Tuesday, 4 June 2013

Short Talk

 
 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
Dalam kelas terakhir saya sebelum study week, kami diminta untuk berucap (public speaking) tentang topik kepimpinan. Sejujurnya, saya membuat persiapan hanya lebih kurang 2 jam sebelum kelas bermula. Tapi sejak diberi tugas, saya sudah mendapat idea untuk menyampaikan topik kepimpinan yang sangat sebati dengan seseorang di hati saya. Di saat rakan-rakan kuliah lain bercakap tentang tokoh-tokoh dunia yang hebat, saya pula lebih senang memilih 'tokoh' ini kerana dialah yang telah banyak mengajar saya tentang erti hidup.
 
 
 

:)
 
Edy tak pernah tahu plan saya ini untuk memilih dia dalam pengucapan saya. Saya tunjukkan video ini selepas pulang dari kelas. Edy terkedu dan saya nampak dia terharu. Sangat terharu! Alhamdulillah, saya sudah berjaya surprisekan Edy!
 
 
Selepas saya bilang "dan disebelahnya adalah puteri tercinta yang telah kembali ke rahmatullah", saya nampak mata rakan-rakan saya seperti terkejut. Ya, mungkin saya tak pernah bercerita tentang itu. Dan saat itu juga, saya terasa sebak! Saya sangat sukar apabila ada yang memandang saya dengan penuh simpati. Dan untuk mengawal rasa sebak itu, saya ketawa. Kemudian mulalah saya tergagap. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga habiskan dalam masa 3 minit yang diberi walaupun agak gugup juga :)

5 comments:

  1. soo sweet,,sgt suka dgn video ni dan cara penyampaian ummi sgt terkesan dihati..

    ..mama juga sebak masa ummi sebut ttg arwah najla..dn yg mmbuat mama sgt kagum dgn semangat ummi ialah ummi msih mmpu terus berucap walau dlm keadaan sebak..tahniah ummi.ummi mmg org yg sgt kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Ummi beriltizam tinggi nak habiskan ucapan ni sebab nak tunjuk pada suami semata-mata. Niat record ni pun sbb x sabar2 nk surprisekan suami.. Tapi sejujurnya memang suamilah yg mendorong ummi untuk jadi kuat termasuklah kuat untuk belajar. Klu fikir ttg penat, mmg dah x nk buat dah. Tp kerana sokongan yg x pernah putus, alhamdulillah ummi teruskan jua.. Tq so much mama munif :)

      Delete
  2. Alhamdulilah terharu.....

    ReplyDelete
  3. Tq so much

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sy sangat bersyukur pada Allah bila sy jmpa blog awak....seyes sy menangis....ya Allah..sy tak tahu kenapa....

    ReplyDelete

Click! Click! Click!