terima kehilangan Najla. Aku tidak mahu rasa kehilangan lagi. Ya Allah, kasihanilah aku dan Edy. Kami mencintai kerana-Mu Ya Allah. Berilah kami menikmati cinta ini di dunia-Mu. Dan izinkanlah kami untuk bersatu semula di sana nanti.

Sebelum balik, aku salam cium mak. Aku minta mak doakan. Aku bilang pada mak tak perlu risau tentang kos rawatan. Apa-apa pun, aku ada insurans untuk cover in case aku kena warded nanti. Aku tak suka nak minta-minta di luar kemampuan aku sendiri. Insya-Allah, dengan keyakinan yang aku pegang bahawa Allah sentiasa akan mencukupkan keperluan kami di dunia, maka kami akan sentiasa berasa cukup.

Aku tak terus ke hospital hari tu. Keluar sahaja tol, kami singgah ke Tesco Kulai yang cuma beberapa minit dari rumah. Edy cuba mahu kendurkan rasa sedih kami. Tak tahulah kenapa waktu tu aku lebih suka mencapai barang yang berwarna hijau. Dari mangkuk, cawan, sudu, dan dulang semuanya berwarna hijau, langsung tak sama dengan warna kegemaran aku selama ni; biru, hitam dan pink. Mata aku masih bengkak waktu jalan-jalan di sana. 
 
 
Di Tesco
 
Malam tu aku tak tidur lena. Setiap 2 jam aku terjaga. Trauma. Aku cuma lalu minum air. Dalam mimpi aku yang tak lena tu, aku ternampak-nampak cyst berwarna merah dan bulat dalam ovari aku. Aku rasa macam nak cucuk bagi air dalam tu keluar laju. Tapi aku takut. Aku cakap dengan cyst tu, "Kecillah, kecillah. Jangan rosakkan ovari aku. Aku nak mengandung lagi.."

29 Oktober 2012 - Pagi tu aku pergi sekolah macam biasa. Ada kerja yang perlu disudahkan. Aku tak nak in case kena warded, kerja-kerja sekolah ditinggalkan. Aku bercerita dengan 2-3 guru yang pernah experienced tentang cyst. Alhamdulillah, mereka tak biarkan aku keseorangan. Banyak motivasi yang aku dapat kutip hari tu. Buat aku cukup kuat nak hadapi apa sahaja keputusan dari doktor nanti.

8.30 pagi - Aku rasa sakit tulang belakang dan perut macam direntap. Tiba-tiba je sakit tu datang. Aku cuba kawal diri dan perasaan. Aku doa banyak-banyak minta tak ada perkara buruk berlaku. Aku sempat hantar SMS pada abang Shahperi minta tolong doakan cyst aku sembuh depan Kaabah nanti.

3.00 petang - Usai kerja, kami terus ke Johor Specialist. Masa tu, aku dah mula rasa tenang. Redha dengan apa sahaja ketentuan dari-Nya. Aku yakin segala yang berlaku ini penuh hikmah. Rasa takut dah mula pergi. Aku sudah bersedia dengan apa sahaja yang akan diberitahu oleh doktor nanti.

3.45 petang - Kami atur pertemuan dengan doktor pakar O&G, Doktor Hafetz. Dua jam aku menunggu di luar. Walaupun nampak lama, tapi aku tak rasa langsung masa yang berlalu. Aku spend masa sepenuhnya berbual dengan Edy. Bercerita dengan hal yang tak ada kaitan dengan cyst aku. Hinggalah akhirnya nama aku dipanggil....
 
 
Sewaktu menunggu dengan tenang :)

Aku tak boleh nak cerita dulu apa yang Doktor Hafetz beritahu. Insya-Allah, lagi seminggu aku update, selepas janji temu kedua kami nanti.

Doakan aku :)

23 comments:

  1. kuatkan semangat..insyallah cyst air je tu..sy pon pnh alaminya.6 cm jugak..doc akn monitor lps 2 bln..experinced sy akn keluar lndir mcm egwhite yg bnyk nti..mknanya cyst air tu dh pch..doa byk2..tp klo dh 8cm doc akn syorkn buang..tkot cyst tu terbelit dan lg bt sukar mgandung..
    insyalh...xde apa2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mag. Saya memabg tajut dan trauma sangat. Dulu mag dalam ovari juga or dalam uterus?

      Delete
  2. Assalamualaikum Ummi,

    Berdasarkan pengalaman kakak ipar saya, beliau juga ada cyst yang mana cyst tersebut berada bersama dan membesar bersama2 baby. Doktor bilang perlu jalani pembedahan jika tidak ia akan menganggu kandungan. Pada masa itu kandungan sulong kakak ipar saya 6 minggu, menurut doktor kandungan adalah 50-50 selepas pembedahan. Alhamdullilah selepas pembedahan, kandungan berada dalam keadaan baik dan sekarang anak beliau sudah 8 tahun dan anak kedua sudah 6 tahun. Ummi perlu kuat yer, dan yakinlah pastinya sinar akan muncul kelak. Semoga semuanya dipermudahkan oleh DIA. Amin2 YA RABB.

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan cik mie. Kadang-kadang, ujian seperti ni lebih mendekatkan saya dengan Allah. Namun jujur saya bukanlah orang yang kuat nak hadapi setiap ujian. Tq cik mie doakn saya :)

    ReplyDelete
  4. iyer Ummi,
    Saya juga tidak kuat..selepas ujian kehilangan arwah Aisy, diuji pula dengan pemergian arwah abah. Sepatutnya malam ini saya dan keluarga pergi ke KLIA untuk menjemput abah tapi malam ini kami semua pergi ke KLIA hanya untuk 'menjemput' barang arwah abah. Kami semua redha dengan ketentuan ILLAHI kerana kami yakin Allah telah pilih arwah abah untuk bersemadi disana. Bila hati tidak tenang Ummi bangunlah solat malam, saya pasti hati kita menjadi lebih kuat dan lebih tenang untuk menghadapi ujian dariNYA. Itulah yang saya lakukan setelah pemergian dua orang yang teramat saya sayang. InsyaAllah Ummi saya dan pembaca yang lain sentiasa mendoakan kesihatan Ummi.

    ReplyDelete
  5. Saya tak dapat bayangkan rasa yang cik mie lalui.. Macam tak tertanggung rasanya. InsyaAllah saya akan cuba jadi kuat seperti cik mie. Kita semua telah dipilih untuk melalui ujian ini, kan? Tq so much cik mie atas doa dan sokongan yang Tak pernah berbelah bahagi..

    ReplyDelete
  6. meleleh2 air mata ma lily baca entry ni.insyaAllah.semoga segalanye dipermudahkan oleh Allah.aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan.. Saya harap saya akan sihat dan boleh mengandung semula dengan baik. Amin... Tq ma lily :)

      Delete
  7. salam sis...jgn tkot ye..sy sndiri pnh ada cyst ni dan sy alami pendarahan yg byk smpai 24hri..cyst sy time 2 dlm 8cm x7.5 cm...siap bt Ct scan lg..Ya Allah time 2 mmg rasa tkot sgt bila msok dlm scaner 'donut' tu..Alhamdulilah sy dh bt oprtion setahun yg lalu...tbahkn hti..skrg ni dh byk produk utk kecutkn cyst..

    ReplyDelete
  8. Tq miss anon..Tula, saya sekarang memang takut sangat. Dulu tak disiplin nak mkn ubat. Sekarang dah susun jadual nak mkn apa dulu..Mudah2an cyst saya terus hilang dan takkan wujud lagi.. Tq so much :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur'wcome...klu nk cpt kecutkan cyst leh try lumiglow.tp sy dulu amik uqueen.dia kcut ckit tp kn dh bsar sgt jdnya kn gak oprte...apa pn cyst ni ada byk jnis..lg kita cri info ttg cyst lg ngeri jdnya...so byk b'tenang n jgn stress..(^__^)..insyaAllah akn d'permudahkan segalanya..

      Delete
    2. Takutnya saya dengar perkataaan operate. Uqeen? InsyaAllah akan saya ikhtiarkan. Saya pun dah stop cari info pasal cyst. Saya cuba bayangkan perkata yang indah2 je sekarang. Tq ye miss anon. Tq sebab sudi bagi sokongn pada saya. Moga Allah membalas kebaikan kalian...

      Delete
  9. InsyaAllah, baik2 saja...min pun cyst, tapi endometriosis..sblm mengandungkan arwah dhia dulu dah ada, ramai doktor suh operate buang sbb diorg ckp penyebab ssh nak mengandung..Tapi Alhamdulillah, x operate dapat mengandungkan arwah dhia n cyst tu hilang..Tapi skrg ada balik sbb cyst tu berpunca drpd haid...Dan sekali lagi doktor suggest suh operate..Tapi ntah la, ngeri gak rasa kan, dah la bersalin dulu pun operate..hurmm..So skrg ingat nak try produk lumiglow sbb baca testi ramai yg berjaya hilangkan cyst..berubat kmpg, minum air akar kayu dah penah buat,tapi x serasi kot psl x de kesan apa2.,.so,just cuma, mana tau kan..

    ReplyDelete
  10. Tq min.. Saya pun takut dgr ttg kena operate. Hopefully cyst saya betul-betul dah tak ada and saya bole mengandung lagi. Kata seorang doktor yang pernah merawat seorang kawan saya, daripada 10 wanita, 9 daripadanya ada cyst. Daripada 9, mungkin cuma 2 orang sahaja yang tahu ada cyst bila accidently check. 7 orang lagi mungkin takkan tahu diorang pernah ada cyst coz kebanyakan cyst akan hilang sendiri. Hopefully semuanya baik-baik sahaja. Amin...

    ReplyDelete
  11. sejujurnya sy sndri tgamam bila mbc entry ummi kali ni..
    xtjangkau d fkran sekiranya sy brada dtmt ummi najla.
    sy doakn yg tbaik utk ummi najla & suami..
    insya Allah, semuanya akan baik2 sj. Amin Yarabal Alaminn.

    ReplyDelete
  12. Tq lia.. Saya terima setiap ujian yang hadir dengan rasa percaya bahawa semua ni pasti penuh hikmah. InsyaAllah. Doakan saya cepat conceive supaya tak ada dah cyst ni lagi. Amin..
    P/s: congretz for ur baby aufaa :)

    ReplyDelete
  13. Saya pun mengalami nasib yang sama jgk..ovarian cyst saya di sebelah kanan dan kiri ovari..tambahan pula saya belum lagi mengandung walaupun 6 tahun berkahwin..moga ALLAH Yg Maha Penyemuh akan menyembuhkan sakit saya dan kecutkan kembali cyst saya..Aminnnn

    ReplyDelete
  14. Salam akak.. sy pon cyst jugak.. sy endometriosis cyst.. sy x kahwin lagi.. mase sy tau ade cyst tu umur sy 21 tahun.. sy g check up sebab sy rasa sakit sgt plus sy mengalami pendarahan x berhenti selama 3 bulan.. takot sgt tgok darah byk.. doc sahkan sy ade cyst 8cm.. n kne operate secepat mgkin kalo x nnt cyst tu mkn ovary sy.. huk huk.. xde pilihan.. terpaksa gak operate.. skang dah setahun 6 bulan sy operate.. sy mula rase sakit balik.. even x period pon rase sakit.. baru baru ni sy try g check up.. dpt kesan ade balik cyst tu.. sepanjang 4 cm.. doc kate kalo besar jugak, terpaksa operation buang terus sekali ngan ovari sebelah kanan.. hancur luluh hati sy rasa.. x kahwin lagi tapi kne buang ovari dh.. ramai ckp daun belalai gajah boleh kecutkan cyst.. skang sy amal kan minom air daun belalai gajah.. semoga Allah sembuhkan sy dan kecutkan cyst sy.. Aaminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh amalkan pemakanan sunnah juga seperti minum air zamzam, makan habbatussauda dan minum madu tulen. Akk rasa setelah akk amalkan semua pmakanan sunnah ni dan kawal pemakanan (elakkan fast food), alhamdulillah akak dah tak ada cyst lagi.. Cuba ye dik. Selamatkan ovari adik tu..

      Delete
    2. awak makan apa cyst awak hilang

      Delete
    3. awak makan apa cyst awak hilang

      Delete
    4. Masa tu x sempat makan apa. Dia pecah sendiri..

      Delete
  15. Cyst mmg hnya boleh detect melalui scan sbb kdg2 cyst tiada tanda.

    http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/makanan-bagus-untuk-kecutkan-cyst-semasa-hamil-dan.html?m=1

    ReplyDelete

Click! Click! Click!