Sunday, 31 March 2013

Pecah Air Ketuban Pramatang...

Ataupun dikenali juga sebagai Preterm Premature Rupture of Membranes (PPROM).

Akhir-akhir ini, saya menerima comment tentang kelahiran pramatang dalam entry Kisah Baby Faiq Aqwa, kisah kelahiran miracle sahabat blogger saya, Falina. Saya bersyukur kerana entry itu telah beberapa kali menjadi rujukan para ibu yang mengalami situasi seperti saya dan Falina.

Saya turut bersimpati pada ibu-ibu yang mengalami situasi seserupa kami. Ralat rasanya kerana saya belum cukup berpengetahuan dalam hal penjagaaan bayi pramatang ini kerana peluang itu saya cuma rasai selama 3 minggu sahaja yang mana sebenarnya saya rasa saya belum cukup belajar untuk menjadi seorang ibu waktu tu. Apa yang terdaya saya lakukan ialah memberi kata-kata semangat, sokongan dan doa buat mereka. Semoga keajaiban Allah itu memihak kepada bayi-bayi kecil ini.

Dulu, selepas 2 minggu kelahiran Najla, saya pernah bilang pada ex-housemata saya, Kak Nour tentang impian saya membina sebuah blog khas untuk saya kongsikan pengalaman saya menghadapi situasi PPROM dan bagaimana saya akan menjaga dan membesarkan Najla. Namun impian saya itu sekadar impian bila Najla kembali ke pangkuan Illahi. Syukurlah impian saya tidak terus terpadam begitu sahaja. Saya cekalkan dan kuatkan hati untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya menghadapi kehilangan Najla.

Baru beberapa bulan blog Najla ini dilahirkan, saya berkenalan dengan Falina menerusi entry Wad Paedatrik. Saya sangat gembira dan bersyukur bila dapat mengenali seorang ibu yang mengalami situasi sehampir saya dan yang paling penting, bayi pramatangnya itu, Faiq Aqwa telah membesar dengan sihat dan comel seperti bayi-bayi yang lain.
 
Lebih kurang 3 minggu lalu, saya terima panggilan dari rakan saya yang sudah berpindah ke Sibu, Sarawak. Saya masih ingat waktu tu saya baru sahaja dapat parking untuk ke kelas. Kawan saya ini pernah berTTC juga. Saya tak tahu dia sedang hamil 6 bulan. Kali terakhir kami berjumpa ialah sewaktu saya berikan dia korset PB yang dibeli melalui kawan saya, Kak Una tahun lalu. Apa yang penting, panggilan untuk saya petang tu bukanlah untuk bertanya khabar. Diringkaskan cerita, menurut kawan saya, ada cecair yang keluar dari vaginanya 3 hari sebelum itu. Dia telah lakukan pemeriksaan di sebuah klinik swasta. Doktor sahkan kandungan air ketuban masih ok dan kondisi bayi pun ok. Beginilah lebih kurang perbualan kami;
Saya: Ko check kat klinik O&G ke?
Kawan: Tak, klinik biasa.
Saya: Dia check vagina tak?
Kawan: Tak, dia tak check.
Saya: Ok. Ko dengar cakap aku betul-betul. Kemas baju, bawa buku pink, terus ke hospital, cari wad bersalin, tak payah ke wad kecemasan. Bagi tahu nurse di situ, ko dah keluar air. Relaks, jangan panik.
Kawan: Aku kena tahan ke nanti?
Saya: Kemungkinan besar. Pergi hospital, tak payah fikir pasal kerja, fikir pasal anak ko je. Lagi satu, aku pernah baca, kita boleh restore balik air ketuban tu dengan minum air. Minum air zam-zam. Doa banyak-banyak. Doa seorang ibu tiada hijab.
Perbualan kami tamat. Seminggu selepas tu, saya cuba dapatkan perkembangan dari rakan saya itu. Menurut laporan doktor, air yang keluar adalah air ketuban, berpunca dari jangkitan di vagina. Seminggu rakan saya itu amalkan minum air zamzam. Kesannya? Alhamdulillah. Sangat memberangsangkan. Jangkitan kuman tiada, dan kuantiti air ketuban bertambah. Syukur alhamdulillah kandungan rakan saya masih lagi selamat sehingga ke hari ini. Kawan saya sudah dibenarkan pulang dan sekarang mengambil cuti panjang berehat di rumah. Semoga Allah terus memberi perlindungan kepada kandungan rakan saya itu. Amin.
Saya mungkin tidak ada tips yang begitu banyak untuk hadapi situasi PPROM ini. Sewaktu saya hadapi keadaan ini dulu, saya tidak terfikir untuk google atau bertanya sesiapa. Saya bingung saat itu. Saya hanya menanti. Menanti dalam keadaan yang tak pasti hinggalah saya dan bayi disahkan telah dijangkiti kuman. Untuk menyelamatkan nyawa kami, kelahiran segera perlu dilakukan. Allah Maha besar, sewaktu pemeriksaan VE, bukaan serviks sudah pun 4 cm. Saya tidak perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan bidadari syurga itu. Air mata menyambut kelahiran Najla tercinta pada usia kehamilan 30 minggu.
Saya bersyukur kerana dapat belajar melalui pengalaman lepas dan pengalaman rakan-rakan saya yang lain. Pengalaman yang tak pernah saya minta untuk berlaku tapi itulah yang terbaik untuk saya yang telah ditentukan oleh-Nya. Kalau menurut pengalaman Falina alami PPROM, sebenarnya lebih hebat sehinggakan bergerak seinci pun boleh mengurangi air ketuban beliau. Namun,tiada siapa dapat mengatasi kuasa Allah SWT bukan? Alhamdulillah, anak yang dikandungnya dulu dengan pelbagai cabaran sedang sihat membesar sehingga ke hari ini. Faiq Aqwa, anak kecil yang saya sudah anggap seperti anak saya sendiri walaupun kami belum pernah bersua. Saya sentiasa mengikuti perkembangan pembesaran Faiq kerana sedikit sebanyak ia mengubati duka kehilangan Najla di hati saya, tambahan pula melihat Faiq yang begitu comel, sangat-sangat menghiburkan.
Sekiranya kalian yang sedang hamil mengalami situasi seperti ini, teruslah merujuk kepada yang pakar atau terus ke hospital. Lambat membuat keputusan dan tindakan mungkin akan memberikan hasil yang salah. Jadi, usah pandang ringan kepada masalah seperti ini. Adakalanya kita mungkin tidak sengaja mendapatkan pandangan yang salah. Mungkin ibu-ibu lain tidak pernah alami situasi seperti ini, jadi dianggap perkara biasa seperti terkencing tanpa sedar pada lewat kehamilan. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang sedang hamil tentang masalah keputihan yang dialaminya. Saya terus serius, minta dia ke klinik untuk maklumkan kepada nurse atau doktor tentang keputihan yang dialami dan minta pemeriksaan vagina dilakukan. Namun saya agak kesal bila ada ibu lain yang mencelah waktu itu dan menganggap itu hanyalah perkara biasa sewaktu kehamilan. Waktu itu saya terus mendiamkan diri. Saya hanya mampu pandang mata kawan saya itu sedalam-dalamnya, minta dia ikut nasihat saya ke klinik untuk lakukan pemeriksaan. Mungkin ada ibu yang berasa malu dan tidak selesa untuk dilakukan inspection di bahagian vagina. Demi anak, ketepikanlah perasaan itu semua. Alhamdulillah, rakan saya itu akur juga dengan nasihat saya. Selepas pemeriksaan dan rawatan, keputihan yang dialaminya beransur pulih. Tanda-tanda keputihan yang perlu dianggap serius sewaktu kehamilan ialah bila ibu terasa bahagian vagina terlalu gatal, keputihan berbau, dan paling ketara ialah apabila keputihan itu bertukar warna kekuning-kuningan atau kehijauan. (Minta maaf kalau ada yang rasa tak selesa bila saya berulang kali sebut perkataan vagina. Saya nak ibu yang alami betul-betul faham).
Itu sahaja perkongsian kali ini. Saya minta maaf jika penulisan saya ini banyak khilafnya. Pendapat dan pengalaman ibu-ibu lain amat dialukan. Perkongsian untuk bersama.
Wassalam~

55 comments:

  1. setuju sgt dgn ummi,sbab dlu mama tak alert,ingatkan keputihan je sampaikan sehari 4-5 kali tukar SD,rupa2nya air ketuban dah meleleh....bila dh rasa skit pnggang dan ke hospital ,masa tu bukaan dah 8cm tak boleh nak buat apa dah.terpaksalah mama lahirkan mujahid syurga mama masa week24 secara normal...InsyaAllah jika diberikan reseki mengandung lgi dri Allah...mama akan lbih hati2 dan alert...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mama munif. Kita belajar dari pengalaman lepas. InsyaAllah akan ada rezeki buat mama munif lagi... Amin :)

      Delete
  2. sharing is caring kan Nad...
    mdh2n info ni bmanfaat kpd mommies semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes :). InsyaAllah bermanfaat untuk orang lain :)

      Delete
  3. Info yang sangat-sangat berguna.Kak Yana pernah mengalaminya sewaktu mengandungkan Izz dulu.Ingatkan keputihan atau terkucil ketika kandungan memasuki trimester ke3.Bila scan, rupa-rupanya ketuban dah berkurang.Nasib baik doktor dapat kesan awal.Ketika tu kandungan memasuki usia 35 minggu.

    Semo ilmu yang nad share nie dapat dimanfaatkan oleh kita semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak yana. Alhamdulillah izz lahir sihat. Mudah-mudahan info ni dapat bantu ibu-ibu lain. Tq kak yana sbb sudi pngalaman akk :)

      Delete
  4. Lama saya x jenguk sini..kali terakhir masa saya pregnant dan mencari sesuatu disini...

    Keputihan berkaitan dgn Air ketuban ye..??
    masa pregnant, saya mmg byk keputihan...

    saat-saat melahirkan,doc cuba nak pecahkan air ketuban saya.... tapi rupanya2 air ketuban dah kering, dah bocor! katakutan dan kerisauan akhirnya terjadi pada saya tanpa sedar, saya mmg peka, tapi...saya tak sedar bila masa air ketuban saya "bocor"...

    syukur, dengan izinNya...bayi saya selamat dilahirkan walpun air ketuban dah kering...alhamdulillah..

    terima kasih Ummi Najla..pengalamn kamu sgt bermakna utk dikongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah ainun. Rezeki ainun. Walau apa pun, Allah dah tulis rezeki ini buat ainun. Allah maha besar atas sesuatu. Tq ainun sudi kongsi cerita di sini. Semoga pengalaman ainun jadi info berguna buat ibu-ibu yang merujuk di sini nanti :)

      Delete
  5. Terimak kasih atas info, sesungguhnya min cuma tau keputihan tu mungkin satu tanda jangkitan, tapi x tau pulak ada kaitan ngan berkurangnya air ketuban..sungguh tak tau...InsyaAllah,semoga dengan pengetahuan ini, min kena lebih berhati2 lagi la..Tapi actually risau gak la sebab pregnency kali ni walau pun masih 1st trimister min agak mudah terkucil, kena sentiasa pakai pad..so risau takut takleh nak bezakan terkucil ngan air ketuban..camna ye, ada suggestion tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut doktor pakar yg rawat saya dulu beritahu, tak semua pregnancy mommies alami PPROM dsebabkan keputihan. Keputihan tu pula ada beberapa type. Kalau terkucil 1st trim ni, myb min bole praktikkan dulu senaman kegel. Tengok macam mna lps ni ada perubahan x. Anyway, congrets min. Tak thu min dh dpt pngganti Dhiah. Alhmdulillah, gmbira saya dgr berita ni. InsyaAllah everything will be fine min :)

      Delete
  6. maria pun air ketuban bocor skit tak sedar..nasib aqil lahir awal dari due..kalau tak memang doktor nak induce sebab takut baby lemas..anyway salam perkenalan wak..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Salam perkenalan maria :)

    ReplyDelete
  8. salam nadia..khaira mengalami PPROM disebabkan polyhydramnios pada usia kandungan 34week dan menyebabkan khaira kehilangan puteri kesayangan..terlalu pahit nak mengingati kejadian itu tapi itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
  9. Lama tak dengar khabar berita dari khaira. InsyaAllah khaira, perkara yang lepas tak berlaku lahi untuk kandungan khaira yang akan datang. Allah telah memilih khaira untuk lalui semua ni. InsyaAllah khaira. Akan ada pengganti yang lebih baik nanti. Amin :)

    ReplyDelete
  10. terima kasih nadia..hanya awak je yang boleh faham apa yang saya rasa..kerana kita telah sama2 diuji.khaira sukar nak bercerita pada kawan2 sekerja kerana mereka tidak mengalami dan merasai dan terlalu mustahil untuk mereka memahami.

    ReplyDelete
  11. nadia untuk pengetahuan nadia..khaira seorg jururawat di hospital HSAJB.Dan doc yang sambut bb najla ada doc yg sama sambut bb aisyah.Dr kartik..walaupun khaira staff di hsajb tp khaira juga dilayan buruk semasa dibilik bersalin kerana melahirkan bb pramatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry to hear that khaira. Allah tahu apa yang terbaik kan? Pasti ada hikmah terbesar buat khaira.

      Tak sangka khaira jururawat. Patutlah nampak mahir dengan term perubatan :)

      Saya teringin nak tahu kisah baby aisyah. Tapi saya faham, bukan mudah khaira nak lupakan dan imbas balik memori tu.

      InsyaAllah masa akan jadi pengubag buat khaira. Jaga kesihatan dan semoga cepat conceive lagi. InsyaAllah Allah akan beri yang lebih baik buat khaira. Amin :)

      Delete
  12. salam.. terima kasih sbb bg info yg bergana pada saya. Baru2 ni saya pon ada keluar cecair (usia kandungan 22 minggu).. basah juga kain batik saya.. apabila saya rujuk pada KKIA doktor kata air ketumban masih cukup.. Saya terfikir jikia berlaku lagi saya akan terus ke Hospital untuk check vagina.. TQ

    ReplyDelete
  13. As salam umminajlaa...nampaknya sy alami nasib yg sama...skg saya sdg warded coz ada leaking dan air ketuban sedikit..saya baru masuk 24wks...saya sgt risau...dan memang pd awal kehamilan saya alami keputihan yg teruk... Doc cuma boleh monitor dan bg antibiotik shj agar saya tak kena infection... Lepas baca blog umminajlaa ni bru saya tau keputihan penyebab saya leaking... Insya allah lps ni saya akan lebih berhati2..... Soakan saya selamat deliver dan kandungan saya mencapai 9bln.....

    ReplyDelete
  14. As salam umminajlaa...nampaknya sy alami nasib yg sama...skg saya sdg warded coz ada leaking dan air ketuban sedikit..saya baru masuk 24wks...saya sgt risau...dan memang pd awal kehamilan saya alami keputihan yg teruk... Doc cuma boleh monitor dan bg antibiotik shj agar saya tak kena infection... Lepas baca blog umminajlaa ni bru saya tau keputihan penyebab saya leaking... Insya allah lps ni saya akan lebih berhati2..... Soakan saya selamat deliver dan kandungan saya mencapai 9bln.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam awk..skarang camna? sy pun skrang kt wad... sb keputihan. bila doc buat VE dah bukak 2cm. skrang kandungan dh 23mgu 3hari. harap bby bleh survive sampai matang... bby mmg aktif.. best sgt momen ni...doakan saya n bby slamat

      Delete
  15. Baizura dan riena, saya harap selepas ni dapat jaga kebersihan vagina, makan antibiotik seperti yang disarankan dan kalau boleh minumlah air zamzam.Amniotic sac yang dah pernah bocor walaupun sekali boleh merisikokan ibu dan bayi dengan jangkitan. Saya bukan nak takutkan, tapi saya harap ambil serius. Kawan saya yang alami PPROM masa 24 weeks alhamdulillah telah srlamat melahirkan anaknya pada usia kandungan 38 minggu. Apa yang dia buat ialah ambil cuti tanpa gaji, minum air zamzam sepanjang 3 bulan dan yang paling penting banyakkan berdoa. Kebersihan vagina mesti sentiasa dijaga dan ikut saranan doktor. InsyaAllah kandungan kalian akan selamat dan berada dalam perlindungan-Nya. Amin..

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum.
    sy pun risau jg klu baby lhr prem.
    alhamdulillah, skrg sy dah past 25 weeks with my triplets babies inside womb.
    mama mama sekalian, doakan kami semua slmt. . . n trima kasih umminajla, info tntg air zamzam tu akan sy amalkan.

    ReplyDelete
  17. mmg sedih bila kehilangan bidadari syurga pd 26.04.2013.tanpa sbb tetiba air ketuban pecah mcm ampangan dan bb lahir normal ttp meninggal.5 thn tunggu ini yg akak terima.redha aja ketentuan allah

    ReplyDelete
  18. Baru2 ni yen pun kluar air ketuban..doc srh admit hspital sbb air sangat kurang tp yen berkeras nak kuar jg...sbb anak x de org jaga.,hati mmg risau tp mcm mana..risau jg bila baca pengalaman org lain

    ReplyDelete
  19. salam, kak, nk tnye.. klu keputihan kita wana mcm kuning susu itu pn kena jmpa doktor ke?

    ReplyDelete
  20. Tq share nya..zila pun penah alami keputihan pastu mcm kuning mcm lemak ayam tu.pegi klinik ckp kncing kotor.belum sempat balik turun darah terus warded..pintu rahim dh terbukak..lps 8 jam baru ketuban pecah dan doc sruh branak normal.tp yelah xada rezeki baby meninggal lps tu sbb baru 22weeks..sedih tgk anak yg dh sempurna sifat lps 3thn menanti chya mata..

    ReplyDelete
  21. slam.. now 25/7 skang da admit ward..ketuban da pecah..still leaking dr kui 12 pg td.. da dpt injection pra matg paru2 baby sbb kandgn 35 mggu...3bpg 3 ptg kne injection.. belum rase sakit agy.. klu ikot doc ketuban da stop blh discharge.. tp blm agy... nak bersalin normall.... doakn sy smoga dipermudahkn....

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum sy nk tau kak...skrg sy dh 37 weeks..start beberapa hari lepas sy selalu kluar cecair jernih waktu bgun tidur..tapi cecair tuh sikit je..cume dh 2 or 3 ari xsilap sy..itu pon air ketuban ke..atau air ketuban akn kluar terus banyak..maaf sy bru first pregnant

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus ke klinik O&G atau hospital. Jangan menunggu di rumah. Air ketuban boleh leak (bocor) sikit demi sikit atau keluar sekaligus. Do not predict anything. Hanya doktor boleh tentukan. Go asap.. Jgn terus mnunggu.. Bahaya. Walaupun mungkin itu air kencing or anthing else, minta pengesahan doktor.

      Delete
  23. as salam ummi najla dn ibu2 semua.

    sy reen. sy nk tanya pendapat. usia kandungan 19 weeks. hari ni sy kena tahan wad sbb bukaan 3 cm dan doc ckp ada air ketuban yg keluar.

    masalahnya, sudah sampai mlm ni..sy xrasa apa2 air meleleh walau sy pakai pad. pad sy kering cuma ada sikit lelehan darah selepas doc check guna alat.

    dan doc biarkan sy terlantar tanpa ada sebarang jln utk selamatkn bby.

    apa perlu sy buat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat saya;

      1. Bed rest: JANGAN BANYAK BERGERAK. Langkah ni boleh elakkan pengeluaran air yg disyaki air ketuban.

      2. Sekiranya disertai dengan darah, doktor akan buat abdominal scan. Susah nak buat kesimpulan kenapa ada disertai dgn pndarahan pada peringkat ini. Tapi sekiranya darah sudah tidak keluar, begitu juga air ketuban tadi, awak masih perlu BED REST.

      3. Ikut kata doktor untuk consume setiap antibiotik yang diberikan. Ini adalah langkah yang amat penting untuk elakkan baby daripada terkena sebarang jangkitan sebab disyaki amniotic sac telah bocor walaupun air dah tak keluar lagi.

      4. Minum air zamzam dan berdoalah yang baik-baik semoga amniotic sac kembali pulih, kandungan air ketuban mencukupi untuk baby, dan Allah lindungi baby daripada sebarang jangkitan. Khasiat air zamzam sangat berkesan dengan apa yang didoakan. Yakin pada Allah yang Maha Melindungi dan Maha Memakbulkan.

      5. Amalkan ayat-ayat Ruqyah dan bacalah al-Quran pada saat ini agar awak lebih tenang dan sentiasa berfikiran positif tentang keadaan kandungan. Fikir yang baik-baik sahaja, in shaa Allah yang berlaku akan baik-baik. Sentiasa berhubung dengan nurse atau doktor tentang apa yang awak rasa. Dapatkan pandangan pakar dan elakkan dari menerima pendapat sebaranga orag.

      6. Boleh hubungi saya di nurunnadiamasrom@gmail.com
      sekiranya awak ingin berikan no telefon, saya akan segera hubungi awak jika awak memerlukan. In shaa Allah.

      Delete
  24. trima kasih ummi najla atas respond. sy reen. sy masih ditahan wad atas komplikasi lain juga. ni no sy 018 3574 903

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mengalami kes yg sama.saya baru 33 minggu tapi dah leaking air ketuban.sekrg dkt wad..

      Delete
    2. awk di hospital mna?

      Delete
  25. salam ummi najla dn ibu2 di sini.

    sy reen. nyata doc telah buat kesilapan mula2. sy xde leaking. tapi pintu rahim sy lemah dn sudah terbuka.

    minggu ni kandungan sy 20 minggu. doc sudah bagi balik. doc bagi pilihan utk mkn ubat bagi bersalin atau tunggu kuar sendiri.

    sy keliru samada utk berserah pada keadaan atau terus berusaha utk selamatkn keadaan.

    sy tak putus doa, amalkan doa2 yg baik utk kuatkan rahim @ ayat tahsin. ayat nabi yunus. tapi berserah..

    entahlah, xtahu apa yg perlu sy buat..jln yg patut sy tempuh... :(

    ReplyDelete
  26. slm.zajakumullah atas perkongsian ni.Sy pregnant 25 minggu.pagi 2 hari lepas ada kluar air jernih sedikit...tengahri n ptg.sy ingtkan perkara normal....tp bl kluar pagi kelmarin lg skali sy terus ke klinik...amat menakutkan bl DR ckp kena rujuk hospital.DR tenangkan sy dgn membuat pmeriksaan scan...bl scan Alhamdulillah bby ok...air ketuban pun normal.Sy pn dgn senng hati xrefer ke hospital.walaupn DR mencadangkan sy ke hospital...ptg itu jg sy pergi jump nurse KD...alhamdulillah denyutan jantung bby ok...stakat ni bby bergerak normal...air xlg y kluar...tp bl bc artikel ni sy rase bimbang smula...SAHABAT2,PERLUKAH SY REFER SEMULA KE HOSPITAL? BETUL2 TAKUT NI.....

    ReplyDelete
  27. Salam ummi najla.. saya skang di tahan di wad kerana air ketuban juga leaking di WK31.. terima kasih atas perkongsian ini.. ini adalah pregnancy yg kedua tuk saya.. yg first sudah berusia 5 tahun.. skrg msh under monitoring.. tp baby gerak alhamdulillah masih ok.. tp blom rasa contraction... pada yg tgh pregnant jika berlaku begini sila jangan bertangguh.. sila dptkan assessment di hospital..

    ReplyDelete
  28. salam,sy skrg tgh admit dkt hspital sbb leaking 35weeks.. sy sdikit bimbang n kurg percaya dgn rawatan gov nie ummi, sy igt nk ke panel swasta.. sy mmg alami mslh kputihan sejak awal kandungan sehingga skrg n blaku kegataln bile waktu mlm.. stiap kli check up sy ade bgtau klinik gov tp xdberi ape2 ubat.. sy ambil ubat n krim kt klinik swasta.. sy bimbg dgn keadaan baby, adakah punca leaking nie dsbbkn kputihan n stress kt tmpt keje sy ummi? mohon pdapat utk kselamatn baby nie anak yg first

    ReplyDelete
  29. salam,sy skrg tgh admit dkt hspital sbb leaking 35weeks.. sy sdikit bimbang n kurg percaya dgn rawatan gov nie ummi, sy igt nk ke panel swasta.. sy mmg alami mslh kputihan sejak awal kandungan sehingga skrg n blaku kegataln bile waktu mlm.. stiap kli check up sy ade bgtau klinik gov tp xdberi ape2 ubat.. sy ambil ubat n krim kt klinik swasta.. sy bimbg dgn keadaan baby, adakah punca leaking nie dsbbkn kputihan n stress kt tmpt keje sy ummi? mohon pdapat utk kselamatn baby nie anak yg first

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhia, macam mana keadaan awak skrg. Maaf saya lewat reply. First of all, awak jgn terlalu bimbang sebab kandungan awak dah over than 35 weeks and chances utk baby survive adalah sgt tinggi.. Biasanya awak akan ditahan sehinggalah awak melahirkan anak awak nnt. Saya mungkin tak dapat nk berkongsi byk perkara di sini kerana tuntutan masa. Sekiranya awak perlu utk bertanya apa2, boleh pm saya di 0127244994

      Delete
  30. Sy pun pprom dr 26w lg,air klua bnyk 8/8/15 kena tahan wad smpai 19/8/15 bosan sgt2 dok spital ble mlm je nangis ingat kt anak 1st 1y7m,ble doc benarkn balik umah ya allah gembira sgt2 tp tiap2 minggu kena cekup....slma duk spital dieorg bg antibiotik n cucuk tuk matangkn paru2.....sehinggalah cekup pd 15/9/15 doc scan air lg berkurangan paras 2.6 terus kena tahan smpai ari ni...alhamdulilah keadaan bdk kecik nih ikut pkembangan cume sy ade mase kuat dan x kuat nk hadapi hari2 d hospital sehingga bersalin in sha allah...sekarang dh 30w6d smpaikn sy mintak bsalin kat doc gara2 jemu duduk spital...ade mse takot memikirkn ceaser jika berlaku kecemasan

    ReplyDelete
  31. Sy pun pprom dr 26w lg,air klua bnyk 8/8/15 kena tahan wad smpai 19/8/15 bosan sgt2 dok spital ble mlm je nangis ingat kt anak 1st 1y7m,ble doc benarkn balik umah ya allah gembira sgt2 tp tiap2 minggu kena cekup....slma duk spital dieorg bg antibiotik n cucuk tuk matangkn paru2.....sehinggalah cekup pd 15/9/15 doc scan air lg berkurangan paras 2.6 terus kena tahan smpai ari ni...alhamdulilah keadaan bdk kecik nih ikut pkembangan cume sy ade mase kuat dan x kuat nk hadapi hari2 d hospital sehingga bersalin in sha allah...sekarang dh 30w6d smpaikn sy mintak bsalin kat doc gara2 jemu duduk spital...ade mse takot memikirkn ceaser jika berlaku kecemasan

    ReplyDelete
  32. Saye zarifah telah melahirkan baby girl pramatang pada usia kandungan 35 Minggu dan baby berat hanya 1.5 kg Kerana blood pressure saye tinggi. Saye telah melahirkannye pada secara c-zer pada 30/9/15. Selama 20 hari baby dalam wad kerana berat asyik turun naik. Doc cakap baby kecik tapi alhamdulillah keadaan dia sihat xde penyakit ape2. Rase sedih bile tgk dia kecik sangat . Hari ini berat da dh naik 1.74 alhamdulillah semakin berat tapi fizikal tetap kecik . Saye terpaksa berjauhan dengan baby kerana saye berpantang di rumah di seremban baby saye di HKL. Hanye husband yang melawat baby hari2 di Kuala Lumpur. Saye hanye melawat dia seminggu sekali kerana saye berpantang Dan saye kene membuat daily blood pressure. Rase nk duk jage dia kt hospital tapi operate czer belum pulih dan keadaan ini menyukarkan saye hendak menjage dia hanye ALLAH saje yang tahu mcm mane perasaan ini bile berjauhan dengan anak sendiri. 2tahun menunggu untuk mendapatkan anak dan ini adalah anak pertama. Ibu doakan siti nur umairah cepat membersar dan sihat Dan boleh cepat balik rumah . Moga2 semua dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru baca comment ni.. Maaf sy x perasan. Skrg mcm mna Umairah? Dah disharge? Saya fhm perasaan awak..

      Delete
  33. As salam kak. Klu kandungan baru masuk 6minggu. Tp dh ad kputihan tetapi xberbau? Adakah sy kena g hospital jgk utk chek? Pgunaan pantyliner elok atau tak untuk ibu mgandung? Thnks kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dik. ya, kna mklumkn nurse atau doktor. klu klinik ibu dan anak belum buat (kdg2 sbb terlalu rmi patient), boleh buat di klinik swasta. dlm rm70-80 macam tu byrn dia. better ambil langkah berjaga2 seawal boleh.. lps dpt result, in case keputihan mg ada (like candida or GBS), attachkan result tu di buku pink. mklumkan pd doktor kerajaan sekiranya keputihan adikbukan biasa2.. mereka akan beri lebih perhatian..

      Delete
    2. pnggunaan pantiliner sbnrnya x elok klu pki terlalu lama. boleh jd lbih teruk nnt pki panties cotton dan rajinlah tukar pantiliner setiao klike toilet atau lap kering kawasan tu

      Delete
  34. Saya skrg preg 26 weeks 4day...dan dah leaking.. Masuk hospital dah 5 day x de rasa nak bersalin.. Dorg cuma pantawan adakah selamat untk kandungan.. Dan rasa mcm. Nak suh dorg keluar kan awal sahaja.. Hari ke3 diward saya leaking habis sampai basah ke katil dan mereka cek memang itubair ketuban... Tp. Mereka x berani nak keluarkan awal sebab takut baby x bole bernafas lagi rasa bosan duk hospital tu memng ada kdg bepkir selamatkandalam. Kandungan.. Tp skrg dah stop berhenti air

    ReplyDelete
  35. Saya skrg preg 26 weeks 4day...dan dah leaking.. Masuk hospital dah 5 day x de rasa nak bersalin.. Dorg cuma pantawan adakah selamat untk kandungan.. Dan rasa mcm. Nak suh dorg keluar kan awal sahaja.. Hari ke3 diward saya leaking habis sampai basah ke katil dan mereka cek memang itubair ketuban... Tp. Mereka x berani nak keluarkan awal sebab takut baby x bole bernafas lagi rasa bosan duk hospital tu memng ada kdg bepkir selamatkandalam. Kandungan.. Tp skrg dah stop berhenti air

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis.. saya minta maaf lambat balas.. Ya Allah, mcm mna keadaan sis skrg :"(

      Delete
  36. saya memang keputihan teruk dari awal pregnant. tapi urine blue n clear. Alhamdulillah puasa penuh, jadi raya pertama saya plan nak makan sikit sikit je sebab xde la selera sangat nak hadap makanan. ambil sarapan, lepas tu [egi rumah atok dlm tengahari makan dalam dua ketul nasi impit, lepas tu tak makan pun sampai malam, sebab badan rase letih. tengah malam tu sampai masuk raya kedua sebelum jam 9 malam, kena cirit birit tanpa henti.. kandungan 31 minggu 5 hari, selepas jam 9 malam langsung takde rase nak buang air dah cuma tiba tiba xboleh bangun, baby kerap mengeras selang 5 minit, bawah perut tegang pinggang semua tegang, ari ari ngilu sangat sangat dari jam 9 malam tu sampai la jam 1 pagi. memang xboleh nak bangun. sampai kat spital, doktor xbuat check up sangat. cuma suruh buang air kecik, pastu pegang perut n suruh bagitau kalau baby mengeras. bila macamtu caranya, saya pun malas. saya jawab x pun baby xmengeras. sebab, spatutnya doktor la yang cek n maklum pada patient. memandangkan anak pertama saya 7 tahun lepas bersalin takde tanda lendir atau darah atau ketuban pecah. anak kedua tahun lepas meninggal dalam kandungan pun takde tanda. cuma dapat tau lepas scan tiga kali. memang takde tanda dan at last buat prosedur D&C. nurse kerap pegang perut n nurse pun tau baby kerap mengeras. lepastu doktor suruh balik je. nurse pulak tahan kejap sebab doktor belum amek fetal heart. so lepas doktor ambil fetal heart, bagi ubat cirit birit (walaupun da xde da cirit birit sampai sekarang). arini tadi saya buang air besar, buang air kecil.. tiba-tiba rasa macam ade air tu mengalir gitu je .. was was jugak. air ape tu. sebab kalau buang air kecil ni lain rase die. ni die spontan keluar. tapi sebab xde rase macam sakit ke ape ke, saye rase saya tunggu jela sampai 19 julai nanti appointment doktor utk scan. xpe kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x pasti kenapa hospital yg sis warded tak begitu lakukan full check up. Sbb sis dah 31 minggu n biasanya utk 6 bulan ke atas akan ditahan di wad bersalin dan dipantau dgn teliti. Kalau yg keluar tu air ketuban sis, bahaya jika dibiarkan. Boleh berlaku jangkitan kuman pada bayi dlm kandungan. Saya dulu leaking tak rasa sakit apa pun.. Kalau sis x pasti, sis boleh terus ke labour room dan maklumkan sis syak air keluar. Nurse atau doc akan buat HVS dan cuba kenal pasti adakah air tersebut air ketuban atau tidak.. tak boleh tunggu lama sis, jgn ambil risiko..

      Delete
  37. Assalam.. saya tertanya klu ada ibu yg pernah experience leaking air ketuban tapi untuk next pregnancy ok.. ataupun klu pernah experience leaking air Ketuban.. adakah next pregnancy juga akan alami bnda yg sama?

    ReplyDelete
  38. salam..ummi jazla,
    saya lini..leaking ms 29week
    skrg dah 30week..masih leaking..
    masih kt wad hospital serdang..
    br sy tau knp sy blh leaking ni.sblm leaking ni memg sy ada keputihan warna kuning & bau busuk..sy ingtkn tu normal sb mengandung je..tp bila leaking ni..keputihan hilang..cuma skrg masih leaking skit2 ia kuar..sy akn tukr pad setiap kali nk solat..dah complete suntikan dexa.skrg masih mkn antibiotik 2x sehari..dr x bagi balik selagi masih leaking..baby baru 1.1 kg..Insya Allah sy akn cuba minum air zam2.. tq..atas perkongsian ni..doakan saya & baby ok ye..tq.

    ReplyDelete

Click! Click! Click!