Tuesday, 27 November 2012

8th Honeymoon - Hatyai


Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya dah seminggu juga aku nak update entry ni. Tapi kerana menghormati apa yang sedang berlaku di Gaza, aku tangguhkan dulu. Macam tak patut pulak aku publish entry tentang kegembiraan aku dengan Edy sedangkan nasib rakyat Palestin di sana sangat menyayat hati.

8th honeymoon? Bila pulak 7th? Yang 7th tu aku tak sempat nak update. Masa tu just pergi Port Dickson je, timba pengalaman baru naik jet ski.


7th Honeymoon - Port Dickson, Negeri Sembilan

Honeymoon yang ke-8 ni sangat tak dirancang. Memang aku and Edy jenis bercuti tak boleh plan. Plan je, selalu tak jadi. Niat nak jumpa kawan baik aku, Chak di Kedah akhirnya bertukar percutian ke Hatyai bersama dengan family Chak. Aku tak boleh bayangkan kesyukuran akhirnya dapat pergi ke Thailand, tak kisahlah walau sekadar ke Hatyai. Sebab aku rasa, tanpa ajakan Chak, kami mungkin tak dapat ke sana atas risiko kerja Edy. Tapi rupanya, angan-angan kami ke negara bergajah itu akhirnya jadi kenyataan.

14 November 2012 : Kami bertolak lebih kurang pukul 9 pagi dari Kulai, singgah di Tanjung Malim dan Taiping, kemudian tiba di Ayer Hitam, Kedah pada pukul 9.30 malam.

15 November 2012 : Selepas pekena roti canai dan kopi pekat kat rumah Chak, lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami seramai 6 orang bertolak ke pusat perkhidmatan van / teksi / hotel di Changlun dengan satu kereta. Di situ, kami hire 2 buah teksi dan van pelancong ke Hatyai dengan bayaran sebanyak RM150.  Kat sini juga kita boleh book hotel dan tukar duit Malaysia ke Baht. Tapi depa ambil untung sikitlah. Kalau takut tak dapat hotel bila tiba Hatyai, boleh terus book dari sini. Depa akan ambil untung dalam RM20. Kalau nekad, boleh walk in sahaja sebab kat sana nanti memang banyak pilihan hotel. Kereta kami park di sini dengan bayaran RM5 sehari. Kalau nak park dekat zon bebas cukai (The Zone) pun boleh, tapi bayaran parking dikira per hour. So, agak mahallah kot. Lepas park kereta, kami dengan teksi pass through imigresen Changlun (just duduk dalam teksi je) kemudian menuju ke The Zone. Di The Zone, kami perlu tunggu van untuk ke Hatyai pula. Kalau tak nak naik teksi, boleh drive terus ke The Zone dan park di sini untuk tunggu van. Kalau nak drive terus ke Hatyai pun boleh and pastikan bawa insurans kereta / salinan geran untuk dapat pass kenderaan nanti. But, nasihat aku, kalau korang tak faham bahasa Thailand, tak boleh baca tulisan Thailand and paling penting tak pernah sampai Thailand, better hire van jelah. Selamat sikit.


Chak and family
Di The Zone tunggu van
Tourist Guide kami: Chak!
Chak and family waiting for the van at The Zone
Our van just arrived
Chak with me

Sebelum keluar dari Bukit Kayu Hitam, kami kena turun di sempadan Thailand, Pekan Danok untuk stamp passport. Dekat imigresen sini, kami kena bayar RM1 dekat pegawai Thailand. Kalau tak bayar, diorang tak nak cop. SPRM pun tak boleh kacau depa sebab bukan kawasan Malaysia lagi dah. Korang bayangkanlah kalau satu hari 10 ribu orang yang masuk. Tak ke RM10ribu depa dapat paw. Kalau korang tak nak bayar kan, korang keluarkan duit syiling banyak-banyak. Macam aku buat, aku kira sepuluh sen-sepuluh sen depan pegawai Thailand tu. Mampuih depa tak nak ambik dan suruh jalan je. Paksa lagi aku rasuah ampa, amek kau! Haha.


Stamp!

Dari Pekan Danok ke Hatyai lebih kurang satu jam perjalanan. Chak secara tak langsung jadi pemandu pelancong kami hari itu. Pada pendapat aku, kalau first time datang ke selatan Thailand, better hire orang Thailand yang boleh bercakap bahasa melayu atau English sebab masalah utama dekat sini ialah, orang-orang Hatyai tak tahu berbahasa inggeris langsung. Yang diorang tahu, "Morning-morning, open-open, cheap-cheap." Tapi aku salute pada Chak. Walaupun dah macam ayam dengan itik bila bercakap dengan orang Hatyai, tapi depa paham jugak cakap Chak. Nak tergelak juga kadang-kadang tengok gelagat diorang.


Van Service at Hatyai
Chak cuba tolong cari hotel untuk orang lain. Chak, hang pun tak tau cakap Thai!
Tapi at last, semua orang Thai tu faham arahan Chak. Hebat noooo...

Chak suggest kami stay satu malam di Hotel Lee Garden. Chak kata, hotel ni best, dekat dengan pasar dan satu bangunan dengan shopping complex. Kalau ikutkan, hotel ni dah fully booked. Tapi mungkin berkat doa kami dan solat hajat Chak sebelum bertolak, kami dapat juga 2 bilik. Just walk in. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Satu bilik charge 1300 Baht atau lebih kurang RM130. Ni hotel 5 star kat sana. Murah kan? Kalau hotel macam Seri Malaysia tu dapat dalam 500-700 Baht atau dalam RM50-70 je. Memang berbaloi. Tapi korang janganlah expect 5 star diorang macam 5 star kat Malaysia ye.


Depan Lee Gardens Plaza Hotel
Check in
Dalam lift pun sempat

Ada satu fakta yang menarik tentang Hotel Lee Garden ni. Hotel ni pernah kena bom dulu. Boleh baca dekat sini. Chak bagi tahu aku lepas kami check in. Bulat mata aku and Edy dengar. Tapi ada source yang menafikan itu disebabkan bom, and sebenarnya berpunca dari kebocoran pada pipeline dalam hotel tu. Tak tahulah kalu penafian tu dibuat untuk tak takutkan pelancong. Waima apa pun, kami tetap kecut perut. Tawakal a'lallah!


Bomb scanner. Haha!

Lepas check in, kami turun semula sebab diorang tak siap lagi buat cleaning services. Kami pergi cari kedai makan Muslim. Chak ingatkan kami supaya berhati-hati bila memilih makanan di Hatyai sebab bukan kesemuanya halal termasuklah McD, KFC, dan makanan di hotel sekalipun. Sebenarnya tak susah nak cari makanan halal di sini. Sekitar hotel, banyak juga kedai-kedai makan. Ada juga penjaja jalanan. Terpulang mahu yang macam mana. Kami survey 2 buah restoran Muslim berhampiran hotel. At last, kami makan di Restoran Salma. Makan untuk 6 orang lebih kurang 1000++ Baht.


Berlakon je ni
Survey kat kedai Hamid Restaurant. Mahal. Tak jadi.
Kat Salma Restaurant. Ok, murah.
Semua ni lebih kurang 1000 Baht. Chak kata mahal. Tah, aku lapo telan je.

Lepas makan, kami naik semula bilik, solat jamak qasar dan rehat dalam 1 jam. Lepas tu, around 4.30 p.m. bersamaan dengan 5.30 petang di Malaysia, kami turun dan dapatkan tuk-tuk untuk ke Chang Puak Camp dan Night Market. Mengikut Chak, nak dapatkan tuk-tuk ni pun kena pandai tawar-menawar. Kalau boleh, kita cari yang paling murah. Tak kiralah beza 100 Baht pun kena berkira juga. Kalau tak, memang sajelah kena ketuk dengan orang tuk-tuk ni.

Double bed. "Do not move the matress. Fine 500 Baht". Tapi aku move jugak and cantum dua.
Nak check out, aku betulkan balik. Tak kena fine pun :)
Nampak bersih tapi bau semacam. Errr....
Pemandangan bandar Hatyai dari bilik. Tu mak Chak.
Selepas survey beberapa buah tuk-tuk, akhirnya kami dapat tawaran terendah untuk kedua-dua tempat tu dengan tambang pergi balik satu tuk-tuk, 400 Baht termasuk servis menunggu oeh driver tuk-tuk.


Tuk-tuk
Rule kat sini, orang depan wajib pakai helmet. Orang belakang tak pakai pun tak pe janji kepala keras. Haha

Pengalaman baru yang tak mungkin aku lupakan ialah di Chang Puak Camp. 'Chang' ni istilah untuk Gajah. Nak tunggang gajah, silalah datang ke sini. Kami pergi dah lewat. Tak dapat nak tengok persembahan gajah. Mula-mula datang ke situ tak terfikir pun nak naik gajah tu memandangkan bayaran untuk seorang 500 Baht. Kalau dua orang dah 1000 Baht (Korang tolak satu kosong, dapatlah anggaran duit Malaysia. 1000 Baht lebih kurang RM100). Tapi bila fikir tah bila kitorang dapat naik gajah ni, so pejam mata jelah bayar 500 Baht tu. Kalau nak tunggu kat Malaysia, gamaknya dapat tengok gajah-gajah ni kat zoo je lah.


Nampak macam pengantin baru tak? Sila muntah.
Yang lelaki tu driver tuk-tuk kami.
Gajah bermesra. Tak liar. Serius.
Lalu hutan belantara. Chewah.
Lalu kampung orang asli, kot.
Ni perkampungan orang asli Thai, kot.
Kamilah raja dan ratu bergajah. Sawadikappp!
Anggun dan kacak. Sila muntah lagi.
"Amboi. Excited kemain ko ye.." monolog si gajah.
Memang adventure!

Sumpah aku and Edy tak menyesal langsung kena keluar 1000 Baht untuk dua orang semata-mata nak naik gajah tu. Pengalaman yang kami dapat, masya-Allah memang sangat indah. Selain dapat naik haiwan terbesar di darat ni, kami juga dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah. Terlalu sebak perasaan waktu tu. Cuma awalnya, gajah yang kami naik ni macam tak nak bagi kerjasama. Asyik kerja berhenti nak makan je. Lepas tu, orang Thai yang pandu gajah tu buat gaya perut buncit sambil tunjuk gajah tu. Beberapa kali dia buat barulah aku faham yang gajah kami naiki tu bunting! Alahai, kesian sungguh. Rasa tak sampai hati terpaksa membebankan si ibu gajah. Patutlah asyik nak makan je. Habis semua pokok dihambat dengan belalai. Lepas 3/4 perjalanan yang asyik makan tu je, tiba-tiba gajah kami berhenti. Senyap. Lepas tu, plushhhhh. Dia berak pulak dah. Tergelak kami masa tu. Memang sangat lucu.

Selepas setengah jam meronda bersama ibu gajah, kami turun di tempat yang sama kami naik tadi. Pekerja di situ sudah menanti dengan gambar-gambar kami beserta hidangan buah tembikai potong dan air sejuk. Satu frame gambar bersama gajah berharga 200 Baht. Uniknya frame ini ialah ia diperbuat daripada tahi gajah yang diproses. Mana lagi nak dapat frame dari tahi kat Malaysia kan? So, better beli. Tak rugi.


Sila cuci tangan dulu pada sapa yang dah pegang gajah!
Kami berenam dah selamat bergajah!

Pulang dari Chang Puak Camp, kami menaiki tuk-tuk yang sama ke Night Market. Sampai di sini, kami kena bayar 400 Baht untuk tambang pergi dua tempat tadi sebab driver tuk-tuk tu takkan tunggu kita bershopping di situ. Night Market kat sini macam syurga membeli-belah pada yang suka membeli secara online. Memang sama macam jualan online di Malaysia dengan harga yang jauh lebih rendah. Memang juling biji mata kalau nak shopping kat sini sebab terlalu banyak pilihan. Siapa yang nak memborong tu, memang tak rugi berbelanja kat sini. Aku tak ingat apa yang aku beli kat Night Market ni sebab aku jadi pening dengan pilihan yang terlalu banyak. Sudahnya, aku menyesal sebab kat market lain takkan dapat barang secantik dan semurah itu. So, kalau korang sampai kat Night Market ni, berbelanjalah dengan bijak. Tawar-menawarlah selagi boleh walaupun korang rasa harga yang dia letak tu dah cukup murah.


Night Market
Salah satu kedai kat situ
Dah penat berjalan, moh makan pulok.
Aku makan bubur Thai 35 Baht dan air laici 25 Baht

Lepas penat berjalan kat Night Market, kami balik semula ke hotel dengan tambang tuk-tuk 20 Baht seorang. Sampai je tepi hotel, kami surprised sebab tepi-tepi jalan sangat meriah dengan night market juga. Kami cuci mata beli goodies. Murah-murah. Tak habis 500 Baht pun.




Then, semua orang rasa penat. Chak cadangkan kami pergi Thai Massage. Urut satu badan cuma 200 Baht atau lebih kurang RM20 untuk satu jam. Aku sebenarnya seram juga dengar nak pergi mengurut ni. Lagilah Thailand ni memang terkenal dengan pela***an. Aku takut termasuk tempat yang tak sepatutnya. Kebetulan pekerja kat salah satu tempat mengurut tu boleh berbahasa inggeris rojak, senanglah aku nak tanya urut di mana, dalam bilik ke, kena buka baju ke, siapa yang urut. Bersungguh-sungguh dia jawab, "Close, close. Wear cloth. Lady massage.." Pahamlah aku urut kat tempat tertutup (tempat terbuka pun ada) and berbaju. Dari segi aurat, insyaAllah tak ada masalah. Kami berlima bermassage kecualilah Edy. Aku tak rela izinkan dia masuk tempat urut tu. Haha.


Chak cuba minta penerangan
Tempat mengurut. Ada satu lagi bilik untuk oil massage. 

Lepas satu jam urut, maka sesi berjalan dan mencuci mata disambung lagi. Best tak urut? Hm.. Kalau korang jenis badan yang dah pernah kena urut dengan mak bidan, pada aku, Thai Massage ni rasa geli-geli je. Serious aku rasa tak puas. Macam tak kena je dia urut. Power lagi tukang urut kat Malaysia, kot. Tapi, manalah nak dapat dengan harga RM20 untuk satu jam kat sini kan? Paling command pun, mestilah RM50. So, tak yahlah nak demand sangat Nadia oiii....

16 November 2012 : Lepas solat subuh, aku bersemangat nak turun swimming. Tapi plan tak jadi sebab baju yang kitorang bawak limited. Kitorang just turun breakfast. Chak kata, kalau nak makan kat hotel, just makan roti-roti je. Sebab takut daging dan ayam kat situ tak halal. Kalau Chak tak ada, sumpah aku dah belasah semua makanan tu sebab tak tahu punya pasal.


Tak kenyang den makan roti jo

Lepas breakfast, kami berjalan lagi ke pasar. Naik tuk-tuk dengan tambang 20 Baht seorang. Pasar yang kami pergi ni ala-ala kat Padang Besar je. Tak ada apa sangat kot kalau nak dibandingkan dengan Night Market malam tadi. Harga kat pasar ni pun mahal sikit. Aku memang ralat sangat tak membeli semalam. So, terpaksalah keluar duit lebih sikit beli baju-baju kat sini. Baju dia lawa-lawa dan murah-murah. Adalah 2-3 helai aku beli untuk diri sendiri. Tapi, tak muat bila aku try kat hotel. Aduh...

Kami check out pukul 12 tengah hari (bersamaan pukul 1 petang di Malaysia). Rehat kejap di lobby hotel sementara tunggu pukul 2 petang.


Kat lobby ada wifi
Edy kepenatan!

Lepas tu, kami ambil tuk-tuk ke Floating Market. Sampai Hatyai, wajib ke sini. Floating Market cuma buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari Jumaat pun start buka pukul 2.30 petang (waktu Thai) sebab depa ni lepaskan solat Jumaat dulu. Ruang solat pun ada disediakan. Sampai kat sini, tak ada masalah nak cari makanan halal sebab yang jual semua Muslim dan faham bahasa Melayu juga. Semua makanan sedap, murah-murah dan unik. Kosongkan perut bila datang sini dan sila cuba semua makanan ye!


Surau
Basikal ni bila kayuh boleh pump out air

Muka lapar
Edy tunggu pasar penuh
Sedap dan murah-murah
Cara jual beli
Makanan di'pass' guna bakul
Air dalam bekas tanah liat. 20-25 Baht sahaja
Semua yang aku beli ni 100 Baht. Murah kan?
Ikan keli bakar ni 25 Baht. Sedap sangat!
Bergaya kejap
Pandangan floating market dari atas

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga sesi berjalan-jalan di Hatyai. Banyak lagi tempat best yang kami tak sempat nak pergi sebab cuma semalaman sahaja ke sana. Tapi kami bersyukur sebab diberi kesempatan juga sampai ke Hatyai dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Kami balik semula ke Malaysia lebih kurang pukul 5.30 petang waktu Malaysia.


Penat tapi happy!
Edy dah buka kasut dah.

Terima kasih buat sahabat karib Chak yang entertain aku dan Edy sebaiknya. Inilah honeymoon yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Aku sayang hang dunia akhirat :)


I lap u Chak!


(Entry aku ni dah rupa karangan budak sekolah - 'Sila ceritakan pengalaman cuti sekolah anda') Kan?

7 comments:

  1. Waaa..best nyer..Min yang dok kat UUM 3 tahun+dok kat Jitra skrg ni pun tak berkesempatan lagi ke sana..Hati mmg teringin, tapi ssh beno nak pujuk incik somi...alahai, bila la min leh sampai sana...Hurmm, teringat rumate min masa UUM dulu ada pi hatyai secara seludup (menaiki motor kwn UUM berwarganegara Thai), badan dia agak besar, dia kata ssh nak cari baju saiz dia kat sana, maka terpaksa la dia beli baju utk org pregnent...

    ReplyDelete
  2. Min, semakin dekat memang semakin tak sempatlah nak pergi. Saya lepas hidup 25 tahun baru sempat g singapore (tahun lps). Tu pun mujur ada rombongan. Ni legoland sekangkang kera pun tak sampai lagi. Org jauh2 semua dah spi.. Haha..

    Pasal baju tu, saya mmg silap sangat tak cuba dulu. Yela, org Thai kan comel2 badan depa. Tu yg beli semua x muat n nmpak pelik semacam je saya pki. Klu thu, mmg beli bju preggy je. Lawa2 jugak.. Huhu. Nnt klu min pergi, saya kirim ye :P

    ReplyDelete
  3. Nadya..okey apa karangan Nadya ni.Santai jer membacanya.Yang paling best banyak info boleh dapat kat sini.Nak tanya sikit boleh?Nad dah 8 tahun kawin ke?Nampak macam baru kawin jer korang suami isteri, masih romantik lagi.

    Kak yana tak pernah sampai ke Thailand lagi walaupun asben org Kedah.Kalau ada pun time bujang dulu masa ikut officemate balik kg dia kat Kelantan.Just langkah sungai jer (naik bot ye ;p) dah sampai Thailand.Kat situ adalah pasar kecik utk beli baju-baju tapi harga memang cheaper than Malaysia (mcm yg Nad cerita kat atas tu).

    Bila baca cerita honeymoon Nad ni membuatkan hati ni rasa macam nak ke sana tapi entah bila.Kak yana doakan kebahagiaan Nad dan suami akan kekal hingga ke akhir hayat dan cepat2 dikurniakan anak yang comel.Jangan putus berdoa ye (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak yana, nadia baru 3 tahun kahwin la.. Haha..
      Tq kak doakan nadia. Terharu dengan comment k. Yana ni. Akk tak boleh berjalan dulu skrg. Tgh pantang lagi kan? Nanti Izz dah besar sikit, bolehlah K.Yana berjalan sakan :)

      Delete
  4. Pasar yg mcm kt padang besar tu apa nama dia? Boleh specify? Thank you. Menarik pengalaman puan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar tu kami sebut market je pada tuk tuk... dia terus bawa ke situ. Kalau night market tu nk specific, sebuy greenway night market...

      Delete
  5. Pengalaman yg menarik, thank kerana sudi share

    ReplyDelete

Click! Click! Click!