Tuesday, 17 December 2013

Ya Allah, bless our marriage till jannah!


Assalammualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik, dah 4 tahun rupanya saya dan Edy menjadi suami isteri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah masih meminjamkan Edy kepada saya, suami yang sentiasa sabar dengan kegilaan saya selama ini, dengan perangai saya yang kadangkala sukar dijangka dan sudi menemani dan menjaga saya tanpa merungut sedikit pun. Alhamdulillah!

Terima kasih kepada Edy, suami tercinta sebab sudi bawa saya jalan-jalan ke tempat yang saya tak tahu pun kewujudannya kat Johor selama ni (teruk betul!) sempena wedding anniversary kami yang ke-4. Saya memang suka sangat-sangat tempat ni. Kalau datang ke Johor jangan lupa datang ke tapak Ramsar ni juga ye :)

Lokasi: Tanjung Piai, Pontian
Tapak Ramsar: Penghujung Selatan Tanah Besar Asia
Tarikan: Boleh berjalan sepanjang lebih kurang 600 meter di kawasan hutan paya bakau, ada monyet, boleh nampak pelabuhan di seberang, dan pemandangan yang sangat cantik. 
Ada tempat untuk memancing juga :)











"Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang telah Kau kurniakan kepada kami selama ini. Maafkan khilafku saat aku merintih merungut tanpa aku sedari. Limpahan rezeki-Mu sudah tidak mampu untuk dikira. Alhamdulillah dan aku bersyukur kerana Kau masih meminjamkan suami yang baik dan soleh kepadaku... Itulah kurniaan-Mu yang besar buatku...."



p/s : Hehe, sorry gambar poyo sikit ;p

6 comments:

  1. selamat hari ulangtahun perkahwinan ke-4 ummi najla n suami..semoga kalian berdua kekal bahagia dunia akhirat sampai ke syurgaNya, dimurahkan rezeki zuriat jua akhirnya, insya Allah...ameen :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear.. In shaa Allah rezeki itu akan dtg untuk kita juga nnt.. Amin :)

      Delete
  2. Happy anniversary Ummi Najla...Smg Allah panjangkan jodoh kalian berdua dalam keberkatn Nya...semoga Allah kurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat kalian berdua....Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much sweet tooth.. Really appreciate the du'a... Same goes to u my dear :)

      Delete
  3. hepi blated anniversary Nad..
    semoga dpermudahkan urusan dunia & akhirat..aaminn

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah atas semuanye semoga ALLAH sentiasa melindungi hubungan ini.

    ReplyDelete

Click! Click! Click!