Friday, 22 April 2016

Lamanya saya menyepi....



Assalammualaikum w.b.t


Lamanya saya menyepi. Entry terakhir 13 November 2015. Kebetulan saya sedang menggoogle cara-cara untuk membina site FROG VLE, terus saya menggunakan kesempatan ini membuka laman blog sendiri yang dah bersawang (_ _ ").


In shaa Allah saya akan introduce my little Khadijah dalam entry kali ini.


Saya mungkin sedang mengadaptasi dengan beberapa tugas baru di sekolah. Pendapat jujur saya, workload di sekolah rasa seperti beban yang berat menimpa atas bahu saya setiap minggu. Sehingga tah berapa kali saya sering menuturkan mahu bercuti tanpa gaji sahaja, mengikuti jejak langkah 2 rakan sekolah saya. 


Seperti kufur nikmat, saya akhirnya kembali tersedar. Saya seharusnya bersyukur kerana di saat ekonomi negara semakin meruncing, di saat ramai pekerja-pekerja dalam sektor swasta terpaksa diberhentikan, di saat ramai graduate yang masih menganggur, di saat ramai lagi rakan-rakan saya yang masih menanti peluang pekerjaan terbaik, saya masih lagi menjawat jawatan di sektor kerajaan, bergaji setiap bulan, dan masih mampu untuk membantu keluarga saya menyara kehidupan.


Memandang entry lama-lama saya membuatkan saya kadangkala meluat dengan diri sendiri.


Banyak betul perkara yang saya banggakan dalam hidup ini saya catat dalam blog ini.Kadang-kadang rasa macam nak delete terus blog ini. 


Tahlah...


Agaknya, saya ni ada masalah visiobibliophobia (social networking phobia). Saya terlalu takut bila hidup saya diperhatikan manusia. Saya tak suka bila saya tahu ada orang mengambil tahu tentang perkembangan saya melalui social network. Sejujurnya fobia ini bermula sejak saya kehilangan Najla yang menyebabkan saya terpaksa deactivate account facebook saya. Kerana di saat saya sedang mengalami trauma kehilangan Najla, saya mendapat perkhabaran dari mulut orang-orang lain yang mengaitkan kematian Najla dengan segala aktiviti saya sewaktu saya mengandungkannya (yang berpunca dari kesilapan saya juga kerana seringkali share apa yang saya lakukan di facebook).


Dan tah berapa kali saya left beberapa group di whatsapp kerana fobia yang sama. Kemudian beberapa kali juga saya diinvite semula. Haha. Teruknya saya kan?!


Ok, cukuplah cerita tentang fobia saya ini.


Kembali kepada kehidupan harian saya, saya akan limitkan masa bekerja di sekolah sehingga 3.30 petang. Lepas tu, saya akan tinggalkan semua kerja dan berkejar untuk menjemput Khadijah, my best friend forever yang akan melupakan saya tentang sekolah. Yeayyyy!


Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan Nur Khadijah kepada saya dan Edy. Semoga Allah beri peluang Nur Khadijah menjadi pencen kubur kepada kami nanti. Amin...


Khadijah sangat baik dengan saya. Kalau saya sedih, saya akan luah pada Khadijah (sampai menangis-nangis). Khadijah seakan mengerti dengan emosi ibunya yang carca merba ini. Kadang-kadang gembira dan selalu buat aksi badut dekat rumah, kadang-kadang dramatik sangat ala-ala pelakon drama sedih, kadang-kadang hyperactive sampai ke mana saya pergi saya mesti nak libatkan Khadijah, tengok wayang, tengok teater, tengok sketsa, pergi sekolah. Dan alhamdulillah, Khadijah sangat behave dan saya rasa Khadijah lebih hebat dalam mengawal emosi dan sikapnya berbanding saya. Haha!


Dan alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada saya untuk fully breastfeeding Khadijah sehingga hari ini. Bulan 5 nanti Khadijah bakal genap setahun. Terima kasih Khadijah sebab support ibu dalam breastfeeding! Hehe... Semoga impian ibu untuk breastfeed Khadijah sehingga 2 tahun atau tempoh terbaik yang Allah izinkan tercapai.

Ok, saya akan sambung entry saya yang panjang-panjang macam selalu tu kemudian ya. Salamun alaik. 


Let me introduce my little Khadijah. Saje letak gambar garang sikit. Hehe.


Assalammualaikum aunties! My name is Nur Khadijah :)

4 comments:

  1. Allahuakhbar...SubhanAllah! Cantiknya anak yang bernama Nur Khadijah ini..semoga membesar menjadi muslimah solehah srikandi Islam....amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq yani.. Semoga para malaikat mendoakanmu jua 😊

      Delete
  2. masyaAllah...cumel sgt khadijah... smh menjadi anak solehah, penyejuk mata ayah & ummi... amin...

    ReplyDelete
  3. Ummo..comelnya khadijah...moga khadijah menjadi ank yg solehah...mmy pun dah byk ketinggalan..blog sememangnya bersawang...rindunya

    ReplyDelete

Click! Click! Click!