Sunday, 18 August 2013

Anak versi raya

Assalammualaikum w.b.t
 
 
Sebenarnya saya ada banyak cerita nak dikongsikan. Hati ni rasa membuak-buak nak tulis semua. Lamanya tak update blog. Kalau saya vlogger, 2 jam bercerita pun tak habis agaknya (dasar kepochi betul).
 
 
Cerita raya saya? Raya saya sama macam tahun-tahun sudah. Raya pertama bergilir (tahun ni di rumah mertua) kemudian saya berulang alik kulai-muar-kota tinggi-batu pahat-muar lagi. Dari syawal pertama hingga syawal ke-10, kereta kami sentiasa bergerak. Paling jauh ke Klang, beraya di rumah sahabat blogger. Tu nanti saya cerita. Tak sabar juga nak cerita pengalaman beraya di Klang.
 
 
Beraya ke mana pun saya dan Edy pasti kembali ke Muar juga. Bukan apa, cuma kasihankan PIL yang sunyi tak berteman. Penat usah kira. Tapi tak patutlah kami merungut. Bukan ada anak kecil untuk diurus. Cukuplah kami dapat menggembirakan orang tua Edy. Prinsip saya, berbaktilah selagi mereka masih ada sebab saya pernah rasa ralat kehilangan orang tua kerana kurang berbakti pada mereka. Jadi, saya tidak mahu Edy merasai yang sama.

Saya sampai di Kulai malam raya ke-10, dan hari ni, rumah saya tak berhenti terima kunjungan sahabat handai. Subhanallah, saya tak sangka plan nak masak-masak untuk jamu sesiapa sahaja yang datang jadi kenyataan. Dari siang sampai ke malam tak berhenti tetamu datang, macam open house kecil pula. Dan ada kawan-kawan yang dah 15 tahun tak jumpa tiba-tiba datang beraya. Saya cuma buat laksa penang je. Alhamdulillah mencukupi untuk semua tetamu yang hadir.

Berbalik dengan tajuk entry kali ni mungkin ada yang tertanya-tanya, kot; anak versi raya?

1. Decision: Saya dan Edy dah decide nak stop chlomid waima apa pun terjadi lepas ni.

Sebab?

Saya alami kecelaruan emosi yang agak teruk untuk 2 cycle dengan 100mg chlomid. Rata-rata saya baca pengalaman ttcian lain dengan chlomid; alami selera makan yang tak terkawal. Tapi saya? Masya-Allah habis teruk emosi saya jadi tak terkawal lagi-lagi menjelang ovulation. Sejak 2 tahun ni, saya banyak tumpukan pada 'makanan emosi'. Saya sentiasa mencari cara untuk positifkan fikiran dan mengalah untuk semua hal yang remeh. Hal remeh tu macam-macamlah like karenah mulut orang ke, orang iri hati ke, orang tak mengenang budi dan mungkir janji ke dan lain-lainlah yang saya anggap remeh dan malas nak layan.

Tapi sejak on chlomid, saya jadi sensitif kepada semua perkara. Mula-mula saya tak sedar. Tapi bila saya rasa perasaan-perasaan negatif macam geram, nak marah, tak puas hati dan lain-lain tu, barulah saya terfikir, kesan pengambilan chlomid agaknya. Biasanya depan orang lain saya akan kawal, tapi akhirnya pada Edy juga saya lepaskan. Tak pasal-pasal jadi isteri derhaka pula saya ni. Tapi saya bersyukur, Allah kurniakan saya suami penyabar seperti Edy. Edy sedar, saya mungkin alami perubahan hormon yang mendadak dan alhamdulillah Edy sangat mengerti. Selepas second cycle dengan chlomid, Edy minta saya stopkan dulu dan saya pun memang tak nak rosakkan 'diri' saya kerana pada saya emosi adalah amat penting dalam kita mengawal sesuatu. Gagal mengawal emosi, gagallah banyak perkara. Dan saya rasa kesihatan rohani saya perlu lebih diutamakan.

2. Untuk second cycle dengan chlomid, alhamdulillah sewaktu scan, kedua-dua ovari saya menghasilkan telur yang besar dan cantik. Kalau sebelum ni, acapkali ovari kiri sahaja yang menampakkan 'hasil', tapi check up yang lalu, ovari kanan alhamdulillah telah menghasilkan telur juga. Selepas check up, esoknya saya terus demam sehingga 5 hari lamanya. Saya terpaksa bercuti puasa sebab saya memang tak ada kudrat nak angkat kepala apatah lagi nak bangun berdiri. BD? Hm, dah demam kan. Tak apa saya redha, sebab hajat saya untuk lihat telur di ovari kanan dah tercapai. Alhamdulillah saya period tepat pada CD 28 iaitu pada syawal ke-3. Sejak kahwin dah tak jumpa CD 28 ni dah. Tapi mungkin lepas on chlomid, kitar haid saya mulai teratur.

3. Anak versi raya? Sepupu saya yang pernah berttc selama 8 tahun baru sahaja dikurniakan anak yang ke-3, setiap tahun tak berhenti selepas 8 tahun menanti. Adik sepupu saya yang berttc hampir 5 tahun untuk dapat anak yang ke-3 kini alhamdulillah hamil 5 bulan, dan paling mengujakan, makcik saya yang menanti hampir 9 tahun untuk mendapat anak yang ke-3 sedang dalam hari bersama si kecil Zahrah, my new cousin!

Rupanya baru saya sedar, dalam keluarga besar saya, ramai juga yang berttc. Mereka tak pernah timbulkan isu zuriat bila berjumpa. Dan bila ditanya, jawapannya hampir sama; jangan terlalu memikirkannya.

Selepas syawal pertama berjumpa dengan insan-insan terpilih ini, saya mendapat semangat baru. Saya rasa gembira dan bersyukur dengan diri saya. Entah kenapa, saya rasa gembira sangat. Saya sudah ada perancangan 6 bulan hingga 5 tahun akan datang. Macam melampau bunyinya kan? Tapi itulah saya, sentiasa bercita-cita tinggi dan berimpian besar untuk mencapai sesuatu. Perancangan 6 bulan ini ialah bercuti bersama suami, kawan-kawan baik, dan keluarga. Beberapa tempat sudah di listkan. Setakat ni yang paling jauh mungkin sekadar ke Indonesia, itu pun kerana saya dan Edy dapat 2 tiket percuma Airasia. Nak tak nak kena guna juga tiket tu sebelum tarikh luputnya hujung tahun ini. Yang lain-lain tu, semoga diizinkan Allah untuk kami kunjungi. Tentang perancangan 5 tahun akan datang biarlah tersimpan dalam jurnal peribadi saya dahulu. Masih jauh lagi perjalanan saya. Semoga Allah meredhai cita-cita saya itu!

Ok, meh saya tepek beberapa gambar masa raya. Saya naik 6 kg raya ni! Ni semua gara-gara tak dapat kawal nafsu makan. Perancangan jangka pendek: pakai balik premium beautiful, puasa 6, dan ganti puasa. Insya-Allah saya boleh dapat berat 57kg balik. Yakin boleh! Oh lupa, dalam tak sedar semester baru akan bermula awal September nanti. Saya perlu gigih belajar sambil bekerja semula.
Semoga Allah permudahkan segalanya.
 
 
Di rumah mertua (Syawal Pertama)




Family Day (Syawal Ke-4)

Dengan abang ke-2, abang poji
 

4 comments:

  1. Nad... hehe..
    can't wait to read your next entry!

    btw, Nad jagalah kesihatan ye. mungkin belum masanya lagi Nad.. Mungkin masa belum sesuai. Mungkin entah apa lah yang sedang Allah rancangkan untul Nad dan Edy. Wallahualam.

    :)

    *ntah bila fa nak update blog , haha. Roh tak sampai2 lagi*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tunggu tau fa. Dah draft tinggal nak publish je. Punyala excited. Hihi

      Delete
  2. slamat hari raya ummi..maaf zhir btin....suka sgt dgn entry ummi kali ni(sememangnya mama sntiasa menantikan entry dri ummi)..terus trang mama rasa bersemangat setiap kali mmbaca entry dri ummi...mungkin dri gaya penyampaian ummi yg snntai & sentiasa positif mmbuatkan mama meresapi aura2 positif yang ummi sebarkan.hahaha.atau mungkin juga kerna mama juga pernah merasakan pengalaman kehilangan anak mama sma sperti ummi..

    ...tang clomid tu plak...mama pun sma..tiap kali on clomid..emosi mesti jdi "tunggang langgang".asyik nak marah + menangis je..dan yg slalu jdi sasaran mestilah suami mama...tpi dgn usaha on clomid tu juga lah,alhmdullah,Allah makbulkan doa mama tuk dpt merasakan pengalaman mengandungkn arwah...setalah 7 thun kami berusaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt hari raya dan maaf zahir batin mama munif... Tq sbb sudi membaca entry yang tak seberapa ni.

      Tulah, saya insyaAllah nak kena kawal dulu pemakanan, emosi lepas tu kalau perlu baru nak teruskan chlomid. Sekarang ni saya stop dulu sbb suami minta stopkan. Mungkin bimbang saya jadi tak waras kot.. Hihi.. InsyaAllah mama munif, kita ni adalag insan yg dipilih Allah untuk lalui semua ni.. InsyaAllah kita akan rasa lebih bersyukur bila tahu hikmah semua ni terjadi. Allah is the best planner for us, right.. InsyaAllah, rezeki Allah itu Maha Luas. Saya sentiasa percaya dan yakin Allah mahu berikan sesuatu yang sangat terrrrbaikkkk untuk kita semua kan, amin...

      Delete

Click! Click! Click!