Friday, 10 May 2013

Siapa kata mak-mak tak boleh main boling?


Assalammualaikum w.b.t

Ni entry pasal semalam. Actually, sekolah saya ada anjurkan pertandingan boling. Saya sertai bukan kerana apa, kerana saya naib pengerusi kelab guru di sekolah. Jadi atas rasa tanggungjawab, saya libatkan diri juga walaupun sebenarnya sebelum ni saya langsung tak berminat nak sertai. Saya sudah berkira-kira sama ada mahu sertai atau tidak bila memikirkan faktor masa dan tempat. Tapi kerana minat yang mendalam (kononnya) pada sukan boling, saya beri nama juga di saat-saat akhir.

Bayangkanlah pagi tu saya bekerja, petang ke kelas dan malam ada pertandingan pula. Saya memang rasa penat sangat. Tapi semua kerana tanggungjawab. Syukurlah Edy tak bekerja semalam. Jadi, dari pagi lagi Edy sudah hantar saya ke sekolah, ambil dan hantar pula ke kelas kemudian temankan saya ke pertandingan itu.

Saya tak memilih team untuk pertandingan. Saya pasrah je ditetapkan dengan mana-mana kumpulan. Then, setelah diadjust beberapa kali, akhirnya team saya terdiri daripada kumpulan mak-mak yang bawa stroller! The only one group yang ada anak-anak kecil jika dibandingkan dengan team lain yang single-single belaka. Memang unik! 


Penyokong cilik

Team kami

Saya dan baby Adha yang super cute!

Team wanita dan lelaki diasingkan. Yang lucunya, sepanjang pertandingan, kami bergilir-gilir jaga anak-anak kecil ini. Anak-anak dipass-pass mengikut giliran. Akhirnya, bukan semua orang pegang anak sendiri. Janji sempat, pass sahaja pada sesiapa yang free. Dalam masa tu, sempat lagi kawan-kawan saya gantikan pampers, lari sekejap untuk bf anak yang kecil, cibukkan si abang, bagi makan kat anak, dan sebagainya. Semuanya berjalan lancar termasuklah giliran melontar bola. Memang seronok dan kumpulan saya tiada masa rehat langsung sedari awal. Kagum saya lihat kawan-kawan saya ini yang bersukan dan menjaga anak tanpa mengeluh sedikit pun :).


Mama dan baby Batrisya

Baik kaum ibu atau bapa, semua main peranan bergilir jaga anak

Baby Tariq (3 months), still fully bf. Tu EBM ye

Baby Batrisya dan ayah Edy. Batrisya loves him most!

Ni turn pegang je baby sapa-sapa masa mak-mak diorang baling bola

Ayah baby Tariq beri sokongan

Ayah Edy main juga akhirnya

Baby Batrisya sangat suka Edy

Three of us *Berangan kejap*

Keputusan tak rasmi pertandingan, kumpulan kaum ibu dapat tempat pertama. Saya rasa nak tergelak pun ada. Sebab saya tak fokus langsung pada game seperti selalunya. Saya sangat seronok membantu kawan-kawan saya jaga anak-anak mereka. Saya rasa macam mustahil pula kumpulan kami boleh jadi juara. Tu tak termasuk anak-anak yang berusia 2-3 tahun tolong lontar bola. Tak tahulah kalau pengurus pertandingan salah kira. Pertandingan habis lebih kurang pukul 11 malam. Saya rasa nilah pertandingan paling seronok kerana kami tak masuk untuk bertanding tapi sekadar suka-suka. Tekanan tak terasa langsung. Mungkin juga kerana pertandingan ini ditaja sepenuhnya oleh kelab guru, jadi kami tak berasa ralat kalau-kalau bola 'berlari' di longkang :).

Sejak malam tadi, saya asyik tersenyum lebar. Saya mungkin agak pesimis, selalu terfikir macam mana aktiviti harian saya akan berubah nanti bila ada anak-anak kecil. Tapi saya tahu, kami boleh handle dengan baik nanti selepas melihat kawan-kawan saya seronok melibatkan anak-anak mereka tanpa rasa prejudis dengan statement "Aku dah anak, susahlah...". Insya-Allah, anak-anak kami nanti akan turut disertakan dengan segala hobi saya dan Edy. Insya-Allah.

3 comments:

  1. Kak Yana tiap kali main bowling sure bola tu lagi banyak masuk longkang dari atas lane.Sudahnya tengok orang lain main ajelah.**Tak sanggup kena gelak sebenarnya**

    Kak Yana doakan semoga picture 'berangan kejap' tu akan menjadi kenyataan juga suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan kak yana. Nampak macam mudah je baling, sudahnya boleh turn longkang, klu x ke kiri, ke kanan. Haha.

      Tq so much k.yana atas doa yg x pernah putus untuk nad :)

      Delete
  2. cute2nyer penyokong cilik tue...hee...blog walking here...singgah r blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda atau wat yg tersyg...

    ReplyDelete

Click! Click! Click!