Friday, 4 September 2015

Sebagai seorang TTCian... Tips 1: Kalau kawan baik pun tak pandai jaga hati kita, tinggalkan mereka secara baik :)


Assalammualaikum w.b.t


Rasanya sekarang ni saya nak merajinkan diri buat entry tentang bagaimana saya hadapi hidup sebagai seorang TTCian dan apa yang saya lakukan supaya saya terus menjadi seorang TTCian yang cekal.


Sementara baby masih tidur, saya nak share tips pertama ni dulu. Sebelum tu, rujuk screenshot di bawah ini :D




Soalan yang agak menarik dan telus dari seorang ttcian lelaki (berdasarkan nama beliau). Saya hanya menjawab email itu secara ringkas kerana saya berasa janggal untuk berkongsi begitu banyak perkara dengan beliau yang saya kira seorang lelaki di email (maaflah kalau saya tersalah mengenal jantina :P). Lebih manis kalau saya menjawab secara umum. Itu pun, jika dia (beliau yang saya maksudkan di email) membaca entry saya ini. Hehe.


Sebenarnya, banyak perkara yang saya lakukan untuk elakkan rasa stress memikirkan tentang soal anak sebelum saya conceive last year. Tipulah kalau saya tak pernah stress. Sedih, kecil hati, memencil diri, rendah diri, dan bermacam perasaan lagi semua ada. Siapa yang baca entri-entri saya sebelum ini tahulah tentang perasaan saya yang bermacam rasa itu walaupun saya cuba berkias-kias tidak mahu begitu menampakkan semua perasaan tersebut dalam blog ini. Hakikatnya memang ada. Saya bukanlah begitu kuat. Perkara pertama yang saya lakukan adalah menjauhkan diri dari segala 'sesuatu' yang melemahkan semangat saya. Antaranya ialah deactivate facebook (sejak 2011).


Saya sangat salute pada ttcian yang boleh terus positive dan bertahan dengan dunia muka buku. Hakikatnya, saya langsung tidak boleh positif dengan dunia facebook pada tahun-tahun awal kehilangan Najla. Saya jadi semakin lemah. Maka, saya mengambil keputusan untuk 'berpisah' terus dengan facebook.


Bukan mudah rupanya untuk berpisah dengan facebook bila facebook sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup saya sejak 2009. Segalanya nak diupdate di situ. Nampak tikus pun update dekat facebook. Bangun tidur, sanggup menghadap laptop (masa tu belum zaman update melalui smartphone sangat) tengok berapa banyak notification, nak tengok apa perkembangan kawan-kawan dekat facebook, nak tengok berapa banyak 'like' dekat status atau gambar yang di upload, atau merisik gosip dari status yang bermacam-macam melalui kawan-kawan atau mutual friend yang macam dikenali. Memang bad habit diri saya dahulu dan Edy juga bilang saya sangat obses pada facebook. Hinggalah Allah memberi 'teguran' ke atas kehilangan Najla tercinta pada Ogos 2011.


Saya sedar saat itu, bukan semua perkara patut dikongsikan di facebook. Adakalanya perkara gembira yang kita kongsikan bisa membuat hati insan lain terluka. Setahun penantian Najla tidak begitu mengajar saya untuk menghargai perasaan insan lain yang juga turut menanti kehadiran seorang zuriat atau masih menanti tibanya hari bahagia dengan jodoh yang masih menjadi rahsia Allah. Saya begitu naif. Hinggalah akhirnya hati saya bagai disiat-siat setiap kali menghadap facebook melihat timeline photo atau status kawan-kawan terutama kawan baik sendiri tentang perkembangan kehamilan atau anak-anak mereka selepas saya baru sahaja kehilangan Najla. Waktu itu baru saya sedar tentang kekhilafan saya sebelum ini dan benar-benar rasa tertekan dan tak sanggup lagi menghadapi semua itu. Jadi, kerana tidak mahu terus lemah, saya terus deactivate facebook.


Mulanya memang payah. Payah yang teramat. Hati meronta-ronta mahu ada facebook kembali. Tapi alhamdulillah, selepas 4 tahun, saya sudah lali dan saya akui lebih selesa dengan tiadanya facebook. Memang ramai dalam kalangan kawan-kawan yang tercari-cari dan tertanya-tanya perkembangan hidup saya. Ada yang baik hati terus sudi menghubungi saya, ada yang terjumpa saya melalui gambar yang diupload oleh kawan-kawan saya yang rupanya diorang punya ex-coursemate @ ex-roomate @ ex-schoolmate dan bermacam-macam ex lagilah. Dan ada yang secara tak sengaja terjumpa blog saya ini. (Terima kasih pada kawan-kawan yang masih sudi mengambil tahu tentang perkembangan hidup saya sehingga kini).


Saya tak kata langkah saya deactivate facebook ini suatu langkah yang bijak. Biarlah saya memencilkan diri dalam dunia saya sendiri kerana di situ saya telah bangkit membina kekuatan dan tidak terus-terusan hanyut dalam dunia sedih saya lagi. Jadi, terpulang pada diri masing-masing. Ini adalah salah satu cara saya untuk atasi stress saya memikirkan tentang soal anak ketika itu.


Sebenarnya banyak lagi yang saya lakukan. Tapi Deactivate Facebook antara langkah yang banyak memberi kesan yang baik pada diri saya. Saya belajar untuk tidak terlalu berkongsi tentang sesuatu yang menggembirakan, menyedihkan, menggusarkan, dan sebagainya. Jika perlu, saya hanya mesej ahli keluarga atau sahabat saya sahaja untuk berkongsi rasa.


Untuk pengetahuan kalian, saya ada facebook lain (sejak 2013) yang saya gunakan hanya ketika saya belajar kerana mudah untuk menghubungi pensyarah atau rakan-rakan lain dan juga instagram yang saya guna untuk window shopping dan twitter untuk saya survey laluan traffic lebuh raya plus pada musim perayaan. Tapi tiada apa pun pada ketiga-tiga akaun ini. Dan friends list saya kebanyakannya saya tak kenal pun. Dan facebook baru itu saya gunakan sekarang untuk mencari ilmu-ilmu berkaitan keibubapaan dan ilmu penyusuan susu ibu. Rasa sangat best rupanya bila berada dalam kalangan 'kawan-kawan' yang tak kenal kita langsung. Tiada prejudis dan sekadar berkongsi ilmu dari sesiapa pun yang ingin berkongsi. Seperti blog ini yang saya bina dulu untuk mengisi masa lapang, rata-rata yang membaca bukanlah mengenali diri saya, malah nama saya yang sebenar pun hanya sebahagian yang tahu. Dan sejujurnya, saya selesa dengan semua ini :)


Saya tidak membenci kawan-kawan saya di facebook. Saya tahu, mereka tiada niat pun untuk melukakan hati saya. Dan segalanya mungkin berlaku tanpa mereka sedari pun. Waima kawan baik, kalau perlu saya tinggalkan mereka di alam maya agar saya tidak menjadi lebih lemah, saya akan lakukan. Bukan sahaja facebook, malah mana-mana group whatsapp atau seangkatan dengannya kalau di dalam itu ada perkongsian yang mungkin boleh buat saya memencilkan diri, saya akan left. Tak kiralah group tersebut kawan baik sekatil sebantal saya. Tapi alhamdulillah hingga ke hari ini, mereka menghormati keputusan saya dan memahami keadaan saya ketika itu. Syukur, kawan-kawan baik saya ini masih mahu menghubungi saya lagi bertanya khabar berita. Terkejutlah mereka bila tahu tiba-tiba saya sudah melahirkan anak tanpa ada ribut khabar berita tentang bila saya  telah mengandung.


So, rasanya cukuplah tips pertama ini dulu. Nanti akan ada susulan entry tentang tips-tips lain yang mungkin sebahagiannya agak 'gila' bila kedengaran tentang apa yang saya telah lakukan :)


Kalau ada ttcian atau ex-ttcian yang sudi berkongsi tentang 'apa yang anda lakukan untuk atasi stress memikirkan soal anak', sudi-sudikanlah untuk menulis di ruang komen entry ini. Ilmu yang dikongsi itu mungkin boleh membantu dan menggembirakan ttcian lain yang sememangnya sentiasa tabah dan sentiasa mencari langkah terbaik untuk membina kekuatan dalam diri. In shaa Allah, rezeki zuriat itu tetap akan hadir buat kita semua. Amin.


Wassalammualaikum w.b.t

6 comments:

  1. UN, i don't have fb too :-)
    Been married 10 years, i would say the first 5 years is the hardest. After that, mungkin dah semakin matang. I do feel that time will heal.
    I count my blessing, and be happy with my life. Sebab banyak nikmat Allah bagi, that actually make me happy...

    Oh ya...support group. Really help me a lot. Kawan2 TTC banyak bagi semangat kat i :-)

    ReplyDelete
  2. Betul ST. Time will heal. Kematangan memang akan mnjadikan kita lebih tabah.

    Dan support group mmg sgt mmbntu. Walaupun x pernah kenal, tp kita akan terus mmbntu antara 1 sama lain.

    Tq so much sbb sudi share ur experience here.. Tq again

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing a very good tip...ly cuba juga deactived fb memang tak berjaya. Ape yg ly buat kalo sangkut dgn fb ni. Ly maafkan semua org. Ly minta maaf pd semua org....its work....and i built my positive way after that....
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkan orang kan. Kawan saya pernah pesan pada saya, klu saya marah seseorang atau seseorang marah pada kita, sedekahkan alfatihah pd org tersebut. Sama ada dia atau kita yg akhirnya akn lembut hati sendiri nnt. Its really work. Tq lily sudi share di sini..

      Delete
  4. slm UN..sy dh lme bc blog sis sejak dulu..sbb gara2 tkena keputihan semasa mngandung..skrg sy dh pon bsalin n bb dh umur 4 bulan..dimana dia pon bb prem lahir 32 weeks disebabkan sy dmm denggi..skrg sy terbaca lg blog ni biler search bkenaan bb prem..bile bc blk cerita najla buat sy menangis dan bjanji pd diri sy..yg sy akn jg ank sy baik2 spt jgk sis..sbb sy merasakan sis telah lakukan yg tbaik utk najla compare dgn sy...rajin2 la sis share lg psl PSI sbb skrg pon ingin bg bb PSI smpai dia 2 taun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm azlina. tq so much sudi baca entry2 saya. Tahniah ats kelahiran baby. Alhamdulillah awak pun bf ya. ok in sgaa Allah sy akn share lg ttg PSI sejauh mna yg sy thu ye..sy pun msih bru lg sbnrnya. Anyway tq again azlina. Slmt bknalan

      Delete

Click! Click! Click!