Saturday, 1 December 2012

Kisah semalam...

Semalam aku attend majlis bertandang kawan aku, Wa @ Kapten Nur Najwa dengan suami tercinta, kapten Nur Alif di Ulu Tiram, Johor Bahru. Disebabkan kenduri sebelah Wa kat KL aku tak dapat attend, so jadilah dapat hadir kenduri sebelah lelaki. Lama dah tak jumpa Wa since 2009 (masa majlis kahwin aku dulu). Congrate Wa. Semoga berbahagia hingga ke syurga dan dikurniakna anak-anak yang soleh dan solehah.
 
 
 
 
 
 
 
 
Then, kami ke rumah Najla di Taman Desajaya, Johor Bahru. Ni bukan kubur Najla tau. Memang rumah Najla. Rumah yang kami beli dulu masa aku mengandungkan Najla. Kami ambil kunci dari penyewa lama since dia dah pun berpindah. So, aku plan nak cantik-cantikkan rumah Najla ni sebelum sewakan pada orang lain. Sejak beli, kami memang tak sempat duduk. Masa tu, aku sedih sangat and dalam masa yang sama dapat pindah ke Kulai. Nanti bila rumah Najla dah cantik, aku upload gambar ye.
 
Lepas bersolat Dzuhur di Masjid Taman Desajaya, kami ke Terminal Larkin survey buku-buku agama sebab hajat Edy nak berniaga sambilan. Lepas tu ternampak pula banner Ekspo Buku Islam 5 di Galleria Kotaraya. Solat asar di Masjid Terminal Larkin kemudian terus berdesup ke Kotaraya.
 
 
 

Memang best Ekspo ni. But, sayangnya tak ramai pengunjung. Tak tahu mana silapnya. Mungkin promosi yang kurang meluas. Mungin juga kerana Kotaraya direnovate sebelum ni sampaikan orang tak terfikir nak ke situ kot. Salah seorang pekerja penerbitan kat situ tanya aku, "Kak, orang Johor ni memang tak ramai ke? Akak tolonglah promote kat kawan-kawan akak?" Gulp, terkedu aku. Blur juga sebab aku pun dah lama tak ke JB berjalan-jalan. Kalau dulu masa mengajar di sini, yelah juga. Mungkin cuti sekolah, kot. Since bukanlah semua orang yang duduk JB ni asal JB kan. Tapi serius memang tak ramai. Aku kat situ sampailah waktu maghrib. Kami bersolat di Masjid Kotaraya lepas dengar ceramah Ustaz Kazim melalui tayangan slide di pentas. Bukanlah aku nak bangga, tapi aku paling suka pergi Terminal Larkin, Kotaraya, and Angsana sebab tempat solat dia sangat kondusif. Ada azan lagi. Tak perlulah nak naik sampai tingkat paling atas atau turun dekat tempat parking paling bawah semata-mata nak cari tempat solat. Tak perlu juga berebut-rebut atau bersempit-sempit.


 
 
 
 
 
 
 
 
Aku borong buku di As-Sohwah. Semua buku yang aku beli ialah buku-buku Prof. Dr. Muhaya, my favourite writer and idol. Buku-buku yang aku dah pernah ada pun aku beli lagi untuk jadikan cenderamata. Syukurlah As-Sohwah buat promotion habis-habisan. Memnag tak rugi.
 
 
 
 
 
 
Edy pun tak nak kalah juga beli buku sikit-sikit. Niatnya untuk letak di office baru di Kulai untuk buat jualan sampingan. Cari duit lebih.
 
 
 
 
Hari ni last Ekspo Buku Islam 5 ni. So kepada semua orang Johor yang berhampiran, datanglah sokong penjualan buku Islam ini. Bukan setakat buku Islam je, buku-buku lain like novel pun banyak. Datanglah ye ke Galleria Kotaraya, Johor Bahru :) 

7 comments:

  1. Salam Nad, Kak yana pun suka pergi pesta atau ekspo buku macam ni.Biasanya dlm setahun adalah 2-3 kali kami pergi.Dania suka baca buku,jadi...memang best bawa dia ke tempat2 macam ni.Syok..tengok muka teruja Dania nampak deretan buku yg banyak.


    Nad, kak yana teringin sangat nak ke JB.Dah lama tak ke sana.Mesti banyak tempat menarik kat sana kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya Dania. Kecik2 dah suka membaca. Goid hobby Dania.

      JB sekarang dah banyak juga tempat menarik, kot. Hihi. Ala K.Yana, setakat shopping complex tu byk le. Tapi sekarang dah ada Legoland and JPO. You're welcome to JB. Kalau K.Yana nak dtg JB, bagitahu nad tau. Nanti nad boleh tunjuk tempat2 menarik. Bagitahu nad ye kalau nak datang, boleh bkenalan2 sekali kita dua keluarga :)

      Delete
  2. Best nyer..tapi tu la kat ipoh ni jarang ada (atau min yg x tau?hehe...) Tu la, yang tau 31 nov-2 dis2012 ada jualan gudang karangkraf, teringin nak pegi..tapi disebabkan lg 2 minggu nak ke KL (urusan keluarga) + next weekend ke Penang-Kedah (urusan keluarga), so kena bajet2 la kan..hehe..Tapi dah petang rasa ralat la plk bila teringat kena cari buku2 utk praktikum nanti (kena plk time tu la bru terpikir nak pegi naik bus)..nak buat camne kan, dah tak rezeki la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya min kena tunggu habis study dulu ler.. Time study kan time yang paling banyak nak guna duit. Min tak dapat ke baucer RM200 tu? Kalaulah nad yang dapat baucer tu, sudah kubelanja semuanya membeli buku2 kegemaran. Hectic sungguh diriku. Hihi..

      Delete
    2. Min dapat vaucer tu tahun lepas jer..tapi dok guna beli buku2 utk study dan stok peralatan utk satu sem..Yang dok umum baru ni x dpt pun, kad student pun x dpt...

      Delete
  3. myra baru genap setahun bermastautin di Jb nih pon jarang berjalan..lepak umah paling banyak kot..tapi klu nak beli brg mmg suke pergi Angsana..kotaraya so far bnyk kedai belum buka..plus ofis myra dekat je dgn Kotaraya...hehe...Larkin Sentral tu tak pernah masuk..maybe blh ajak incik asben ke sana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myra, Larkin Sentral selain tempat naik turun bas, kat 2nd floor adalah jual baju2/tudung and barang2 lain. Harga dia, bolehlah.. Myra dok JB area mana? Jangan lupa untuk ke pasar tani di sebelah stadium larkin setiap hari sabtu (kena dtg pagi2), selain bole beli lauk, kat situ byk jual baju murah2 coz diorang datang dari kota tinggi kbyakkannya. Saya dulu selalu beli baju kerja kat situ. Tawar habis2 klu boleh :)

      Delete

Click! Click! Click!