Tuesday, 3 June 2014

Being childless at 28th

Assalammualaikum w.b.t


Happy birthday Nadia! Yup, i'm already 28th by today. Alhamdulillah, syukur Allah masih pinjamkan usia ini kepada saya dan saya sangat terhutang nyawa dengan ibu dan bapa saya yang telah melalui jerih perih melahirkan dan membesarkan saya yang 'luar biasa' ini. Sekali pun saya hanya sempat mengenali mereka cuma 18 tahun, namun memori bersama mereka tetap segar dalam ingatan. Al-fatihah~

Dalam usia sebegini, saya tidaklah mengharapkan sambutan hari jadi yang meriah atau kek coklat yang sedap, malah seingat saya pada tahun lepas, hari jadi saya yang ke-27, saya berpuasa untuk ibu saya. Dan pagi ini saya bangun dengan kekalutan sebab tesis saya masih belum disiapkan. Mungkin inilah yang dikatakan perubahan usia dan kematangan dimana sambutan hari jadi bukanlah sesuatu yang utama dalam hidup saya sekarang. Mungkin.

Tanpa saya sedar, semakin saya sibuk dengan urusan belajar dan kerja saya, semakin saya abaikan impian saya dahulu; punyai anak. TTC? Tahla, mungkin sekadar gitu-gitu sahaja, jadi wajarlah jika Allah belum beri lagi kerana saya tidak bersungguh.  Mungkin saya tak mampu nak cuba dapat kesemuanya. Saya tak tahu nak fokus pada yang mana satu. Sedangkan saya belum cukup selesa di tempat kerja saya kerana sering mendapat tanggungjawab baru yang perlu saya adaptasi supaya tidaklah menjadi guru yang kelihatannya tak berusaha untuk anak-anak murid. Mungkin setahun dua ini adalah cabaran besar bagi saya; kali pertama mengajar tingkatan 5, kali pertama mengajar tingkatan 6. Saya tidak boleh berlenggang kangkung tanpa persediaan. Terkadang, hati kecil ini memohon maaf pada 'anak-anak' yang belum wujud itu lagi. Ya, mungkin Allah lebih tahu tentang kesediaan saya. Hati kecil saya merintih kerana tanpa saya sedar, saya mungkin telah mengabaikan segalanya. 

"Tanpa saya sedar", "Mungkin"; dua perkataaan yang seolah-olah cuba menutup kelemahan diri saya sendiri.

Sebenarnya sebelum ini, tah sejak bila, saya tidaklah terlalu memikirkan tentang bila saya akan hamil lagi. Saya sekadar berusaha, berusaha, dan terus berusaha. Tentang soalan "bila nak ada?" tu saya tak ambil pusing. Saya teruskan keseronokan hidup saya, dan cuba hayati makna perkahwinan saya dan Edy, yang saya kira masih dalam proses penyesuaian. Actually, saya yang tengah berusaha untuk menyesuaikan diri sedangkan Edy dah lama dapat menyesuaikan dirinya dengan saya yang agak gila kadang-kadang. Haha.

Tapi, akhir-akhir ini barulah saya sedar kenapa saya boleh mengabaikan soalan-soalan killer itu. Rupanya kerana saya telah menjauhkan diri dari 'makhluk-makhluk' yang memang dijangka akan bertanya soalan-soalan sedemikian. Saya hanya bergaul rapat dengan kawan-kawan baik saya yang memahami saya, ahli keluarga saya, dan tentu-tentulah dengan Edy. Saya akan menjauhkan diri dari kelompok manusia yang akan membuatkan saya sedih dan membuatkan saya rasa nak bidas setiap soalan dengan kata-kata yang kurang manis. Ya, tanpa saya sedar, rupa-rupanya saya telah mengambil keputusan untuk tidak bergaul dengan 'mereka-mereka' itu sejak 2 tahun lalu. Saya memilih dengan siapa saya akan gembira dan menjauhkan diri dari mereka yang akan membuat saya terluka. Dan secara jujur, isu kehadiran anak jarang dibincangkan juga antara saya dengan Edy.

Tapi, beberapa hari lalu, selepas subuh, saya terus bertanya Edy tanpa ada isu apa-apa yang perlu dicetuskan; "Jika kita ditakdirkan hanya mampu untuk mempunyai seorang bidadari syurga di sana, ayah macam mana?". Jawapan Edy mudah, "kita ambil anak angkat...". "Kalau family ayah tak terima?", tanya saya. "Kita jangan balik, nanti lama-lama diorang akan terima.." 

Isu anak angkat bukanlah suatu yang besar dalam keluarga saya. Sebab dua kakak saya masing-masing punya seorang anak angkat. Tapi, mungkin bukanlah suatu yang mudah buat keluarga Edy. Sebab ia bukan suatu kebiasaan. 

Mendegar jawapan Edy saban kali ditanya soalan sedemikian sebenarnya banyak melegakan saya. Tipulah kalau saya tidak menginginkan anak sendiri. Tetapi, jika Allah takdirkan hidup saya adalah lebih baik dengan menjaga anak-anak angkat ini, mengapa saya perlu menafikannya? Lagu Arjuna Beta selalu menginsafkan saya, betapa anak kecil itu diangkatkan kepada seorang ibu yang sangat mahu dan mendambakan kasih sayang seorang anak walaupun anak itu bukan dari rahimnya.

"Tuhan dah bagi you satu, jangan tamak. Nanti you tak dapat langsung...". Itulah kata-kata terakhir dari Dr Lim, doktor yang saya pernah rujuk dari sebelum saya dapat Najla lagi. Saya request untuk jalani rawatan kesuburan tapi Dr Lim dan Dr Rosnah yang berada di klinik pakar yang sama, minta saya bersabar dahulu, atas alasan; saya ovulate setiap bulan, period saya teratur dan saya pernah hamil. Kadang-kadang saya berasa aneh, kenapa mereka tak proceed sahaja. Bukan saya tak bayar kan. Malah, kehadiran saya seharusnya menguntungkan mereka. Tapi, setiap kali saya ingin berjumpa dengan doktor-doktor ini, saya akan berdoa semoga Allah beri saya petunjuk dan jalan mengapa saya belum diizinkan hamil lagi. 


"Tuhan dah bagi you satu, jangan tamak. Nanti you tak dapat langsung...".

Saya percaya, apa yang dituturkan oleh Dr Lim adalah suatu hidayah buat saya. Allah menggerakan hati doktor yang bukan islam untuk menuturkan sedemikian agar memberi satu 'jawapan' yang saya nantikan selama ini. Apa yang dituturkan oleh doktor cina perempuan itu juga adalah dengan izin Allah SWT. Saya terkejut dengan perkataan 'jangan tamak' sedangkan anak saya sudah tiada dan Dr Lim yang mengesahkan dulu air ketuban saya telah bocor, kemudian saya merujuknya semula selepas saya kehilangan anak saya. Mengapa Dr Lim tegar untuk berkata sedemikian? Tapi, saya yakin itulah jawapan yang saya cari. Allah memberikan hidayah itu melalui kata-kata seorang doktor. Pada pendapat saya, telah banyak sudah rezeki lain yang Allah beri pada saya; ovari saya mampu keluarkan telur setiap bulan, period saya teratur, saya sudah berkahwin, saya sudah ada rumah, saya sudah dapat kerja, saya sedang sambung belajar, dan saya ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang masih menyayangi saya seadanya yang mana saya sendiri belum mampu untuk hargai mereka sepenuhnya. Itulah istilah 'jangan tamak' yang paling tepat untuk saya. Allahurabbi... Saya khilaf, dan saya sedih dengan kelemahan saya mengabaikan orang-orang di sekeliling saya selama ini.

Being childless at 28th; memberikan saya suatu hidayah dan keinsafan yang sangat besar. Saya masih perlu berdisiplin dalam berdoa dan memunajatkan diri saya kepada-Nya. Saya perlu menghargai mereka di sekeliling saya dahulu dan cuba menguruskan kesibukan saya dengan sebaiknya. Saya juga takkan lupakan cita-cita untuk terus mengejar ilmu sehingga ke liang lahad. Saya akan cuba dan terus mencuba untuk 'susun atur' semula hidup saya sehinggalah Allah SWT memberi keizinan dan kesempatan pada waktu yang terbaik walaupun saya tak pasti bila untuk saya miliki anugerah terindah itu...

In Shaa Allah...

13 comments:

  1. slmt hari ummi najla...:) sweet 18th pon boleyy :D

    penantian itu mmg bukan mudah...
    rezeki iru Allah telah sukat utk setiap makhluk...
    tiada yg terlebih dan tiada yang terkurang..kita kene redha:)
    saya cuba muhasabah diri sendri jugak..krn juga dlm penantian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak Mag.. ye betul tu apa yang akak cakap.. In shaa Allah kak, saya akan sentiasa bermuhasabah untuk terus redha dengan ujian Allah ini. Tq again :)

      Delete
  2. Selamat hari lahir Ummi Najla....muda lagi, inshaAllah rezeki Allah SWT itu luas dan dalam pelbagai bentuk, jangan risau.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Da lama tak dengar kabar dr ummi najla.
    Sepanjang ly ber ttc, ly ade pengalaman mcm yg ummi najla alami. Sampai 1 tahap ade doktor boleh ignore ly selain dr bg clomid dan pantau telur. And ly ambil keputusan tukar tempat utk follow up check up sbb bg ly doktor tu malas layan sbb dia tak pakar bab ttc. Dia akan ambil kes yg senang2 je. Mcm tu...
    Apapun usaha kita, memang betul...usaha takkan kenal putus asa...inshaAllah, ape yg ummi katekan muhasabah diri tu ade lah kate2 yg Allah kirimkan buat kita lebih tabah. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq lily. Saya pun ada bercadang untuk bertukar tempat rawatan, tapi ingatkan nak tunggu saya sudahkan pembelajaran saya dulu. Doakan saya ye :)

      Delete
  4. Salam..semoga tabah dan sentiasa berfikiran positif ya..muda lagi baru 28..

    saya dah 33 tahun dan kahwin selama lebih 5 tahun masih lagi menunggu nikmat yang satu itu dari Allah..semoga ada rezeki kita nanti...insyaAllah.. ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak haida. Tempoh perkahwinan kita hampir sama, cuma saya mungkin sedikit muda (sedikit je).. hehe.. tq so much..

      Delete
  5. At last... An entry from u. Nice one. Fa dah lama tunggu sbb i need someone (which is u) to push me up for the next entry!

    Maybe I can figure out something as a respond on your doubt. Which i can present as an entry in shaa Allah.

    Happy belated birthday Nad. Always be strong. Always stay strong.

    ReplyDelete
  6. Fa, nad pun ternanti-nanti entry dr fa. Nad pun x sangka nad boleh tukis entry ni. Biasanya nad x suka ulas pasal ni. But finally, tertulis juga.

    Pls respons about this issue k :)

    ReplyDelete
  7. Salam...tabah dan sabar ye cikgu....sy pun seorg cikgu yg suka membaca blog cikgu terutama tentang cerita kehidupan....akak doakan cikgu terus berusaha tanpa jemu....perjalanan akak utk mendapat seorg zuriat juga sgt sukar...namun dengn semngt yg kuat akhirnya berjaya dikurniakan seorg bayi lelaki setlh 4 tahun menanti melalui prosedur ivf....jika ingin mencuba berubatlh di hukm specialist centre ada seorg doktor pakar kat situ ...prof dr zainul rashid....kos pun agak murah berbanding hosptl swasta......insyaallah kita hanya mencuba .....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Selamat hari lahir ummi najla..;) ternanti2 juga blog awk. Same! Being childless @ 28th..perjalanan hidup lebih kurang..1st baby bertemu Pencipta-Nya..mungkin usaha kte belum cukup. satu hari nanti..insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. Allah maha mengetahui

    ReplyDelete

Click! Click! Click!