Sunday, 3 February 2013

"Can u see me?" said X...

Random comment on facebook:
 
A: Eh B, ko sekarang tengah preggy anak no. 2 ke?
B: Eh, sapa cakap? Belum lagilah. Tunggulah anak aku besar dulu...
C: A tu sibuk tanya orang, tah-tah dia potong que dulu...
A: Eh, belum lagilah. On the way ni...
C: Aku menanglah ni.
A: Ko dah preggy lagi ke?
B: Dah berapa bulan? Cepatnya!
 
X: Read the comment on her wallpost and said, "Can u see me? Seorang pun aku belum ada lagi..."
 
Lunch hour
 
D: Baru aku perasan, rupanya geng kita semua dah cukup dualah (sambil merujuk perkataan 'kita' kepada semua termasuklah X).
E: Haahlah, baru aku perasan. Ni tunggu F dengan G pula meletop. Tah gigirl ke boboi ye (sambil gelak-gelak).
F: Hah... Tunggulah nanti. Surpriseeeeee!
G: Nanti bolehlah kita buat gathering bawak anak-anak kita tu semua. Mesti meriah
 
X: Silence. Dalam hati teriak, "Can u see me????!"
 
 
Kisah X ni rekaan aku je. X tu bukan aku atau pun sesiapa tapi X adalah satu realiti. Kadang-kadang kita cuba meraih penghargaan orang lain tapi kita selalu lupa untuk menghargai orang di sekeliling kita. Kadang-kadang dalam tak sedar aku terbuat juga. Contohnya, aku pernah menjawab pertanyaan seorang rakan Chinese tentang macam mana nak buat investment rumah kedua. So, kitorang rancak berbincang sampai aku terlupa ada orang ketiga bersama kami iaitu seorang kawan aku yang masih belum berkahwin. Selepas beberapa minit dengar perbincangan yang lebih berbentuk family tu, kawan aku terus bangun dan blah. Aku terasa sangat bersalah. Itu just satu contoh which kawan aku mungkin tak boleh nak interrupt perbincangan kitorang sebab dia pun masih lagi mencari seorang calon suami, so dia belum bersedia untuk memiliki rumah setakat ini. Dan aku rasa waktu tu, aku dah buat dia rasa sangat-sangat terasing. Aku tak suka keadaan tu dan aku berharap aku akan lebih berhati-hati dengan mereka di sekeliling aku selepas ni.
 
Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Good one Nad! Sebagai peringatan bersama. Biasa la orang perempuan ni kalau dah berborak dah tak pandang kanan kiri dah.. Main redah je..
    *ingatan untuk diri sendiri jugak* :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, kadang-kadang orang lain tak ada niat pun nak menyentuh sensitiviti orang lain, tapi kita kena alert jugalah kan...

      Delete

Click! Click! Click!