Wednesday, 31 August 2016

PANGGILAN UNTUK JOM KURUS! 😍


Assalammualaikum ladies.

Memandangkan ada yang pm saya bertanyakan tentang plan saya untuk buat program Jom Kurus Ikut Cara Saya dalam entry yang lepas, jadi saya rasa saya perlu update entry ini untuk maklumkan semula kepada sesiapa yang berminat.

In shaa Allah program ni akan dimulakan lagi 2 minggu.

Program: JOM KURUS IKUT CARA SAYA
Trainer: Azira (bukan saya tau 😅)
Tempat: Di mana sahaja anda berada bukan halangan 😍😍😍
Bayaran: PERCUMA!!! Haha. Memang tak de bayaran pun.




Sebenarnya saya yang nak mulakan semula program ni memandangkan tahap kesihatan saya yang semakin menurun. Pulak tu sekarang, setiap pagi nak pergi sekolah, ada je baju faveret yang saya dah tak muat. Stress tau rasa. Haha 😅

Jadi saya dan berbincang dengan kawan saya Azira. Dia bersetuju untuk jadi trainer memandangkan sekarang dia memang sedang konsisten menjaga kalori dan exercise secara gembira.

Dan Azira kata, kalau ada readers blog saya ni yang nak join, walaupun dekat mana anda (dalam semenanjung), in shaa Allah kami akan dapatkan anda untuk berjumpa secara real. Hah, best tak? In shaa Allah bulan 10 nanti kami akan ke Sarawak, so kalau anda dari Sarawak nak join pun boleh 😄



Pada peringkat awal program, kita akan mulakan dengan ukuran berat badan, BMI dan jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari mengikut individu. Sebenarnya ni semua knowledge yang kami tuntut dari Kevin Zahri dulu. E-book Kevin Zahri ni sebenarnya boleh didapati secara belian online dengan harga RM200++ tak silap saya. Kalau rajin baca dan faham pun boleh buat sebenarnya. Tapi kalau nak join program ni, PERCUMA sahaja. 

Peringkat awal kejayaan sesuatu program kuruskan badan ialah KNOWLEDGE. Tu sahaja tips untuk berjaya kuruskan badan dengan cara sihat. Ramai cuba berdiet, tapi dengan cara salah. Lastly, otot susut, badan tak ada tenaga, dan metabolisme menurun. So saya memang suggest sangat tips kuruskan badan Kevin Zahri ni, sebab ikut pengalaman dan pendapat saya, ilmu dari Kevin ni sangat sesuai dengan iklim negara kita dan budaya rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan ni 😅😅😅

Bila ada knowledge ni, kita akan sedar yang kita masih boleh makan semua jenis makanan yang kita suka tapi dalam masa yang sama metabolisme badan still meningkat dan badan maintain kurus je!

Jadi, jika anda berminat, hubungi saya ya. Sungguh tak ada bayaran. Kami cuma nak share ilmu dengan anda. Harap-harap Kevin Zahri tak marah dengan saya sebab berkongsi secara percuma ilmu dia ni 😍😍😍

Whatsapp/Wechat/Telegram:
0127244994 (Nadia) 📲📲📲

Sayonara~
Jangan lepaskan peluang ini ya 😍😍

p/s: Gambar-gambar di atas ialah gambar kawan saya, Azira. 



Click! Click! Click!