Sunday, 30 June 2013

Apabila sebuah penantian berhasil...

Nyata sinar sentiasa ada buat yang setia berusaha dan menanti dengan penuh yakin.

Ini kisah adik M, seorang yang berTTC untuk mendapat seorang zuriat. M mula saya kenali lebih kurang 2 bulan lalu. Itu pun kerana M mula email saya dan bertanya tentang penggunaan ovulation test strip atau OPK. M jumpa entry OPK saya dan sejak itu perkenalan kami bermula di email. M seorang yang cepat belajar. Daripada setiap pertanyaan M di email, buatkan saya yakin M betul-betul telah bersedia untuk melalui fasa seorang ibu. Kerana M rajin email saya, saya telah berikan nombor handphone saya supaya saya dan M lebih mudah berhubung melalui whatsapp. Saya lebih mudah untuk menjawab terus segala pertanyaan M di whatsapp. Lebih cepat dan ringkas.

Seawal perkenalan kami, M tidak tahu latar belakang saya. M cuma kenali saya melalui entry OPK itu. M tidak tahu saya pernah mempunyai anak dan kehilangannya. Dan M juga tidak tahu, saya juga sebenarnya sedang berTTC. Sepanjang perbualan kami, saya cuba membantu menjawab segala pertanyaan M. Saya juga cuba sedaya yang ada memberi nasihat jika diminta. Hinggalah sudah beberapa hari dan minggu, barulah  M tahu latar cerita saya. Itu pun kerana M berasa hairan, mengapa saya betul-betul bersungguh mahu membantunya. Sejak itu, M mula membaca keseluruhan blog saya. Dan barulah M tahu siapa saya yang sebenarnya. 

Perjalanan TTC M bermula apabila period M mula tidak teratur selepas berkahwin. Selepas itu, M berurut dan kemudian diberitahu tukang urut itu bahawa M susah untuk mendapat anak kerana katanya M mempunyai masalah yang saya pun tidak tahu secara detailnya. Saya cuma ingatkan M agar sentiasa yakin pada kuasa dan keajaiban Allah SWT kerana pada saya, manusia hanya tahu mengandai tapi tidak akan pernah tahu tentang sesuatu takdir. 

Langkah pertama M bermula dengan OPK. Saya yakin M sebenarnya telah banyak buat research tentang OPK, BBT dan sebagainya sebab M banyak tahu tentang segala istilah itu. Saya cadangkan M beli OPK dari blog hamilcomel. Jadi, lebih kurang 2 kitar haid M gunakan OPK. M akan sentiasa update segala usahanya pada saya. Sebenarnya, M lebih kepada mahukan kepastian. Saya yakin M sebenarnya lebih tahu tetapi mungkin saya ada sedikit pengalaman dengan OPK, M rasa lebih yakin untuk merujuk kepada saya. Setiap kali M bertanya tentang usahanya dalam mendapat zuriat, berkali-kali juga saya akan nasihatkan M supaya lakukan BD just untuk kebahagiaan mereka berdua. Saya nak mereka menikmati semua itu tanpa perlu rasa stress berBD semata-mata mahu mendapatkan zuriat. 

Lebih kurang 2 minggu lepas, saya menerima kiriman mesej ini di whatsapp dari M:




Saya faham apa yang M rasa sebab saya tak nafikan adakalanya saya juga berfikir tentang perkara yang sama. Bila menerima mesej M ini buatkan saya bermuhasabah diri kerana seolah-olah luahan M itu adalah luahan dari diri saya sendiri yang mungkin saya tak pernah ungkap selama ini. Jadi saya balas mesej M itu seperti berikut:

Yang pertama sekali, tanya diri dulu, kenapa nak dapat anak? Sebab orang lain ada anak? Atau kerana nak dapat pencen kubur? Jawab sejujur hati dan tak perlu bagi tahu akak.

Kalau kita asyik fikir tentang apa orang kata atau apa yang orang ada, kita memang akan stress. Sehingga kita tak nampak kelebihan and kebahagiaan yg kita ada. Contoh paling baik, suami yang mencintai diri kita.

Allah beri rasa stress tu kerana Dia nak kita dekat dengan dia.

Pagi ni, sebelum masuk zuhur, ambillah masa 5 minit dan bersedekahlah dengan solat dhuha.

Merayu dan mengadulah sepuas-puasnya pada Allah.

Kerana bila kita dekat pada-Nya, kita akan merasa lebih tenang. Dan redha dengan segala ketentuan-Nya.

Bila manusia merasa panik, tertekan atau tidak tenang, itu punca hati masih banyak lagi dosa. Muhasabah diri. Cari apa kesalahan yg kita dah buat pada Allah, Rasul, Suami, Mertua, Ibu bapa atau mereka yang di sekeliling kita.

Balik smula pada soalan pertama, tanya smula diri, kenapa mahu anak?

Apa sumbangan dan amal jariah yg telah kita lakukan untuk dapat zuriat terindah itu? Layakkah kita menebus dgn amalan kita?

Minta maaf klu nasihat akak kurang sesuai. Tp akk nak M dekatkn diri pada Allah dan berserahlah segala-galanya pada Dia.. InsyaAllah...

Dan M membalas...



Sebenarnya bukan M sahaja menangis, tetapi saya juga menangis. Kerana apa yang saya katakan pada M itu sebenarnya saya tujukan untuk diri saya. Ya, saya tujukan untuk diri saya sendiri, seolah-olah saya bermonolog. Saya tahu kenapa Allah beri ujian ini buat saya, kerana Dia nak saya sentiasa dekat pada-Nya. Saya mula berhijrah sejak Najla meninggal dunia dan sejak itu saya belum pernah lagi berhenti berTTC. Pernah seorang rakan dengan penuh hati-hati bertanya saya, bagaimana kehidupan saya sekarang (maksudnya sudahkah saya hamil). Saya tersenyum dan jawab saya masih lagi berusaha. Rakan saya itu meminta maaf dan sebenarnya dia sangat takut kalau soalan itu akan menyinggung saya. Saya menafikan. Dan saya masih ingat lagi apa yang rakan saya tanyakan, "Nadia dah lali ke dengan soalan macam ni?". Sebenarnya bukan saya lali, tapi saya yakin Allah ada aturan-Nya yang tersendiri buat saya. Saya manusia yang alpa dan cepat lupa diri. Mungkin jika saya terlalu mudah mendapatkannya, saya akan kembali ke cara hidup lama dan menjadi manusia yang tidak bersyukur. Jadi, apa yang saya perlu lakukan, ialah keep trying. Tanpa rasa jemu dan lelah. Saya pernah melihat segolongan manusia yang mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya untuk mencapai apa yang diinginkan. Malangnya, setelah apa yang dihajati diperoleh, aurat tidak dipedulikan, kata-kata menjadi semakin tidak berbahasa dan sangat janggal untuk dilihat jika dibandingkan dengan kehidupan sebelumnya. Saya takut jika saya termasuk dalam golongan manusia ini. Saya takut saya akan lupa diri bila mendapat apa yang saya inginkan. Jadi semua ini saya anggap sebagai ujian kerana Allah masih sayangkan saya dan mahukan saya terus istiqamah dengan hijrah ini. 

Berbalik semula kepada cerita M, semalam saya menerima mesej M. Alhamdulillah M hamil!

"Alhamdulillah, terima kasih kak. Lepas je saya mesej akak hari itu, saya banyak muhasabah diri. Seperti mana yang akak nasihatkan hari tu. Saya lebih banyak mendekatkan diri pada Allah.Saya buat apa yang saya tak pernah buat. Alhamdulillah, selepas daripada itu, saya mula redha. Percaya semuanya Allah tentukan..."

Di saat M telah mula redha, alhamdulillah Allah permudahkan usaha M untuk hamil. M kini dijangka hamil 4 minggu. Saya yakin, segala usaha  M ini berkait rapat dengan Law of Universal Attraction; apa yang kita sangkakan itulah yang akan berlaku. Nanti saya akan ceritakan tentang ini di lain kali. Saya sangat gembira dan terharu. Saya tidaklah menyumbang apa-apa kepada kehamilan M. Semua itu sudah tertulis, sejak M mula menemukan blog saya kemudian M mencuba OPK. Ye, rezeki manusia berbeza-beza. Ada yang sekali dua cuba telah berjaya, dan ada yang sudah tidak terkira usaha mereka tetapi masih lagi menanti dengan penuh harapan anugerah terindah itu daripada Allah SWT. Oh, saya baru teringat. Selain itu, saya juga ada sharekan satu tips yang pernah saya kongsi di entry Conceive sebab kebetulan M ada masalah seperti saya. Tetapi untuk tips itu, saya hanya sharekan kepada yang bertanya saya di email. Alhamdulillah, ramai juga yang sudi email saya bertanya tentang tips itu. Saya malu untuk cerita detail di blog, jadi saya cuma berkongsi di email bagi sesiapa yang bertanya. Dan menurut M, mungkin tips itu juga telah membantunya dalam cycle yang lalu. Alhamdulillah, semuanya dalam kuasa dan kehendak Allah Taala. Tahniah buat M dan suami. 

Dan buat yang masih lagi berTTC, yakin yakin dan yakinlah dengan penuh pasti Allah akan menganugerahi jua zuriat buat kita semua. Bersangka baiklah dengan Allah SWT kerana Allah SWT akan menuruti sangkaan hamba-hamba-Nya. Tentang bila, usahlah ditanya. Paling penting, terus berusaha dengan yakin bahawa Allah akan memakbulkan jua permintaan kita itu. Amin.

Wallahua'lam.

Tuesday, 25 June 2013

Saya rasa Syura macam saya...

Eh, jangan salah faham ye. Maksud saya macam saya tu bukanlah dari segi rupa. Tapi dari segi kepercayaan.

Source: Google

Saya bukanlah pengikut rancangan realiti. Tapi tah kenapa, saya suka bangat dengan Masterchef Selebriti 2 tahun ini. Mungkin kerana idea masak yang pelbagai dan kreatif daripada beberapa artis buat saya berangan-angan untuk menjadi lebih inovatif dalam memasak. Saya kagum juga dengan Rozita Che Wan, di sebalik kutukan dan kontroversi, Rozita banyak memotivasikan diri sendiri dengan sentiasa positif dan tersenyum di hadapan kamera. Tak sangka juga Rozita sebenarnya hebat memasak. Begitu juga Celina yang sentiasa konsisten dan diramal sebagai juara, sentiasa saya nantikan hidangannya yang kreatif dan inovatif.

Ok, kembali pada tajuk entry (saya tak nak ulas rancangan Masterchef ni terlalu panjang), saya mula rasa Syura, Juara Masterchef Selebriti Ke-2, macam saya (atau pun saya yang macam dia) bila Syura masuk separuh akhir bersama Celina dan Rozita. Selama ini, Syura dianggap bukanlah satu saingan yang hebat jika dibandingkan dengan Celina dan Rozita. Syura cuma diketahui pakar dalam menyediakan masakan Melayu sahaja dan selalu kelihatan agak tidak meyakinkan bila terlibat dengan western food. Tapi pada peringkat separuh akhir, Syura sediakan masakan stew dan nasi herba which is dia berulang kali cakap, dia buat masakan itu sebab suami dia pernah rasa (di tempat lain agaknya) dan kalau boleh, masakan itu dibuat untuk dirasa oleh suami dia nanti. Saya sangat impress dengan apa yang Syura katakan sebab pada saya, apabila seorang isteri sangat menyanjungi suaminya, Allah akan memihak padanya. Dan nyata tanpa disangka-sangka, masakan Syura pada separuh akhir itu mendapat markah tertinggi.


Source: Google

Saya rasa, Syura mula dapat keyakinan semula di final. Dan mungkin Syura lakukan semua ini untuk suami, anak-anak dan ibunya. Keberkatan doa seorang suami dan ibu terlihat di situ. Tah kenapa, saya rasa Syura berhak menang kerana mendapat keberkatan. Dan pastilah Allah yang mengatur gerak hati itu kan. Bila saya melihat wajah suami dan anak-anak Syura, saya rasa Syura memang berhak untuk menang. Tah kenapa, perasaan itu datang dari dalam hati saya. Lagi pula, Syura ni sebaya saya, kan? Rasa macam bangga juga, ibu muda seperti Syura berjaya merangkul gelaran itu.

Bila Syura menangis dan mengatakan dia rasa sedih sebab selama ni orang mengganggap dia tak layak menang, saya dapat rasakan perasaan itu sebab saya pernah berada dalam situasi Syura di mana beberapa kali saya dianggap tidak layak untuk memiliki apa-apa. Pernah suatu ketika dulu, ketika saya sangat meminati sukan boling (walaupun saya langsung tidak tahu bermain), saya pernah dikecam oleh guru boling saya agar keluar dari Kelab Boling jika saya cuma bakal menghabiskan duit mak ayah saya jika semua bola dibaling ke longkang. Saya pekakkan telinga dan terus menebalkan muka pergi ke latihan. Sewaktu pemilihan mewakili sekolah, dari 3 set game, hanya satu set game sahaja saya mendapat markah 144 jatuhan pin. Dan nyata, saya tidak terpilih. Tapi tanpa diduga, 3 hari sebelum MSSD, pemain sekolah saya telah berpindah sekolah dan saya diminta segera mengganti. Sewaktu hari pertandingan, saya betul-betul tiada semangat. Tapi mak saya telah mendoakan saya pagi itu dengan berkata, "Mak doakan Diah dapat Juara. Kalau tak juara, dapat tempat kedua". Saya rasa apa yang mak saya bilang itu mustahil sebab balingan saya amat lemah lagi pula saya pemain amatur. Namun, doa seorang ibu tidak dapat dinafikan. Tah bagaimana, balingan saya hari itu asyik mengena pin sepanjang 6 set permainan dan tanpa diduga (memang saya tak pernah duga atau pun berangan langsung), saya telah mendapat tempat kedua dengan beza mata sebanyak 2 sahaja dengan juara. Seterusnya melayakkan saya ke peringkat negeri dan merangkul tempat ketiga. Sejak itu, nama saya mula dikenali di sekolah. Saya menangis ketika menang sebab sepanjang saya menyertai latihan, saya hanya dipinggirkan dan tiada siapa menjangka saya untuk mewakili sekolah apatah lagi mendapat pingat. Dan kejayaan itu berulang kali terjadi, hanya kerana doa seorang ibu.

Kini, saya banyak melakukan sesuatu dengan Edy berada di belakang saya. Kadang-kadang saya rasa hampir gagal, tapi kerana doa-doa Edy, alhamdulillah saya banyak mengecap kejayaan dalam sesuatu bidang yang saya ceburi yang adakalanya saya tidak pernah sangka saya boleh berjaya mendapatkannya. 

Jadi, itulah perkaitan Syura dan saya. Saya bahagia melihat anak-anak Syura di pentas juara. Saya selalu membayangkan, itulah saya pada suatu masa nanti, dengan suami dan anak-anak di sisi. Insya-Allah. 

Tahniah kepada Syura, ibu muda beranak tiga!

Monday, 24 June 2013

Tudung Labuh T-Cardin Lerang 60" (Clearance Stock)

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah, saya dapat tudung kegemaran saya ini lebih kurang 2 minggu lepas. Tujuan saya beli asalnya untuk saya pakai sendiri. Dan kemudian saya terfikir untuk berkongsi jualan dengan sesiapa yang mencari tudung labuh berkain cotton jenama T-Cardin yang sangat mudah dibentuk. Sangat selesa bila dipakai. Design Tudung T-Cardin lebih kurang Tudung Akel tapi Tudung T-Cardin adalah jenis kain cotton dan lebih mudah dibentuk berbanding Tudung Akel. Tudung T-Cardin tidak jarang.




Kod Tudung dan Warna Tudung (dari atas ke bawah)

T01: Light Green - (SOLD)
T02: Pearl - (SOLD)
T03: Cream - (SOLD)
T04: Light brown - (SOLD)
T05: Dark brown 
T06: Light grey
T07: Dark grey - (SOLD)
T08: Black - (SOLD)
T09: Blue - (SOLD)
T10: Dark blue - (SOLD)
T11: Light purple - (SOLD)
T12: Purple - (SOLD)
T13: Light pink - (SOLD)
T14: Pink - (SOLD)

Tukar arrangement pula.
Ni tudung T-Cardin yang sama macam gambar pertama.


Kod Tudung dan Warna Tudung (dari kanan ke kiri)


T01: Light Green - (SOLD)
T02: Pearl - (SOLD)
T03: Cream - (SOLD)
T04: Light brown - (SOLD)
T05: Dark brown 
T06: Light grey
T07: Dark grey - (SOLD)
T08: Black - (SOLD)
T09: Blue - (SOLD)
T10: Dark blue - (SOLD)
T11: Light purple - (SOLD)
T12: Purple - (SOLD)
T13: Light pink - (SOLD)
T14: Pink - (SOLD)

Harga:

Sehelai: RM20
Postage: RM6
Beli 4 helai dan ke atas: Free postage


Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, boleh email saya di nurunnadiamasrom@gmail.com.

Segala pertanyaan boleh diajukan ke email saya. Terima kasih.

Sunday, 23 June 2013

Smile? You can feel the difference.


Assalammualaikum w.b.t


Cuba senyum. Just a little bit. Senyum lagi, lagi dan lagi. Senyummmmm :)

Can u feel the difference?

I do.

Saya cuba apply cara ni just untuk motivatekan diri sendiri 2-3 minggu ni. Semuanya bermula dengan final exam. Bukan mudah rupanya hendak mengulangkaji di saat-saat sudah meninggalkan lama 'situasi' study tak ingat dunia semata-mata untuk mendapatkan pointer yang baik. Segalanya serba tak kena hinggakan saya tenggelam dalam ketakutan yang saya sendiri tak faham kenapa. Sambil study, saya akan menyelak juga beberapa buah buku motivasi Dato' Dr Fadzillah Kamsah, Prof Dr Muhaya dan Ustaz Pahrol Juoi untuk 'mendamaikan' jiwa saya yang agak kacau. Dan saya cuba tips mudah dari Prof. Dr Muhaya, SENYUM. Auranya nyata berbeza, tak kira dalam apa jua situasi yang saya hadapi.

Alhamdulillah saya sekarang sedang bercuti semester 3 bulan, namun tugas hakiki sebagai guru tak pernah terlepas. Saya tak pasti di mana silap aturannya, saya gagal menyusun jadual aktiviti selepas cuti sekolah dengan baik. Saya sebenarnya sudah mula rasa tekanan kerja itu walau hampir tidak pernah saya tunjukkan depan kawan-kawan. Emosi saya jadi agak tak stabil. Saya banyak termenung dan berdiam diri. Kadang-kadang saya termenung memandang invois dan nota minta yang beberapa kali tidak 'melepasi' tahap kepuasan pihak yang menguruskan walaupun banyak kali juga saya merujuk dan bertanya tentang bagaimana untuk membuatnya. Dan adakalanya hati saya terluka mengenangkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Saya bukan tidak boleh melawan balik kerana sudah jadi satu budaya saya melihat perbalahan yang dilakukan semata-mata mahu menegakkan pendirian masing-masing, tapi saya juga ada pendirian tersendiri, "Kalau kita melayan orang gila, kita juga layak dipanggil gila. Lebih baik diam walaupun nampak 'lemah' tapi sebenarnya kita 'kuat' ketika melawan marah".

Pernah sekali, satu 'pihak' ketika saya berurusan dengannya mengherdik dan menjerit-jerit depan kepala saya. Tika dan saat itu, saya cuma melembutkan suara dan dalam masa yang sama memikirkan kata-kata hikmah ini, "Bila kita memudahkan urusan seseorang, Allah akan memudahkan urusan kita. Dan orang yang selalu menyukarkan urusan orang lain, pasti disukarkan urusannya oleh Allah..." Sepanjang saya mendengar jerit-pekik itu, satu perkataan pun tidak masuk ke kepala saya kerana tah dari mana, hati saya berulang kali membisikkan kata-kata hikmah itu. Alhamdulillah, saya langsung tidak membalas dengan kekuatan yang Allah berikan dan berlalu keluar dengan herdikan yang masih tidak berhenti. Kesalahan saya ketika itu ialah saya mengaku saya tidak tahu melakukannya dan bertanya bagaimana. Saya kemudian terus ke ruang solat. Di situlah saya mengadu pada-Nya dengan deraian air mata. 

Saya tidak membesarkan keadaan dan menyelesaikan apa yang patut. Apa yang saya sedar, 2 minggu kemudian, 'pihak' tersebut sangat malu bila bertembung dengan saya apatah lagi saya masih boleh menyapanya dengan hormat. Dan sejak itu, saya nampak dia cuba menyelesaikan setiap urusan saya dengan baik sekali. Semuanya kerana SENYUM. Saya hanya tersenyum ketika dimarah dan cuba tersenyum ketika rasa hendak marah. Mak mertua saya selalu ingatkan saya, "Kemarahan 5 minit boleh memberi kesan untuk 50 tahun akan datang..." Saya pernah buat silap dulu dan saya tidak mahu mengulanginya lagi. Jadi, untuk mengawal rasa marah yang mula menular, saya akan senyum. Walaupun kadang-kadang saya ditegur sebab asyik tersenyum tak tentu hala, tapi saya dapat rasa aura positifnya. Senyum sangat memberi impak yang berbeza bukan sahaja kepada sesiapa yang memandangnya, malah kepada diri sendiri juga.

Dan hari ini, tah berapa ratus kali saya tersenyum. Semuanya kerana sejak 2-3 hari ini saya tidak boleh tidur lena memikirkan ada satu pertandingan besar yang saya perlu sertai minggu hadapan dengan persiapan dan latihan murid yang tidak seberapa. Saya gusar sehingga lihat baju tidak berlipat pun buat saya jadi bingung. Apatah lagi, abang sulung saya yang sebaya mak mertua saya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru bahana jerebu yang melanda. Sejujurnya, saya rasa agak 'lemas' dan susah nak bernafas. Mungkin bahana jerebu buat fikiran saya jadi kurang waras dan kusut. Jadi, saya cuba selesaikan masalah ini dengan senyum. Bila serabut je saya terus senyum. Nak masuk bilik air pun saya senyum hinggakan sedang menaip ini pun saya masih lagi tersenyum. Saya cuba nak kekalkan momentum SENYUMAN ini sehinggalah sekurang-kurangnya pertandingan itu selesai nanti. Alhamdulillah abang sulung saya sudah discharge siang tadi dan keluar hospital dengan senyuman. 

Jadi, senyumlah. Selain ia satu sunnah, senyuman juga membahagiakan.

Semoga saya masih terus mampu untuk tersenyum.


:)

Tuesday, 4 June 2013

Short Talk

 
 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Dalam kelas terakhir saya sebelum study week, kami diminta untuk berucap (public speaking) tentang topik kepimpinan. Sejujurnya, saya membuat persiapan hanya lebih kurang 2 jam sebelum kelas bermula. Tapi sejak diberi tugas, saya sudah mendapat idea untuk menyampaikan topik kepimpinan yang sangat sebati dengan seseorang di hati saya. Di saat rakan-rakan kuliah lain bercakap tentang tokoh-tokoh dunia yang hebat, saya pula lebih senang memilih 'tokoh' ini kerana dialah yang telah banyak mengajar saya tentang erti hidup.
 
 
 

:)
 
Edy tak pernah tahu plan saya ini untuk memilih dia dalam pengucapan saya. Saya tunjukkan video ini selepas pulang dari kelas. Edy terkedu dan saya nampak dia terharu. Sangat terharu! Alhamdulillah, saya sudah berjaya surprisekan Edy!
 
 
Selepas saya bilang "dan disebelahnya adalah puteri tercinta yang telah kembali ke rahmatullah", saya nampak mata rakan-rakan saya seperti terkejut. Ya, mungkin saya tak pernah bercerita tentang itu. Dan saat itu juga, saya terasa sebak! Saya sangat sukar apabila ada yang memandang saya dengan penuh simpati. Dan untuk mengawal rasa sebak itu, saya ketawa. Kemudian mulalah saya tergagap. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga habiskan dalam masa 3 minit yang diberi walaupun agak gugup juga :)

Monday, 3 June 2013

2+7=? Alhamdulillah!

 
9? No.... Its 27! Yeah, saya sudah 27 tahun on 3rd June 2013! Alhamdulillah. 27 tahun lalu saya telah dilahirkan oleh arwah ibunda 3 hari sebelum aidilfitri di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, tempat yang sama saya pernah melahirkan Najla. Dan selepas dilahirkan, saya telah diwarded untuk 5 hari kerana terlebih hari dan terlebih berat!
 
 
Chubbynye saya!
 
Dan alhamdulillah pada hari ini, di hari jadi saya, saya telah berpuasa untuk arwah ibu saya yang telah melalui saat-saat getir melahirkan saya dahulu. Al-Fatihah untuk ibunda tercinta, almarhumah Rukimah binti Yusof.
 
Saya menyambut kelahiran saya sewaktu saya berbuka puasa bersama suami yang telah banyak bekorban dan menghabiskan saat-saat suka duka bersama saya selama ini. Alhamdulillah, Allah SWT masih meminjamkan saya usia ini disamping orang-orang yang mencintai dan menyayangi saya. Alhamdulillah!
 
 
Tq husband for this cake!
 
Candle Light Dinner?
 
I was too excited with the cake! Nilah yang saya makan dulu bila berbuka :)
 
Alhamdulillah!

Sunday, 2 June 2013

USS? Oh yeah!

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Entry ni diupdate pada 3 June 2013, but saya back-dated jadi 2 June. 3 June ada cerita lain. Jeng jeng jeng... So untuk tidak menghuru-harakan blog saya, saya split kan kedua-dua entry, sonang kojo den.
 
 
31st May 2013, saya dan sebahagian keluarga (sebahagian sebab all my family members consist of 30 person), lebih kurang 15 orang campur 3 orang ex-student kakak saya telah 'memenatkan kedua-dua belah kaki'  di Universal Studio Singapore. Actually, this was my second time pergi USS. Mula-mula tu saya tak plan nak pergi sebab fikirkan saya belum study apa pun untuk first paper exam saya, Research Method 8 June ni. Tapi, sebab family gathering kan, saya tak nak lepaskan peluang itu! Moga Allah mudahkan saya untuk study nanti. Amin.
 
 
So, saya cerita sikit. Kami pergi USS guna agent travel yang sama dengan yang saya pernah pergi dulu masa tahun 2011; Rajawali Travel. Cuma, this year, travel ni dah upgrade sikit diorang punya services. Kalau dulu, saya bayar RM192 just untuk bas pergi balik dan tiket masuk ke USS sahaja. This year, kami bayar RM190, bayaran untuk bas pergi balik, tiket masuk, dapat voucher 5 dollar untuk redeem souvenir atau apa-apa sahaja di semua outlet dalam USS, dapat voucher snack and lunch set di salah sebuah restoran di Madagascar which is saya rasa sangat-sangat berbaloi terutama lunch set tu yang saya anggarkan dalam 15 dollar untuk seorang. So, we all dah jimat duit sangat-sangat bila dapat lunch free.
 
 
2011 : I was pregnant Najla. Miss this moment much!
 
Saya agak tak terurus sangat sebab saya sibuk jadi 'pengurus' hari tu. Saya plan sehabis baik untuk masuk ke setiap satu tempat seawal boleh supaya family saya tak perlu beratur panjang dan tak terlalu penat. Ni semua saya belajar dari mistake masa first timer dulu. Sebab, walaupun diberi masa lebih kurang 10 jam, tapi sebenarnya 10 jam tu agak singkat kalau nak main semua and tak pandai plan masa. Saya rasa, saya dah berjaya untuk part ini. Alhamdulillah, pengalaman lalu telah menjadi guru yang baik!
Ok, jom layan gambar.
 
 
Globe ni sebelum masuk dalam USS
 
I was planning and discussing with anak-anak saudara tentang tempat yang patut
kami pergi dulu.
 
Ni ruang masuk utama USS lepas bahagian scan ticket. (Hollywood)
 
Boleh ambil gambar free je dengan topi-topi ni. (Hollywood)
 

Lepas keluar dari transformer. (Sci-City)
 
Cylon (Battlestar Galactica). Saya yang capture gambar ni. Anak-anak sedara dalam tu :)
 
Depan Revenge of The Mummy (Ancient Egypt)
 
Hero Utama Mummy Return (Ancient Egypt)
 
Again (Ancient Egypt)
 
Watak utama Shrek (Far Far Away)
 
My SIL and brother (Far Far Away)
 
Live 'water show' yang melibatkan death-defying stunts (WaterWorld)
 
Dengan pelakon-pelakon utama (WaterWorld)
 
Pintu masuk utama tempat lakonan tadi (WaterWorld)
 
Sesame Street (New York)
 
Persembahan yang sangat comel! "I like to move it move it" (Madagascar)


Important Tips

1. Pada sesiapa yang nak ke USS, saya nak bagi tips sikit. First, lepas masuk je USS, sila dapatkan map USS. Biasanya ada dekat depan pintu masuk. Map ni sangat penting untuk mark and plan tempat-tempat yang dah or nak pergi.


See. Lunyai saya kerjakan.
 

2. And, kalau boleh (untuk menjimatkan masa dan tidak terlalu lama menunggu), lepas sampai, kurangkan ambil gambar terlalu lama. Sebab dulu, saya ambil gambar terlalu lama. Sudahnya, saya tak sempat main semua and terlampau penat berjalan. Kalau nak ambil gambar boleh, tapi sebaiknya bergerak sambil bergambar dan tak terlalu fokus pada satu tempat sahaja. Lepas tu, bergerak ke kanan ke arah New York dan masuk dulu Lights, Camera, Action! Then, pergi ke arah Sci-Fi City dan masuk ke Transformer. Lepas Transformer, pergi ke The Lost World dulu. Dekat The Lost World, memang confirm basah. So, nak jimatkan duit dari beli rain coat USD 3 tu, bawalah rain coat sendiri. We all dah standby siap-siap dengan raincoat RM2. Lepas The Lost World, tengok jam. Kalau dah nak 12.30 pm, pergi tengok show di WaterWorld untuk lihat aksi-aksi stunt secara live. Show ni cuma ada pada pukul 12.30 pm, 3.00 pm dan 5.00 pm.  Lepas berpanas-panas, pergi ke Ancient Egypt pulak dan bersedialah untuk Revenge of The Mummy. Untuk masuk ke sini, tak boleh bawa beg. Siap-siaplah simpan beg di locker dengan harga USD4 untuk satu jam. Kenapa saya suruh pergi tempat-tempat ni dulu, sebab tempat-tempat nilah biasanya paling ramai orang beratur. Kalau pergi awal, tak perlu tunggu lama.

3. Lepas tu, bolehlah pergi ke Far Far Away tonton Shrek 4D, Madagascar pun ada live show juga, then bolehlah suka hati nak bergerak ke mana. Nak naik roller coaster banyak kali pun boleh. Masa ni, ambil gambar sebanyak mana yang korang suka pun boleh.

4. Tempat solat boleh cari di Sci-Fi City, dekat bangunan yang ada transformer.

5. Paling penting, pakailah pakaian yang paling selesa sebab cuaca Singapore sama je macam Malaysia, panas. Pilihlah kasut yang lasak dan tak mudah putus (dua orang dari goup kami putus selipar), dan kalau boleh bawaklah beg galas.

6. Nak bawa bekal makanan pun boleh, tiada siapa yang rampas. We all cuma makan makanan yang kitorang bawa dan lunch set free tu je. Jimat banyak tau.

7. Bawak payung yang boleh lipat sebab hari tu we all tak sangka hujan. And, we all kehujanan :)

8. And paling penting, standby satu botol mineral untuk kegunaan di toilet because we all muslim kenalah cuci, tak boleh lap-lap je. Don't expect dalam toilet kat USS ada getal atau pili ok :)


Ok, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Doakan saya berjaya dalam study saya. Gemuruh jiwaku!

Click! Click! Click!