Monday, 30 December 2013

Entry Terharu~


Assalammualaikum w.b.t


Hari-hari terakhir 2013, dan hari ini saya bersyukur kerana di alam maya ini, Allah temukan saya dengan seorang sahabat dunia akhirat saya, Falina. Pejam celik pejam celik, rasanya sudah hampir setahun setengah kami mengenali antara satu sama lain. Itu pun bermula melalui entry Wad Paedatrik. 




Dan kerana kasih dan sayang saya pada anaknya Faiq Aqwa, saya hasilkan sebuah entry khas untuk Fa dan Faiq di blog percisan ini dan entry ini antara popular post yang menjadi rujukan ibu-ibu bayi pramatang di luar sana.




Allah pertemukan kami di alam nyata pada Aidilfitri yang lalu. Satu pertemuan yang ringkas tapi akan tetap saya ingati sampai bila-bila.




Dan hari ini, bila membaca entry khas dari Fa untuk saya, saya menangis. Terharu! Benarlah kata orang, sahabat, kita boleh bertemu di mana-mana sahaja termasuklah di alam maya.




Terima kasih Fa kerana sudi berkongsi kisah Faiq yang mana itulah impian saya dulu untuk berkongsi kisah Najla sebagai bayi pramatang. Tapi apakan daya, Allah Maha Besar, lebih mengetahui sesuatu yang terbaik buat kami. Dan saya bersyukur kerana Fa sudi untuk teruskan impian saya menerusi Faiq. Semoga Allah sentiasa membantu Fa untuk meneruskan kehidupan menjaga Faiq sehingga Faiq sihat membesar seperti anak-anak lain di dunia ini. May Allah bless you and your family.


Terima kasih sekali lagi Falina!


Fa dan Faiq :)

Saturday, 28 December 2013

Tidurlah Wahai Bidadari Syurga

Dedikasi untuk adikku sayang: Siti Rohani, seorang ibu muda yang tabah...

Saya dan Hani (nama panggilannya) sama-sama kenal bila saya baru bertukar ke sekolah sekarang dan Hani pula baru dipostingkan. Masa tu Hani baru 2 bulan bernikah. Sekarang hampir 2 tahun saya sudah kenal dan rapat dengan Hani.

Hani berttc juga sebelum ni. Hampir 10 bulan kalau tak silap saya. Alhamdulillah, selepas berubat secara tradisional, Hani disahkan hamil. Masa tu, saya rakan sekerja pertama yang diberitahu. Hani minta saya rahsiakan dahulu. Malah Hani juga ada berkongsi tips dan amalan doa dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat. Hani memang seorang yang sangat baik, ramah, lemah lembut dan setakat ni saya tak pernah dengar komplen tentang Hani atau pun melihat Hani marah. Tak pernah. Dia memang seorang yang sangat baik. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur Allah temukan saya dengan Hani.

Selepas 9 bulan mengandungkan bayi tercinta tanpa sebarang masalah, Hani selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 12 Jun 2013. Tapi saya tak sempat melawat Hani waktu tu sebab Hani sudah pulang berpantang ke negerinya.


Lebih kurang selepas hampir 3 bulan Hani cuti bersalin, tiba-tiba saya terima mesej whatsapp dari Hani.




Masa tu Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Bercampur baur. Tapi saya dan Hani masing-masing cuba kekal berfikiran positif. Hani terus tabah berulang-alik menjaga anaknya di hospital. Tak ada muka letih atau cuba untuk merungut pun dengan apa yang sedang dilaluinya. Hani dan suaminya terus berjuang dengan tabah untuk si kecil yang tercinta.

Namun, Allah lebih mengetahui sesuatu yang terbaik buat mereka. Selepas dua bulan anak perempuan Hani menjalani pembedahan buang hempedu, akhirnya si kecil itu kembali ke pangkuan Allah SWT. Saya sebak terus menangis bila tahu berita itu. Itu pun saya tahu dari kawan yang lain. Tapi, saya kagum dengan ketabahan dan kekuatan Hani. Bila terima mesej dari Hani sehari selepas pemergian puteri tercinta, saya lega kerana saya tahu Hani bukan calang-calang hamba-Nya yang telah terpilih untuk melalui ujian getir ini.







Tengok cara Hani menjawab mesej saya (box putih) pun sudah tahu betapa tabah dan positifnya dia bila melalui ujian ini. Saya bertemu semula Hani dalam meeting pertama kami. Tapi saya tak mampu nak tanya selanjutnya tentang saat-saat akhir anaknya. Biarlah masa menjadi pengubat untuk Hani. Saya yakin Hani boleh melaluinya dengan baik. Dan saya yakin sekarang ni pun Hani baik-baik sahaja dalam melalui masa-masa tanpa anakanda tercinta. Selebihnya, Allah lebih mengetahui hikmah disebalik semua ini :)


Saya dan Hani :)

Semoga bidadari syurga ini tenang di sana dan setia menanti ibu bapanya di pintu syurga. Al-fatihah~





Tirai 2013 bakal berlabuh. Semoga Hani dan suami terus kuat untuk meninggalkan tahun yang penuh memori ini. Bertabahlah duhai sayang. Biarlah bidadari syurga ini tidur di 'sana'. Kelak kita akan berjumpa nanti. Amin.

Tuesday, 17 December 2013

Ya Allah, bless our marriage till jannah!


Assalammualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik, dah 4 tahun rupanya saya dan Edy menjadi suami isteri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah masih meminjamkan Edy kepada saya, suami yang sentiasa sabar dengan kegilaan saya selama ini, dengan perangai saya yang kadangkala sukar dijangka dan sudi menemani dan menjaga saya tanpa merungut sedikit pun. Alhamdulillah!

Terima kasih kepada Edy, suami tercinta sebab sudi bawa saya jalan-jalan ke tempat yang saya tak tahu pun kewujudannya kat Johor selama ni (teruk betul!) sempena wedding anniversary kami yang ke-4. Saya memang suka sangat-sangat tempat ni. Kalau datang ke Johor jangan lupa datang ke tapak Ramsar ni juga ye :)

Lokasi: Tanjung Piai, Pontian
Tapak Ramsar: Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
Tarikan: Boleh berjalan sepanjang lebih kurang 600 meter di kawasan hutan paya bakau, ada monyet, boleh nampak pelabuhan di seberang, dan pemandangan yang sangat cantik. 
Ada tempat untuk memancing juga :)











"Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang telah Kau kurniakan kepada kami selama ini. Maafkan khilafku saat aku merintih merungut tanpa aku sedari. Limpahan rezeki-Mu sudah tidak mampu untuk dikira. Alhamdulillah dan aku bersyukur kerana Kau masih meminjamkan suami yang baik dan soleh kepadaku... Itulah kurniaan-Mu yang besar buatku...."



p/s : Hehe, sorry gambar poyo sikit ;p

Saturday, 14 December 2013

La tahzan


Assalammualaikum w.b.t

Takziah kepada mangsa-mangsa banjir yang sedang bersabar dengan ujian Allah ini. Tak tergambar betapa pedih dan pilu melalui kesukaran dan kehilangan harta dan mungkin nyawa. Semoga kalian bertabah. Hikmah di sebalik musibah ini sangatlah besar. "Maka sesungguhnya bersama kesulitan  ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Asy-Syarh; ayat 5-6).

Saya akan kembali dengan entry-entry yang lebih panjang seperti selalunya. Sedang menumpukan pada peperiksaan yang semakin hampir. In shaa Allah :)




Sunday, 8 December 2013

Tazkirah

Saya terima mesej whatsapp pagi ini. Terasa ingin berkongsi sama di sini. Sekadar copy and paste.

"Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka."

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil, Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik buat kita semua.


"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Sent from my iPhone

Wednesday, 27 November 2013

"Tambahkan imanku, ilmuku dan ibadatku"


Assalammualaikum w.b.t


Setelah menyepi sekian lama, saya gagahkan diri juga untuk menaip entry ringkas petang ni.

Saya menyepi kerana sedang bersabar dengan ujian Allah. Banyak yang telah berlaku dalam hidup saya dalam sebulan dua ini. Semuanya berlaku sangat pantas. Syukur alhamdulillah, masih ada jalan pulang untuk hamba-Nya yang hina dina seperti saya. Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya dan titipkan hidayah di saat-saat genting saya perlu menghadapinya. Syukur alhamdulillah ada suami, dan rakan-rakan yang banyak memuhasabahkan diri saya sewaktu saya sangat ketandusan iman, ilmu dan amal. Allahuakbar!

Tajuk entry ini adalah inspirasi dari sahabat saya, Shuhadak atau saya gelarnya Chak.

Chak minta saya tambahkan ayat ini dalam doa seharian saya. Itu pun kerana saya ingin tahu apakah resepi kejayaannya dalam tempoh perkhidmatan yang masih muda dalam bidang pendidikan, telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan dipilih pula untuk memberi kursus kepada pengetua-pengetua dan guru-guru kanan di daerahnya mengajar. Jawapannya mudah;

"Niatkan semua perbuatan kita kerana Allah. Renew niat kita setiap kali kita ingat. Dan selalulah berdoa agar Allah tambahkan iman, ilmu dan ibadat. Jangan tinggal solat dhuha. Rezeki akan datang tanpa disangka-sangka dan diduga..."

Sejujurnya, saya telah pun mengamalkan doa ini sejak diberitahu Chak. Saya sangat ketandusan ilmu dan sejak sambung belajar ini, saya terasa sangat dahagakan ilmu. Saya sanggup dimarah pensyarah jika buat kesalahan, saya sanggup mengulang kajian yang ditolak mentah-mentah, saya sanggup melakukan research finding sehingga rasa nak muntah.. Semuanya kerana saya ingin menjadi guru yang akan mengajar dengan betul tanpa ada miskonsepsi. Semester ini, saya agak 'ditekan' dengan model pengajaran yang sebenar yang sejujurnya selama saya menjadi guru, saya tidak sedar akannya. Namun alhamdulillah, Allah bukakan jalan dan sentiasa memberi peluang saya memperbaiki kelemahan saya dengan menghadirkan insan-insan yang tidak lokek ilmu dan sentiasa mahu beri peluang kepada saya untuk belajar.

Percaya atau tidak, saya pernah menangis keluar dari bilik kuliah dan merasakan saya tidak layak menjadi seorang guru! Terus rasa mahu berhenti belajar dan duduk di rumah. Itu kejadian awal semester ini. Alhamdulillah sekarang, saya hampir berjaya mengatasinya. Dengan bimbingan pensyarah yang saya anggap ditaktor awalnya, tapi sebenarnya inginkan saya menjadi guru yang berkualiti. Saya berjaya mengharungi 'perasaan putus asa' itu walaupun belum tiba peperiksaan akhir. Terima kasih Doktor Y! Doktor Y telah banyak mencungkil kelemahan saya selama ini dan sejak saya sedar, saya berjaya mengikut apa yang dikehendaki. Itu pun masih terdapat salap silap yang masih boleh diperbaiki. Saya bersyukur Allah berikan jalan ini. Jalan yang memberi peluang kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh.

Selepas mengamalkan doa ini, saya diberi peluang (awalnya saya anggap keterpaksaan) untuk mengajar kesemua kelas Kimia tingkatan 5 tahun depan dan satu kelas tingkatan 4. Sewaktu menerima berita itu, saya cuba mengelak kerana saya rasa, masih banyak kaedah pengajaran yang belum saya kuasai. Tapi saya yakin, selagi peluang ini tidak datang, saya tidak akan pernah mencuba. Saya yang minta Allah tambahkan ilmu, mengapa perlu saya menolak peluang ini? Tiada pengalaman pertama, tiadalah istilah 'guru berpengalaman'.

Terima kasih juga kepada pihak sekolah saya, yang banyak memberi peluang kepada saya untuk belajar. Paling penting, memberi kepercayaan kepada saya, seorang guru baru untuk mencuba beberapa perkara. Alhamdulillah, sudah dua tahun saya diberi peluang untuk menyertai pertandingan kajian tindakan, dibantu pula pihak sekolah dengan bantuan kewangan untuk saya hasilkan inovasi kepada kajian saya dan kini saya cuba meneruskan inovasi yang dihasilkan untuk projek sarjana saya. Aturan Allah itu indah. Semua peluang ini datang tanpa saya minta. Awalnya dulu, saya rasa terpaksa. Bila sudah buat, saya mula suka. Dan jalan untuk mencari ilmu Allah itu saya rasakan semakin terbentang luas. Terasa betapa kerdilnya saya selama ini dan mengapalah saya selalu menjadi manusia yang tidak bersyukur?! Semoga Allah mengampuni dosa saya.

Tulisan ini adalah kenangan untuk saya baca pada masa akan datang. Saya ingin lihat kembali jika saya perlu melalui saat kejatuhan. Saya perlu sedar, Allah telah banyak memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mengapa saya selalu tidak bersyukur dengan apa yang ada? Semoga saya sentiasa dapat memuhasabah diri sendiri.

Wallahua'lam.

Friday, 20 September 2013

Merakyatkan Perkhidmatan Awam

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Ini topik Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam. Bagaimana untuk merakyatkan perkhidmatan awam di Malaysia dan rata-rata penonton waktu tu ialah penjawat awam. Saya sangat tertarik dengan ulasan Ustaz Don tentang bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dikalangan penjawat awam. Salah satunya adalah meningkatkan kesedaran ketuhanan di pejabat. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan ialah merehatkan diri dengan solat sama ada wajib atau pun sunat. Dan salah satu solat sunat yang boleh diamalkan ialah solat dhuha.
 
Dua tahun lepas, iaitu pada pengakhiran tahun 2011, saya ada membeli buku tulisan Ustaz Pahrol Juoi yang bertajuk Beduk Diketuk. Tulisan yang penuh sinikal tapi sangat mendalam maksudnya.
 
 
Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Edy, Palm Villa Golf Resort
24.02.2013
 
Salah satu topik yang diulas bertajuk 'Ingat Mati Tingkatkan Produktiviti'. Cerita yang dikongsikan adalah perdebatan dengan seorang pegawai tinggi sebuah organisasi tentang produktiviti syarikat. Saya ambil beberapa petikan dalam buku tersebut,
 
"Saya risau kalau semua orang ingat mati, produktiviti syarikat akan menurun," kata pegawai tinggi sebuah organisasi.  
 
"Apabila ingat mati, masing-masing fikir diri sendiri sahaja. Mereka akan asyik solat, zikir dan wirid sahaja. Mereka akan tinggalkan kerja. Saya tak setuju langsung tentang ceramah tentang mati ini dibuat dalam organisasi ini. Sorry, saya tak setuju!" katanya berterus terang.
 
"Saya rasa tidak begitu. Apabila semua pekerja ingat mati, makin meningkatlah kualiti dan produktiviti syarikat ini," kata saya.
 
"Maaflah awak masih berfalsafah. Kita mesti realistik. Syarikat ini sedang mengalami masalah. Produktiviti dan kualiti menurun secara drastik."
 
"Mengapa? Apa sebabnya?" tanya saya.
 
"Culas, curi tulang, pembaziran, rasuah..."
 
"Tuan, itu semua sikap orang yang lupakan mati," jolok saya pula.
 
"Saya takut orang yang ingat mati asyik solat sahaja!"
 
"Asyik solat? Apa salahnya dengan solat?"
 
"Kalau asyik solat sahaja mana sempat buat kerja?"
 
".... Solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar. Termasuklah mungkar dalam pekerjaan seperti culas, membazir, rasuah, curi tulang, dan lain-lain."
 
"Saya pernah jumpa orang yang banyak solat tapi rasuah, curi tulang...:"
 
"Tentu ada salah di mana-mana dengan soaltnya. Kalau solat tak mencegah kemungkaran, solat itu bukan solat. Ini disebut dalam hadis."
 
"Maksud awak?"
 
"Mungkin solat kerana riyak. Mungkin jahil dengan ilmu solat. Atau tidak mujahadah hingga solatnya dikategorikan sebagai solat orang yang lalai. Khusyuk jauh sekali!"
 
"Jalan penyelesaian?"
 
"Perlu diberi ilmu, dididik dan dilatih dengan program solat yang sebenar!"
 
"Kalau begitu kita perlukan program latihan yang menyentuh soal mati ke, solat ke produktiviti? Saya makin keliru sekarang..." kata pegawai tinggi tersebut.
 
"Ketiga-tiganya sekali. Kita perlukan program latihan yang bersepadu. Hingga dengan itu pekerja yang ingat mati akan serius dengan solat dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaannya!" jawab saya.
 
(Pahrol Mohd Juoi (2011). Beduk Diketuk)
 
Saya cuba ringkaskan tulisan Ustaz Pahrol ini. Tapi kesimpulannya, untuk meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi adalah melalui program latihan kerohanian yang mendalam tentang kesedaran dalam mengingati mati. Betullah, bila kita ingat mati, kita takut untuk melakukan sesuatu yang salah. Undang-undang dunia tak berjaya buat manusia takut untuk melakukan dosa. Hanya hukuman Allah sahaja yang dapat menyedarkan manusia bergelar hamba Allah ini.
 
Teringat saya pada awal tahun ini, saya sebagai Naib Pengerusi kelab guru dan staf telah menerima cadangan beberapa orang guru Islam untuk menjadikan bilik pantry yang berada di sebelah bilik guru di tingkat tiga itu sebagai bilik solat. Mungkin kerana saya AJK tertinggi yang beragama Islam, jadi ramailah guru-guru yang menyuarakan pendapat tersebut dengan harapan adalah tindakan selanjutnya. Mula-mula saya terfikir juga, apalah nanti pendangan pengetua kami yang bukan Islam itu tentang pendapat untuk membina bilik solat yang baru. Dan sewaktu saya berdepan dengannya, salah satu hujah untuk saya menguatkan permintaan itu ialah kerana ingin meningkatkan produktiviti sekolah (guru Islam terutamanya yang menjadi majoriti) dan mengawal emosi guru Islam dengan lebih terurus dengan solat. Bukanlah sekolah kami tiada surau, tapi adalah lebih mudah jika ada bilik solat terhampir dengan bilik guru yang berada di tingkat tiga itu. Mendengar segala hujah saya, alhamdulillah permintaan kami itu ditunaikan. Dan bermulalah operasi untuk menjadikan bilik pantry sebagai ruang solat. Dan bukan sahaja guru-guru Islam yang menggunakannya, malah guru-guru bukan Islam juga berhak untuk keluar masuk menggunakan sinki, berehat, mengepam susu, dan makan di bulan puasa. Saya tak sangka, mereka sangat menghormati kami dan alhamdulillah bilik pantry+bilik solat itu dapat jadi tempat berguna untuk semua orang. Malah, guru-guru bukan Islam juga ada menyumbang peralatan untuk kegunaan bersama di bilik itu. Kesan sejak bilik solat itu diwujudkan sangat ketara. Alhamdulillah.
 
 
Seawal bilik pantry menjadi bilik solat. Sekarang dah lebih cantik sebab ada guru
 yang sedekahkan langsir. Alhamdulillah.
 
Ruang solat yang minima tapi sangat bermakna. Peralatan dan keperluan
solat adalah sumbangan daripada guru-guru.
 
Ruang rehat untuk semua.
 
Semoga menjadi perkongsian berguna.
 
Wallahua'lam.

Sunday, 8 September 2013

3 in 1


Assalammualaikum w.b.t


1. Berakhir dan bermulanya kerjaya seorang guru

Eh eh, bukan kerjaya saya yang dah berakhir. Ni kisah tentang guru-guru praktikal di bawah bimbingan saya. Alhamdulillah, untuk tahun ini, sudah 2 kali saya diberi peluang untuk menjadi guru pembimbing bagi pelajar-pelajar twinning program. Pengalaman yang sangat berharga dan perasaan saya ketika diberi tanggungjawab ini awalnya, saya rasa belum cukup layak sebab saya pun masih baru dalam perkhidmatan. Namun peluang seperti ini tidak boleh dipersiakan. Bekerjasama dengan pensyarah dan guru-guru praktikal ini sangat membantu saya dalam menimba pengalaman berharga. Alhamdulillah. Cukup memberi kesan dalam hati saya bila mendapat guru praktikal kedua kerana cintanya pada agama sangat menyentuh hati saya. Semoga peluang ini sentiasa ada untuk saya pada masa akan datang.


Guru-guru pembimbing dan guru-guru praktikal


2. Demam dan Habbatussauda

Ramadhan yang lalu, saya pernah demam selama 5 hari. Paling mengujikan bukan kerana panas badan, tapi kerana sakit kepala yang masya-Allah susah nak describe. Kepala masa tu hanya boleh baring. Nak bangun sekejap pun tak larat sebab sakit yang teramat. Selepas episod demam saya itu, ramai murid dan ada juga staf di sekolah saya yang dilanda demam berhari-hari lamanya seperti saya. Akhirnya selepas cuti Syawal, mereka yang demam ini disuspect denggi dan ramailah 'ahli keluarga' dari sekolah saya yang ditahan wad setiap kali demam. Kejadian ini dikatakan berlaku kerana terdapat pembiakan nyamuk di kediaman terhampir dengan sekolah kami. Wallahu'alam.

Dan saya ada juga ke hospital menzirah seorang staf yang juga suspect denggi. Dan entah kenapa, semalam saya berasa tidak sedap badan. Terus petang rasa sakit kepala yang teramat. Saya terus teringat habbatussauda, penawar kepada segala penyakit kecuali mati. Dulu masa saya demam 5 hari itu, saya lupa untuk makan habatussauda. Kali ini, saya tidak mahu berlarutan lagi demam. Terus telan 2 biji siang dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah pagi ni, saya dah tak sakit kepala lagi. Panas belum kebah sepenuhnya. Sakit belakang masih terasa kesan jatuh ahad lepas. Tapi saya kena bertahan kerana saya sudah tidak boleh berehat begitu lama. Semakin hujung tahun tiba, tugas di sekolah akan semakin menimbun. Saya tidak boleh menyusahkan orang lain. Rakan saya bilang, saya terlalu penat bekerja sehingga demam. Entahlah. Saya tak pasti atau pun mungkin saya menafikan yang saya penat sedangkan memang betul badan saya sudah betul-betul letih.


3. Semester baru

Esok, kuliah baru di semester baru akan bermula. Macam tak percaya sudah masuk ke semester 2! Tiada apa yang mampu saya katakan selain hanya mampu berdoa semoga Allah SWT kuatkan saya, tubuh badan saya, mental serta emosi agar saya mampu menghadapi dunia sebagai guru dan pelajar dengan baik. Saya akan lebih sibuk memandangkan pada waktu pagi perlu mengajar dan petang ke kelas. Saya sudah berada di jalan ini dan saya tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Ada hikmah di sebalik semua takdir Allah ini. Semoga Allah SWT menemukan saya dengan rakan-rakan kuliah yang baik hatinya dan sanggup membantu serta pensyarah yang bertimbang rasa. Dan peringatan juga kepada diri saya agar sentiasa bertimbang rasa dan melayan baik kerenah anak-anak murid di sekolah jika inginkan pengajar yang baik di universiti. Pepatah "What u give, u get back" akan sentiasa saya ingat untuk semua hukum alam ini.

Saranan saya kepada yang ingin sambung belajar; jika sudah sampai masa dan waktunya untuk belajar, jangan dilepaskan peluang itu. Dan sebaik-baiknya jika bisa memohon cuti belajar, pohonlah. Kerana bekerja dan belajar pada waktu yang sama bukan suatu tugas yang mudah. Tapi jika ini takdir-Nya, ambillah peluang disebalik kesusahan ini. Kerana hanya mereka yang optimis dapat melihat peluang disebalik kepayahan. Percayalah, keseronokan akan dapat dirasai apabila melihat hasil akhirnya nanti <-- Motivasi untuk diri sendiri.


Wallahua'lam~

Thursday, 5 September 2013

Imanku selembar benang...


"Bila hati selalu merasa tidak tenang, itu tanda hati masih penuh dengan dosa...."


Tanpa saya sedar, akhirnya tah untuk ke berapa kali, air mata ini menitik jua. Iman saya masih tipis dan makin tipis.

Hanya kerana satu hari itu yang telah banyak menjauhkan saya dari rahmat-Nya, saya masih bersyukur Allah masih memberikan kesempatan ini jua untuk saya menyesali setiap dosa yang saya lakukan.

Sememangnya saya sudah kering idea untuk menulis walau sepatah kata dalam blog ini. Nyatalah tinta yang terhasil dalam setiap entry adalah satu kemudahan atau kata lainnya petunjuk dan hidayah yang Allah berikan untuk saya kongsikan. Namun hati yang penuh dosa, bisakah menulis entry yang menyejuk hati? Saya tidak pernah menulis sesuatu entry yang tidak lahir dari hati saya. Tah kenapa, malam ini, terasa penuh syahdu, akhirnya saya kuatkan hati untuk menaip entry ini yang saya sendiri tidak tahu kronologi ceritanya nanti. Dan mungkin, mungkin.... inilah cara saya meluahkan segala kekesalan atas segala dosa yang telah saya lakukan pada-Nya. Hanya DiaYang Maha Mengetahui...

..
....
......

2 minggu ni jiwa saya agak celaru sedikit. Iman agak teruji. Perubahan sikap dan emosi dapat dirasai.. Mungkin masih tersisa kesan chlomid pada hormone dalam badan ini. Saya terpaksa memberhentikan dahulu pengambilan chlomid untuk kebaikan emosi saya yang menjadi sedikit tidak terkawal sebelum ini. Dan saya tahu kesannya akan tetap dirasai walaupun sudah memberhentikan pengambilannya hingga selepas 2-3 cycles nanti.


"Iman itu sama seperti pakaian yang kita pakai setiap hari. Ia mudah lusuh dan perlu dicuci. Jika iman tidak diperbaharui seperti pakaian yang dipakai hari-hari, begitulah iman kita yang terpapar dalam diri...Lusuh dan tidak berseri."


Saya sudah lama meninggalkan buku-buku motivasi/rohani yang acapkali dibeli. Tah bila kali terakhir saya baca pun saya tidak pasti. Mungkin inilah tanda kelusuhan iman dalam diri. Rupanya bukan mudah untuk saya istiqamah dengan hijrah ini. Semoga segala kenangan di Madinah dan Makkah yang adakalanya datang bertalu-talu dalam mimpi menjadi penguat untuk saya istiqamah dan terus berada di jalan-Nya ini. Semoga Allah menjauhkan saya dari segala anasir yang bakal melalaikan diri saya nanti.


"Apabila kita melakukan sesuatu yang kita tidak suka tetapi disukai Allah dan Rasul-Nya, itu adalah jihad. Jihad yang akan membawa kepada istiqamah..."


Anak buah kesayangan saya, si kupu-kupu syurga, Siti Saffiya Azzahra baru sahaja keluar wad siang tadi kerana dehidrasi. Sewaktu di wad, saya ada menjaganya. Tah tiba-tiba Saffiya yang selalunya tidak mahu dengan saya tatap wajah saya begitu lama... Akhirnya, saya gagal mengawal emosi sendiri. Air mata tumpah juga. Saffiya memegang bibir saya sewaktu saya cuba bercakap-cakap dengannya. Mungkin saya paranoid. Saya terlalu sayangkan Saffiya kerana Saffiya sebaya arwah Najla.








 
 
Dan banyak lagi ujian lain yang datang dalam 2 minggu ini. Saya yakin dan percaya itu adalah kafarah atas segala dosa-dosa saya.

Minta maaf atas segala komen dan email yang tidak berbalas. Saya malu dan rasa tidak layak untuk membalas. Maafkan saya. Maafkan saya juga atas entry ini. Saya masih sedang bermuhasabah dan maafkan saya jika saya perlukan ruang masa sendiri. Insya-Allah akan ada entry terbaru, dari hati yang tulus suci. Amin.

Monday, 19 August 2013

Ukhuwah aidilfitri bersama sahabat blogger


Assalammualaikum w.b.t

Ingat tak tentang Falina dan bayi pramatangnya, Faiq Aqwa? Saya pernah ceritakan dalam entry ini. Dalam tak sedar, sudah setahun rupanya saya mengenali Fa, bermula dengan comments di entry Wad Paedatrik, kemudian kami saling berbalas comment di blog masing-masing, berbalas email dan lebih banyak whatsapp akhir-akhir ini. Alhamdulillah, saya selesa berkongsi banyak perkara dengan Fa. Terutamanya tentang Faiq, bayi miracle yang saya sangat sayang seperti anak sendiri.

Pada Syawal ke-6, saya ke Semenyih beraya di rumah abang dan bermalam di sana. Tah tiba-tiba, terdetik di hati untuk beraya ke rumah Fa. Terus saya whatsapp Fa beritahu, saya insyaAllah ke Klang esoknya.

Syawal ke-7, Saya bergerak dari Semenyih lebih kurang pukul 1.30 petang dan tiba di taman Fa lebih kurang pukul 2.30 petang. Orang pertama yang saya jumpa waktu tu ialah mama Fa. Saya dapat cam mama Fa sebab pernah tengok dalam blog Fa. Kebetulan mama Fa baru je nak keluar rumah. Terpaksa batalkan niat sebab kasihankan Fa seorang nanti mahu melayan kami. Sebelum jumpa Fa, saya rasa berdebar juga. Takut-takut kalau Fa ni jenis yang pendiam. Al-maklumlah saya dengan Edy ni kan kepochi sikit, so kami memang akan jadi janggal sikit bila berjumpa dengan orang yang hanya jawab sepatah bila ditanya. Tapi rupanya bila dah dapat jumpa Fa, ehem, berpatah-patah Fa jawab. Fuh, lega jumpa kawan sekepala :D

Paling best mama Fa, ramah dan kelakar. Seronok betul kami menyembang. Asyik tergelak je. Dan tentu-tentulah paling menyejukkan hati saya ialah dengan melihat keletah Faiq. Tak tahulah kenapa, memang terus rasa sayang je lihat Faiq. Edy pun sama. Edy sempat bisik kat saya, "Macam Najla lah.."

Faiq jenis takut dengan orang. Macam-macam cara juga saya buat nak pancing Faiq, tapi Faiq tetap takut. Lama-lama, alhamdulillah Faiq ok. Mulalah Faiq dengan gelagat dia yang comel tu. Dan saya sangat kagum dengan cara Fa dan mama Fa menjaga Faiq. Fa pernah beritahu saya yang dia paranoid dengan apa-apa yang berkaitan dengan Faiq. Dan saya lihat, disebabkan paranoid tulah, Fa sangat teliti dalam menjaga Faiq. Fa memang betul-betul jaga Faiq. Sampai terdetik juga dalam hati saya, "Oh macam ni rupanya cara jaga bayi pramatang.."


Sesi memancing Faiq dengan PhonyPhone. Berhasil beberapa minit je :)

The cutest mama and lovely son

Leganya rasa hati bila hajat mahu jumpa Faiq telah tercapai. Rasa seronok usah dikira. Mungkin ibu-ibu macam saya yang pernah ada bayi pramatang faham maksud hati saya ini. Cukuplah dapat melihat bayi pramatang lain sihat membesar pun saya sudah rasa bersyukur. Semoga Allah SWT melindungi Faiq dan memberi kesihatan yang baik padanya. Juga kepada anak-anak pramatang yang lain. Amin.


Saya, Fa, mama Fa dan Faiq. Gemuk saya berdiri sebelah Fa.
Lagi!
Dan lagi!

Balik dari rumah Fa, saya dan Edy ke IKEA, nak elakkan jem sebenarnya. Tak habis RM200 pun kami membeli. Terus ke Cheras, ke rumah pakcik Edy dan pulang ke Muar pada hari yang sama.

Alhamdulillah, dalam tak sangka dapat beraya rumah sahabat blogger, lepas tu dapat pula ke IKEA mencuci mata. Hm, pengalaman raya kali ni cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelum. Alhamdulillah, banyak pengalaman baru.

Sahabat blogger yang lain, bila nak jemput saya datang ke rumah? Hihi

Sunday, 18 August 2013

Anak versi raya

Assalammualaikum w.b.t
 
 
Sebenarnya saya ada banyak cerita nak dikongsikan. Hati ni rasa membuak-buak nak tulis semua. Lamanya tak update blog. Kalau saya vlogger, 2 jam bercerita pun tak habis agaknya (dasar kepochi betul).
 
 
Cerita raya saya? Raya saya sama macam tahun-tahun sudah. Raya pertama bergilir (tahun ni di rumah mertua) kemudian saya berulang alik kulai-muar-kota tinggi-batu pahat-muar lagi. Dari syawal pertama hingga syawal ke-10, kereta kami sentiasa bergerak. Paling jauh ke Klang, beraya di rumah sahabat blogger. Tu nanti saya cerita. Tak sabar juga nak cerita pengalaman beraya di Klang.
 
 
Beraya ke mana pun saya dan Edy pasti kembali ke Muar juga. Bukan apa, cuma kasihankan PIL yang sunyi tak berteman. Penat usah kira. Tapi tak patutlah kami merungut. Bukan ada anak kecil untuk diurus. Cukuplah kami dapat menggembirakan orang tua Edy. Prinsip saya, berbaktilah selagi mereka masih ada sebab saya pernah rasa ralat kehilangan orang tua kerana kurang berbakti pada mereka. Jadi, saya tidak mahu Edy merasai yang sama.

Saya sampai di Kulai malam raya ke-10, dan hari ni, rumah saya tak berhenti terima kunjungan sahabat handai. Subhanallah, saya tak sangka plan nak masak-masak untuk jamu sesiapa sahaja yang datang jadi kenyataan. Dari siang sampai ke malam tak berhenti tetamu datang, macam open house kecil pula. Dan ada kawan-kawan yang dah 15 tahun tak jumpa tiba-tiba datang beraya. Saya cuma buat laksa penang je. Alhamdulillah mencukupi untuk semua tetamu yang hadir.

Berbalik dengan tajuk entry kali ni mungkin ada yang tertanya-tanya, kot; anak versi raya?

1. Decision: Saya dan Edy dah decide nak stop chlomid waima apa pun terjadi lepas ni.

Sebab?

Saya alami kecelaruan emosi yang agak teruk untuk 2 cycle dengan 100mg chlomid. Rata-rata saya baca pengalaman ttcian lain dengan chlomid; alami selera makan yang tak terkawal. Tapi saya? Masya-Allah habis teruk emosi saya jadi tak terkawal lagi-lagi menjelang ovulation. Sejak 2 tahun ni, saya banyak tumpukan pada 'makanan emosi'. Saya sentiasa mencari cara untuk positifkan fikiran dan mengalah untuk semua hal yang remeh. Hal remeh tu macam-macamlah like karenah mulut orang ke, orang iri hati ke, orang tak mengenang budi dan mungkir janji ke dan lain-lainlah yang saya anggap remeh dan malas nak layan.

Tapi sejak on chlomid, saya jadi sensitif kepada semua perkara. Mula-mula saya tak sedar. Tapi bila saya rasa perasaan-perasaan negatif macam geram, nak marah, tak puas hati dan lain-lain tu, barulah saya terfikir, kesan pengambilan chlomid agaknya. Biasanya depan orang lain saya akan kawal, tapi akhirnya pada Edy juga saya lepaskan. Tak pasal-pasal jadi isteri derhaka pula saya ni. Tapi saya bersyukur, Allah kurniakan saya suami penyabar seperti Edy. Edy sedar, saya mungkin alami perubahan hormon yang mendadak dan alhamdulillah Edy sangat mengerti. Selepas second cycle dengan chlomid, Edy minta saya stopkan dulu dan saya pun memang tak nak rosakkan 'diri' saya kerana pada saya emosi adalah amat penting dalam kita mengawal sesuatu. Gagal mengawal emosi, gagallah banyak perkara. Dan saya rasa kesihatan rohani saya perlu lebih diutamakan.

2. Untuk second cycle dengan chlomid, alhamdulillah sewaktu scan, kedua-dua ovari saya menghasilkan telur yang besar dan cantik. Kalau sebelum ni, acapkali ovari kiri sahaja yang menampakkan 'hasil', tapi check up yang lalu, ovari kanan alhamdulillah telah menghasilkan telur juga. Selepas check up, esoknya saya terus demam sehingga 5 hari lamanya. Saya terpaksa bercuti puasa sebab saya memang tak ada kudrat nak angkat kepala apatah lagi nak bangun berdiri. BD? Hm, dah demam kan. Tak apa saya redha, sebab hajat saya untuk lihat telur di ovari kanan dah tercapai. Alhamdulillah saya period tepat pada CD 28 iaitu pada syawal ke-3. Sejak kahwin dah tak jumpa CD 28 ni dah. Tapi mungkin lepas on chlomid, kitar haid saya mulai teratur.

3. Anak versi raya? Sepupu saya yang pernah berttc selama 8 tahun baru sahaja dikurniakan anak yang ke-3, setiap tahun tak berhenti selepas 8 tahun menanti. Adik sepupu saya yang berttc hampir 5 tahun untuk dapat anak yang ke-3 kini alhamdulillah hamil 5 bulan, dan paling mengujakan, makcik saya yang menanti hampir 9 tahun untuk mendapat anak yang ke-3 sedang dalam hari bersama si kecil Zahrah, my new cousin!

Rupanya baru saya sedar, dalam keluarga besar saya, ramai juga yang berttc. Mereka tak pernah timbulkan isu zuriat bila berjumpa. Dan bila ditanya, jawapannya hampir sama; jangan terlalu memikirkannya.

Selepas syawal pertama berjumpa dengan insan-insan terpilih ini, saya mendapat semangat baru. Saya rasa gembira dan bersyukur dengan diri saya. Entah kenapa, saya rasa gembira sangat. Saya sudah ada perancangan 6 bulan hingga 5 tahun akan datang. Macam melampau bunyinya kan? Tapi itulah saya, sentiasa bercita-cita tinggi dan berimpian besar untuk mencapai sesuatu. Perancangan 6 bulan ini ialah bercuti bersama suami, kawan-kawan baik, dan keluarga. Beberapa tempat sudah di listkan. Setakat ni yang paling jauh mungkin sekadar ke Indonesia, itu pun kerana saya dan Edy dapat 2 tiket percuma Airasia. Nak tak nak kena guna juga tiket tu sebelum tarikh luputnya hujung tahun ini. Yang lain-lain tu, semoga diizinkan Allah untuk kami kunjungi. Tentang perancangan 5 tahun akan datang biarlah tersimpan dalam jurnal peribadi saya dahulu. Masih jauh lagi perjalanan saya. Semoga Allah meredhai cita-cita saya itu!

Ok, meh saya tepek beberapa gambar masa raya. Saya naik 6 kg raya ni! Ni semua gara-gara tak dapat kawal nafsu makan. Perancangan jangka pendek: pakai balik premium beautiful, puasa 6, dan ganti puasa. Insya-Allah saya boleh dapat berat 57kg balik. Yakin boleh! Oh lupa, dalam tak sedar semester baru akan bermula awal September nanti. Saya perlu gigih belajar sambil bekerja semula.
Semoga Allah permudahkan segalanya.
 
 
Di rumah mertua (Syawal Pertama)




Family Day (Syawal Ke-4)

Dengan abang ke-2, abang poji
 

Monday, 22 July 2013

Komik Si Comel Kupu-kupu Syurga


Assalammualaikummmm...! Saya datang nak raya!

Mana semua orang ni???

Adeh deh deh... Penatnya jalan, semua orang tak nak buka pintu pun...

Penat ar.. Buka kasut ah.


Sorry semua. Saya tak ada cerita nak update. So bila kakak saya hantar gambar-gambar anak buah istimewa saya ini, sajelah buat cerita lawak comel sikit. Siti Saffiya Azzahra, seorang anak istimewa Down Syndrome, anak kakak saya yang ke-8. Anak buah yang amat saya sayang dan sebaya dengan arwah Najla, beza kelahiran mereka cuma sebulan. Kalau Najla sudah menjadi bidadari syurga di sana, Saffiya juga kupu-kupu syurga yang pasti akan bersama anak-anak seperti Najla nanti. Inilah bidadari syurga yang Allah izinkan untuk kami sayangi di dunia. Bila lihat Saffiya, saya akan terpandang Najla. Saya anggap Saffiya seperti anak saya sendiri.


Buah hati kesayangan kami :)

Jadi, bagaimana azam Ramadhan tahun ini? Jika tidak dapat menunaikan azam untuk berpuasa penuh, berazamlah untuk mengkhatamkan al-quran atau berterawih setiap malam walaupun sekadar 2 rakaat. Paling penting, jangan ditinggalkan amalan di bulan mulia ini. Sama-sama kita audit diri. Azam saya, semoga saya dapat mengkhatamkan 30 juzuk dalam Ramadhan Kareem tahun ini. Semoga dipermudahkan Allah untuk saya dan kalian. Insya-Allah :)

Tuesday, 16 July 2013

Rawatan Tradisional vs Moden. Kenapa saya tak nampak selama ni?

Kronologi TTC
 
17 Disember 2009 : Saya bernikah. Kemudian saya berttc lebih kurang setahun.
 
2010
 
Dalam tempoh setahun, saya mulakan dengan BBT, OPK, berurut dan check up pakar O&G. Kali pertama berurut ialah dengan nenek Edy. Nenek Edy ialah bekas bidan kampung dan pakar mengurut wanita yang selalu dicari-cari tak kira oleh orang Melayu, Cina atau India. Tapi bukan rezeki saya bersama nenek Edy, walaupun sudah berikhtiar dengan petuanya, saya belum diizinkan hamil lagi. Kemudian MIL saya bawa saya berjumpa dengan bidan yang pernah mengurut MIL saya dahulu. Saya ingat lagi waktu diurut, saya menjerit-jerit sambil menarik rambut sendiri terutama bila bidan itu menyentuh bahagian ovari kanan saya. Selepas diurut, bidan itu membisikkan sesuatu pada MIL saya. MIL saya angguk-angguk.
 
Pada hari yang sama, saya dibawa berjumpa dengan seorang pakar perubatan alternatif yang agak terkenal di kampung Edy. Kali ni Edy yang menghantar saya. Saya sampai di rumah pakcik itu petang. Orang sangat ramai. Keluarga Edy dan keluarga pakcik itu sudah lama kenal tambahan pakcik itu kawan baik FIL saya. Saya pernah ke rumah pakcik itu 2 tahun sebelum ketika 'merawat' adik Edy saya. Saya rasa semacam bila lihat ada pesakit yang meracau-racau. Apa masalah saya hingga di bawa ke sini? Pakcik itu terus memanggil saya duduk di hadapannya. Saya sebenarnya agak ragu. Selepas dibacakan doa, tiba-tiba hujung jari saya rasa sejuk beku macam air batu. Apa ni?! Saya diminta balik dan disuruh datang semula malamnya. "Benda ni sejuk. Kena tunggu malam. Petang panas." Edy angguk dan terus bawa saya balik. Saya masih bingung. Pertama kali saya alami situasi aneh seperti ini. Apa masalah saya?
 
Dan sejak itu, lebih kurang 3 kali saya berubat dengan pakcik itu. Pakcik itu tak banyak cakap. Dia ubati pesakit pun tanpa menyentuh pesakit. Saya selalu rasa sejuk beku bila berubat dengan pakcik tu. Tah kenapa saya pun tak tahu. Pakcik kata 'berat' saya ni. Pakcik banyak tumpukan sebelah kanan badan saya. Pakcik cuba buang sesuatu dari badan saya.
 
6 Disember 2010 : Positive HPT! But end up with chemical pregnancy. Dua minggu selepas itu, saya ke utara, menghadiri majlis kahwin kawan saya. Saya menumpang tidur di rumah sahabat saya, Chak. Chak dan maknya bawa saya berjumpa dengan seorang bidan di Ayer Hitam, Kedah. "Belah kanan ni keras sangat. Payah nak ngandung macam ni. Patutnya kena lembut macam sebelah kiri.." sambil bidan tu tekan-tekan dengan jari telunjuk pada bahagian ovari kanan saya. Saya disuruh makan bunga cengkih dengan apa tah saya tak ingat. Balik Johor saya memang amalkan. Dalam masa yang sama saya masih terus berubat dengan pakcik juga. Saya ada juga buat abdoment scan di Pakar Perbidanan Wanita (Klinik Chia) bersama Dr Lim untuk pastikan condition rahim saya ok dan saya masih ada harapan untuk mengandung. Saya consistent consume Obimin setiap hari.
 
2011
 
27 Januari 2011 : Positive HPT! Saya disahkan hamil 4 minggu. Sehingga kelahiran Najla pada usia kandungan 30 minggu dan saya kehilangannya 3 minggu selepas itu.
 
Saya mulakan berttc selepas habis nifas. Perasaan inginkan pengganti Najla tak dapat dinafikan kerana rasa rindu yang teramat pada arwah Najla. Saya semacam give up dengan sebarang rawatan. Saya cari masa sendiri untuk tenangkan perasaan dan berhijrah.
 
2012
 
Tah bulan yang ke berapa, saya consume collagen NH sebab saya nak kulit yang cantik. Sejak itu, period saya mula tidak teratur.  Dalam tahun yang sama juga saya berusaha keras untuk turunkan berat badan dan kembalikan bentuk badan. Saya memakai Premium Beautiful selama hampir 7 bulan. Masa ni saya banyak fokus untuk diri sendiri. Usaha untuk zuriat masih diteruskan tapi secara sendiri sahaja tanpa rawatan moden mahupun tradisional.
 
28 Oktober 2012 : Saya didiagnose dengan left ovarian cyst. Saya tak tahu puncanya apa. Tapi cyst saya burst keesokan harinya selepas saya jalani pemeriksaan di KPJ Johor bersama Dr Hafetz. Seminggu selepas itu, dalam pemeriksaan susulan, saya dapat lihat telur saya di ovari kiri dengan saiz 1.9 cm sedang membesar cantik. Alhamdulillah saya bebas cyst. 
 
Sejak pernah ada cyst, saya jadi agak trauma. Saya consume banyak supplement. Jadi, saya stop dulu collagen sebab dah pening nak makan banyak jenis ubat/ vitamin ikut masa berbeza dalam satu hari.
 
2013
 
Januari 2013 : Saya consume semula collagen NH. Saya suka collagen NH selain rasanya yang sangat sedap, kesannya sangat ketara pada kulit saya. 2-3 bulan juga saya consume balik collagen ni. Dan period saya kembali ting tong. Kemudian saya stop. Saya cuba google tentang kesan sampingan collagen tapi saya tak jumpa. Tapi, saya mula syak saya tak serasi dengan collagen.
Mei 2013 : Saya lakukan check up semula di Klinik Chia. Saya sudah bersedia untuk jalani rawatan moden. Rahim saya masih lagi retroverted. Tapi saya tak bimbang tentang itu sebab saya pernah alami dulu sebelum mengandungkan Najla. Untuk kes infertiliti yang tidak ketahui, Dr Chia cadangkan saya mulakan dulu dengan chlomid. Saya bercadang untuk on chlomid selepas final exam.
17 Jun 2013 : CD-2, kali pertama saya makan chlomid selama 5 hari dengan dos 100mg sehari. Perubahan ketara yang saya rasa ialah selera makan yang membuak-buak. Saya kawal pemakanan saya. Saya tak nak kerana chlomid, saya tak dapat mengawal berat badan. Dr Chia minta saya datang pada CD-13 sebab jangkaan saya akan ovulate pada CD-14. Start dari CD-9, saya sudah mula gunakan OPK. Saya kenal badan saya dan saya tahu saya ovulate awal, bukan pada CD-14. Pada CD-12, OPK positive. So, within 24-48 hours saya jangkakan saya akan ovulate Insya-Allah.
28 Jun 2013 : CD-13, check up susulan bersama Dr Chia. Sewaktu scan, telur hanya berada di ovari kiri. Saya sudah jangka sebab saya rasa senak 2-3 hari sebelum di bahagian kiri. Telur ada sebanyak 3 tapi yang paling besar hanya 1.7 cm. Dr Chia hairan. Dia kata, mungkin bulan ni saya akan ovulate lewat. Sebab telur yang matang sepatutnya reach ukuran lebih kurang 2 cm. Saya beritahu dia, saya sudah check dengan OPK. Line positive appear semalam, masa CD-12. Dengar apa yang saya cakap, Dr Chia suspect saya sebenarnya dah ovulate. Telur yang masih ada dalam ovari kiri belum cukup matang untuk ovulate. Saya tanya Dr, macam mana dengan ovari kanan saya. Dr cakap folikel tersangat kecil. Nampak juga tapi sangat-sangat kecil. Dr kata tak apa sebab sebelah kiri dah ada. Folikel sebelah kanan boleh guna untuk cycle akan datang. Saya sebenarnya sangat berharap ovari kanan saya dapat hasilkan telur. Bukan kerana apa, saya tak nak ovari kanan saya terlalu pasif compare to ovari kiri.
10 Julai 2013 : Awal Ramadhan dan jangkaan hari saya sepatutnya period. Saya tergerak hati untuk buat HPT.  Kali pertama buat saya nampak negative. Saya terus bungkus semula HPT cassette dan terus cuci pinggan. Selesai cuci pinggan, saya tergerak hati mahu tengok semula HPT cassette tadi. Saya macam nampak ada satu line yang sangat faint. Tapi saya abaikan. Saya tinggalkan semula. Kemudian, saya rasa tak senang hati. Tipulah kalau saya tak mengharap kan. Saya tengok lagi. Line tadi makin terang tapi cuma ada satu garis halus sahaja dan lebih samar dari line C. Kalau dulu masa saya mengandungkan Najla, line positive appear dalam beberapa saat dan sangat terang. Dalam hati saya sudah syak, mungkin chemical pregnancy lagi jika benar saya hamil.
11 Julai 2013 : Saya ulang semula HPT. Kali ni gunakan urine pagi sebelum sahur. Negative! Saya tersengih. Saya ni berharap sangat agaknya semalam. Saya terus buang dalam tong sampah di bilik. Tapi lepas beberapa lama, waktu saya masuk bilik semula, saya nampak position HPT cassette tu menghala ke atas. Saya ambil semula. Oh, ada rupanya faint line tu tapi semakin samar sampai hampir tak nampak. Sah, chemical pregnancy. Saya cuma menanti period datang.
13 Julai 2013 : Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun period tak tentu hala, saya dapat semula kitar haid 28 hari. Saya rasmi period pada CD-28. Saya akan teruskan semula dengan chlomid untuk cycle ini. Dan Edy pula berharap saya sudi untuk berubat kembali dengan pakcik. Saya malu sebenarnya dengan pakcik. Sejak saya mengandung Najla dulu, saya seakan lupa diri. Lepas tu saya dah tak nak buat treatment dah. Saya sangat berharap saya boleh mengandung secara natural lagi tanpa perlukan apa-apa rawatan. Jadi bila berubat kembali dengan pakcik, saya berazam agar kali ni saya lebih fokus dan serius sewaktu berubat. Dalam hati saya berdoa kuat, segala apa yang saya lakukan ini adalah bersandarkan kepada Allah SWT jua. Saya cuma berikhtiar dan saya tak tahu ikhtiar yang mana Allah akan makbulkan nanti. Pakcik mulakan rawatan. Saya melunjur kaki menghadap kiblat seperti dulu. Pakcik mula baca ayat al-quran dan hembus pada air. Selepas itu saya minum dan sapu di bahagian badan tertentu. Semasa sedang merawat, pakcik kata belah kanan saya 'berat' lagi. Kanan lagi? Pakcik cuba 'buang' apa yang sepatutnya dibuang. Lepas habis rawatan, pakcik suruh saya tengok dulu dalam sebulan dua ni macam mana. Lepas habis rawatan, saya tengok di luar sudah ramai pesakit yang menunggu untuk dirawat pakcik. Saya terus pulang.
Sejak saya terima email dari seorang sahabat blogger, kemudian saya berubat semula dengan pakcik, saya seolah-olah rewind balik apa yang saya dah lalui selama ni. Sepanjang saya berubat tradisional, sudah beberapa kali saya diberitahu bahagian kanan saya (ovari) keras atau berat. Kemudian setiap kali saya check up dengan pakar, sewaktu Allah izinkan saya lihat telur saya dalam ovari, saya cuma nampak telur-telur itu berada dalam ovari kiri sahaja. Bila saya kena cyst dulu, pun sebelah kiri juga. Kebetulan beberapa hari lepas, saya berbual dengan seorang akak yang juga consume collagen, dan dia beritahu saya, kalau seseorang perempuan yang sudah ada cyst, fibroid atau endometriosis, tak digalakkan untuk ambil collagen. Sebab fungsi utama collagen adalah memperbaharui sel. Collagen juga mempercepatkan pembahagian sel. Jadi secara tak langsung, kalau sudah ada 'agen' yang membantu pembahagian sel tu, maka cyst, fibroid atau endometriosis akan lebih cepat besar. Mungkin saya sangat tidak serasi dengan collagen, mana-mana collagen atau mungkin saya allergy dengan marine collagen, saya tak berapa pasti. Semua ni hanya andaian saya. Cuma kesimpulan yang saya dapat dari rawatan saya selama ni, ovari kiri saya lebih aktif agaknya dalam menghasilkan telur setiap bulan. Saya tak sabar untuk check telur bulan ni. Saya sebenarnya nak tahu apa perkembangan ovari kanan saya. Sudah membesarkah telur nanti? Semoga ada khabar postif buat saya nanti. Insya-Allah.
 
Untuk pengetahuan kalian atau rakan-rakan yang mencari-cari facebook saya dan kemudiannya tahu akan kewujudan blog ini, saya masih lagi berusaha untuk mendapat pangganti Najla. Mana-mana rawatan atau kaedah yang seseorang cadangkan kepada saya, pasti saya akan segera lakukan. Saya seolah-olah belum pernah bosan berusaha. Saya tak nak setiap satu ikhtiar itu saya terlepas. Jadi, apa sahaja yang dicadangkan pasti saya akan cuba juga. Dalam tak sedar, selama 2 tahun ini, saya tak ingat sudah berapa jenis supplement yang saya telan, sudah berapa orang tukang urut yang saya sudah jumpa baik dekat mahu pun jauh, sudah berapa banyak petua yang saya amalkan dan sudah tentu doa saya pada-Nya tidak terkira. Sambil berusaha, saya tidak lupa untuk menghiburkan diri saya dan Edy dengan habiskan masa terluang bercuti bersama. Saya tak nak terlalu tertekan. Saya tak nak persiakan usia muda saya. Biarlah saya ke sana ke mari mencari ikhtiar sambil menggembirakan hati juga. Cuma sekarang, saya masih melatih diri untuk benar-benar ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana Allah SWT semata-mata. Tak dinafikan ada kalanya setiap kebaikan yang saya lakukan pasti terselit satu pengharapan agar kebaikan itu dibalas segera. Mengapa saya tidak ikhlas sahaja sepenuhnya? Saya seolah-olah terdesak agar doa saya dimakbulkan kerana inilah yang kebaikan yang saya impikan. Tapi saya terlupa, sudah terlalu banyak Allah beri kebaikan kepada saya tanpa saya mampu menolaknya. Saya perlu muhasabah diri. Saya sebenarnya masih jauh dalam mencapai kekhusyukan dalam solat saya. Itulah yang saya paling kesalkan. Saya cuma terfikir, jika selama ini, apabila saya menginginkan sesuatu, saya akan berdoa dengan penuh khusyuk dan berharap doa itu dimakbulkan, mengapa saya tidak boleh khusyuk dalam setiap saat saya di dalam solat fardu yang hanya beberapa minit itu? Nyata iman dalam hati saya masih tipis. Saya belum mencapai tahap itu lagi dan saya masih mengejar tahap itu.
Maafkan segala kekhilafan saya dalam entry ini. Alhamdulillah, saya benar-benar rasa lega dapat meluahkannya di sini hari ini :)

Monday, 15 July 2013

Kongsi Email


 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Saya nak share satu email kiriman seorang sahabat blogger yang mahu dikenali sebagai Hamba Allah tentang perjalanan TTCnya sehingga dia hamil semula. Hamba Allah ini dulu pun macam saya, berTTC untuk dapat anak yang pertama, dan Allah lebih mengasihi anak itu dan mengambilnya semula. Jadi, inilah kisahnya bagaimana Hamba Allah ini alhamdulillah berjaya hamil kembali. Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama. Sebenarnya saya yang beria-ia mahu tahu sangat tentang perjalanan kehamilan kedua Hamba Allah ini. Dan Alhamdulillah, Hamba Allah ini mahu berkongsi dengan saya.
 
Assalamualaikum nadia,apa khabar? Salam ramadhan,semoga bulan yg penuh barkah ini memberi rahmat kpd nadia sekeluarga.. 
Actually, saya x sabar sbnrnya nak share dgn nadia mengenai pregnancy saya..tp tu la,nak tulis secara 'live' tu belum punya kekuatan lagi n ntah la..ssh sgt nak susun ayat..
So,saya ambik kptsn,biar lah saya cerita personally kat nadia,kalau nadia nk share kat blog nadia,silakan..tp just namakan saya ni hamba Allah (HA).. 
Ermm,actually saya xde la usaha beria sgt psl nk preg.sbb tgh belajar kan,tau jer la dok IPG,kena sukan bagai..tapi lbih kurang hujung tahun lepas @ awal tahun,saya punya period ting tong,meleret sampai lebih 15 hari..tu punca yg merisaukan saya..risau kot ada mslh sakit risau gak psl camna nk BD kalau dah period camtu,dah la ssh nk jumpa hsbnd..maka saya cuba amik jamu susuk dara (JSD)..Jamu ni kena insert dlm tut kita utk keluarkan kekotoran yg ada..walaupun cuak,tp saya pikir,apasalahnya try kan,lagipun kwn saya kata kalau ada mslh keputihan yg teruk,pi hospital,kena ubat insert gak.. Erm,lepas buat tu,period still ting tong,tp yg bestnya rasa lapang kat tut..Tapi dok heran,kenapa period x ok lagi..dok meleret,tp xde la hari2,ada gap 1@2 hari,keluar pun coklat2 jer.. 
So,saya dok risau penyakit lain plak sementelah arwah mak baru meninggal disbbkan kanser..so,saya amik kptsn try buat pap smear..ok,b4 buat pap smear,saya penah urut badan,urut biasa2 jer,sambil tu minta makcik tu try rasa2 perut saya..dia kata,rahim senget..saya? Ok,tp tak la take serius..Tapi tuhan nak tunjuk,masa buat pap smear tu,nurse tu bagitau rahim saya senget sebelah kiri,dia pun suggest suh pi urut..
So,lepas kisah tu,saya plan balik umah PIL, ambik masa lama skit pi berurut ngan makcik tu..pasaipa kena ambik masa? Sebabnya kalau nak urut bhgn rahim (makcik tu guna istilah perbetul peranakan atau usaha utk zuriat),syaratnya kena urut 3 hari berturut2.. So,saya pi la ngurut.. Syarat masa pi kalau x silap,kena bawak air sebotol utk dia buat air penawar..kos urut 3 hari berturut2 tu RM 150.. Maka,disebabkan xde syarat2 yg mencurigakan dr segi syarak,saya pi la.. 
Erm,1st day masa ngurut tu saya perasan makcik tu ekspresi muka dia lain mcm skit..so,saya tanya la,kenapa,ada apa2 mslh ke? Mula2 makcik tu mcm x mau ckp,dia kata kang kot org pikir mcm2..tp saya desak gak,dia bgtau dia rasa saya ni ada 'tumpangan'..so..dia kata better pegi chek pada org yg lbih arif..dia suggest seorg hamba Allah ni..maka hari ke2 sblm ngurut,saya berubat dulu ngan hamba Allah ni di samping makcik..erm,sblm tu,saya x ingat la,hari 1st or 2nd tu makcik tu ada buat jus special utk saya,kunyit hidup+asam jawa+halia di blend pastu dicampur ngan sunquik dan diminum (utk sekali shj)..fungsinya? Saya x tanya,tp kalau ikut logik,bhn2 tu ada kelebihannya dlm perubatan..  
Ok,slps berubat ngan hamba Allah tu,dia buang benda yg menumpang tu,dan Alhamdulilah,balik umah saya tgk xde dah coklat2 tu sampai la skrg..menurut kata hamba Allah tu,benda tu dok kat rahim,dia la buat period meleret,ganggu proses nak lekat zuriat..  
Lepas tu,saya di minta amalkan surah2 pendinding diri.. N teruskan berurut ngan makcik tu sampai la cukup 3 hari berturut2...makcik tu pesan,byk2 berdoa minta pada Dia,jaga makan,elakkan makanan tajam spt nenas,rebung,limau nipis..dia galakkan minum air kelapa..erm,tapi saya ikut larangan jer,saranan minum air kelapa tu saya x buat,ntah kenapa rasa x yakin plak..hehe..So,saya buat cam biasa jer la,teruskan hidup cam biasa,pikir psl anak,tp x fokus sgt la sbb dok fokus pd praktikum.. N sampai la raya cina,saya x dtg period dah lepas urut ngan makcik tu.. Mula2 buat x tau jer,sbb period saya lepas bersalin arwah anak dulu dah x regular,penah cycle jadi 34 hari..so,buat relax,enjoy dulu,siap pi Langkawi,pi naik bot terlompat2 tgh laut tu lawat pulau2.. Tp actually masa naik bot terlompat2 tu ada terdetik gak kat hati ni "camna la kalau betul ada janin perut aku ni..dah la terlompat tgh laut ni lagi teruk terhentaknya berbanding naik keta langgar lubang.." Erm,Alhadulillah,saya teringat ada ayat dlm Al-Quran lebih kurang maksudnya  menyebut tiada siapa yg mengetahui apa yg berlaku dalam perut ibu mengandung, "Kami yg meletakkannya,kami yg mengukuhkannya"..lebih kurang camtu la ayatnya..surah apa saya x sure.. Saya leh jumpa ayat tu masa bukak tafsir cari ayat2 yg berkaitan dgn kehamilan,melahirkan (disaat saya sdg mencari ketenangan) dan Alhamdulilah,saya berserah jer bila pikir camtu,siap dok pikir,ada rezeki ada la,takde rezeki..aku x buat apa2 dok diam2 pun leh jadi mcm2 kan.. 
Erm,Alhamdulillah,balik dr percutian tu,masa singgah umah PIL,saya sajer try chek..dan Alhamdulillah,2 line naik.. Tp x berani citer ngan PIL,balik ipoh,pi kat gynea,scan n dia sahkan saya mengandung..itulah yg saya katakan x disangka2.. Sbb x sangka,kan period saya yg meleret tu sampai lebih 15 hari,so,masa bersama suami pun kurang sbb dok jauh kan,sya cuma ingat sempat bersama masa gap istihadah n lepas berurut ngan makcik tu jer..jarak masa tu rasa mcm sangat singkat sbb x smpt pun next cycle period..lagi plak dok sibuk pikir psl praktikum..mana la sangka kan..saya pun x de amik supplement lain..tapi dah rezeki,Alhamdulillah.. 
Erm,satu lagi nak share,antara perkara yg mgkn membantu ialah sedekah..hehe..saya ni x de la baik sgt,tp saya perasan hsbnd saya cukup murah hati kalau pi psr malam,pasti dia akan menghulur jika dia dlm keadaan mampu,kalau org dtg kat dia minta derma,jarang dihampakan jika dia mampu,x byk pun diavbagi,seringgit jer selalunya..tp tu la,kalau org yg suka dtg minta derma atau sedekah time kita tgh makan ke apa ke,mmg x rugi dtg kat dia,dia akan hulur walau seringgit..saya penah pertikaikan pasal org minta derma or sedekah ni ada sindikit la,org tipu ke..Tapi dia jwb,kita nmpk dia ssh,kita niat baik,dia niat x baik,terpulang,tu dah urusan dia dgn Allah..yg penting Allah tahu apa yg kita buat..so,saya diam jer la,n saya cuba ikut apa yg dia buat..tapi bkn sngkan nak jaga hati ni,hati kita sendiri dari ber syak wasangka..so,byk2 berdoa supaya Allah jaga hati jgn bersangka buruk ngan org2 tu walaupun bila jln ngan kengkawan..ada kwn2 saya pertikai kalau saya menghulur,diorg siap ckp org tu tipu la,apa la..lagi satu kalau x nak hulur pun,try jgk jaga hati jgn pikir or ckp apa2..Tapi tu la,bkn senang ..smpai skrg saya rasa mcm ssh nk jaga hati ni..Allahuakbar.. 
Erm,lagi satu bab sedekah ni,ada org penah ckp,kalau blh buat sedekah secara konsisten,cthnya setiap jumaat sedekah lat masjid rm5 ke 10 ke atau brp yg kita mampu masa tu..hati ni,kalau saya teringat,saya buat,minta hsbnd tlg masukkan kat tabung masjid time dia solat jumaat..atau kalau singgah mana2 masjid hulur la brp yg kita rasa blh bagi..byk atauvsikit xpenting,yg penting kita ikhlas..in shaa Allah,ada keberkatannya di situ..lagi satu solat dhuha pun sebolehnya dia amalkan jua.. Anakkan sebahagian rezeki... 
Erm,rasanya setakat ni kot perkongsian dari saya,yg saya ingat la..kot kalau ada lagi,tp saya tertinggal,saya bgtau kemudian ye.. Apa pun saya doakan nadia juga  hamil in shaa Allah,kalau esok Allah nak bagi siapa tahu.. Tapi yakinlah,Allah akan bagi pada masa yg terbaik buat kita walaupun masa tu kita rasa kita x ready atau kita rasa ishhh,camna ni,dah la tgh praktikum ke,tgh exam ke..Kalau Allah bagi pada masa2 camtu,berdoalah,moga Allah permudahkan urusan kita,permudahkan kita menjaga kandungan..dan Alhamdulillah,saya x confident masa praktikum,tp sya berjaya jua akhirnya..walau pun x tau la dpt cemerlang ke tidak,tp saya tercalon sbg calon cemerlang praktikum..satu perkara yg saya lgsg x sangka sbb saya bkn la org yg pernah naik stage amik hadiah masa hari anugerah di sekolah atau di IPT..Lulus IPT pun biasa2 jer,bkn 1st class pun..padahal masa tu no komitmen,xde apa2 yg blh menyekat pergerakkan saya..tp masa saya praktikum kali ni? Dgn pergerakkan yg agak terbatas,mudah letih ngantuk,ntah la..tu la rezeki x di sangka2kan..   
Erm,dah meleret lagi ni..wokeh,salam maju jaya,jaya dunia,jaya akhirat in shaa Allah,teruskan usaha,bersangka baik pada Dia,Dia akan beri yg terbaik kpd kita in shaa Allah..Akhir kalam,wabillahitaufiq wa hidayah wassalamuaalaikum w.b.t..

Alhamdulillah. Seronoknya saya selepas dapat baca email Hamba Allah ini. Sebenarnya banyak lagi soalan yang saya sudah tanya  di whatsapp tapi tak sempat nak dikongsikan di sini. Insya-Allah kalian dan saya juga, pasti akan ada rezeki yang tak disangka-sangka seperti ini nanti. Amin. By the way, tahniah buat sahabat blogger saya ini!

Click! Click! Click!