Tuesday, 25 June 2013

Saya rasa Syura macam saya...

Eh, jangan salah faham ye. Maksud saya macam saya tu bukanlah dari segi rupa. Tapi dari segi kepercayaan.

Source: Google

Saya bukanlah pengikut rancangan realiti. Tapi tah kenapa, saya suka bangat dengan Masterchef Selebriti 2 tahun ini. Mungkin kerana idea masak yang pelbagai dan kreatif daripada beberapa artis buat saya berangan-angan untuk menjadi lebih inovatif dalam memasak. Saya kagum juga dengan Rozita Che Wan, di sebalik kutukan dan kontroversi, Rozita banyak memotivasikan diri sendiri dengan sentiasa positif dan tersenyum di hadapan kamera. Tak sangka juga Rozita sebenarnya hebat memasak. Begitu juga Celina yang sentiasa konsisten dan diramal sebagai juara, sentiasa saya nantikan hidangannya yang kreatif dan inovatif.

Ok, kembali pada tajuk entry (saya tak nak ulas rancangan Masterchef ni terlalu panjang), saya mula rasa Syura, Juara Masterchef Selebriti Ke-2, macam saya (atau pun saya yang macam dia) bila Syura masuk separuh akhir bersama Celina dan Rozita. Selama ini, Syura dianggap bukanlah satu saingan yang hebat jika dibandingkan dengan Celina dan Rozita. Syura cuma diketahui pakar dalam menyediakan masakan Melayu sahaja dan selalu kelihatan agak tidak meyakinkan bila terlibat dengan western food. Tapi pada peringkat separuh akhir, Syura sediakan masakan stew dan nasi herba which is dia berulang kali cakap, dia buat masakan itu sebab suami dia pernah rasa (di tempat lain agaknya) dan kalau boleh, masakan itu dibuat untuk dirasa oleh suami dia nanti. Saya sangat impress dengan apa yang Syura katakan sebab pada saya, apabila seorang isteri sangat menyanjungi suaminya, Allah akan memihak padanya. Dan nyata tanpa disangka-sangka, masakan Syura pada separuh akhir itu mendapat markah tertinggi.


Source: Google

Saya rasa, Syura mula dapat keyakinan semula di final. Dan mungkin Syura lakukan semua ini untuk suami, anak-anak dan ibunya. Keberkatan doa seorang suami dan ibu terlihat di situ. Tah kenapa, saya rasa Syura berhak menang kerana mendapat keberkatan. Dan pastilah Allah yang mengatur gerak hati itu kan. Bila saya melihat wajah suami dan anak-anak Syura, saya rasa Syura memang berhak untuk menang. Tah kenapa, perasaan itu datang dari dalam hati saya. Lagi pula, Syura ni sebaya saya, kan? Rasa macam bangga juga, ibu muda seperti Syura berjaya merangkul gelaran itu.

Bila Syura menangis dan mengatakan dia rasa sedih sebab selama ni orang mengganggap dia tak layak menang, saya dapat rasakan perasaan itu sebab saya pernah berada dalam situasi Syura di mana beberapa kali saya dianggap tidak layak untuk memiliki apa-apa. Pernah suatu ketika dulu, ketika saya sangat meminati sukan boling (walaupun saya langsung tidak tahu bermain), saya pernah dikecam oleh guru boling saya agar keluar dari Kelab Boling jika saya cuma bakal menghabiskan duit mak ayah saya jika semua bola dibaling ke longkang. Saya pekakkan telinga dan terus menebalkan muka pergi ke latihan. Sewaktu pemilihan mewakili sekolah, dari 3 set game, hanya satu set game sahaja saya mendapat markah 144 jatuhan pin. Dan nyata, saya tidak terpilih. Tapi tanpa diduga, 3 hari sebelum MSSD, pemain sekolah saya telah berpindah sekolah dan saya diminta segera mengganti. Sewaktu hari pertandingan, saya betul-betul tiada semangat. Tapi mak saya telah mendoakan saya pagi itu dengan berkata, "Mak doakan Diah dapat Juara. Kalau tak juara, dapat tempat kedua". Saya rasa apa yang mak saya bilang itu mustahil sebab balingan saya amat lemah lagi pula saya pemain amatur. Namun, doa seorang ibu tidak dapat dinafikan. Tah bagaimana, balingan saya hari itu asyik mengena pin sepanjang 6 set permainan dan tanpa diduga (memang saya tak pernah duga atau pun berangan langsung), saya telah mendapat tempat kedua dengan beza mata sebanyak 2 sahaja dengan juara. Seterusnya melayakkan saya ke peringkat negeri dan merangkul tempat ketiga. Sejak itu, nama saya mula dikenali di sekolah. Saya menangis ketika menang sebab sepanjang saya menyertai latihan, saya hanya dipinggirkan dan tiada siapa menjangka saya untuk mewakili sekolah apatah lagi mendapat pingat. Dan kejayaan itu berulang kali terjadi, hanya kerana doa seorang ibu.

Kini, saya banyak melakukan sesuatu dengan Edy berada di belakang saya. Kadang-kadang saya rasa hampir gagal, tapi kerana doa-doa Edy, alhamdulillah saya banyak mengecap kejayaan dalam sesuatu bidang yang saya ceburi yang adakalanya saya tidak pernah sangka saya boleh berjaya mendapatkannya. 

Jadi, itulah perkaitan Syura dan saya. Saya bahagia melihat anak-anak Syura di pentas juara. Saya selalu membayangkan, itulah saya pada suatu masa nanti, dengan suami dan anak-anak di sisi. Insya-Allah. 

Tahniah kepada Syura, ibu muda beranak tiga!

8 comments:

  1. yes. syura memang layak. :) tahniah syuraaaa.... keberkatan dalam menyanjungi suaminya... :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. I rasa macam ucapan tu kat i pula. Hihi

      Delete
  3. 1st,tahniah syura..
    2nd,min amat tersentuh sgt ngan entry kali ni,kuasa doa kan..kejayaan yang tidak disangka2 menjadi kenyataan..namun skrg min hanya ada doa suami,krn ibu min dah kembali ke rahmatulllah..satu pesanan yg min dpt masa saat2 mak sakit sblm meninggal,mintalah ibu doakan apa jua utk kita dan yg min penah dgr ada mak sedara min dia minta arwah opah doakan apa jua yg dia buat,dia berjaya dan realitinya mmg dia seorg yg berjaya..itulah kuasa doa seorg ibu..dan sbb itulah selalu dgr ibu x blh ckp sebarangan dgn anak krn ianya akan menjadi suatu doa..wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul min. Untung ada ibu. Saya cuma ada ibu mertua dan saya selalu ingatkan suami agar tidak lukakan hati mak dia. Srbab kita semua tahu doa seorang ibu mustajab kan, tiada hijab :)

      Delete
  4. Tiada yg mustahil.....semua kkuasaan Allah yg menentukan
    tahniah nurunnadia.....26

    ReplyDelete

Click! Click! Click!