Tuesday, 28 April 2015

Alhamdulillah,tamat belajar dan selamat berkonvo!


Assalammualaikum w.b.t


25 April 2015, hari yang bersejarah untuk saya dan Edy kerana akhirnya, saya selamat berkonvo. Subhanallah, rahmat Allah itu Maha Luas. Saya masih sukar untuk percaya yang saya sudah pun tamat belajar. Pejam celik pejam celik, 2 tahun sudah berlalu, 4 semester telah saya harungi sebagai pelajar separuh masa. Saya hampir terlupa bagaimana rasanya perit untuk menghabiskan dua tahun ini dengan jawatan guru sebagai tugas hakiki yang tidak boleh diketepi. Tapi, saya sedar, semua ini berlaku hanya dengan izin dan kuasa Allah SWT. Tanpa Dia, saya tak mungkin dapat menghabiskan pengajian saya. Terima kasih Ya Allah!


Sebahagian keluarga saya yang hadir pada majlis graduasi UTM yang ke-54

Semua ni juga tak mungkin berlaku sekiranya saya tidak mendapat sokongan daripada orang kuat yang menjadi tulang belakang saya selama ini. Sudah tentulah orang kuat yang saya maksudkan adalah suami saya, Edy (sebak rasa saat karang entry ini). Edylah yang telah banyak memberi semangat yang tak pernah putus kepada saya. Ya Allah, saya sedar, saya sebenarnya tak layak terima ijazah ini sekiranya Edy tidak membantu saya selama ini. Edy mengambil alih sepenuhnya house chores sejak saya sambung belajar. Edylah yang menghantar saya ketika hari peperiksaan untuk memberi saya peluang menelaah pelajaran di saat-saat akhir. Edy jugalah yang tolong membinding semua assignment saya jika saya kekurangan masa untuk lakukannya. Edy jugalah yang memberi kata-kata semangat di saat saya berkali-kali menyuarakan hasrat mahu berhenti belajar. Edy sentiasa menemani saya ketika saya terpaksa berjaga malam untuk study atau menyiapkan tesis. Edy juga yang menemankan saya ke library pada waktu cuti sekolah untuk saya mencari pelbagai sumber bahan pembelajaran. Edylah yang tolong membuat kopi ketika saya hampir rebah dan mengalah pada pukul 3-4 pagi ketika saya berjaga malam. Tanpa bantuan Edy, saya tidak tahu apa yang telah terjadi pada saya. Sama ada saya berhenti belajar kerana tidak tahan tekanan, atau saya masih lagi tidak habis belajar kerana tidak mampu untuk menghabiskan 10 jam kredit bagi setiap semester dalam 2 tahun ini. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan saya seorang suami yang supportive dan tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya :""")


Terima kasih kepada suamiku yang soleh.
Semoga kau beroleh balasan yang baik dari-Nya :)

Tq for all of your support. I LOVE U :)


Terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang telah banyak beri dorongan dan semangat untuk saya meneruskan pembelajaran di peringkat sarjana ini. Terutama kakak saya, Siti Salehah yang sentiasa menyokong saya, memberi kata-kata semangat, dan menemani saya ketika saya berada di tepi cenuram yang paling dalam. Dialah kakak saya yang telah menjaga saya sejak kecil, kemudian meneruskan amanah menjaga saya selepas mak dan ayah saya tiada, dan sehingga kini, dia masih setia bersama saya di saat saya senang dan susah. Saya pernah rasa hampir kehilangan kakak saya setahun yang lalu sewaktu dia dimasukkan ke ICU. Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan kami masa untuk bersama kembali dan kakak saya semakin sihat kini. Adanya kakak saya itu, sentiasa mengingatkan saya pada kasih sayang kedua orang tua saya. Saya dapat rasa kasih saya mak saya berada dalam diri kakak saya. Saya tak tahu bagaimana untuk saya hadapi kehilangan kasih sayang itu sekiranya Allah telah mengambil kakak saya terlebih dahulu. Saya masih memerlukan dia dalam hidup saya. Dialah penasihat terbaik yang saya ada. Dialah penyokong saya, penghibur lara, dan orang yang sentiasa menggembirakan walau dalam keadaan apa sekali pun. 



Saya dan kakak kesayangan saya, Kak Leha

Saya masih seperti dulu, masih memerlukannya untuk
menyiapkan saya :)


Terima kasih kepada sahabat baik saya juga, Azira, orang yang telah 'memaksa' saya untuk menghabiskan pengajian dalam 2 tahun juga tanpa perlu bertangguh. Azira atau saya panggil sebagai Azi sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk saya tidak berputus asa dengan pembelajaran saya. Apatah lagi saya sendiri mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan tentang sambung belajar saya dengan kawan-kawan lain di sekolah. Jadi, lambakan kerja sudah tentu berlaku. Sekolah dan belajar. Kenapa saya merahsiakan pembelajaran saya dengan rakan-rakan yang lain bukanlah kerana apa, tapi saya sedar saya juga manusia biasa, adakalanya kerja tidak begitu sempurna. Oleh itu, saya lebih selesa sekiranya tidak ramai yang tahu saya sambung belajar dan tidak akan mengaitakan kualiti kerja saya dengan kesibukan sambung belajar saya. Walaupun saya sepatutnya tidak perlu risau sekiranya orang tahu kerana saya menyambung pelajaran dengan kebenaran JPNJ, tapi saya lebih selesa dengan keadaan sedemikian. Dan, Azi lah orang yang selalu 'mengcover' saya selama ini sewaktu saya mengambil cuti tanpa rekod untuk mengambil peperiksaan dan dicari-cari oleh kawan-kawan saya yang lain sewaktu saya tiba-tiba 'menghilang' untuk ke kelas. Hehe. Terima kasih Azi!


Saya dan Azira :)


Jutaan terima kasih juga kepada penyelia saya, Dr Nor Hasniza yang lembut tetapi tegas orangnya dalam memastikan kualiti tesis yang dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan :D. Walaupun berkali-kali direject, alhamdulillah, tesis saya beroleh A juga. Saya tahu saya terlalu naif dalam menyiapkan tesis ini sehingga saya selalu merasakan yang saya lebih jahil membuat tesis sarjana jika dibandingkan dengan zaman degree dulu. Tapi Dr Hasniza tetap sabar menangani kelambatan saya dalam memahami apa yang dia mahu. Berkat bimbingannya, alhamdulillah selama 2 semester tempoh membuat tesis, kajian tindakan yang saya jadikan modul dalam tesis ini dapat disiapkan dengan izin-Nya. 



Saya dan penyelia saya :)

Tesis sarjana saya. Alhamdulillah :)


Dan buat anakanda tercinta, Najla Batrisya binti Mawardi yang perginya dahulu telah membawa sejuta hikmah dalam hidup saya dan Edy, ijazah ini adalah untukmu sayang :"). Hikmah pemergian Najla dahulu telah buat saya berhijrah ke Kulai dan di situ saya mendapat hidayah untuk menyambung pelajaran. Sejujurnya saya sambung belajar saat itu kerana ingin melupakan kesedihan saya terhadap pemergian Najla. Dan alhamdulillah, rahmat dan kasih sayang Allah itu Maha Besar. Dia memberi rezeki berkali ganda untuk kami suami isteri. Hikmah sabar, redha, berusaha, berdoa, dan bertawakal telah memberikan kami lebih merasakan nikmat kasih sayang daripada Allah SWT :)



Ibu merakamkan namamu sayang dalam tesis ini :")


Terima kasih juga kepada semua yang mengucapkan tahniah. Terima kasih juga kepada adik-beradik dan ahli keluarga yang bersusah payah mahu juga mengambil gambar di studio bersama kerana tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen saya. Sejujurnya, saya tidaklah terkilan keluarga mertua atau adik-beradik yang lain tidak dapat hadir kerana ini adalah konvokesyen untuk saya mengambil ijazah kali ke-2 dan saya perlu faham tuntuan tugas masing-masing. Doa dan ucapan tahniah sudah mencukupi bagi saya :)


Makan-makan selepas bergambar di studio.
Terima kasih kepada Angah, Dr. Maskiah yang membelanja kami semua.
 I love u so much!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah :)

8 comments:

  1. Tahniah. Seronoknya belajar, buat assignment dan berkonvo.

    ReplyDelete
  2. Tq ieza.. Ye, sgt seronok bila kita dpt bljar ilmu baru.. pling seronok bila dh konvo, terasa berbaloi bersusah pyh bljr, alhmdulillah..

    ReplyDelete
  3. menagis dan terharu..................Edy........i love u isteriku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu pun sedih :"). Terima kasih ayh..

      Delete
  4. Hai Ummi Najla,

    Memula baca entry ni, uni senyum je. Memang seronok bila kita dah berjaya tamatkan pengajian, hari konvo ibarat hari paling happy sedunia.

    Tup-tup bila baca bab anakanda yg sudah tiada, terus rasa sebak sangat-sangat. Uni tau bukannya mudah kan, nak fight perasaan sendiri, tp ummi najla dah buktikan yg ummi najla SANGAT KUAT mengharunginya.

    Semoga terus tabah dan berjaya pada masa akan datang, in shaa Allah. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 x tahu dari mana kekuatan tu datang uni, tapi ujian Allah ini buatkan saya sedar itu tanda Dia masih syg pd kita, dan sesungguhnya kekuatan tu datang dari-Nya.. Alhmdulillah, benarlah kata pepatah, setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya dan ujian itu terasa manis apabila kita sabar menghadapinya... :)

      Tq anyway uni sudi membaca :)

      Delete

Click! Click! Click!