Saturday, 24 December 2016

My Traveloka Escapade


Assalammualaikum w.b.t




Dah lama tak buat review tentang holiday super-jimat saya. Tapi kali ni saya bukan nak cerita tempat mana yang saya dah pergi tau. Ni nak cerita tentang tempat yang saya teringin sangat nak pergi.

Dah senang sekarang kalau nak pergi holiday super-jimat. Saya confirm nak book tiket dan hotel dengan Traveloka. Eh, mesti korang pernah dengar tentang Traveloka kan? Website yang korang boleh tempah tiket flight dengan hotel secara online. Senang je sekarang. Boleh berjimat dengan Traveloka dan tempah di hujung jari je!

Sekarang Traveloka ada offer nak bagi tiket free ke luar negara tau. Kalau korang dapat tiket free, korang nak pergi mana? Mesti korang pilih nak pergi Tokyo, London atau Korea kan? Tak pun Melbourne atau Hong Kong.




Siapa yang tak excited kan kalau dapat tiket free. Saya pun! Alang-alang dah dapat invitation buat entry ni, tak salah pasang impian kan? Dan kalau Traveloka beri peluang untuk tunaikan impian saya, saya teringin nak lihat keindahan stuktur bumi semula jadi di Nepal.

Seriously Nepal?

Yes, exactly! Dari 10 tempat yang Traveloka beri, saya terus jatuh hati dengan Nepal. Saya memang suka menyelami keindahan landskap ciptaan Tuhan. Buat saya rasa kagum dan bersyukur. 

Jom baca perjalanan impian saya di sana nanti.
#MyTravelokaEscapade


1. Everest Base-Camp


Inilah keterujaan buat sesiapa pun yang sukakan cabaran dan kecantikan alam sang Maha Pencipta. Nepal dan Everest memang tidak asing lagi buat mereka yang sukakan cabaran. Pasti merasa kagum melihat tulang belakang Himalaya yang sungguh kuat ini. Untuk hiking hingga ke puncak mungkin satu kegilaan dan perkara mustahil bagi saya. Tapi inilah impian saya sejak kecil lagi.


So, kalau dapat jejakkan kaki ke Everest Base-Camp mungkin sudah mencukupi untuk saya catat dalam memori hidup saya yang paling gila dan mencabar. Mendaki selama 16 hari untuk sampai ke sini, pasti menjadi sejarah paling besar dalam hidup saya!


2. Poon Hill


Selain Everest Base Camp, mungkin yang termampu untuk saya daki ialah Poon Hill. Poon Hill ialah sebuah bukit yang menjadi tumpuan pelancong untuk mendaki bersama keluarga melihat pemandangan Gunung Anarpuna.


Melihat keindahan Anarpurna dengan struktur gunung-ganang yang cantik dengan bentuk landskap yang luar biasa akan menjadi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Saya pasti akan berselfie sebanyak mungkin di sini nanti. Dan mungkin saya akan menghasilkan sebuah puisi yang bertajuk "Cinta di Anarpuna".


3. Barun Valley


Tempat wajib yang saya mesti pergi! Melihat warna kontras gunung-ganang di samping air terjun yang mengalir di merata sudut serta bunga mekar dan putih salji. Oh terujanya saya! Dan saya juga nak lihat spesis flora dan fauna yang jarang ditemui di sini. Tak dapat bayangkan keindahan di sini nanti bila disimbahi cahaya pagi. Mesti gambar di sini akan menjadi koleksi gambar tercantik yang saya ada.


Tengok gambar ni sahaja dah terasa udara sejuk menyelimuti muka. Udara segar yang saya boleh hirup sepuas-puasnya sambil berguling atas rumput hijau tu nanti.


4. Pokhara


Melihat tempat ini terus terbayang lagu Gerua dalam filem Dilwale. Penangan suka tengok cerita hindustan agaknya sampai dah terbayang gaya saya berdiri atas sampan berwarna-warni tu sambil dress yang saya pakai berkibaran. Haha!


Selain tasik Pokhara yang cantik, banyak lagi aktiviti ekstreme yang boleh dibuat di sini. Salah satunya yang memang saya teruja sangat nak cuba ialah paragliding. Saya takut tinggi tapi bila dah berjaya 'terbang' kat awan Nepal sambil melihat keindahan Everest, saya tentu terlupa rasa gayat itu nanti!


5. Chitwan National Park


Kenangan menaiki gajah di Hatyai dulu masih tak boleh dilupakan. Dan saya nak timba pengalaman menunggang haiwan darat terbesar ini di Nepal. Debaran menunggang gajah dengan badan rasa terhuyung-hayang dan tidak stabil sambil merentasi belukar, sungai dan kaki-kaki gunung memang mengujakan. Ketakutan dek naiknya paras hormon adrenaline memberi pengalaman menjadi 'tarzan' sekejap di dunia nyata!


Thrill kan? Mesti rasa takut nak turun dari gajah tu. Tak tahulah nak gambarkan perasaan dapat tengok haiwan-haiwan liar ni depan mata tanpa sebarang tembok dan saya sendiri berada atas seekor haiwan liar terbesar. 


6. Namche Bazar


Tak lengkaplah misi pengembaraan saya kalau tak membeli cenderahati dari Nepal di sini. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong jika datang ke Nepal. Namche Bazar dikenali juga sebagai 'Pintu Masuk Everest' di Nepal. Saya takkan lepas peluang memborong cederahati unik dan buatan tangan hasil penduduk perkampungan Namche ini.


Antara cenderahati yang boleh dibeli di sini dengan harga yang lebih murah. Saya mungkin akan membeli banyak fridge magnet dan keychain untuk saya beri kepada kenalan bila dah kembali nanti. Yang penting, mesti ada Everest kat setiap fridge magnet dan keychain tu. Hehe..


So, inilah 6 tempat yang saya nak jelajah kalau saya dapat ke Nepal. Melihat keindahan landskap ciptaan Tuhan adalah kebahagiaan saya. Saya mungkin bukan jenis yang minat bershopping. Jadi, dapat pergi ke Nepal adalah satu impian buat pencinta alam seperti saya untuk saya terokai adat dan budaya bangsa yang berbeza di negara orang.


Kalau korang nak join contest ni pun boleh juga tau. Contest ni bukan untuk blogger je. Yang tak ada blog pun boleh join. Korang boleh click banner kat bawah ni untuk tengok cara macam mana nak join contest #MyTravelokaEscapade.



Selamat mencuba!



Sent from my iPhone

Sunday, 11 December 2016

Online Positioning

Assalammualaikum w.b.t

Rindunya dekat blog. Setiap hari teringin nak tulis entry. Serius rindu sangat.

Last entry, awal Oktober. Dua bulan tak sempat nak mengarang panjang. Rasa macam bertahun pula. Saya banyak belajar tentang erti untuk menghargai makna hidup di blog ini. Belajar untuk mengenal manusia dan belajar untuk menulis dari ayat 'bangsawan' kepada ayat yang lebih ringan. Hehe.

2 bulan ni saya cuba tumpukan pada bisnes saya sebenarnya. Memandangkan saya tak pernah ceburi bidang ini, jadi saya cuba gali ilmu sebanyak mungkin dan berusaha untuk minimakan kesilapan yang akan menyebabkan kerugian.

Alhamdulillah Edy banyak bantu saya dengan pengalaman bisnes dia selama ni. Cuma bidang bisnes Edy lebih kepada servis. Saya banyak merujuk Edy untuk marketing offline dan macam mana nak communicate dengan cara yang betul. Mak mertua saya pula banyak ajar tentang target dan give value kepada orang lain. Banyak yang saya kena belajar lagi. Ilmu bisnes secara online saya kena mahirkan dulu memandangkan core bisnes saya adalah 90% online.

Bila belajar ilmu-ilmu bisnes ni, rasa diri ni kerdil sangat. Rasa tak layak langsung berada dalam bidang ni. Memang berkali-kali juga rasa nak mengalah. Rasa tak nak dah buat part time ni. Tapi Edy dan mak mertua saya selalu beri semangat. "Bantu orang, beri ilmu kat orang, itu pun salah satu cara untuk kita bersedekah".

Edy pesan supaya saya activekan semula facebook saya. Untuk online positioning sebenarnya. Mula-mula saya tak nak dan fokus pada page and ig sahaja. Tapi susah sebenarnya nak jadi trusted seller bila orang tak berapa kenal kita.

Bila saya study semula, memang penting rupanya 'kenalkan' diri bila terlibat dalam bisnes online ni. Penting untuk self branding sebenarnya. Dan saya cuba atasi paranoid saya tu dengan buka fb personal. Cuma masih menggunakan nama Ummi Najla. Masih 'trauma' lagi kot nak reveal diri sendiri dengan nama sebenar.



Saya cuba biasakan diri dengan fb baru saya. Masih tak boleh hilang habit suka mengarang. Walaupun macam krik-krik je status. Hehe.

Saya tak mungkin lupa blog ni. Cuma mungkin kurang sempat nak singgah lama-lama. Kalau rindu-rindu kat saya (ececeh), bolehlah add saya nanti. Cari je fb saya, Ummi Najla. In shaa Allah saya akan approve.

Jumpa lagi nanti. Love u all. Mmuah!


Sent from my iPhone

Click! Click! Click!