Tuesday, 25 March 2014

Pergi...


Aku ingin terbang tinggi merata
Bebas tanpa derita
Sepertimu yang bisa ke mana-mana
Bertubuh sasa, mengkagumkan dunia


Pergimu tanpa derita
Pulangmu mengkhabar duka
Air mata sudah tak terkira
Mendegar tentangmu, pasti terluka


Rintihan mereka, entah siapa-siapa
Siapa-siapa yang menanggung derita
Derita yang dibawa sekian masa
Benar-benar merenggut jiwa mereka


Tanpa kusedar tertumpah air mata
Mendengar khabarmu di medan berita
Sekian lama tatapan ku setia
Kepada-Nya kau kembali jua


Al-Fatihah...


Source of picture: Google



Nukilan: Ummi Najla
25 Mac 2014, 9.32 malam

Saturday, 8 March 2014

I'll be back soon...


Assalammualaikum w.b.t


Dah lama sangat saya menyepi kan. Saya minta maaf sebab saya sedang menghadapi waktu-waktu kritikal dan sentiasa rasa tak cukup masa untuk persiapan mengajar, belajar dan sekarang sedang membuat tesis pula.

Banyak cerita yang saya nak kongsikan sebenarnya;

1. Saya dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 6 kg dalam masa 6-7 minggu Hah, ini saya akan cerita lebih lanjut macam mana saya boleh terjebak dengan program untuk menguruskan badan ni. But, saya sangat bersyukur dan hanya mampu ucap "Alhamdulillah" kerana Allah membuka jalan untuk saya kembali sihat dan berasa lebih 'ringan' serta bertenaga dengan 'badan' baru sekarang :)

2. Salah satu wish list 2013 telah tertunai. Alhamdulillah. Apa dia? Nanti saya akan kongsikan.

3. Saya dah semester 3. Tak sabar nak habis! Doakan segala kemudahan bagi saya.

4. Saya still blogwalking bila kebosanan menghadap lappy. So, perkembangan terbaru sahabat-sahabat blogger sentiasa saya ambil tahu walaupun tak sempat nak comment :D

5. Tiba-tiba lupa apa lagi. Sorry!

Ok, in shaa Allah saya akan kembali secepat mungkin. Assalammualaikum!

Click! Click! Click!