Monday, 22 July 2013

Komik Si Comel Kupu-kupu Syurga


Assalammualaikummmm...! Saya datang nak raya!

Mana semua orang ni???

Adeh deh deh... Penatnya jalan, semua orang tak nak buka pintu pun...

Penat ar.. Buka kasut ah.


Sorry semua. Saya tak ada cerita nak update. So bila kakak saya hantar gambar-gambar anak buah istimewa saya ini, sajelah buat cerita lawak comel sikit. Siti Saffiya Azzahra, seorang anak istimewa Down Syndrome, anak kakak saya yang ke-8. Anak buah yang amat saya sayang dan sebaya dengan arwah Najla, beza kelahiran mereka cuma sebulan. Kalau Najla sudah menjadi bidadari syurga di sana, Saffiya juga kupu-kupu syurga yang pasti akan bersama anak-anak seperti Najla nanti. Inilah bidadari syurga yang Allah izinkan untuk kami sayangi di dunia. Bila lihat Saffiya, saya akan terpandang Najla. Saya anggap Saffiya seperti anak saya sendiri.


Buah hati kesayangan kami :)

Jadi, bagaimana azam Ramadhan tahun ini? Jika tidak dapat menunaikan azam untuk berpuasa penuh, berazamlah untuk mengkhatamkan al-quran atau berterawih setiap malam walaupun sekadar 2 rakaat. Paling penting, jangan ditinggalkan amalan di bulan mulia ini. Sama-sama kita audit diri. Azam saya, semoga saya dapat mengkhatamkan 30 juzuk dalam Ramadhan Kareem tahun ini. Semoga dipermudahkan Allah untuk saya dan kalian. Insya-Allah :)

6 comments:

  1. comel sangat ahli syurga ni :-)baju peplum lagi tu... hehhhe...beruntungnya kalian punyai anak yg dijamin syurga :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sweet tooth. Akn ada rezeki dunia akhirat utk sweet tooth nnt. Amin..

      Delete
  2. sgt comel...bajunya pon saya berkenan..:)
    anak istimewa sebegini mmg sgt istimewa untuk semua melihatnya...
    mudah2an dilindungi dan diberkati...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Tq mag.. Harapan kami semoga dapat melihat saffiya membesar sihat seperti anak2 yg lain...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ummi najla, terasa lucu pula post tersebut bole menjadi komik yg menarik...semoga ummi najla diberkati dn disayangi Allah sentiasa, dipetmudahkan untuk rezeki terindah seterusnya .....ummi safiya

    ReplyDelete

Click! Click! Click!