Monday, 31 December 2012

Budget Trip to Bukit Tinggi

(Back-dated update)


Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah, telah selamat pergi dan kembali dari percutian ke Bukit Tinggi. Ramai jugalah tanya aku, Bukit Tinggi ni kat mana. Actually, sebelum aku google pasal Bukit Tinggi ni pun, aku tak tahu kat mana. Rupanya dekat Pahang, nearly to KL (about 30 minutes), kena exit Lebuhraya Karak. Known as Colmar Tropicale A French-Theme Resort Berjaya Hill. Satu-satunya Eropah yang ada di Malaysia.

Aku jumpa penginapan yang agak murah dan selesa untuk kami; Nora Lodge. Aku just google. Then, aku terus call Puan Nora. To be surprise, satu bilik just RM90. BUT, BUT, BUT bilik air and toilet dia kat luar ok. Mula-mula tu aku memang tak dapat imagine. Macam-macam soalan dalam kepala. Macam manalah rupa bilik air kat luar tu? Macam mana keadaannya bila nak mandi? Kami perlu share bilik air yang sama dengan orang lain yang menginap situ jugak ke? Tempatnya open tak? Selesa ke? Tak ada orang ngendap ke? Haha!

21 Disember 2012 : Bertolak dari Kulai lebih kurang pukul 10 pagi, just singgah dekat Machap untuk lunch dan R&R Genting Sempah untuk isi minyak. Kami sampai di Nora Lodge lebih kurang pukul 3 petang. Macam mana nak ke Nora Lodge?

Dari KL, ambil susur keluar ke Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort. Lepas Pondok Pengawal yang pertama, ada simpang 3, ambil sebelah kanan, jangan masuk kiri nanti tak jumpa pula Nora Lodge ni.
Naik lebih kurang 10-15 minit, dalam beberapa kilometer je dari bawah. Then, kena alert dengan signboard sebelah kanan jalan yang ada tulis ORCHARD LOT FOR SALE.  Sebelah signboard tu ada satu papan tanda kecil tulis DUSUN NORA.  Masuk ke jalan tu which just jalan tanah merah yang diturap dengan batu kerikil. Dalam tu nanti akan ada beberapa signboard kecil yang tulis DUSUN NORA. Just follow je signboard tu. Bawa slow je. Dalam beberapa kilometer nanti akan nampak ada dua tiga banglo besar. Terus lagi sampailah jumpa satu simpang Y (sebelah kiri ke atas, ada divider sikit dan sebelah kanan turun ke bawah), ambil yang sebelah kanan yang nampak curam tu. Kalau rasa gayat kat tempat tinggi, eloklah tak perlu drive ke sini sebab sepanjang jalan ke Dusun Nora memang akan lalu tebing yang curam, but seronok tau. Adventure! Lepas tu nanti, korang akan akan nampak satu kawasan berpagar, dan benda pertama yang korang nampak lepas pagar tu ialah reban ayam. Itulah Dusun Nora. Percayalah cakap aku, kalau korang ni pencinta alam, perasaan kali pertama sampai Dusun Nora ni memang amazing! Tak boleh describe dengan kata-kata.


Source: mohdnorheliza.blogspot.com

Bila park je kereta, ada seorang lelaki Indonesia yang kami panggil Wak sambut kami. Masa aku sampai, aku rasa macam nak pitam bila tengok tebing curam. Sampaikan aku terlupa nak hayati pemandangan yang cantik kat situ. Kemudian, aku terus ikut Wak untuk tengok bilik kami. Edy, adik aku, dan anak-anak buah aku pula dok ralit bergambar kat tepi-tepi tebing. Aku ni dok terjerit-jeritlah takut diorang terjatuh. Memang gaya mak-mak betul aku ni. Park kereta tadi kat bawah, then bilik kami tu kat atas bukit sikit. Masa aku naik tangga nak tengok bilik kitorang tu, barulah aku sedar betapa cantiknya pemandangan dekat situ. Then, bila sampai je kat bilik kami, aku terus terjerit syukur. Ya Allah, memang menepati citarasa aku. Aku terus terlupa rasa nak pitam tadi and terus jerit panggil diorang yang kat bawah supaya naik cepat. Pemandangan kat atas dengan bilik yang agak klasik memang sangat cantik. Bila semua dah sampai, semua macam tak sangka and terasa seperti mahu menagis tengok keindahan alam ciptaan Allah itu. Perasaan kami bukanlah dibuat-buat. Memang kami rasa benar-benar teruja. Dan sehingga saat aku karang entry ini pun, perasaan teruja itu masih membara lagi. Aku tak boleh nak lupakan macam mana muka adik aku dan anak-anak buah aku yang asyik cakap, "Eh, cantiknya!", "Ya Allah, cantiknya!", "Eh, tengok ni!", "Eh, tengok tu!". Semuanya serba ber'eh-eh', macam tak pernah jumpa seumur hidup.


Salleh
Edy
Lukisan Allah

Buah lemon

Lepas sakan bergambar, kami dijamu dengan minuman panas oleh Wak. Puan Nora belum tiba lagi masa ni. Kebetulan pula aku bawak satu beg stok makanan like mi segera, biskut, milo 3 in 1, nestum, teh tarik 3 in 1, roti, sardin and macam-macam lagi, jadi kami yang sememangnya lapar, makan semua tu sampai kekenyangan. Lepas makan, Wak jamu kami dengan durian Musang King. 4 biji cuma RM10 je. Kami habiskan 3 biji. Lepas tu, kami ralit main congkak dengan jengga sementara nak tunggu pukul 6 petang. Wak kata, lepas pukul 6 petang, masuk ke Colmar Tropicale tu free. Kalau sebelum kul 6 petang, kena bayar RM12 seorang.


Bilik pertama
Bilik ke-2
Toilet & bathroom
Jengga
Musang King
Yummy!

Kami just ke Colmar Tropicale yang ada hotel ala-ala Perancis tu. Nak ke Japanese Tea House masa tu dah lewat sangat dan dah nak tutup. Rate harga hotel kat sini bolehlah tahan. Untuk berhoneymoon seronoklah juga, dengan cuaca yang agak sejuk kat atas tu.




Colmar Tropicale

Again

Kakak, aku and wawa

Colmar Tropicale's Hotel

Turun dari Colmar Tropicale, kami pulang semula ke Dusun Nora. Lepas solat jamak qasar, kami siap sedia untuk berBBQ pula. Untuk set dan bahan BBQ, kami just order dengan Puan Nora. Kami ambil set yang paling ringkas; ayam, daging, ikan, jagung, dan hotdog. Puan Nora charge RM15 satu kepala. Banyak jugalah yang dibelikan Puan Nora untuk kami. Kami siap boleh jamu Wak dengan iserinya, Agus (si pekerja di situ juga), dan satu keluarga dari Terengganu yang baru tiba lewat petang tadi. Memang kekenyangan kami malam tu. Lepas puas makan, kami berkaraoke pulak. 1 jam RM15. Aku just dengar jelah adik aku dengan 2 anak buah aku tu menyanyi. Aku nak menyanyi takut dah rupa si katak memanggil hujan pula kan.




Lewat 11 malam, semua masuk tidur. Simpan tenaga untuk satu hari suntuk berjalan esok nanti.

Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga, gigi terketar-ketar, rasa sejuk yang mencengkam. Chalet yang kami sewa ini cumalah ada kipas angin duduk tu sahaja. Tapi cuaca dingin di Bukit Tinggi masya-Allah, seperti suhu 16 darjah celcius. Aku paksa diri untuk tidur. Nak ke bilik air takut pula sebab di luar. Dalam tak sedar, hari makin siang.

Kami bersarapan nasi goreng dan mi goreng sahaja. Dengan bayaran RM90 sebilik, don't expect korang nak dapat set buffet ye. Syukurlah sekadar dapat mengenyangkan perut yang lapar tu.

Kami bersiap-siap untuk ke Comar Tropicale sekali lagi. Kali ini, janji temu bersama kakak aku, Anim dari Pahang. Selepas melunaskan segala bayaran, kami terus meninggalkan Nora Lodge.

Sampai di atas, kami kena bayar RM12 seorang di pondok pengawal untuk dapat tiket masuk. Sekali lagi kami ke kawasan hotel ala perancis itu. Selepas lebih kurang 1/2 jam, kami menunggu shuttle untuk naik ke Japanese Tea House. Sebenarnya, kalau bukan peak hour, korang boleh drive sampai ke Japanese Tea House. Tapi, kalau parking kat atas tu dah penuh, guard tak akan bagi naik. So, kena naik shuttle juga. Shuttle ni sentiasa ada. Just tunggu, beratur dan naik.

Sampai di tempat turun shuttle di atas tu nanti, kenalah mendaki bukit dan tangga. Masa ni, bersusah payah jugaklah abang ipar aku, Abang Lan memikul stroller. Peluh-peluh jugaklah nak sampai ke Japanese Tea House tu. Aku memang berkobar-kobar nak sampai cepat. Sebab target aku, nak cuba pakaian tradisi Jepun, Kimono!

Sewa sehelai baju Kimono ialah RM20 seorang. Kebetulan masa tu agak ramai jugalah orang dengan jumlah baju yang limited, jadi kami diberi pakai cuma selama 20 minit. So, bersakanlah kami bergambar di sekitar kawasan Rumah Jepun tu. Pesanan aku, sila pakai kasut ye kalau nak bergambar kat luar, sebab kami dok ralit bergambar sampai lupa nak pakai kasut. Kawasan Rumah Jepun ni agak kotorlah juga tak terjaga. Berlumut bagai. Lepas bergambar tu, kaki aku gatal-gatal sangat. Confirm dah kena jangkitan kuman. Menggaru jelah aku waktu tu.






Lepas bergambar, kami turun ke satu kedai souvenir yang ada jual ice cream Tropicana, RM2 satu. Rata-rata pengunjung semua beli ice cream tu sebab tu jelah yang agak murah kat atas tu, kot. Tapi souvenir dia boleh tahanlah. Tak adalah mahal sangat. Aku beli dua tiga packet juga. Satu packet dalam tu ada 3 item, RM9.90. Ok, kot.

Turun dari Japanese Tea House, kami naik semula shuttle ke Colmar Tropicale. Kakak aku Anim ada bawa makanan; ikan patin masak lemak, ayam, ikan goreng, sayur dan macam-macam lagilah. So, kitorang drive kereta and cari kawasan yang agak lapang sikit. Lepas tu apalagi, bentang tikar dan picnic! Alhamdulillah :).







Last destination yang kitorang pergi kat Bukit Tinggi ialah Rabbit Park. Rabbit Park ni kalau nak pergi, kena keluar dari pondok pengawal Colmar Tropicale tu. Nak pergi naik shuttle boleh tapi nak tunggu shuttle semula, about 1 hour jugalah. Tak sesuai kot kalau bawa budak kecil nak tunggu selama itu. So, nasihat aku, habiskan dulu jalan-jalan kat Colmar Tropicale and Japanese Tea House, boleh juga kalau nak cuba flying fox tertinggi di Asia Tenggara dan aktiviti lain yang ada. Lepas dah puas jalan-jalan kat atas tu, barulah keluar dari Colmar Tropicale. Bukan apa, sekali masuk Colmar Tropicale tu kena bayar RM12 seorang. So, rugilah kot kalau tak jalan puas-puas atas sana.

Bayaran masuk ke Rabbit Park ialah RM3 seorang. Kat sini, bolehlah kalau nak pegang rusa dengan arnab. Aku mention pegang sebab memang boleh pegang tau. Nak peluk pun boleh kalau mahu. Nak tunggang keldai pun boleh juga tapi untuk kanak-kanak jelah. Kalau ornag tua, bolehlah cuba Horse Riding. Horse Riding bukan dekat dalam kawasan Rabbit Park ni, kena keluar sikit and drive lagi ke puncak, barulah jumpa kawasan Horse Riding. Bayaran aku tak tahu berapa sebab tak sempat nak pergi waktu tu. Kami keluar dari Rabbit Park lebih kurang pukul 6 petang dan terus bergerak pulang.





Macam tulah cerita pengalaman kami bercuti ke Bukit Tinggi untuk 2 hari 1 malam. Pengalaman bercuti di sini memang sangat menyeronokkan. Cubalah datang ke Bukit Tinggi untuk timba satu pengalaman lain yang berbeza di Malaysia :)

15 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. salam sis..

    salam perkenalan..shida nk no contact puan nora blh x? tq sis atas segala jasa sis membantu saya..hanya allah je yg mampu membalasnya..

    ReplyDelete
  3. Maaf lambat balas.. Ni no Puan Nora 012- 2015218

    ReplyDelete
  4. ainun maziah3/10/13 10:35 pm

    salam..ada no contact lain puan nora tak..no ni tkda org jwab laa..cal banyak kali dahhh...

    ReplyDelete
  5. nak no. pn nora yg updateee~~~

    ReplyDelete
  6. Blh tau x bla sis g hliday ni dan bpe bjet hbs unt 2 ari 1 mlm tu? Tq..

    ReplyDelete
  7. boley call en ibrahim 0164074657 utk booking ;)

    ReplyDelete
  8. Berapa harga sewa chalet satu malam ?

    ReplyDelete
  9. Num Pn. Nora yang latest plss

    ReplyDelete
  10. apsal call x angkat dan x org lain yang angkat,,minta latest nom.?.

    ReplyDelete
  11. apsal call x angkat dan x org lain yang angkat,,minta latest nom.?.

    ReplyDelete
  12. ada nombor Pn Nora yg latest tak?

    ReplyDelete
  13. ada sesipa boleh tolong ke bagi nombo puan nora tuu,,,terasa nak bercuti laa

    ReplyDelete

Click! Click! Click!