Saturday, 10 November 2012

Update check up

 
Assalammualaikum w.b.t
 

Sebelum aku teruskan dengan kisah check up kedua bersama Doktor Hafetz, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada korang yang sudi membaca dan cukup memberi sokongan dan doa dalam entry yang lalu. Rasa terharu bila menerima kata-kata semangat dari kalian. Kerana sokongan yang diberi, aku terdorong untuk teruskan check up kedua walaupun sebenarnya check up kali pertama hari tu sudah pun ada jawapannya...

29 Oktober 2012 : Check up pertama aku dengan Doktor Hafetz. Sebenarnya, bukanlah aku sengaja tak nak pilih doktor perempuan, tapi waktu tu aku terlalu desperate mencari pakar. Aku jadi buntu. Aku tak nak kehilangan ovari aku. Aku tak nak sebarang kesilapan dalam membuat keputusan. Aku masih mahu mengandung. Dan aku sekadar mahukan yang terbaik. Bila seorang kawan cadangkan nama Doktor Hafetz, aku tak fikir panjang. Aku terus set appoinment petang tu.


Klinik Doktor Hafetz
 
2 jam penantian berlalu begitu cepat. Bila nama aku dipanggil, aku terus masuk ke dalam bilik Doktor Hafetz. Aku ceritakan serba ringkas tentang masalah aku. Dan aku tunjukkan juga gambar scan dari Klinik Elizabeth.

Doktor Hafetz dibantu oleh seorang staf wanita, terus memeriksa aku. Aku baru lepas ke tandas, jadi pundi kencing aku tak penuh. Waktu scan tu terpaksalah doktor tekan-tekan abdomen aku supaya imej nampak lebih jelas. Beberapa kali juga Doktor Hafetz scan. Dari kiri, tengah, kanan, lepas tu ke kiri balik. Doktor Hafetz berkerut. Aku pandang Edy, muka Edy rungsing. Aku berdoa dalam hati agar keadaan tak begitu teruk.

Lepas scan dalam beberapa minit, tiba-tiba Doktor Hafetz menggeleng kepala sambil beritahu, "Tak ada pun cyst.."

Aku tercengang! Tak terkata. Aku pandang Edy. Edy terus raup muka sambil ucap alhamdulillah. Muka Edy terus berubah, gembira! Edy sujud syukur.

Macam satu mimpi. Baru semalam aku didiagnos dengan ovarian cyst. Tiba-tiba hari ini 'ia' sudah lenyap. Doktor Hafetz kata memang dah tak ada. Kemungkinan besar; burst.

Aku teringat kejadian pagi tu, lebih kurang pukul 8.30, aku rasa sakit perut sebelah kiri yang teramat. Mungkinkah sakit yang aku rasa tu akibat burst? Wallahua'lam. Apa yang terjadi pasti dalam kuasa-Nya.

Dalam rasa yang amat bersyukur itu, aku tak nak terlalu teruja. Aku cukup trauma dengan perkataan cyst. Aku bersyukur cyst itu ada dan membesar tanpa aku sedari. Kemudian bila aku tahu, sehari sahaja dia sudah 'pergi'. Mungkin inilah yang dikatakan kuasa doa. Selain doa diri sendiri yang hampir mengalah mulanya, doa dari Edy; suami yang sentiasa menjadi tulang belakang aku, mak, Kak Leha, angah dan abang Shahperi di Mekah telah dimakbulkan-Nya.

Doktor Hafetz bekalkan aku dengan ubat antibiotik untuk seminggu. Bimbang jika berlaku jangkitan akibat cyst yang telah pecah itu. Aku diminta datang lagi seminggu untuk tengok perkembangan ovari aku.

Antibiotic
 
Selain ubat dari hospital, aku cuba cari supplement lain untuk atasi masalah cyst. Puas aku google, aku rasa Shaklee yang terbaik. Aku terus order dari Aishah. Ada 5 jenis kesemuanya. Nanti aku update tetang kesemua supplement ni ye.

6 November 2012 - A week later, aku follow up check up dengan Doktor Hafetz. Minggu terakhir sekolah yang sangat sibuk. Aku masih menanda kertas 2 Kimia. Minggu ni juga aku jadi pengawas peperiksaan STPM Baharu. Tak terkejar dua belah tangan nak siapkan semua dalam satu masa. Nyaris juga aku tak mahu pergi check up sebab fikirkan kerja yang menimbun. Lebih kurang pukul 4.45 petang, aku sampai di hospital, drop patient card di Klinik Dr. Hafetz dan terus ke Marrybrown di level yang sama untuk makan dan sambung menanda! Satu jam aku khusyuk menanda. Edy pula tolong kirakan total markah. Bila sedar masa, aku bergegas semula ke klinik, takut nama aku dipanggil. Tapi sangkaan aku meleset. 1 jam lagi aku perlu menunggu.

Sampai turn aku, kurang 10 minit lagi nak masuk waktu maghrib. Doktor Hafetz mahu solat. Jadi, aku dan Edy terus turun ke surau yang betul-betul di bawah klinik untuk menunggu maghrib. Selepas maghrib, aku naik semula. 10 minit kemudian, nama aku dipanggil.

Seperti biasa, aku discan. Doktor Hafetz confirmkan semula cyst aku memang betul-betul dah tak ada. Doktor Hafetz tunjukkan ovari sebelah kiri aku. Nampak ada satu bulatan kecil, around 1.9 cm. Aku tanya, itu cyst ke?

"I think, this one is your egg. If it is a cyst, its normal (size). Majoriti semua (perempuan) ada cyst about this size.."

Ish.. Aku kalau boleh tak mahu dah dengar perkataan cyst tu. Bila kami kira-kira semula, memang aku dah CD 11 time tu. So Doktor Hafetz kata, kemungkinan besar egg. Aku tak dapat copy print scan tu. Mulut aku jadi bisu bila Doktor Hafetz tak print untuk aku and just clip dalam fail je. Kami keluar dari hospital lebih kurang pukul 7.45 malam.

Sampai je rumah, aku jadi burung hantu and sambung menanda esei Kimia. Tidur sekejap dalam 2 jam dan bangun semula pukul 3 pagi. 5 pagi, aku siap menanda dan siap online dalam SAPS. Hoyeeeh!
 
Tugas!
 
Esok petang, aku baru teringat 'bulatan' cantik dalam ovari aku tu. Aku terbayang-bayang, ovum tu mesti tengah tunggu matang untuk dilepaskan dari follicle. Aku siap bayangkan, ovum aku warna kuning keemas-emasan, besar, kejernih-jernihan. Macam-macam dah aku berangan. Tapi aku takut juga kalau bukan ovum. Aku cepat-cepat cari OPK, dan test air kencing. Double line! Alhamdulillah, syukur aku masih boleh berovulasi. Rasanya memang confirmlah semalam yang kami nampak tu ialah telur (ovum). InsyaAllah semuanya sudah beransur pulih. Pengalaman ada ovarian cyst ini memang sangat menakutkan bagi aku tapi telah banyak juga mengajar aku erti kasih sayang, sabar, dan redha dalam menerima ujian-Nya. Syukur, kini 'ia' telah tiada...

Terima kasih sekali lagi pada kalian yang sudi mendoakan aku. Aku tak mampu nak kata apa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan korang dalam mendoakan aku. Sekali lagi, terima kasih juga kerana sudi membaca and drop comment dalam blog percisan ini.

24 comments:

  1. ma ummi jumpa doc hafetz ea?mula2 nak jumpa madam lim,tapi friday the whole day dia buat op, nak jumpa doc hafetz segan sebab sesama melayu n islam so hubby suh refer doc mohan,mgkn satu hari nanti kita akan terserempak masa treatment.chenta doakan yang baik2 buat ma ummi moga semuanya dipermudahkan oleh NYA. Kun Fa Ya Kun

    ReplyDelete
  2. La ye ke chenta kat situ juga? Klu x dah bole jumpa kan kita. Saya sebenarnya pun malu juga dengan Dr lelaki ni. Rsanya tu last kot saya ke situ. Lps ni saya dengan doktor yg treat saya dulu. Dr perempuan. Hihi. InsyaAllah chenta, ada rezeki buat kita nnt. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ma ummi mmg malu pun, tp masa tu dh smpi situ kan...doc yg spttnya chenta refer bt op plak. Insyaallah x jumpa kt hosp kita leh jumpa kt luar..chenta dok tgu date nak bt lapo n thyroid surgery moga semuanya dipermudahkan amin.

      Delete
    2. InsyaAllah chenta. Kot2 ada rezeki kita jumpa kat luar. Kot2 rezeki jumpa kat labour room, dua2 dah sarat nak bersalin (Amin3x).. Mana tahu kan?

      Delete
    3. aamiin..tu la saat yang dinantikan :)

      Delete
  3. Alhamdullilah Ummi. Kami semua akan ternanti2 khabar gembira adik bidadari syurga pula.Aaminn...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah. Sama-sama kita meraih rezeki tu nanti ye cik mie...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.syukur sgt ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....
    Besar sggh kuasa Allah s.w.t kan..
    Smg ada berita gembira slps ini... :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah..kan betul saya kata..jgn riso..insyallah xde apa2...
    be positive:)
    mudah2an ada rezeki cycle kali ni ya..aminnn..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much mag. InsyaAllah untuk kita semua. Amin :)

      Delete
  8. Lama tak jengah blog Nadya.Alhamdulillah cyst dah pergi jauh.Mudah-mudahan lepas ni rahim tu terisi dengan baby pula.Kak yana doakan utk Nad okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.. Tq kak yana for your du'a. :))

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Semoga umi najla mendapat berita gembira yg dinantikan..alhamdulillah cyst dah takde..be strong umi najla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah myra.. Saya berakhir kgembiraan buat kami akn muncul jua..

      Delete
  11. Nad, dulu pun Fa ada cyst.masa tu mmg belum pregnant la, tengah berusaha..masa tu Fa punya cyst dalam 3.1cm. Agak besar jugak la kan.. Tapi lepas bersalin dah takde..Tak pasti sebab apa.. Nad jangan risau,cyst eventually, in shaa Allah akan hilang sendiri..kalau pun tak hilang, ia takkan menjejaskan peluang untuk ptegnant. In Shaa Allah, percaya pada keajaibanNya.
    Kalau isteri nabi Zakaria yang dikatakan mandul itu boleh melahirkan denganizinNya, tak mustahil giliran Nad pula nanti.. :-) inshaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat surah maryam ayat 1-6.. Nad pun percaya pada setiap keajaiban yang diatur Allah dalam hidup Nad. InsyaAllah, nad akan mengandung semula debgan hendak-Nya. Thanks Fa atas doa dan sokongan yg tak pernah putus :)

      Delete
  12. Alhmdllh hari ni baru boleh jenguk blog nadia,syukur Tuhan lepaskan sekejap ujian itu pn kt kene syukur,insyallah nnt Najla dpt adik lak..sama2 kt doa yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ziera..InsyaAllah dengan berkat kesabaran kami.. Amin..

      Delete
  13. Syukur Alhamdulillah..sama ngan Min la...Min pun baru2 ni chek doktor R kata takde pun endometriosis, padahal dalam 2-3 bulan lepas doktor J kata ada cyst, siap rahim bengkak lagi..dua kali chek dgn Dr.J, dua kali gak dia ckp cmtu, tapi bila baru2 ni min chek kat Dr.R, Dr.R kata takde pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan min.. Sebenarnya dalam part ni, kita kena dapatkan 2nd opinion jugak. Kita tak boleh terus akur dengan 1st opinion sebab doktor pun manusia juga. Ada khilafnnya. Moga kita dijauhkan daripada penyakit sebegini. Takut dgr..

      Delete

Click! Click! Click!