Thursday, 16 May 2013

Terima kasih


Assalammualaikum w.b.t


Terima kasih. Itu sahaja yang saya mampu ucap. Terima kasih atas segala penghargaan dari semua anak murid tercinta. Saya tak minta semua itu. Saya cuma berharap kalian mendoakan saya. Namun, saya terima segala penghargaan yang diberikan. Saya masih banyak khilaf.  Saya mungkin tidak dapat meletakkan semua gambar pemberian anak-anak murid saya di sini. Tapi, ada satu 'pemberian' yang telah meruntun hati saya awal pagi ini.


Saya tak sedar air mata saya jatuh jua sewaktu membaca
setiap ayat dalam kad ini.

Kejutan yang saya terima daripada Edy juga buat saya menangis sekali lagi. Terima kasih. Saya masih terlalu banyak khilaf di waktu saya menerima semua ini. Saya sedar saya tidak layak. Saya malu. Semoga saya dapat menjadi pendidik yang sentiasa menyanyangi anak-anak murid saya setulusnya dan menjadi lebih sabar dan tabah dalam mengumpul pahala jariah saya di 'sana'. Saya masih banyak khilaf. 


Keletihan melakukan kebaikan akan hilang tetapi pahalanya kekal.

Keseronokan melakukan dosa akan hilang tetapi dosanya kekal.

Hanya mujahadah akan membuat keletihan melakukan kebaikan hilang.

Hanya taubat akan membuat dosa melakukan kejahatan hilang.

-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi -


Untuk guru-guru yang telah meredhakan ilmu mereka kepada saya dahulu hingga saya akhirnya menjadi seorang 'manusia' pada hari ini, saya tujukan lagu ini khas buat kalian. Hanya Allah SWT mampu membalas kebaikan dan kesabaran cikgu-cikgu dalam mendidik saya. Terutama buat Cikgu Zainol yang telah meletakkan saya dalam senarai pelajar 'A' (di saat saya tahu saya sudah tidak boleh melakukannya) dan mencungkil keyakinan saya (sedangkan saya rasa sudah tidak ada lagi keyakinan dalam diri), sehingga ke hari ini, jasa cikgu masih saya ceritakan kepada anak-anak murid saya di sini. Dan kerana itu, Allah SWT telah menemukan kita di tanah suci. Maha Besar Kuasa Allah Taala menemukan saya kembali dengan seorang guru yang telah  banyak mengajar saya tentang erti kasih sayang dan mendidik saya setulusnya :")




 Terima Kasih :")

Sunday, 12 May 2013

10th honeymoon

Assalammualaikum w.b.t

11 Mei 2013: Kami memilih untuk ke Tanjung Sutera Resort di Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, lebih kurang 81 km dari Kulai. Saya tahu tempat ni pun selepas penat fikir untuk bercuti di mana, dan terus google "Tempat percutian di Johor". Asalnya, saya dan Edy mahu ke Cameron Highlands, tapi atas faktor cuaca yang tak menentu, Edy tak mahu ambil risiko. Saya bingung juga tapi terasa sangat desperate nak bercuti memandangkan 2 minggu akan datang ini saya bakal sibuk; menanda kertas, assignment dan study week. Syukurlah Allah temukan kami dengan tempat ini. Terima kasih kepada blogger ibuayahdamia.blogspot.com sebab telah berjaya buatkan saya teruja nak ke sini.

Macam mana nak sampai sini?

Dari arah Kota Tinggi, tuju ke arah Mersing. Lebih kurang 15 km dari Kota Tinggi, ambil jalan ke Sedili Besar. Lepas tu, nanti akan nampak satu signboard kecil Tanjung Sutera Resort, belok kanan dan masuk ke arah ladang kelapa sawit. Terus dan akan jumpa simpang tiga. Di situ ada banyak signboard chalet, belok ke kanan dan terus sahaja tanpa ragu lebih kurang 3 km sehingga habis jalan ladang kelapa sawit dan masuk ke kawasan kampung. Terus sahaja sehinggalah akan nampak pintu masuk Tanjung Sutera Resort di sebelah kiri. Kawasan ni luas dan besar. Bukan sahaja menjadi tempat percutian, malah boleh dijadikan tempat berkursus dan kem bina insan untuk pelajar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami terus ke receptionist. Saya tak terus book bilik. Saya minta pendapat pekerja di situ dan round sekitar dulu. Selepas berpuas hati, akhirnya kami memilih Pondview Cottage. Banyak lagi pilihan bilik yang ada seperti standard room, hillview suite, seaview suite dan terdapat juga dorm dengan kapasiti 8-46 orang sebilik. Saya pilih Pondview Cottage kerana teruja sangat nak lihat bunga teratai mekar di subuh hari :)
 
 
 
 
 
 
Pondview Cottage berharga RM150 tak termasuk makan minum. Kali pertama sampai, kami cuba juga menu di situ, 2 orang makan, RM36. Tapi, tak cukup mengenyangkan saya. Jadi petang tu kami ke Jeti Sedili Besar, ada kedai Steamboat Sedili, makan chicken chop dan nasi ayam penyet. Dua orang, RM16. Rasanya?Speechless, sangat sedap dan mengenyangkan! Saya tak sangka warung sebegitu mampu hidang makanan bertaraf restoran.
 
 
 

Petang tu, saya temankan Edy memancing di jeti Sedili Besar. Jeti ni juga merupakan tempat pemancing-pemancing laut dalam berkumpul dan mendapatkan perkhidmatan bot besar. Edy cuma memancing di tepi jeti. Suasana di situ sangat tenang dengan angin kuat dan simbahan cahaya matahari yang mendamaikan. Saya ralit di situ untuk beberapa ketika.
 
 
 
 
 
 
 
Malam tu, kami hanya habiskan masa di bilik. Bingung juga saya sebab tiada tv. Untuk hilangkan rasa bosan saya, Edy ajak memancing di kolam hadapan. Dua kali dapat ikan, tapi kami lepaskan semula. Lepas tu, saya tak sedar saya terlena pukul berapa.

Setiap satu jam, saya asyik terjaga dan buka pintu bilik. Saya cuma nak lihat bagaimana bunga teratai mekar. Kadang-kadang, Edy kejutkan saya juga beritahu bunga teratai sudah kembang. Saya berlari keluar dan ambil gambar, saya tak ingat berapa kali saya buat macam tu. Hinggalah tiba waktu subuh, saya terjaga sebab terdengar bacaan al-quran dari masjid berhampiran. Waktu itu, barulah bunga teratai kembang sepenuhnya. Masa tu saya berlari keluar dengan bertelekung dan mencangkung di tepi kolam. Saya terlupa ada orang lain di resort itu. Saya tak dapat bayangkan kalau saya terserempak dengan orang lain. Saya bimbang bukan saya yang terkejut, tapi orang lain yang bertempiaran lari tengok makhluk putih di tepi kolam!
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami keluar bersarapan di luar, di kawasan kampung berhampiran jeti Sedili Besar. Kedai ni ada jual nasi minyak, nasi lemak, dan soto. Kami cuba nasi minyak dan soto nasi. Sedap! Saya siap bungkus nasi lemak ayam dan nasi minyak lagi. Semuanya berjumlah RM16. Untungnya duduk sini, sebab kaki makan macam saya memang suka makanan yang sedap, bersih dan murah.
 
Sebelum balik, saya dan Edy habiskan masa di swimming pool. Tapi tak lama dan tak puas sebab lepas tu dah ada orang lain datang. Saya cepat-cepat keluar dari pool tu.
 
 
 
 
 
 
Lepas serah kunci, saya ambil lagi beberapa gambar di situ. Tah kenapa, saya rasa sayu pula. Saya pandang ke arah laut, saya lihat simbahan cahaya matahari. Terik, tapi perasaan tu mendamaikan.

Alhamdulillah, saya lega sebab dapat keluar dari 'kepompong' kesibukan masa. Dua hari yang langsung saya tak fikir tentang kerja dan belajar. Adakalanya, memang saya perlukan masa sendiri, untuk hargai diri sendiri. Selepas ini, saya perlu fokus semula. Saya sudah bersedia untuk bersungguh dalam kerja dan pelajaran saya. Cuti semalam adalah hadiah terindah buat kami kerana diberi kelapangan masa dan kemudahan perjalanan. Alhamdulillah :)
 
 

Friday, 10 May 2013

Siapa kata mak-mak tak boleh main boling?


Assalammualaikum w.b.t

Ni entry pasal semalam. Actually, sekolah saya ada anjurkan pertandingan boling. Saya sertai bukan kerana apa, kerana saya naib pengerusi kelab guru di sekolah. Jadi atas rasa tanggungjawab, saya libatkan diri juga walaupun sebenarnya sebelum ni saya langsung tak berminat nak sertai. Saya sudah berkira-kira sama ada mahu sertai atau tidak bila memikirkan faktor masa dan tempat. Tapi kerana minat yang mendalam (kononnya) pada sukan boling, saya beri nama juga di saat-saat akhir.

Bayangkanlah pagi tu saya bekerja, petang ke kelas dan malam ada pertandingan pula. Saya memang rasa penat sangat. Tapi semua kerana tanggungjawab. Syukurlah Edy tak bekerja semalam. Jadi, dari pagi lagi Edy sudah hantar saya ke sekolah, ambil dan hantar pula ke kelas kemudian temankan saya ke pertandingan itu.

Saya tak memilih team untuk pertandingan. Saya pasrah je ditetapkan dengan mana-mana kumpulan. Then, setelah diadjust beberapa kali, akhirnya team saya terdiri daripada kumpulan mak-mak yang bawa stroller! The only one group yang ada anak-anak kecil jika dibandingkan dengan team lain yang single-single belaka. Memang unik! 


Penyokong cilik

Team kami

Saya dan baby Adha yang super cute!

Team wanita dan lelaki diasingkan. Yang lucunya, sepanjang pertandingan, kami bergilir-gilir jaga anak-anak kecil ini. Anak-anak dipass-pass mengikut giliran. Akhirnya, bukan semua orang pegang anak sendiri. Janji sempat, pass sahaja pada sesiapa yang free. Dalam masa tu, sempat lagi kawan-kawan saya gantikan pampers, lari sekejap untuk bf anak yang kecil, cibukkan si abang, bagi makan kat anak, dan sebagainya. Semuanya berjalan lancar termasuklah giliran melontar bola. Memang seronok dan kumpulan saya tiada masa rehat langsung sedari awal. Kagum saya lihat kawan-kawan saya ini yang bersukan dan menjaga anak tanpa mengeluh sedikit pun :).


Mama dan baby Batrisya

Baik kaum ibu atau bapa, semua main peranan bergilir jaga anak

Baby Tariq (3 months), still fully bf. Tu EBM ye

Baby Batrisya dan ayah Edy. Batrisya loves him most!

Ni turn pegang je baby sapa-sapa masa mak-mak diorang baling bola

Ayah baby Tariq beri sokongan

Ayah Edy main juga akhirnya

Baby Batrisya sangat suka Edy

Three of us *Berangan kejap*

Keputusan tak rasmi pertandingan, kumpulan kaum ibu dapat tempat pertama. Saya rasa nak tergelak pun ada. Sebab saya tak fokus langsung pada game seperti selalunya. Saya sangat seronok membantu kawan-kawan saya jaga anak-anak mereka. Saya rasa macam mustahil pula kumpulan kami boleh jadi juara. Tu tak termasuk anak-anak yang berusia 2-3 tahun tolong lontar bola. Tak tahulah kalau pengurus pertandingan salah kira. Pertandingan habis lebih kurang pukul 11 malam. Saya rasa nilah pertandingan paling seronok kerana kami tak masuk untuk bertanding tapi sekadar suka-suka. Tekanan tak terasa langsung. Mungkin juga kerana pertandingan ini ditaja sepenuhnya oleh kelab guru, jadi kami tak berasa ralat kalau-kalau bola 'berlari' di longkang :).

Sejak malam tadi, saya asyik tersenyum lebar. Saya mungkin agak pesimis, selalu terfikir macam mana aktiviti harian saya akan berubah nanti bila ada anak-anak kecil. Tapi saya tahu, kami boleh handle dengan baik nanti selepas melihat kawan-kawan saya seronok melibatkan anak-anak mereka tanpa rasa prejudis dengan statement "Aku dah anak, susahlah...". Insya-Allah, anak-anak kami nanti akan turut disertakan dengan segala hobi saya dan Edy. Insya-Allah.

Click! Click! Click!