Sunday, 6 July 2014

Hadiah Ramadhan


Assalammualaikum w.b.t

Hari ni saya rasa letih, kepala pening, mata berpinar dan rasa mahu pitam. Sejak dari pagi, bila berjalan sahaja rasa mahu rebah. Mungkin cuaca, mungkin saya yang baru berpuasa selepas seminggu 'direhatkan'. Balik sahaja selepas meeting dan latihan koir, saya terus 'rebah' atas katil yang saya kira paling empuk di dunia. Hinggalah lebih kurang 1/2 jam baru saya nak terlena, saya terdengar seorang lelaki memberi salam, saya nampak sebuah van pos laju dari tingkap bilik. Sambil memakai cardigan dan tudung, saya jawab salam separa menjerit agar didengari dan sempat bertanya soalan tipikal, "Pos laju ye?". Saya asyik terfikir-fikir, barang online apakah yang saya beli tapi sudah terlupa barangkali? SPA dari peguam perihal rumah saya kah? 

Abang posmen lingkungan 30an itu hulur sebuah kotak dan kertas untuk ditanda tangani. Perkataan pertama yang saya baca di atas lampiran pos laju itu ialah 'Mahkamah Syariah'. Suspen tak terkira. Mahkamah mana yang kirimkan saya kotak itu dalam cuaca hangat begini? Haha! Saya mamai barangkali sampai tak boleh berfikir waras. Saya terus buka sampul yang terbalut.

.
.
.
.
.
.


Nah! Sampul merah di dalamnya pula! Bikin suspen ni!

Apa ni? Lepas tu saya buka sampul merah tu pula. Dan di dalamnya....


*
*
*
*
*
*
*
*
*


Taraaaaaa!!!

Telekung lycra. Saya suka!

Terus rasmi pakai. Tak basuh pun. Haha. Selepas saya belek-belek nama pengirim, barulah saya teringat akan seseorang yang saya pernah kenal di alam maya ini. Murni namanya. Saya kenal Murni pada Mei 2013, waktu tu Murni sedang berusaha untuk hamil dan ketemukan blog saya. Perbualan di email beralih ke whatsapp pula. Saya masih simpan perbualan saya dan Murni di whatsapp walaupun telefon saya pernah 'terformat' dulu. Murni seorang yang sabar dan 'setia' saya kira dalam mendapatakan tips-tips kehamilan. 

Sewaktu awal perkenalan dulu, Murni tak sedar yang saya sendiri sedang berikhtiar keras untuk hamil. Dan saya melayan setiap soalan Murni seperti biasa hinggalah akhirnya Murni mengexplore blog saya dan barulah Murni sedar saya juga sedang berTTC dan pernah kehilangan anak suatu ketika dahulu. Murni mula simpati pada saya dan sejak tu saya rasa Murni mula ikhlas untuk berkawan dengan saya bukan kerana semata-mata untuk menjadikan saya tempat bertanya sahaja. Saya sentias mengikuti perkembangan Murni. Murni banyak mendengar nasihat tentang langkah-langkah awal mengenal tubuh badan sendiri melalui OPK dan BBT (yang mana saya sendiri sudah lama tak lakukannya. Hihi). Hinggalah akhirnya double line pada OPK kini beralih ke HPT... Subhanallah! Ni antara perbualan saya dan Murni dari awal perkenalan, murni berOPK dan akhirnya hamil.




Cuma masa Murni hamil, kami jarang berhubung sebab Murni alami alahan yang sangat teruk. Tapi sempatlah juga Murni kongsikan gambar scan awal kehamilan dia dengan saya. Dan sekarang, alhamdulillah, sihat walafiat baby Murni tu. Nur Danisha Sofia namanya.




Saya bersyukur, Murni masih sudi ingat pada saya. Walaupun sudah setahun berlalu. Murni masih mahu hadiahkan saya telekung itu kerana menghargai perkenalan saya yang dianggap seperti kakaknya. Mungkin tak semua yang saya kenal di alam maya ini kekal. Saya faham dan jelas dengan komitmen masing-masing. Saya sendiri sibuk hingga tak terurus masa sendiri. Inikan pula mereka yang ada tanggung jawab terhadap anak-anak dan sebagainya. Jauh dalam sudut hati saya, saya bersyukur Allah kirimkan kawan-kawan yang masih sudi mahu bertanyakan tentang khabar saya seperti Murni. Tidak lupa juga kepada Falina yang dirindui. Alhamdulillah atas ukhuwah yang terjalin ini! Terima kasih Murni, terima kasih juga pada sahabat-sahabat blogger dan rakan-rakan lain yang masih sudi mahu tahu tentang perkembangan saya di blog ini walaupun sekadar silent reader. Terima kasih semua. Semoga ramadhan kali ini memberi makna terbaik buat kita semua. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Click! Click! Click!