Sunday, 31 March 2013

Pecah Air Ketuban Pramatang...

Ataupun dikenali juga sebagai Preterm Premature Rupture of Membranes (PPROM).

Akhir-akhir ini, saya menerima comment tentang kelahiran pramatang dalam entry Kisah Baby Faiq Aqwa, kisah kelahiran miracle sahabat blogger saya, Falina. Saya bersyukur kerana entry itu telah beberapa kali menjadi rujukan para ibu yang mengalami situasi seperti saya dan Falina.

Saya turut bersimpati pada ibu-ibu yang mengalami situasi seserupa kami. Ralat rasanya kerana saya belum cukup berpengetahuan dalam hal penjagaaan bayi pramatang ini kerana peluang itu saya cuma rasai selama 3 minggu sahaja yang mana sebenarnya saya rasa saya belum cukup belajar untuk menjadi seorang ibu waktu tu. Apa yang terdaya saya lakukan ialah memberi kata-kata semangat, sokongan dan doa buat mereka. Semoga keajaiban Allah itu memihak kepada bayi-bayi kecil ini.

Dulu, selepas 2 minggu kelahiran Najla, saya pernah bilang pada ex-housemata saya, Kak Nour tentang impian saya membina sebuah blog khas untuk saya kongsikan pengalaman saya menghadapi situasi PPROM dan bagaimana saya akan menjaga dan membesarkan Najla. Namun impian saya itu sekadar impian bila Najla kembali ke pangkuan Illahi. Syukurlah impian saya tidak terus terpadam begitu sahaja. Saya cekalkan dan kuatkan hati untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya menghadapi kehilangan Najla.

Baru beberapa bulan blog Najla ini dilahirkan, saya berkenalan dengan Falina menerusi entry Wad Paedatrik. Saya sangat gembira dan bersyukur bila dapat mengenali seorang ibu yang mengalami situasi sehampir saya dan yang paling penting, bayi pramatangnya itu, Faiq Aqwa telah membesar dengan sihat dan comel seperti bayi-bayi yang lain.
 
Lebih kurang 3 minggu lalu, saya terima panggilan dari rakan saya yang sudah berpindah ke Sibu, Sarawak. Saya masih ingat waktu tu saya baru sahaja dapat parking untuk ke kelas. Kawan saya ini pernah berTTC juga. Saya tak tahu dia sedang hamil 6 bulan. Kali terakhir kami berjumpa ialah sewaktu saya berikan dia korset PB yang dibeli melalui kawan saya, Kak Una tahun lalu. Apa yang penting, panggilan untuk saya petang tu bukanlah untuk bertanya khabar. Diringkaskan cerita, menurut kawan saya, ada cecair yang keluar dari vaginanya 3 hari sebelum itu. Dia telah lakukan pemeriksaan di sebuah klinik swasta. Doktor sahkan kandungan air ketuban masih ok dan kondisi bayi pun ok. Beginilah lebih kurang perbualan kami;
Saya: Ko check kat klinik O&G ke?
Kawan: Tak, klinik biasa.
Saya: Dia check vagina tak?
Kawan: Tak, dia tak check.
Saya: Ok. Ko dengar cakap aku betul-betul. Kemas baju, bawa buku pink, terus ke hospital, cari wad bersalin, tak payah ke wad kecemasan. Bagi tahu nurse di situ, ko dah keluar air. Relaks, jangan panik.
Kawan: Aku kena tahan ke nanti?
Saya: Kemungkinan besar. Pergi hospital, tak payah fikir pasal kerja, fikir pasal anak ko je. Lagi satu, aku pernah baca, kita boleh restore balik air ketuban tu dengan minum air. Minum air zam-zam. Doa banyak-banyak. Doa seorang ibu tiada hijab.
Perbualan kami tamat. Seminggu selepas tu, saya cuba dapatkan perkembangan dari rakan saya itu. Menurut laporan doktor, air yang keluar adalah air ketuban, berpunca dari jangkitan di vagina. Seminggu rakan saya itu amalkan minum air zamzam. Kesannya? Alhamdulillah. Sangat memberangsangkan. Jangkitan kuman tiada, dan kuantiti air ketuban bertambah. Syukur alhamdulillah kandungan rakan saya masih lagi selamat sehingga ke hari ini. Kawan saya sudah dibenarkan pulang dan sekarang mengambil cuti panjang berehat di rumah. Semoga Allah terus memberi perlindungan kepada kandungan rakan saya itu. Amin.
Saya mungkin tidak ada tips yang begitu banyak untuk hadapi situasi PPROM ini. Sewaktu saya hadapi keadaan ini dulu, saya tidak terfikir untuk google atau bertanya sesiapa. Saya bingung saat itu. Saya hanya menanti. Menanti dalam keadaan yang tak pasti hinggalah saya dan bayi disahkan telah dijangkiti kuman. Untuk menyelamatkan nyawa kami, kelahiran segera perlu dilakukan. Allah Maha besar, sewaktu pemeriksaan VE, bukaan serviks sudah pun 4 cm. Saya tidak perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan bidadari syurga itu. Air mata menyambut kelahiran Najla tercinta pada usia kehamilan 30 minggu.
Saya bersyukur kerana dapat belajar melalui pengalaman lepas dan pengalaman rakan-rakan saya yang lain. Pengalaman yang tak pernah saya minta untuk berlaku tapi itulah yang terbaik untuk saya yang telah ditentukan oleh-Nya. Kalau menurut pengalaman Falina alami PPROM, sebenarnya lebih hebat sehinggakan bergerak seinci pun boleh mengurangi air ketuban beliau. Namun,tiada siapa dapat mengatasi kuasa Allah SWT bukan? Alhamdulillah, anak yang dikandungnya dulu dengan pelbagai cabaran sedang sihat membesar sehingga ke hari ini. Faiq Aqwa, anak kecil yang saya sudah anggap seperti anak saya sendiri walaupun kami belum pernah bersua. Saya sentiasa mengikuti perkembangan pembesaran Faiq kerana sedikit sebanyak ia mengubati duka kehilangan Najla di hati saya, tambahan pula melihat Faiq yang begitu comel, sangat-sangat menghiburkan.
Sekiranya kalian yang sedang hamil mengalami situasi seperti ini, teruslah merujuk kepada yang pakar atau terus ke hospital. Lambat membuat keputusan dan tindakan mungkin akan memberikan hasil yang salah. Jadi, usah pandang ringan kepada masalah seperti ini. Adakalanya kita mungkin tidak sengaja mendapatkan pandangan yang salah. Mungkin ibu-ibu lain tidak pernah alami situasi seperti ini, jadi dianggap perkara biasa seperti terkencing tanpa sedar pada lewat kehamilan. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang sedang hamil tentang masalah keputihan yang dialaminya. Saya terus serius, minta dia ke klinik untuk maklumkan kepada nurse atau doktor tentang keputihan yang dialami dan minta pemeriksaan vagina dilakukan. Namun saya agak kesal bila ada ibu lain yang mencelah waktu itu dan menganggap itu hanyalah perkara biasa sewaktu kehamilan. Waktu itu saya terus mendiamkan diri. Saya hanya mampu pandang mata kawan saya itu sedalam-dalamnya, minta dia ikut nasihat saya ke klinik untuk lakukan pemeriksaan. Mungkin ada ibu yang berasa malu dan tidak selesa untuk dilakukan inspection di bahagian vagina. Demi anak, ketepikanlah perasaan itu semua. Alhamdulillah, rakan saya itu akur juga dengan nasihat saya. Selepas pemeriksaan dan rawatan, keputihan yang dialaminya beransur pulih. Tanda-tanda keputihan yang perlu dianggap serius sewaktu kehamilan ialah bila ibu terasa bahagian vagina terlalu gatal, keputihan berbau, dan paling ketara ialah apabila keputihan itu bertukar warna kekuning-kuningan atau kehijauan. (Minta maaf kalau ada yang rasa tak selesa bila saya berulang kali sebut perkataan vagina. Saya nak ibu yang alami betul-betul faham).
Itu sahaja perkongsian kali ini. Saya minta maaf jika penulisan saya ini banyak khilafnya. Pendapat dan pengalaman ibu-ibu lain amat dialukan. Perkongsian untuk bersama.
Wassalam~

Wednesday, 27 March 2013

Umrah 2013


 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
(15 Mac 2013 - 25 Mac 2013)
 
 
Jabal Uhud
 
(Done remove gambar satu lagi. Saya rasa macam poyo pulak. Hihik)
 
 
First of all, saya minta maaf sangat-sangat sebab tak beritahu tentang pemergian saya ke tanah suci ini. Ada sebab. Nanti saya akan cerita.
 
Terima kasih untuk comment dan email yang dikirimkan pada saya. Insya-Allah saya akan membalas nanti. Minta maaf sekali lagi sebab saya tiada kesempatan untuk mencari wifi di sana menyebabkan segala email dan comment malah WhatsApp tidak diterima. Kami tidak pergi berdua. Pemergian kami ditemani ibu mertua saya. Dan tahun ini umrah saya sangat berbeza kerana saya memikul tanggungjawab menjaga dan menemani ibu mertua saya sepanjang berada di tanah suci menyebabkan untuk berjalan-jalan pun saya tiada masa seperti dulu.
 
Insya-Allah, saya akan update lagi entry ini. Saya sangat merindui untuk mengarang entry yang panjang. Sudah banyak entry yang didraft sebelum ini pun masih lagi menanti untuk dipublish. Tugas sampingan saya sebagai pelajar master sekarang menyebabkan masa saya agak suntuk. Jadi saya perlu bijak mengatur kerja dan masa saya sekarang. Insya-Allah selepas saya submit assignment saya Jumaat ini, saya akan cuba beri masa pada blog kesayangan ini. Blog yang telah banyak mengukir kenangan buat saya.
 
Insya-Allah.

Sunday, 10 March 2013

Quote

Love this quote from Maria Elena:

1. having the right friends is better than having a lot of friends.

2. searching is better than waiting (for opportunities)

3. diuji tapi tak tau sedang diuji adalah bahaya.

4. learning has no time limit. depends on how much time we're willing to invest on it.

5. knowledge is always available. depends on how much effort we put to gain it.



The entry of prego pun sangat best. It is not about the prego sauce. Read it.

Will update more soon.


Mode : Busy with assignment

Click! Click! Click!