Sunday, 12 May 2013

10th honeymoon

Assalammualaikum w.b.t

11 Mei 2013: Kami memilih untuk ke Tanjung Sutera Resort di Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, lebih kurang 81 km dari Kulai. Saya tahu tempat ni pun selepas penat fikir untuk bercuti di mana, dan terus google "Tempat percutian di Johor". Asalnya, saya dan Edy mahu ke Cameron Highlands, tapi atas faktor cuaca yang tak menentu, Edy tak mahu ambil risiko. Saya bingung juga tapi terasa sangat desperate nak bercuti memandangkan 2 minggu akan datang ini saya bakal sibuk; menanda kertas, assignment dan study week. Syukurlah Allah temukan kami dengan tempat ini. Terima kasih kepada blogger ibuayahdamia.blogspot.com sebab telah berjaya buatkan saya teruja nak ke sini.

Macam mana nak sampai sini?

Dari arah Kota Tinggi, tuju ke arah Mersing. Lebih kurang 15 km dari Kota Tinggi, ambil jalan ke Sedili Besar. Lepas tu, nanti akan nampak satu signboard kecil Tanjung Sutera Resort, belok kanan dan masuk ke arah ladang kelapa sawit. Terus dan akan jumpa simpang tiga. Di situ ada banyak signboard chalet, belok ke kanan dan terus sahaja tanpa ragu lebih kurang 3 km sehingga habis jalan ladang kelapa sawit dan masuk ke kawasan kampung. Terus sahaja sehinggalah akan nampak pintu masuk Tanjung Sutera Resort di sebelah kiri. Kawasan ni luas dan besar. Bukan sahaja menjadi tempat percutian, malah boleh dijadikan tempat berkursus dan kem bina insan untuk pelajar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami terus ke receptionist. Saya tak terus book bilik. Saya minta pendapat pekerja di situ dan round sekitar dulu. Selepas berpuas hati, akhirnya kami memilih Pondview Cottage. Banyak lagi pilihan bilik yang ada seperti standard room, hillview suite, seaview suite dan terdapat juga dorm dengan kapasiti 8-46 orang sebilik. Saya pilih Pondview Cottage kerana teruja sangat nak lihat bunga teratai mekar di subuh hari :)
 
 
 
 
 
 
Pondview Cottage berharga RM150 tak termasuk makan minum. Kali pertama sampai, kami cuba juga menu di situ, 2 orang makan, RM36. Tapi, tak cukup mengenyangkan saya. Jadi petang tu kami ke Jeti Sedili Besar, ada kedai Steamboat Sedili, makan chicken chop dan nasi ayam penyet. Dua orang, RM16. Rasanya?Speechless, sangat sedap dan mengenyangkan! Saya tak sangka warung sebegitu mampu hidang makanan bertaraf restoran.
 
 
 

Petang tu, saya temankan Edy memancing di jeti Sedili Besar. Jeti ni juga merupakan tempat pemancing-pemancing laut dalam berkumpul dan mendapatkan perkhidmatan bot besar. Edy cuma memancing di tepi jeti. Suasana di situ sangat tenang dengan angin kuat dan simbahan cahaya matahari yang mendamaikan. Saya ralit di situ untuk beberapa ketika.
 
 
 
 
 
 
 
Malam tu, kami hanya habiskan masa di bilik. Bingung juga saya sebab tiada tv. Untuk hilangkan rasa bosan saya, Edy ajak memancing di kolam hadapan. Dua kali dapat ikan, tapi kami lepaskan semula. Lepas tu, saya tak sedar saya terlena pukul berapa.

Setiap satu jam, saya asyik terjaga dan buka pintu bilik. Saya cuma nak lihat bagaimana bunga teratai mekar. Kadang-kadang, Edy kejutkan saya juga beritahu bunga teratai sudah kembang. Saya berlari keluar dan ambil gambar, saya tak ingat berapa kali saya buat macam tu. Hinggalah tiba waktu subuh, saya terjaga sebab terdengar bacaan al-quran dari masjid berhampiran. Waktu itu, barulah bunga teratai kembang sepenuhnya. Masa tu saya berlari keluar dengan bertelekung dan mencangkung di tepi kolam. Saya terlupa ada orang lain di resort itu. Saya tak dapat bayangkan kalau saya terserempak dengan orang lain. Saya bimbang bukan saya yang terkejut, tapi orang lain yang bertempiaran lari tengok makhluk putih di tepi kolam!
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami keluar bersarapan di luar, di kawasan kampung berhampiran jeti Sedili Besar. Kedai ni ada jual nasi minyak, nasi lemak, dan soto. Kami cuba nasi minyak dan soto nasi. Sedap! Saya siap bungkus nasi lemak ayam dan nasi minyak lagi. Semuanya berjumlah RM16. Untungnya duduk sini, sebab kaki makan macam saya memang suka makanan yang sedap, bersih dan murah.
 
Sebelum balik, saya dan Edy habiskan masa di swimming pool. Tapi tak lama dan tak puas sebab lepas tu dah ada orang lain datang. Saya cepat-cepat keluar dari pool tu.
 
 
 
 
 
 
Lepas serah kunci, saya ambil lagi beberapa gambar di situ. Tah kenapa, saya rasa sayu pula. Saya pandang ke arah laut, saya lihat simbahan cahaya matahari. Terik, tapi perasaan tu mendamaikan.

Alhamdulillah, saya lega sebab dapat keluar dari 'kepompong' kesibukan masa. Dua hari yang langsung saya tak fikir tentang kerja dan belajar. Adakalanya, memang saya perlukan masa sendiri, untuk hargai diri sendiri. Selepas ini, saya perlu fokus semula. Saya sudah bersedia untuk bersungguh dalam kerja dan pelajaran saya. Cuti semalam adalah hadiah terindah buat kami kerana diberi kelapangan masa dan kemudahan perjalanan. Alhamdulillah :)
 
 

13 comments:

  1. salam ummi najla..welcome to sedili besar~ ni kampung nenek chenta ni..kecik2 dlu selalu p tg sutera resort tp view skang lg cantik la sebab dh byk yg diorng upgrade. petang2 selalu turun bwh collect siput timba or serai. tetiba rasa nak blik bcuti kt tg sutera resort he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke chenta. Tapi memang cantik sangat tempat ni. Syukurlah saya jumpa tempat ni. Saya teringin juga nak turUn bawah tu, tapi tak tahu jalan terdekat mana.. So dapat tengok view dari atas je :)

      Delete
  2. Waa..best nyer...Erm,sebut pasal cameron, terinagt pasal kawan min citer, ada kawan dia dah lama ber TTC, pastu ada ustaz ni bagi petua suh pi tempat2 sejuk, try usaha..so diorg pi la cameron, n balik dr sana, Alhamdulillah melekat..Kalau difikirkan secara logiknya ntah la...Actually walau pun cameron tu dekat jer ngan umah min, just sekali jer penah tdo sana, tu pun kebetulan husband punya tempat keje wat program kat situ, kalau tak, naik pagi, turun petang (x penah tdo)...tapi x jadi pun masa tu..Apapun x salah kalau ingin mnecuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke min? Interesting! Rindunya saya dengan cameron. Lama sangat dah tak pergi. Tapi Kan min, waktu saya bercuti ni saya sebenarnya dah DPO dah.. Tp desperate nak bercuti juga. Hihi. Min, cepatlah update :)

      Delete
  3. nampak macam dah pregnant ye darling?congrats :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? (i pula tanya balik). Ya Allah, bestnya andai betul andaian u tu lin :)

      Delete
  4. Replies
    1. Hahaha. Dayah, comel tang mana tu?

      Delete
  5. WAh... Cntik gak tempatnya... Blh plan g honeymoon ni...hehe

    ReplyDelete
  6. Hi, u msh smpn no utk tmphn? Da try few time Tp no xaktif lg.. Huhuhu.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi didie.. Actually i x sure resort ni masih aktif lagi or x since hari tu ada isu upacara sembahyang Buddha di surau resort ni.. Surau yg i upload gambar dia kat atas tu dah dirobohkan sebab isu tu and i x tahu mcm mana keadaan resort ni sekarang...

      Delete
  7. Ketika sampai di Kampung Sedili Besar Tanjung Sutera Resort belum lagi dibina. Ketika itu orang kampung sudah mengetahui resort itu akan dibina di atas bukit. Masih adakah resort tersebut setelah kes panas tentang surau yang disalah guna beberapa tahun sudah dirobohkan? .... Mcm best jer berehat di resort tu.

    ReplyDelete

Click! Click! Click!