Tuesday, 23 April 2013

Usahlah kau menderhakai gurumu...

Keluar melangkah kelas terakhir, hati saya betul-betul rasa dirobek. Saya terluka dengan sikap seorang murid lelaki cina. Saya sudah tahu lama attitude dia memang tidak bagus sejak dulu, malah dia juga tidak pandai berbanding rakan-rakannya di aliran sains. Tapi, saya tidak suka memarahi. Ye, dulu saya akui saya memang tegas dan garang di sekolah lama. Sebelum episod sedih Najla. Tapi sejak punya anak, saya selalu membayangkan anak-anak inilah (murid-murid) yang akan menjadi generasi dewasa yang akan menentukan corak negara. Mungkin menjadi guru, doktor, malah pemimpin kepada anak-anak saya. Saya perlu membentuk jiwa mereka yang adakalanya memang sukar dilentur.

Namun tadi, saya betul-betul terluka. Tiba-tiba hijab 'bahasa' saya terbuka dan saya memahami bahasanya. Dengan nada yang sederhana, saya ulang balik apa yang diperkatakannya dalam bahasa saya. Dia diam tertunduk. Malah rakan-rakannya yang lain turut membisu, MALU.

Saya bilang, berhati-hatilah. Kerana apabila kamu melukai hati guru kamu, dan terbit rasa tidak redha dalam hatinya, maka tidak berkatlah ilmu yang kamu pelajari walau siapa pun dia (bangsa & agama) kepada kamu. Malah, sebanyak mana pun ilmu yang kamu pelajari atau pun latihan yang kamu ulangi, jika Tuhan tidak mengizinkan, kebarangkalian kamu 'blank' itu adalah sangat tinggi.

Untuk meredakan rasa marah, saya terus duduk kerana waktu itu memang saya sedang menjalankan ujian untuk membantu mereka sebelum menghadapi peperiksaan. Malah untuk duduk pun, saya selalu meminta izin mereka.

Entah mengapa, hati saya tadi betul-betul terluka dan saya tidak dapat memaafkannya (dan dia langsung tidak meminta maaf). Saya sudah dapat meramal masa depan murid itu kerana dosanya yang bukan sahaja kepada saya, malah guru-guru lain juga.

Saya akui, dulu sewaktu di sekolah, saya seorang murid yang sederhana, tidak begitu pandai, susah, selalu tidak hadir kerama menjaga ibu saya yang sakit. Namun, saya tidak pernah menderhakai guru-guru saya. Saya juga pernah didenda berdiri kerana dituduh kawan saya meminjam bukunya selama 3 hari (sewaktu saya cuti menjaga ibu saya) oleh guru saya yang langsung tidak cuba mencari kebenaran. Walaupun saya tidak bersalah, saya terus berdiri tanpa melawan sepatah pun. Dan mungkin kerana sikap menghormati guru itu, saya mendapat berkat ilmu mereka. Walaupun saya hampir sahaja gagal semua kertas ujian kerana ketinggalan pelajaran, namun keajaiban berlaku sewaktu peperiksaan SPM. Saya terdengar dan teringat pengajaran guru di kelas. Kebetulan soalan-soalan itu pernah saya lakukan bersama guru-guru saya. Alhamdulillah, dengan keputusan sederhana itu, saya diterima masuk ke matrikulasi, universiti (mendapat tajaan biasiswa) dan akhirnya, jadilah saya seorang guru. Guru-guru saya juga tidak sangka akhirnya saya bekerjaya kerana mereka tahu kelemahan dan kekurangan saya sewaktu menjadi murid dahulu. Inilah mungkin hasil daripada berkatnya ilmu guru-guru saya.

Kerana itu, saya masih cuba memperbaiki diri. Saya tidak suka bercakap tidak baik tentang anak-anak murid saya. Kerana, jika saya sudah punya anak nanti, saya juga tidak suka orang lain berkata yang tidak baik pada saya. Saya tidak racist tetapi hakikatnya saya diracistkan anak murid yang tidak mengenang budi. Walaupun anak murid saya itu tidak berani melawan, namun saya tetap sudah terluka.

Saya terus naik ke bilik solat menenangkan diri sambil membaca mesej whatsapp rakan saya. Saya dikhabarkan dengan berita kehamilannya. Alhamdulillah, sejak kembali umrah, hampir setiap minggu saya mendapat mesej yang sama. Rakan blogger, ex-housemate, ex-schoolmate, dan rakan saya. Syukur Allah telah memakbulkan doa kalian. Namun, waktu itu hati saya masih parah dengan kata-kata anak murid saya, dan saya sambut kegembiraan itu dengan air mata. Saya menangis usai solat. Dan nyata, hati saya benar-benar masih terluka. Besarnya dosa murid itu pada saya sebagai seorang guru kepadanya.

Selepas solat, saya keringkan air mata. Seorang murid perempuan cina sudah menunggu saya. Jika saya racist, pasti saya tidak mahu melayan murid itu dengan emosi saya yang tidak menentu. Tapi, saya seorang yang profesional. Gaji guru saya dibayar mengikut hari dan jam. Saya menambah satu jam lagi cuba mengajar murid itu menyelesaikan soalan-soalan kimia. Saya mengajarnya dari hati. Mungkin murid perempuan ini yang bakal menjadi guru kimia kepada anak saya. Siapa tahu, kan?

Apa-apa pun, saya menganggap ini kafarah atas segala khilaf saya.

Air mata ini jarang sekali mengalir untuk perkara sia-sia. Namun saya perlu akui, air mata ini menambah kekuatan dalam diri saya dan memadam api kemarahan.

"Duhai mata yang sedang menangis,
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.
Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan.
Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.
Ia meringankan ketegangan jiwa.
Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan."

(Fatimah Syarha; Sebarkan Bahagia)

"Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-Isra': 109)


Sent from my iPhone

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Fa. Nilah entry dari hati. Entry berbaur emosi. Nad memang terasa pedih sewaktu taip entry ni. Sebagai ingatan nad untuk masa akan datang. Nad cuma berharap, dapat menjadi seorang guru yang amanah dan paling penti g sabar. Tq so much Fa :)

      Delete
  2. Nad, you are really a very talented writer. I can feel you. And indeed, this entry really wakes me up. Thank you and be strong. In shaa Allah,Nad berada dalam kalangan insan2 yang diredhaiNya. Ameen.

    ReplyDelete
  3. Untung anak2 murid ummi punya guru spt ummi ni :-) smg terus tabah... InshaAllah, besar ganjaran buat ummi dunia n akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sweet tooth. Saya guru yg banyak kelemahan sebenarnya. Namun saya tetap cuba mengaudit diri. Saya belum boleh mengalah lagi. Belum cukup tempoh yang saya target sebelum melangkah keluar dari bidang ini. Saya perlukn kepuasan mngajar dulu. Doakan saya :)

      Delete

Click! Click! Click!